CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


5 Pemimpin Pemuda Gerakan, SU Politik & SU Akhbar Mah LETAK JAWATAN, Presiden Datuk Mah SAHKAN

Posted: 08 Oct 2014 03:26 AM PDT


Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong mengesahkan hari ini bahawa lima pemimpin Pemuda Gerakan telah meletakkan jawatan ekoran perbezaan pandangan dengan Ketua Pemuda kebangsaan parti itu, Tan Keng Liang.

Bagaimanapun, Mah berkata, mereka masih kekal menjadi anggota jawatankuasa pusat Pemuda Gerakan.

Mereka ialah naib pengerusi Lee Chen Peng; dua timbalan setiausaha agung, Tang Luan Kang dan Ooi Zhi Yi; timbalan bendahari Chan Tzun Hei, dan ketua Biro NGO Antarabangsa, Chong Chee Yen.

Pada masa yang sama, Mah berkata, setiausaha politiknya Ivanpal Singh Grewal juga meletak jawatan sebagai anggota jawatankuasa pusat yang dilantik Pemuda Gerakan, manakala setiausaha akhbarnya, Lim Yen Leng melepaskan jawatan sebagai anggota jawatankuasa pusat dan pegawai publisiti Wanita Gerakan.

Katanya, Ivanpal (kiri) dan Lim meletak jawatan atas nasihat beliau
agar mereka dapat menumpukan perhatian membantu beliau dalam kerja-kerja parti.

Mah berkata kira-kira 50 pemimpin sayap Pemuda dan ahli, bertemu dengannya semalam untuk tidak membincangkan bukan sahaja isu peletakan jawatan itu, tetapi juga bagaimana Pemuda Gerakan dapat bergerak ke hadapan.

Beliau berkata beliau menghormati keputusan lima pemimpin Pemuda yang meletak jawatan itu, dengan berkata, mereka hanya memerlukan masa untuk bertenang.

"Saya fikir pemimpin-pemimpin muda perlu masa untuk bertenang. Saya yakin ia bukan satu masalah besar dan saya yakin kita semua masih boleh terus bersama-sama bekerja. "


(SI"MISKIN" MESTI BACA) Kisah Anak Muda Kerja Carwash Miliki Lebih 30 Hartanah TEMPELAK Orang MERUNGUT Harga Minyak NAIK 20 Sen

Posted: 07 Oct 2014 11:16 PM PDT


KOMPLEN HARGA MINYAK NAIK?

Hari ni kat FB wall saya, nampak ramai yang menyumpah dan komplen kerana harga minyak naik. Rasa agak aneh bila membaca komplen2 sedangkan ramai orang yang komplen ni:

1. Tak pula komplen bila bayar kopi RM10 ke atas

2. Tak pula komplen bila lunch atau dinner hari-hari lebih RM20

3. Tak pula komplen bila tukar smart-fon 4-angka setiap 6-12 bulan, walhal smart-fon lama masih boleh diguna pakai.

4. Tak pulak komplen bila beli kereta/MPV/moto yang bayaran bulanan 4-angka ke-atas. Satu rumah boleh siap ada beberapa bijik kereta lagi.

5. Tak pula komplen bila setiap bulan shopping beli pakaian baru.

6. Tak pula komplen bila rokok giler mahal but hari-hari mau isap jugak.

7. Tak pula komplen bila bayar astro + internet lebih RM250 sebulan.

8. Tak pula komplen bila habis beribu tiap tahun untuk bercuti. 

Pelik kan? 

Sebenarnya, saya sendiri rasa macam nak komplen jugak, but bila pikirkan yang banyak benda kat atas ni saya dah selalu buat, segan pulak saya nak komplen. Saya sendiri yang nak pakai motor and kereta yang elok, yang makan minyak lebih. Kawan2 saya yang naik moto atau kancil tak heran pun harga minyak naik RM0.20 sbb diorang tak pakai minyak banyak. 

Jadi, saya tak layak nak komplen ni sebab saya sendiri yang nak pakai yang kereta / motor ada lebih dari 1. Saya boleh pakai Kancil, MyVi atau skuter(yang jimat minyaknya), tapi saya sendiri yang nak pakai kereta dan motor yang elok. Saya bukan org berada sangat pun tapi kalau saya start komplen pasal minyak naik RM0.20, itu tanda saya sebenarnya tak mampu nak pakai kenderaan yang saya beli tu........ 

So bila difikirkan, baik saya diam-diam dan usaha lebih sikit. Saya komplen banyak2 pun bukan dapat pahala atau duit. Lagipun saya takut rezeki sempit kalau komplen byk-byk. Yang penting saya usaha, rezeki tu kententuan dari Allah S.W.T. 

In fact saya tak mampu nak pakai kereta sehinggalah saya dah beli rumah yang ke-13 ketika umur 28 tahun. Naik moto je sebelum tu. Cepat dan murah. Alhamdulillah rezeki saya murah dalam pelaburan hartanah, jadi kereta dan minyak saya sekarang semuanya "free" sebab penyewa tolong bayarkan. 

