CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


(DESAK DIKENAKAN TINDAKAN) Chegubard DEDAHKAN LANGKAH Azmin Lobi Jadi MB

Posted: 23 Oct 2014 03:11 AM PDT


PETALING JAYA: Pelantikan Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor nampaknya tidak menamatkan kemelut dalam Pakatan Rakyat apabila kepemimpinannya digesa mengambil tindakan disiplin terhadap pihak yang ingkar keputusan parti berhubung isu berkenaan.

Azmin juga dinamakan antara yang perlu dikenakan tindakan kerana didakwa melobi untuk mendapat jawatan itu.

Bekas Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Rembau Badrul Hisham Shaharin berkata, selain itu, lima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat yang menyokong Azmin juga wajar dikenakan tindakan.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Chegubard mendakwa tiga Adun PKR dan dua mewakili DAP itu telah menarik balik sokongan terhadap Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi menteri besar selepas membuat surat akuan berkanun berbeza untuk taat kepada siapa sahaja yang dipilih oleh istana.
"Masing-masing menarik balik sokongan ke atas Dr Wan Azizah dan kononnya taat setia dengan pilihan Sultan Selangor.

"Muncul persoalan, siapa yang menyediakan surat akuan berkanun yang dilihat seragam format dan ayatnya," katanya pada sidang media di sini, Khamis.


Chegubard berkata, beliau mempunyai bukti surat akuan berkanun tersebut, tetapi tidak bersedia mengedarkannya atau mendedahkan nama Adun yang dimaksudkan kerana mahu menuntut penjelasan daripada mereka.
"Saya akan dedah mengikut respon mereka. Setakat ini tak ada sebarang penafian, tapi kalau mereka nafi, mungkin mereka kata ini (bukti) palsu...saya hanya mahu penjelasan," katanya.

Dalam masa yang sama, beliau bersedia memberikan semua bukti yang ada berhubung dakwaan ini jika Lembaga Disiplin parti memberi jaminan akan mengambil tindakan serius terhadap mereka.

"Lobi diri sendiri dan sengaja tidak akur keputusan mesyuarat untuk hanya memilih Dr Wan Azizah ialah perlanggaran disiplin parti. 

"Persoalannya apa tindakan disiplin parti? Adakah Azmin begitu berkuasa kerana bukan sahaja dia dengan jelas dan sengaja tidak akur keputusan parti tetapi mampu membuat u-turn dan mengikut kehendaknya," katanya.

Beliau turut membandingkan dakwaan terhadap Azmin ini dengan nasib Tan Sri Khalid Ibrahim yang dipecat kerana tidak berdisiplin dan tidak mengikut arahan parti.

"Adakah PKR mengamalkan dua set undang-undang berbeza, satu untuk anggota biasa dan satu set undang-undang untuk mereka yang istimewa," katanya.

Chegubard yang kini digantung keahliannnya berkata, beliau tidak bimbang tindakan mendedahkan perkara ini akan menyebabkan keahliannya dilucutkan kerana ia melibatkan integriti parti.
"Saya lebih sayangkan nilai perjuangan menegakkan integriti dan kebenaran.

"Biar saya tak jadi apa-apa tapi dikenang sebagai orang yang bercakap tentang kebenaran," katanya sambil menambah turut menerima sokongan daripada pimpinan peringkat atas dan akar umbi.

Seorang Tentera & Penyerang MATI dalam Serangan di Parlimen

Posted: 22 Oct 2014 11:55 PM PDT


OTTAWA – KANADA. Bangunan Parlimen Kanada dikawal ketat pihak polis selepas insiden pencerobohan oleh sekumpulan lelaki bersenjata, semalam.

Dalam insiden berkenaan, seorang anggota tentera yang juga seorang pengawal di Memorial Perang Kebangsaan negara itu, ditembak mati.

Mangsa yang terbunuh dikenal pasti sebagai Koperal Nathan Cirillo, 24, seorang pegawai unit simpanan tentera yang berpangkalan di Hamilton, Ontario.

Dua lagi termasuk seorang pengawal keselamatan di blok tengah parlimen cedera dalam insiden itu namun kedua-duanya dilaporkan stabil.

Turut terbunuh salah seorang daripada penyerang yang dikenal pasti sebagai Michael Zehaf-Bibeau, seorang warga Kanada yang ditembak mati.

Polis kini sedang menggandakan misi memburu sekurang kurangnya dua lagi suspek yang turut terlibat dalam serangan berkenaan.

Ekoran kejadian itu pihak polis menutup kawasan parlimen dan pejabat Perdana Menteri Kanada, Stephen Harper.

Harper bagaimanapun berjaya meninggalkan lokasi itu dan disahkan berada dalam keadaan selamat.

Kejadian berlaku hanya dua hari selepas seorang lelaki merempuh dua anggota tentera mengakibatkan seorang daripadanya terbunuh.

Lelaki berkenaan bagaimanapun ditembak mati oleh polis.

(NIAT JAHAT) Gambar FITNAH Ustaz Azhar Idrus Bersama Wanita BOGEL Tersebar

Posted: 22 Oct 2014 05:35 PM PDT


Sebuah blog yang dikenali sebagai cilipadi telah menyebarkan fitnah seorang lelaki menyerupai Ustaz Azhar Idrus sedang berpelukan tanpa pakaian di atas katil.

Posting tersebut bertarikh 23 Oktober 2014.

Gambar itu kononnya diambil daripada video kerana tajuk posting tersebut menyatakan ustaz mu tunggu video datang.

