CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


KJ Menteri Zumba Tong Kosong, Bilakah KJ akan Mula Berkerja? Pemikiran Oxford Hanya Omong Kosong

Posted: 07 Oct 2014 01:42 AM PDT


Khairy Jamaluddin memulakan karier sebagai seorang menteri belia dan sukan dengan penuh bergaya dan berketrampilan.

Dengan memperlihatkan keterbukaan penuh progresif seorang menteri muda, Khairy berjaya menggamit perhatian ramai anak muda di kala prestasi ramai anggota kabinet persekutuan dipersoal.

Namun selepas berakhir dua temasya sukan yang punya prestij tersendiri iaitu Sukan Komanwel dan Sukan Asia, nampaknya Khairy terus bergelut dengan prestasi pelbagai sukan negara kita.

Kegagalan mencapai sasaran emas di Sukan Komanwel dan ditambah dengan persembahan yang jauh tersasar dalam Sukan Asia menambah perit Khairy.

Tambah buruk seorang atlit kita terperangkap dalam persoalan penggunaan bahan larangan hingga mengakibatkan pingat emas yang dimenangi ditarik balik.

Dalam temasya Sukan Komanwel, prestasi atlit kita bukan sahaja tidak dapat mencapai sasaran pingat, malahan kita berada di kedudukan lebih bawah daripada seteru jiran, Singapura.

Manakala dalam Sukan Asia pula, jumlah pingat emas yang diperoleh setaraf negara Mongolia.

Menteri berkelulusan Oxford

Mengapa mutu sukan kita semakin merosot?

Apakah kita tidak mempunyai atlit-atlit yang baik di sebalik 30 juta rakyat kita berbanding Singapura yang hanya mempunyai populasi 4 juta lebih penduduk sahaja?

Atau pun Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hilang keupayaan untuk menggarap dasar pembangunan sukan kita?

Khairy perlu segera mencari formula kemenangan jikalau tidak mahu mengikut jejak kegagalan menteri terdahulu dalam mengangkat martabat sukan negara.

Sama ada rombakan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) dengan suntikan "orang baru" yang ingin dilaksanakannya itu akan berjaya, hanya masa yang menentukan.

Tetapi sebagai seorang menteri kabinet berkelulusan Oxford, sepatutnya Khairy mempunyai perancangan menyeluruh pembangunan sukan sebaik sahaja menjejakkan kaki di Pejabat Menteri KBS. bukannya menunggu sehingga imej sukan negara terus merosot dan tercalar dalam dua aksi sukan berprestij ini.

Masakan Khairy tidak mempunyai idea progresif untuk pembangunan sukan seperti mana yang ditonjolkan dalam aksi zumba sempena pelancaran program FIT Malaysia?

Masakan Khairy tidak mempunyai bakat sebagai seorang menteri dan pemimpin muda seperti mana bakat yang ditonjolkan di layar perak?

Hero bed time story

SAMM mempersoalkan di manakah Khairy ketika negara perlu melahirkan lebih ramai atlit pelapis masa depan?

Apakah Khairy tidak dapat melihat keperluan untuk memunculkan pelapis Datuk Lee Chong Wei?

Apakah Khairy sedar akan kelemahan Persatuan Sepak Takraw hingga menyebabkan skuad kita tewas kepada Korea Selatan?

Khairy perlu berbuat sesuatu jika mahu terus glamor di kalangan anak muda, tetapi bukan dengan aksi zumba dan aksi lakonan layar perak tetapi perlu hadir dengan idea progresif untuk membangunkan sukan negara kita.

Janganlah hanya berbelanja besar dalam bidang sukan tetapi hasilnya memualkan - ini suatu tragedi.

Jika kegagalan mencapai sasaran emas dalam temasya-temasya sukan berprestij sebegini terus berulang, tidak dapat tidak Khairy perlu berbisik kepada perdana menteri untuk menukar ke Kementerian lain ataupun menghantar sepucuk surat peletakan jawatan.

Khairy Jamaludin menteri kelahiran Oxford yang disangka hebat, rupanya hanya seorang hero bed time story semata.


ZURAIDI ABDULLAH penyelaras segmentasi sukan SAMM, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

(DAP PULAU PAS SEJAK 2009) Mujahid Yusof Rawa SAHKAN Majlis PR P Pinang tak bertemu sejak tahun 2009

Posted: 06 Oct 2014 07:04 PM PDT


BUTTERWORTH - Pemimpin Pas Pulau Pinang mendakwa wujud masalah pembangunan di negeri ini dan perlunya platform untuk Majlis Pakatan Rakyat Negeri bersama-sama membincangkan penyelesaian.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, perkara itu dipersetujui secara konsensus dalam mesyuarat yang diadakan pada 3 Oktober lepas, sehari selepas pertemuan dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

"Kita memperakui bahawa masalah pembangunan di Pulau Pinang, khususnya di bahagian pulau sudah dan sedang ditangani oleh kerajaan negeri walaupun masih ada ruang yang perlu diperbaiki dan Pas bersedia untuk bersama meningkatkan keberkesanannya.