Kesimpulanya, saya bukan nak suruh anda semua menyokong kenaikan harga minyak. Cuma nak galakkan kita lebihkan usaha, dan kurangkan pengaduan. Saya minta maaf awal-awal kalau perkongsian ini menyinggung mana2 pihak, terutama mereka yang memakai kereta mahal-mahal tetapi masih komplen minyak naik RM0.20.



SAMBUNGAN

SEBAB HARGA MINYAK NAIK, FAIZUL RIDZUAN CUBA BERLAGAK DAN RIAK?

Semalam, saya buat posting mengenai kenaikan harga minyak dan mereka yang komplen. Ada yang suka, ada yang mengata. Ada segelintir saya kata saya riak, bodoh, pentingkan diri sendiri, saya ni kroni la dan macam macam lagi. Saya bagi contoh sendiri di mana saya sengaja tak beli kereta sehingga rumah saya dah beli lebih dari 10, dan saya dituduh cuba riak dan takbur.

Saya nak berterima kasih kepada yang komen secara elok walaupun anda marah atau tak suka dgn pendapat saya. Seperti yang saya dah jelaskan dalam post saya, ini adalah pendapat dan saranan saya kepada org yang mampu buat satu daripada 8 perkara di atas. Kalau anda tak buat satu pun dari perkara di atas dan masih kena teruk impak kenaikan harga minyak, saya mmg sangat bersimpati dgn anda.......

Tapi saya rasa hairan ialah banyak rumah skrg minimum ada 2 kereta. Kita komplen harga kereta mahal dan harga minyak mahal di Malaysia tetapi tiap tiap tahun makin ramai org beli kereta baru. Jem semakin lama semakin teruk. Saya sampai skrg masih menggunakan motor terutamanya kalau hari bekerja, sebab tak tahan nak sangkut dalam jem. Cepat dan murah. Saya buat PILIHAN untuk naik motor.

Saya tak pernah nafikan disebabkan kenaikan harga minyak ni, byk benda lain yang akan naik harga barang tetapi itu adalah keputusan peniaga yang buat bisnes, bukan saya ataupun kerajaan. Pada pendapat saya peniaga tiada alasan untuk menaikkan harga barang kali ini but saya personally kalau nampak peniaga yang naikkan harga sbb melampau, saya akan boikot. Itu hak saya sebagai pengguna dan ini perkara yang saya boleh dan mampu kawal.

Saya tak boleh kawal apa kerajaan nak buat, atau harga apa peniaga nak letak, tapi saya boleh kawal di mana saya nk belanja duit saya. Saya boleh kawal dimana saya nak laburkan duit saya. Jadi saya lebih suka fokus kepada benda yang saya boleh dan mampu nak kawal. Anda pun ada pilihan. Anda boleh baca post ni dan pilih apa anda nak buat seterusnya :

1. Komplen sepanjang hari, dan teruskan tuduh saya riak atau cuba berlagak. Dan teruskan buat benda yang sama macam anda dah buat selama ini. Dan bila kerajaan buang lagi subsidi tahun depan anda boleh ulang lagi process ini walaupun anda tahu komplen ni tak berkesan dan ia tak mampu nak ubah hidup anda.

2. Ambil iktibar, dan mula belajar cara nak melabur dan tambahkan pendapatan & simpanan. Fokus kepada perkara yang kita boleh nak kawal, terutamanya bahagian perbelanjaan dan pelaburan. Gunakan asset pelaburan kita untuk jana pendapatan supaya kita boleh dapat kereta dan duit minyak PERCUMA. Ubah nasib sendiri supaya bila kerajaan kurangkan subsidi minyak nanti, kita sikit pun tak heran sbb pendapatan kita dah bertambah jauh lebih banyak dari harga minyak atau barang baru. Pendek kata, guna asset untuk bagi kita liabiliti secara percuma.

Saya doakan anda buat pilihan yang terbaik untuk diri anda dan keluarga anda sendiri ^^



FAIZUL RIDZUAN ORANG KAYA YANG TAK PERNAH SUSAH? MINYAK RM0.20 dan GAJI GRADUATE RM2500 SEBULAN TAK CUKUP? : 

Baru-baru ni saya memberikan pandangan saya berkenaan kenaikan harga minyak dan kenapa kita tak patut komplen terutamanya jika kita ada pembaziran dalam perkara lain. Ada yang suka dengan pendapat saya, ada yang benci dan berpendapat yang saya ni lupa diri sbb saya ni orang senang yang tak memahami kehidupan orang lain yang susah. Jadi saya nak kongsikan sedikit kisah hidup saya yang byk org tak pernah tahu dan ini adalah perkongsian saya yang terakhir berkenaan dengan subjek ni.