Tajuk itu seakan-akan tajuk filem yang pernah dilakonkan oleh ustaz azhar bersama kumpulan shiro yang bertajuk "Ustaz mu tunggu aku datang"

Walau bagaimanapun, Posting fitnah tersebut mendapat tentangan daripada pembaca yang rata-rata memberi komen tidak percaya dengan gambar tersebut.

Terdapat pendapat yang menyatakan jika video itu benar sekali pun, mungkin wanita itu isteri beliau. Pembaca itu memberi peringatan agar berhati-hati menginap di hotel kerana kemungkinan kamera di letakkan di dalam bilik hotel untuk memerangkap seseorang terutama mereka yang terkenal dan ahli politik.

Seorang pemimpin umno, Markiman Kobiran turut memberi komen bahawa ini merupakan agenda Anwar untuk mengalihkan kes beliau di mahkamah.


Berikut adalah komen pembaca yang menganggap gambar itu merupakan fitnah terhadap Ustaz Azhar Idrus.




Wujud tanah rizab Melayu di Pulau Pinang - Persatuan MELAYU P.Pinang

Posted: 22 Oct 2014 08:18 AM PDT


Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) mencadangkan kerajaan negeri mewujudkan tanah rizab untuk masyarakat Melayu di negeri ini.
Presidennya Tan Sri Mohd Yussof Latiff (gambar) berkata kini tiba masanya Pulau Pinang memperuntukkan sejumlah tanah untuk tujuan itu bagi mengiktiraf penempatan masyarakat Melayu yang bertapak awal di negeri ini sebelum kedatangan Inggeris dan kedatangan Cina yang menguasai Pulau Pinang pada masa ini.
"Sudah sampai masanya kita persoalkan mengapa Pulau Pinang tiada tanah rizab seperti negeri-negeri bersultan lain sedangkan negeri ini dahulunya sebahagian dari Kedah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Pemenang di George Town malam ini.
Katanya buat masa ini Pulau Pinang hanya mempunyai Tanah Rizab Persekutuan - tanah yang boleh digunakan oleh jabatan-jabatan tertentu di bawah kerajaan persekutuan untuk kegunaan awam.

 

Beliau berkata, cadangan itu adalah rasional kerana terdapat sekurang-sekurangnya 25 kampung di sekitar Jelutong, Tanjung Tokong, Batu Uban dan Balik Pulau diancam pembangunan sehingga menenggelamkan penempatan tradisi masyarakat asal di kawasan itu.
Mohd Yussof berharap diadakan kerjasama kerajaan pusat dan kerajaan negeri dalam usaha mewujudkan dan melindungi tanah simpanan Melayu.
Dalam pada itu, beliau menjemput orang ramai menghadiri Seminar Warisan Melayu dan Islam Pulau Pinang anjuran Pemenang dengan kerjasama ahli akademik dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan Think City Sdn Bhd, di kampus USM, pada 1 November.
Katanya sebanyak 10 kertas kerja berkaitan isu pembangunan masyarakat Melayu Pulau Pinang akan dibentangkan dan Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Bhd, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dijadual merasmikan seminar itu. – Bernama, 22 Oktober, 2014.
 Melayu dipindahkan keluar dari Pulau secara halus dengan menjual hartanah di Pulau dengan harga yang sangat tinggi (cth: Rumah Semi-D berharga RM1.2 juta) dan menjual hartanah di tanah besar seperti di Bertam dengan harga rendah dan mampu dimiliki orang Melayu


(GEMPAR) Kereta Pegawai KASTAM TERBAKAR Dibaling Molotov Cocktail

Posted: 22 Oct 2014 04:26 AM PDT


JITRA: Sebuah kereta Perodua Kelisa milik seorang pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia terbakar di kediamannya di Taman Bukit Indah pagi Rabu tadi dipercayai angkara perbuatan khianat individu tidak dikenali. 

Kereta milik mangsa, Roslan Othman, 56 itu terbakar selepas dipercayai terkena 'molotov cokctail' yang dibaling dari luar rumah dalam kejadian pukul 5 pagi. 

Roslan berkata kejadian itu disedarinya selepas menerima panggilan telefon daripada seorang jiran yang ternampak api sedang marak pada kereta di depan rumahnya. 

"Bila saya keluar api dah marak dan saya bersama anak bergegas memadam api dengan air sebelum menunggu bantuan daripada pihak bomba," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya. 

Beliau yang bertugas di Unit Dagangan Kastam Bukit Kayu Hitam berkata,beliau bernasib baik kerana api tidak merebak ke rumahnya dan sebuah lagi kereta yang terletak di hadapan kereta yang terbakar. 

Roslan berkata beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu disebabkan perbuatan khianat memandangkan pihak polis yang datang membuat pemeriksaan turut mengesan kewujudan serpihan botol plastik dipercayai berisi cecair mudah terbakar.  

Katanya perbuatan khianat ini merupakan kali kedua berlaku terhada pkeluarganya selepas rumahnya sebelum ini pernah dikejutkan dengan tembakan rambang pada 2010. 

Katanya beliau bersyukur kerana tiada kecederaan ke atas dirinya, isteri dan empat anaknya walaupun terpaksa menanggung kerugian hampir RM30,000 akibat kejadian itu. 

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Abd Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. 

Katanya siasatan awal pihaknya menemui serpihan bekas plastik berwarna hijauyang terbakar dan berbau petrol di belakang kereta mangsa. 

"Punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan," katanya.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...