"Mesyuarat juga memperakui Majlis Pakatan Rakyat Negeri tidak bertemu sejak tahun 2009, justeru masalah pentadbiran, parti dan rakyat tidak dapat dibincang secara tuntas demi pembangunan mapan di Pulau Pinang," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mujahid berkata, isu yang timbul sebelum ini termasuk penggantungan Bendahari Pas Pulau Pinang Iszuree Ibrahim adalah kerana tiada ruang perbincangan atas sebab teknikal seperti kesibukan.

Berikutan tiada platform untuk perbincangan, masalah pembangunan di Pulau Pinang dibangkitkan Iszuree dalam Muktamar Tahunan Pas ke-60 di Batu Pahat, Johor Baharu pada 28 September lepas berhubung isu perumahan serta menyamakan pentadbiran kerajaan DAP negeri dengan Barisan Nasional dalam meneruskan dasar propemaju ​ketika menguruskan masalah setinggan.

Berikutan itu, Iszuree digantung sebagai Anggota Majlis Majlis Perbandaran Pulau Pinang sehingga mengeruhkan hubungan antara Pas dan DAP di negeri ini.

Mengulas lanjut, Mujahid berkata, keputusan mesyuarat Badan Perhubungan Pas Pulau Pinang berhubung perkara berkenaan dipersetujui selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk suara akar umbi Pas di negeri ini dan rakyat secara keseluruhannya.

"Kami berpendapat dalam isu Iszuree adalah wajar bagi pihak kami mengambil tanggungjawab penuh atas kenyataan yang dibangkitkan beliau dan bersedia untuk membetulkan keadaan," katanya.

Mujahid berkata, Pas Pulau Pinang mengakui bahawa sebahagian ucapan Iszuree telah menimbulkan salah faham ekoran olahan bahasa untuk menjelaskan intipati ucapan dengan niat baik.

"Oleh itu bagi pihak Iszuree, Pas negeri ingin menyatakan kekesalan terhadap salah faham yang timbul akibat daripada kenyataan tersebut," katanya. - Bernama

PLUS: Tiada arahan untuk halang kenderaan berat semasa cuti Aidiladha

Posted: 06 Oct 2014 04:22 PM PDT


KUALA LUMPUR: Tiada sebarang arahan yang dikeluarkan dari Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk menghalang kenderaan berat daripada menggunakan lebuhraya semasa cuti perayaan yang pendek seperti Hari Raya Aidiladha.

Menurut jurucakap Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) Malaysia, mengikut kebiasaannya, hanya semasa cuti biasa yang panjang seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan cuti hujung tahun larangan tersebut akan dikeluarkan.

PLUS berkata demikian semasa mengulas mengenai pandangan ramai pihak di media sosial mengenai larangan kenderaan berat menggunakan lebuhraya, ekoran kemalangan ngeri di Kilometer 256, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, selepas Terowong Menora, yang membabitkan dua treler dan enam buah kereta semalam.

Dalam kemalangan pukul 11.30 pagi itu, dua orang maut iaitu, Norhayati Wook, 50, dan Siti Yuslianis Roslan, 20.

Ia dilaporkan bahawa, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, ACP Ghuzlan Salleh berkata kejadian berlaku di kawasan menuruni bukit apabila sebuah treler dipercayai hilang kawalan merempuh sebuah kereta yang dinaiki lima sekeluarga.

Beliau berkata beberapa kenderaan lain turut terbabit dalam kemalangan itu selepas berlanggar antara satu sama lain kerana tidak sempat mengelak insiden berkenaan.

Lori treler jenis Hino itu dalam perjalanan dari Johor Bahru menuju ke Pulau Pinang dengan membawa muatan jubin mozek, katanya.

Lima kenderaan lain iaitu masing-masing dua dari jenis Proton Alza, Honda City, Perodua Myvi dan Mercedes Benz itu mengalami kerosakan teruk, bagaimanapun pemandu atau penumpangnya tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya.

Beliau berkata pemandu treler berusia 40-an berkenaan kini ditahan untuk siasatan lanjut serta ujian air kencing dan darah.

Kejadian berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat telah memuatnaikkan beberapa keping gambar yang diambil di tempat kejadian, di laman Facebooknya.

f
Antara gambar kemalangan ngeri itu - Sumber: Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat

g
SUMBER: Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat
g
SUMBER: Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat

(INGATAN UNTUK PEGUAM NEGARA) Jangan Sampai Pulau Pisang senasib Pulau Batu Puteh

Posted: 06 Oct 2014 07:25 AM PDT


NAMA Pulau Pisang mungkin tidak sepopular Pulau Batu Puteh yang pernah mendapat tumpuan dunia di mana rebutan ke atas pulau itu dibawa sehingga ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) beberapa tahun lalu.

Namun nasib Pulau Pisang dibimbangi serupa dengan Pulau Batu Puteh yang akhirnya diputuskan jatuh ke tangan Singapura pada 23 Mei 2008 lalu.