- Bapa saya hilang pekerjaan ketika gawat 97-98, dan selama setahun kami sekeluarga hidup dgn sardin dan telur sahaja kerana tak cukup wang simpanan. Semua barang kemas milik ibu saya dipajakkan untuk menampung hidup kami 5 beranak. Saya tak boleh merungut sbb ramai lagi yang takde duit untuk makan. 

- Selepas bapa saya dipecat, beliau gagal mencari pekerjaan. Selepas hampir setahun, dia nekad bukak carwash untuk menyara kami. Modal bukak carwash kami dapat dari pinjaman rakan, dan saya merupakan pekerja pertama di carwash ayah sebab kami tak mampu nak ambil pekerja. Saya mula bekerja pada umur 14 tahun, tolong ayah selepas habis sekolah. Saya tak berani merungut sebab masih ada adik 2 org yang masih kecil dan bersekolah, dan carwash ni adalah satu-satunya punca rezeki keluarga kami. 

- Saya mungkin tak senang tetapi ramai kawan saya yang lain lebih susah dari saya. Kawan baik saya ibunya kena sakit buah pinggang dan duit belanja sekolah untuk makan pun takde. Seorang lagi dapat bapa jenis pukul dan ada isteri lain di luar. Ujian kawan-kawan saya jauh lebih besar dari saya jadi apa hak saya nak merungut? 

- Selain dari membantu ayah bila diperlukan, saya tak pernah tak bekerja waktu cuti sekolah. Saya bekerja di A&W, McD, Hotel Legend, PWTC, dan macam macam tempat lagi setiap cuti sekolah. Saya tak suka duduk rumah sahaja tanpa buat apa-apa. Gaji pertama saya RM230 sebulan di A&W.

- Sebab lapar sgt, saya pernah 2-3 kali makan lebihan fast food org lain ketika bekerja. Alhamdulillah masih hidup sihat walafiat sampai hari ni bila dipikirkan macam-macam virus yang mungkin saya dapat dari org lain. 

- Waktu form 3-5, kadang-kadang bila tak cukup duit, saya dan rakan rakan berjalan kaki je bila balik dari pusat tusyen di kotaraya sampai ke Sentul. Tanya la kawan sekolah saya Wan Shahriman dan Shirkan Rahim kalau tak percaya. 

- Ketika di universiti, carwash ayah saya ditutup kerana tuan tanah nak pakai dan buka carwash sendiri. Sekali lagi kami hilang sumber pendapatan dan tak mampu untuk memberikan duit belanja kepada saya belajar di uni. Saya cari kerja dan syukur saya diberi peluang untuk kerja di Starbucks sebagai barista. Dapat sahaja gaji pertama, saya beli skuter untuk permudahkan saya pergi dan balik bekerja.

- Saya bekerja di Starbucks semenjak masuk uni sampai la tamat pengajian. Pernah jatuh motor 2 kali sebab tertidur waktu pergi dan balik kerja sebab penat sangat nak belajar dan bekerja terutamanya waktu exam. Alhamdulillah saya dapat CGPA 3.3 walaupun tak belajar sepenuh masa. Result tak bagus mana tapi saya syukur dapat lulus pengajian.

- Banyak kali takde duit nak makan waktu bekerja tetapi alhamdulillah saya ada ramai rakan dan supervisor yang bantu belanja makan. Tanya bro Ibrahim Halim, bro Amir, Kak Gay kalau tak percaya, diorang selalu belanja saya makan. Saya cukup suka buat closing waktu kerja sbb mesti ada lebihan pastry, salad atau kek yang saya boleh bawa balik untuk dijadikan makan mlm atau sarapan untuk esok. 

- Semenjak umur saya 16 sampai lah 25 tahun, pakaian semua dibeli sendiri, dan majority dari bundle. RM5 sahaja sehelai dan saya boleh pakai bertahun-tahun.

- Gaji pertama saya selepas dapat degree adalah RM600 sebulan sebagai komputer pragrammer. Alhamdulillah cukup untuk tanggung diri sendiri sementara belajar ilmu dan dapatkan pengalaman.

- Selepas saya putuskan yang saya mahu berniaga pada jangka masa panjang, saya berhenti kerja sebagai programmer (bergaji RM2300 ketika itu) untuk jadi penjual kredit kad the tepi jalan atau direct selling. Saya putuskan untuk jadi salesman sebab saya nak belajar ilmu menjual. Tak boleh berniaga kalau tak tahu menjual. Kerja salesman ni mmg best sbb langsung tiada basic. Kalau tak jual dan malas, saya tak ada duit utk makan. Alhamdulillah saya survive dan belajar sgt byk. 

- Lepas kerja sebagai salesman, saya dapat kerja di bank. Saya pilih untuk kerja di bank sbb nak belajar ilmu duit dan kewangan. Gaji RM2,500 sebulan, dan lepas saya dapat conformation, saya terus beli rumah pertama. Modal saya cuma RM2,000 tapi saya iktiarkan cari modal cara lain. Loan RM155,000 lepas tanpa masalah sebab saya tiada komitmen lain dan tiada kereta (gaji saya RM2,500 memang tiada kaitan dgn kekecohan gaji permulaan 

- Waktu berkerja di bank, mcm mcm business saya buat. Renovation kecil-kecilan, sublet (zaman 2006 org tak tahu pun pasal sublet), carwash. Bukan semua pun berjaya tapi saya byk belajar. Saya biasanya tak sampai rumah sebelum jam 12 mlm sbb ada kerja 9-5 dan business. 

- Ketika saya kahwin, saya tak hutang satu sen pun. Semua dibayar guna duit simpanan sendiri dan pendapatan dari pelaburan dan business. Saya masih menaiki motor yang sama (saya beli waktu saya belajar) ketiaka berkahwin dan terus terang ramai yang bertanya mentua saya kenapa menatu tak bawak kereta. Beliau jawab, menantu saya mmg takde kereta, tetapi rumah dah ada 3 bijik sebelum kahwin. Ex-GF saya (skrg dah jadi isteri) pun sikit pun tak kisah saya tiada kereta. Bawak motor lebih romantik. 

- Kereta pertama saya beli lepas saya dah dapat pendapatan 5-angka dari pekerjaan dan pelaburan. Bagi saya kalau pendapatan saya tak cukup RM10,000, saya memang tak mampu nak pakai kereta (Saya pernah kira installment, parking, minyak, tol untuk bawa kancil pun dah seribu. Saya nak kereta yang elok jadi saya tunggu sampai saya mampu). Dan saya dah kongsikan yang saya beli kereta pertama selepas saya dah beli berbelas rumah. Bukan saya nak riak tetapi saya rasa membazir sgt membeli kereta sbb ia akan membuatkan saya kurang mampu untuk melabur. Jadi saya utamakan pelaburan dulu sebelum kehendak hati. 

- Sebelum kahwin, saya tak pernah pergi bercuti sewaktu bekerja yang saya kena bayar sendiri. Percutian pertama yang saya bayar sendiri adalah honeymoon saya. Saya lebih suka jimatkan duit untuk buat pelaburan. 

Inilah sedikit kisah hidup yang boleh saya kongsikan. Saya bermula bukan sebagai orang senang tapi saya jenis yang tak suka nak merungut dan suka fikir apa lagi yang saya boleh buat. Tambahan bila tgk ramai lagi orang yang lebih susah dari saya, apa pula hak saya nak merungut berlebihan? Saya tak nak sempit rezeki…..dan Allah beri saya badan sihat, akal, dan cukup sifat. Tiada alasan untuk saya tak berusaha dan tak bersyukur. Alhamduliilah saya belajar ilmu pelaburan hartanah dan kerana ilmu ini hari ni saya mampu nak buat banyak benda yang saya tak pernah fikir saya boleh buat 10 tahun lepas. 

Subsidi minyak skrg ni pun tidak akan kekal selamanya. Kita boleh terus merungut dan buat benda yang sama bila subsidi dikurangkan kelak atau kita boleh plan dan iktiarkan untuk ubah hidup kita. Kalau budak carwash macam saya boleh buat, saya yakin ramai kawan saya diluar boleh buat lebih baik. Cari ilmu, dan iktiar. Rezeki itu ada kat luar kalau kita berusaha dan Allah nak bagi. 

Bukan semua orang bernasib-baik untuk lahir sebagai orang senang. Semangat kita, tak semestinya kena miskin juga.

Sumber: Faizul Ridzuan

10 GAMBAR (HANYA 100 ORANG) Himpunan Bantah Minyak Naik, GST TIADA SAMBUTAN, Tiada Wakil Cina DAP

Posted: 07 Oct 2014 10:32 PM PDT


Hanya kira-kira 100 orang berhimpun di depan bangunan Parlimen untuk membantah tindakan kerajaan menaikkan harga minyak dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula April tahun depan.

Demonstrasi PROTES itu disertai antaranya Pemuda PAS Malaysia bersama dengan PSM, aktivis NGO Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) dan kumpulan Asal Bukan Umno yang berhimpun di luar pintu masuk bangunan itu.

Terdapat di antara peserta memakai baju berwarna merah sambil melaungkan "bantah GST", "Mansuh GST" dan "Kadar miskin tegar bertambah".

Seramai tujuh orang wakil dibenarkan masuk ke Parlimen bagi menyerahkan memorandum bantahan kenaikkan harga petrol dan diesel sebanyak RM0.20 baru-baru ini.










Forum PR, DAP, Tony Pua SOKONG, SETUJU Rasionalisasi Subsidi, Ia Langkah Yang TEPAT, Tetapi Pengikut Cakap Lain

Posted: 07 Oct 2014 08:25 PM PDT

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua bercakap semasa forum Rasionalisasi Subsidi di Anjung Amjal semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Zhafri Azmi, 8 Oktober, 2014. 