Di Pulau Pisang ini terdapat sebuah rumah api setinggi 53 meter yang dikendalikan oleh Singapura menerusi perjanjian antara Sultan Johor, Almarhum Sultan Ibrahim dengan Kerajaan British pada tahun 1900.

Pulau Pisang yang berkeluasan 178.4 hektar itu sudah tidak berpenghuni lagi namun terdapat dusun-dusun buah-buahan yang masih dijaga dan dikunjungi sekali-sekala oleh pemiliknya.

Melalui laporan sebuah media tempatan, pulau tersebut disahkan bekas Menteri Besar Johor sebelum ini, Datuk Abdul Ghani Othman bahawa pulau itu milik kerajaan negeri Johor.

Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat, melahirkan tentang kebimbangannya terhadap nasib pulau itu pada masa akan datang.

Malah beliau tidak menolak kemungkinan Pulau Pisang akan turut dituntut Singapura seperti negara republik itu menuntut Pulau Batu Puteh.

"Setakat ini pihak di sana 'in good face' tidak ada apa-apa tuntutan tapi kita tak tahu pada masa akan datang.

"Saya bimbang dengan adanya resit-resit, rekod gaji pekerja, dokumen penyelenggaraan yang semuanya dibayar oleh Singapura, mereka akan jadikan bukti untuk tuntut pulau itu di mahkamah antarabangsa (ICJ) kerana mereka kata mereka yang jaga rumah api itu

"Sama juga berlaku dengan Pulau Batu Puteh. Perkara itu boleh berulang," katanya kepada Sinar Harian Online ketika diminta pandangan dari sudut perundangan terhadap segala kemungkinan yang boleh berlaku terhadap Pulau Pisang, Pontian itu.

Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda Umno Johor itu turut memberi senario mudah yang paling hampir dengan masyarakat umum.

"Apabila rumah kita, setiap tahun orang lain bayarkan bil api, bil air, upah orang datang bersihkan, bayar cukai tanah...lama-lama dari generasi ke generasi, sudah lupa siapa pemilik asal.

"Pihak yang menjaga hanya menunjukkan bukti bahawa selama berpuluh tahun yang menjaga rumah kita itu adalah pekerja yang dibayar oleh dia, jiran tetangga sekeliling pun tengok bukti betul, akhirnya mereka akan tuntut rumah kita itu.

"Jadi, sama juga. Ini yang mungkin akan berlaku kepada pulau itu," katanya.

Tegasnya, pemerintah wajar mengambil langkah perundangan bagi mengisytiharkan siapa pemilik mutlak pulau tersebut.

"Pemerintah sepatutnya mengambil langkah-langkah perlu di sisi undang-undang untuk memastikan kesahihah hak milik mutlak pulau itu...mendokumentasikan, isytiharkan (atau ada) hitam putih.
"Dan ambil langkah perlu untuk akhirnya menggantikan atau membenarkan hanya rakyat Malaysia saja yang bekerja di sana. Sekiranya rakyat Singapura datang kerja, mereka perlu mempunyai permit kerja yang sah," katanya.

Beliau juga menyarankan agar pihak berkuasa mengkaji semula sistem kawalan keselamatan di kawasan perairan tersebut.

"Sudah sampai masanya pihak berkuasa kita kaji semula sistem kawalan keselamatan dan jika perlu, ambil alih sepenuhnya.
"Biarlah kita yang mengawal sepenuhnya kerana saya bimbang pulau itu akan dituntut oleh generasi-generasi selepas ini.

"Sekarang mungkin kita ada kesefahaman tapi akan datang kita tak tahu mungkin apa yang berlaku kepada Pulau Batu Puteh akan berulang," katanya.

Difahamkan pulau yang mula diteroka sejak 1806 oleh penduduk sekitar Benut itu pernah didiami kira-kira 500 keluarga Melayu.

Namun, pulau itu sudah lama tidak berpenghuni selepas semuanya berhijrah ke kawasan darat sekitar Pontian.

Tujuh kru Bot Tempur CB204 Hilang Telah ditemui selamat - PTL

Posted: 06 Oct 2014 04:13 AM PDT


KUALA LUMPUR - Bot tempur CB204 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), yang hilang pagi semalam, sudah ditemui dengan semua tujuh anak kapalnya dilaporkan selamat.

Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar memaklumkan perkara itu dalam laman Twitter beliau pada 6.10 petang ini.

Beliau berkata, komander bot itu, Leftenan Azri Bakar membuat panggilan melalui radio untuk memaklumkan semua anak kapal CB204 berada dalam keadaan selamat.

"Bot CB204: Lt Azri, Komander Bot, memaklumkan KD Ganas melalui Ch16, Bot dan semua warga selamat tetapi kelaparan. Alhamdulillah," kata Abdul Aziz dalam laman Twitter.

Dalam kenyataannya malam tadi, Abdul Aziz berkata bot tempur itu belayar dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada 5 pagi Ahad sebelum terputus hubungan komunikasi radio dengan kapal pengiring KD Paus pada 11.15 pagi, ketika dalam perjalanan ke Stesen LIMA TLDM di Terumbu Layang-Layang, Sabah. - Bernama

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...