Panel dalam forum "Rasionalisasi Subsidi: Membantu Rakyat atau Tidak" anjuran kumpulan Pro Mahasiswa Nasional Universiti Malaya (UM) berpendapat, langkah kerajaan memberikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dengan diikuti program rasionalisasi subsidi yang diamalkan kerajaan adalah tepat dari segi dasarnya.
Mereka berpendapat dengan langkah itu, kerajaan dapat mensasarkan pemberian bantuan secara langsung kepada rakyat berpendapatan rendah, berbanding subsidi bahan api yang dinikmati semua golongan tanpa mengira taraf kedudukan sosial mereka.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berpendapat, langkah rasionalisasi subsidi perlu dilaksanakan dalam jangka masa panjang bagi mengelakkan rakyat merasa kesan langsung peningkatan harga barangan secara mengejut.
"Saya setuju cara subsidi diberikan perlu dirombak, tetapi ini tidak bermakna subsidi petrol perlu dimansuhkan secara langsung kerana ada pihak yang memerlukan subsidi," katanya yang merupakan salah seorang ahli panel dalam forum yang dianjurkan di Anjung Amjal, Kuala Lumpur malam tadi.
"Cara BR1M lebih baik. Memang BR1M boleh disalah guna untuk politik, betul... tetapi terus dapat diterima oleh penerima yang layak," katanya.
"BR1M dari segi dasar lebih baik daripada subsidi, adakah subsidi minyak adil bagi semua pihak? Tidak," kata setiausaha publisiti DAP itu.
Beliau turut berkata, subsidi juga bukan masalah pertama yang perlu dikurangkan perbelanjaannya oleh kerajaan.
"Memang perlu kurangkan subsidi beransur-ansur dalam jangka panjang," katanya.
Beliau bagaimanapun melihat keperluan untuk pengangkutan awam dan tahap pentadbiran kerajaan yang lebih efisyen menangani ketirisan serta rasuah seharusnya diperbaiki sebelum rasionalisasi subsidi dilakukan.
"Kalau hendak naikkan harga petrol, perlu ada alternatif untuk rakyat.
"Kita perlu ada sistem pengangkutan awam yang efisyen untuk rakyat sebelum menaikkan harga minyak," katanya.
Seorang lagi ahli panel, Bekas Timbalan Pengarah Bank Negara Malaysia Dr Rosli Yaakob berkata, dari aspek ekonomi, subsidi adalah kebalikan kepada cukai yang bersifat negatif berbanding cukai yang bersifat positif.
Bekas timbalan pengarah Bank Negara Malaysia Dr Rosli Yaakob berkata berbanding dengan cukai yang bersifat positif, subsidi bersifat negatif dan tidak membantu kerajaan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Zhafri Azmi, 8 Oktober, 2014 -

Beliau menjelaskan, seperti juga BR1M, subsidi adalah bentuk bayaran pindahan sehala dan kerajaan tidak memperolehi timbal balik daripada perbelanjaan tersebut.
"Dalam sistem ekonomi negara, ini termasuk kepada perbelanjaan," kata pemimpin dari PAS.
Beliau bagaimanapun menyokong pengekalan subsidi namun berpendapat sistem subsidi dengan penstrukturan perlu diperkenalkan kerajaan.
"Kita perlu ada subsidi yang berstruktur, saya berpendirian subsidi yang ada patut dikekalkan kerana minyak ini hasil bumi yang rakyat perlu dapat manfaatnya.
"Minyak ini bahan penting dalam ekonomi," katanya.
Putrajaya membelanjakan sebahagian besar daripada belanjawan tahunan negara untuk menanggung subsidi.
Subsidi bahan api merupakan komponen subsidi terbesar dengan jumlahnya mencecah RM24.7 bilion, atau 12% daripada keseluruhan perbelanjaan kerajaan pada 2012 dan RM24.8 bilion, 11.5% daripada perbelanjaan mengurus kerajaan pada 2013.
Kerajaan juga mengumumkan pengurangan subsidi minyak sebanyak 20 sen bagi petrol RON 95 dan diesel, sekaligus menyaksikan peningkatan harga bahan api itu kepada RM2.30 dan RM2.20 masing-masing.
Harga pasaran bagi minyak petrol RON95 pada masa ini ialah RM2.58 seliter dan harga minyak diesel RM2.52 seliter.
Peningkatan harga itu turut mendorong pengguna laman sosial membanjiri laman sosial milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan kenyataan "20 sen".
Sekumpulan individu yang membantah kenaikan harga minyak dan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dijadualkan bermula pada April 2015 juga akan mengadakan protes di hadapan Parlimen hari ini.
"Kalau mahu dirasionalkan, sepatutnya, subsidi ini tidak perlu diwujudkan kerana ia dalam bentuk pemberian kepada rakyat," kata Rosli.
"Kita tahu kenapa kerajaan hendak beri BR1M, supaya rakyat boleh melihat 'kerajaan kita amat baik'. Itu matlamatnya," katanya, dan menambah ia dijadikan alat "membeli" undi oleh parti pemerintah.

Nik Abduh kata Konspirasi ‘sekutu Yahudi’ selinap dalam PAS, Apa pula kata Khalid Samad, Anwarinas agaknya, Terkena Atas Muka?

Posted: 07 Oct 2014 05:44 PM PDT


KUALA LUMPUR 7 Okt. - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mendakwa wujud gerakan konspirasi sekutu Yahudi yang menyelinap di dalam parti itu bagi melemahkan pengaruh Pas dalam pakatan pembangkang.

Katanya, gerakan yang dibuat bagi menjatuhkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu akan memastikan perjuangan parti tersebut dalam menegakkan syariat Islam di negara ini, dilenyapkan secara langsung ketika pakatan pembangkang memerintah kelak.



Menurutnya, tanda mudah untuk difahami berhubung perkembangan gerakan itu adalah apabila golongan ulama yang sudah berjaya membawa Pas sehingga tahap sekarang dan diterima oleh rakyat Malaysia sebagai parti Islam yang progresif, tiba-tiba digugat oleh pertembungan dalaman antara ulama, Presiden dan Majlis Syura.

"Sama ada sedar atau tidak sedar itu yang saya tegaskan bahawa ahli Pas mesti mempunyai kesedaran yang tinggi, kadang-kadang kita fikir ini baik, tetapi kita tidak sedar bahawa ia dirancang, seperti disebutkan (wujud) gerakan antarabangsa (konspirasi Yahudi) sekiranya dirancang dan diberi sokongan pemikiran seperti ini, jadi ia akan mengubah Pas," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.


Nik Mohamad Abduh sebelum ini mendakwa wujud gerakan oleh musuh Islam pada peringkat antarabangsa untuk menjatuhkan Abdul Hadi dan Majlis Syura Ulama parti itu.

Dalam laman Facebook miliknya kelmarin, beliau berkata, pihak terbabit melihat gerakan Islam yang istiqamah berjuang menegakkan agama dan syariat agama seperti Pas pimpinan Abdul Hadi perlu dilumpuhkan.


Mengulas lanjut, beliau menjelaskan, hal ehwal gerakan tersebut telah lama dibincangkan di peringkat antarabangsa kerana dunia Barat mengetahui bahawa gerakan Islam yang mengajak umatnya di seluruh dunia untuk kembali kepada Islam sedang berpengaruh.

Kata beliau, dunia Barat telah lama berusaha untuk menyekat gerakan Islam tersebut walaupun mereka berjaya di peringkat awal, tetapi akhirnya umat Islam sedar akan kelemahan mereka meninggalkan ajaran agama menyebabkan gerakan tersebut tidak dapat disekat.

Kata beliau, apabila gerakan tersebut tidak dapat menyekat perkembangan gerakan Islam, mereka terpaksa memikirkan cara baharu untuk menghalang supaya gerakan sederhana Islam yang dibawa dapat digelincirkan daripada landasan.


"Jadi, caranya adalah mereka masuk ke dalam untuk mengubah pemikiran ahli gerakan Islam supaya mereka ini tidak bertembung dengan Barat. Dari satu sudut kelihatan bagus kerana Islam akan dilihat tidak bertembung dengan Barat, tapi kita kena ingat itu adalah racun iaitu akan merosakkan matlamat yang Islam sendiri mahu iaitu ajaran yang dilaksanakan secara menyeluruh.

"Oleh itu, usaha yang dibuat oleh Barat sekarang seperti yang saya sebut, maknanya diangkat nama Islam tetapi dipinggirkan syariat Islam, jadi mereka memudahkan laluan untuk pemikiran sebegitu di peringkat antarabangsa," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

(MANTAP IV) Dato' Razali Lebih Cerdik Berbanding KJ Zumba, lebih 100 mahasiswa hari ini diserahkan kepada MP BN sebagai intern

Posted: 07 Oct 2014 07:28 AM PDT


7 Oktober 2014, Kuala Lumpur, lebih 100 mahasiswa yang cenderung ke arah politik kepartian hari ini diserahkan kepada Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional sebagai intern bagi memberi peluang kepada mahasiswa untuk mengenal erti politik sebenar.

Majlis penyerahan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Muar, YB Dato' Razali Ibrahim merangkap Pengerusi MANTAP (Mahasiswa Turun Parlimen). Majlis berlangsung pada awal tengahari tadi adalah termasuk intern yang akan bertugas di bawah seliaan Perdana Menteri, menteri-menteri kabinet dan Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional.

Antara yang turut hadir Timbalan Menteri, YB Datuk Halimah Sadique, Pengerusi BNBBC, YB Tan Sri Shahrir Samad, serta Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional.


Perkara itu disebut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) sebaik selesai Majlis Penyerahan Peserta Mahasiswa Turun Parlimen (MANTAP IV) dekat Dewan Parlimen, tengahari tadi.

Menurut kenyataan sama, MANTAP IV pada tahun ini telah dianjurkan oleh Barisan Nasional Backbenchers Club (BNBBC) dengan kerjasama Biro Tata Negara (BTN) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

MANTAP IV merupakan cetusan idea Y.B. Dato' Razali Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MANTAP IV yang juga turut hadir dalam Majlis Penyerahan Peserta Internship Mahasiswa Turun Perlimen (MANTAP) IV.


Program MANTAP telah bermula pada tahun 2011 dan kini telah memasuki siri ke-4 di mana pengambilan mahasiswa kali ini lebih dititikberatkan atas sambutan yang mengalakkan pada siri-siri MANTAP yang sebelumnya.

Antara kriteria mahasiswa yang diketengahkan pada siri MANTAP IV ialah berpengetahuan luas, mempunyai latar belakang agama yang baik, semangat patriotisme yang jitu, semangat 1 Malaysia dan juga ketahanan mental dan fizikal yang kuat.


Para peserta MANTAP IV merupakan himpunan mahasiswa yang telah berjaya dipilih melalui proses pemilihan secara online di website rasmi MANTAP IV,www.mantap4.com

Pemilihan secara terbuka ini telah berjaya mengumpulkan mahasiswa dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk penglibatan mahasiswa daripada kaum Cina dan India.

Kerjasama yang telah diberikan oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk pengambil peserta MANTAP IV sebagai mentee juga membuka peluang yang baik kepada mahasiswa untuk berasa lebih dekat bersama wakil rakyat. Disamping itu, dapat menuntut ilmu dan pengalaman sebagai pelatih kepada wakil rakyat. 

Pada 28 September sehingga 3 Oktober 2014 telah dijalankan kursus MANTAP IV di Kem Bina Negara Tanjung Ryu kepada semua peserta sebagai persiapan kepada mereka sebelum menjadi pelatih kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional.

Antara aspek yang dilatih ketika khusus ialah keadaan politik semasa, pengetahuan mengenai hubungan parlimen-perlembagaan, gerak kerja keselamatan dan struktur kepimpinan negara. Setiap modul dan latihan yang dijalani pelatih telah diselia oleh kumpulan profesional, antaranya Prof. Madya Dr. Shamrahayu Ab. Aziz dan Dr. Kamril Juraidi.

(CINA KIASU BEBAL, DEGIL) Sekolah Satu Aliran, UMNO Bukan Jadi Hero Tetapi Utamakan Perpaduan Rakyat -Syed Ali

Posted: 07 Oct 2014 06:49 AM PDT


KUALA LUMPUR, 7 OKTOBER : Kerajaan perlu melihat dan mengkaji semula penubuhan sekolah satu aliran boleh membantu ke arah pemupukan perpaduan nasional rakyat pelbagai kaum di negara ini. 

Sekolah satu aliran diharapkan mampu menjadi pemangkin usaha kerajaaan dalam melahirkan perpaduan nasional yang asli, tulen dan harmoni di kalangan rakyat yang sudah tentu selari dengan matlamat 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menegaskan perkara ini, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali AlHabshee mengajak pemimpin parti komponen agar melihat penubuhan sekolah satu aliran ini sebagai satu wadah  ke arah membentuk jati diri dan satu identiti rakyat Malaysia yang bersatu padu tanpa mengira  kaum. 

Tegasnya, bila timbul cadangan agar sekolah satu aliran dibahaskan dalam Perhimpunan Agung UMNO pada November ini bukan bermakna parti itu mahu menjadi hero tetapi lebih mengutamakan soal perpaduan rakyat yang berjaya dipertahankan sehingga kini.

Katanya, memang dasar perjuangan UMNO sejak ditubuhkan pada 1946 akan berbuat apa sahaja demi memastikan rakyat semua kaum di negara ini dapat hidup aman damai dan mendapat pembelaan sewajarnya.

Malah di bawah teraju UMNO tiada mana-mana bangsa dipinggirkan atau dianak tirikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa prihatin kepada kepentingan rakyat semua kaum di negara ini. 

Sejajar dengan hasrat kerajaan mahu memupuk perpaduan sejati dan integrasi nasional rakyatnya tanpa mengira kaum sudah tentu digarap melalui sistem pendidikan di sekolah yang mempunyai satu aliran bahasa iaitu bahasa Malaysia.

"Apabila saya mempertahankan sekolah satu aliran bukannya UMNO mahu menganiaya atau bertindak zalim kepada mana-mana kaum di negara ini sebaliknya UMNO berpendapat hanya sistem pendidikan di sekolah sahaja mampu mencorakkan perpaduan nasional rakyatnya. 

"Ini adalah kerana sekolah boleh memainkan peranan  yang lebih luas dalam mendidik dan memberikan penghayatan perpaduan nasional mengikut acuan Malaysia kepada pelajar-pelajarnya,'' katanya. 

Kata Syed Ali, sekolah satu aliran bukan bertujuan membunuh bahasa ibunda kaum-kaum lain malah mereka boleh mempelajari  bahasa tersebut di sekolah-sekolah.

Cina Ultra Kiasu peringka tertinggi

Penubuhan sekolah satu aliran, sebelum ini pernah dicetuskan bekas Penasihat Pelajaran Negara, Allahyarham Aminuddin Baki sejak 48 tahun lalu. Pada waktu itu beliau sudah dapat menjangkakan masalah perkauman pasti akan timbul pada masa depan lantaran semua kaum mendapat pendidikan di sekolah berlainan.

Pada masa yang sama Syed Ali tidak menolak kemungkinan terdapat sebilangan guru-guru tanpa mengira kaum yang cuba meniupkan api perkauman di kalangan pelajar-pelajarnya.

"Bagi mengelakkan perkara seumpama ini berleluasa, hanya melalui sekolah satu aliran ini diharapkan mampu menjadi medium terbaik bagi memulakan langkah ke arah pemupukan perpaduan kaum yang lebih jelas dan tulen jati dirinya.

"Sekolah satu aliran ini juga akan menyediakan satu persekitaran atau mempunyai ruang secukupnya untuk pelajar berbilang kaum berinteraksi dan saling memahami sensitiviti masing-masing selain mampu menjamin kestabilan politik, ekonomi dan sosial rakyat negara ini,'' katanya. 

Syed Ali turut melahirkan rasa kesal tindakan sesetengah pihak termasuk pemimpin MCA terutamanya menentang pelaksanaan sekolah satu aliran kerana merasa bimbang bahasa dan identiti kaum mereka akan terhakis merupakan pandangan bersikap persepsi semata-mata. 

"Bagi saya pemimpin MCA boleh memberikan pandangan berkenaan sekolah satu aliran ini tetapi kenalah mengikut saluran yang betul. Ini bagi mengelakkan sesetengah kenyataan atau pandangan disalah tafsirkan oleh sesetengah pihak yang mempunyai agenda politik kepentingan diri. 

"Kalau boleh semua pihak tak kira pemimpin parti komponen kena bercakap soal kebaikan sekolah satu aliran ini yang membawa manfaat  kepada hubungan rakyat antara kaum. Bukannya kita menolak sekolah satu aliran ini kerana semata-mata mahu menjaga kepentingan kaum masing-masing. Ini sudah tidak sesuai lagi dalam masyarakat kita yang  sentiasa mementingkan perpaduan rakyatnya mengatasi kepentingan lainnya,'' katanya. 

Salah seorang Cina Kiasu

Syed Ali turut memberikan contoh negara Singapura yang mempunyai majoriti penduduk Cina menggunakan satu aliran bahasa sistem pendidikannya berjaya mewujudkan  perpaduan nasional rakyat berbagai kaum di negara  tersebut. Di negara tersebut tidak terdapat satu sekolah pun mempunyai aliran bahasa Cina. 

Manakala negara Thailand dan Indonesia yang mempunyai penduduk berketurunan pendatang juga telah menghapuskan sekolah berasaskan perkauman demi menyatupadukan rakyatnya. 

Ini termasuklah Sekolah Victoria Institution (Sekolah VI) merupakan contoh model sekolah satu aliran boleh dianggap terbaik di negara ini. Ramai ibu bapa Melayu, Cina dan India berlumba-lumba mahu menghantar anak-anak belajar di sekolah ini. 

Manakala pelajar semua bangsa di sekolah berkenaan saling  berlumba-lumba dan bersaing secara sihat dalam pelajaran tanpa mengira agama dan kaum. Tidak ada sebab mengapa sekolah –sekolah lain mempraktikkan sekolah satu aliran yang membawa banyak kebaikan kepada rakyat negara ini. 

Tidak keterlaluan kalau dikatakan Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang masih mengamalkan sistem pendidikan pelbagai aliran. Mungkin sudah tiba masanya kerajaan Malaysia memansuhkan sekolah vernakular yang dianggap sebagai platform dalam meniupkan sentimen perkauman yang menebal di kalangan rakyat. Serta boleh membawa perpecahan di kalangan rakyat negara ini. 

Sekolah vernakular memang tidak sesuai lagi dipraktikkan di negara ini memandangkan ianya dicetuskan oleh dasar penjajahan British yang sememangnya mahu memecahbelahkan rakyat negara ini. 

Menurut Syed Ali, sekolah satu aliran mampu menjadi elemen ke arah penyatuan rakyat pelbagai bangsa di negara ini. Sememangnya pendidikan sejak dulu lagi sudah dianggap medium terbaik bagi melahirkan satu acuan rakyat Malaysia yang bersatu padu, bertolak ansur dan saling hormat menghormati di antara satu sama lain. 

"Pada pandangan saya idea '1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diuatamakan' merupakan satu ilham yang cukup baik cuma kenalah diseragamkan dengan sekolah satu aliran yang mampu menyatukan semua rakyat di negara ini,'' katanya. 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...