CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


CINA BULI MELAYU Tidak Faham Sejarah

Posted: 09 Oct 2014 12:45 AM PDT


Malaysia adalah sebuah negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa dan budaya. Ini hakikat yang memang tidak boleh dinafikan. Walaupun begitu, Malaysia berdiri atas satu prinsip dan tradisi yang sangat unik, iaitu hegemoni atau ketuanan Melayu yang menjadi teras utama negara.
Persepi massa yang dimainkan oleh media tempatan dan antarabangsa menunjukkan seolah-olah kaum bukan Melayu khususnya kaum Cina telah dijadikan warga 'kelas kedua' oleh pemerintah Melayu. Bangsa Cina yang merupakan kedua teramai di Malaysia dikatakan menjadi mangsa diskriminasi oleh pemerintah Melayu. Dasar Ekonomi Baru (DEB), hak keistimewaan orang Melayu dan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sering dikecam sebagai alat untuk memberikan kelebihan kepada orang Melayu untuk menindas, atau dalam kata lain 'membuli' kaum bukan Melayu. Persoalannya, benarkah kaum bukan Melayu khususnya kaum Cina dibuli oleh Melayu?
Sejarah Tidak Menipu
Penting untuk kita meneliti kembali lembaran-lembaran sejarah untuk membuktikan dakwaan bahawa orang Melayu 'membuli' kaum Cina atau sebaliknya. Perjanjian Pangkor yang ditandatangani pada tahun 1784 merupakan satu simbolik permulaan campur tangan British secara langsung ke dalam sistem pentadbiran di negeri-negeri Melayu. Satu perkara yang kita lupa ialah bagaimana peranan pemilik-pemilik lombong Cina yang juga merupakan individu berpengaruh di dalam pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap yang menjadi dalang yang membawa kepada campur tangan British di negeri Melayu.
Penguasaan pelombong Cina dalam industri bijih timah yang direkodkan pada tahun 1910 adalah sebanyak 78% dan menjadi 80% pada 2 tahun berikutnya [1]. Ini adalah satu data yang mengejutkan kerana sebelum ini perlombongan bijih timah dimiliki oleh Sultan, pembesar-pembesar dan orang Melayu sendiri. Apakah yang terjadi kepada pemilik-pemilik lombong Melayu sebelum ini? Akan timbul juga persoalan, iaitu bagaimana Sultan dan pembesar Melayu sanggup menyerahkan khazanah sepenting itu kepada orang luar? Selain itu, sejarah di Larut dan Sungai Ujong telah mencatatkan pergaduhan sesama sendiri antara kumpulan-kumpulan kongsi gelap Cina dan serangan kumpulan kongsi gelap ini terhadap orang Melayu telah menjadi alasan untuk British campur tangan dalam urusan pentadbiran di negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. [2]
Beberapa tempat perlombongan juga telah ditukar identitinya kepada penempatan Cina sedangkan pada asalnya, tempat-tempat tersebut merupakan kawasan penempatan Melayu. Antaranya ialah Kelian Pauh yang ditukar kepada Taiping yang membawa maksud 'keamanan' dalam bahasa Cina. Selain itu, Bandar Kuala Lumpur juga merupakan hasil rampasan Yap Ah Loy daripada orang Melayu Mendeling yang lebih awal melombong di situ. Tindakan jahat Yap Ah Loy yang bukan sahaja merampas, tetapi telah menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar Cina telah mengejutkan Frank Swettenhem, Residen Selangor pada masa itu. Pada tahun 1934, pelombong-pelombong Cina di Lukut telah bertindak melampau menyerang majikan Melayu yang membawa mereka melombong di sana. [3]
British juga boleh dianggap bersekongkol dengan kapitan-kapitan Cina apabila membenarkan mereka menubuhkan pasukan bersenjata mereka sendiri untuk 'mempertahankan diri' daripada orang Melayu. [2] Pasukan bersenjata ini tidak lain tidak bukan ialah ahli-ahli kongsi gelap yang diberi lesen oleh British untuk berbuat sesuka hati mereka, termasuklah melakukan keganasan, rompakan dan ugutan kepada orang Melayu. Malah British sendiri telah membawa masuk beramai-ramai golongan pendatang ke Tanah Melayu tanpa dikawal. Pada tahun 1931, bilangan orang Cina dan India adalah hampir 2.6 juta orang manakala orang Melayu hanyalah 2.0 juta orang sahaja. Keadaan semakin meruncing sepuluh tahun berikutnya apabila orang Melayu hanya 2.3 juta manakala orang Cina dan India ialah sebanyak 3.0 juta orang.
Kapitan-kapitan Cina merupakan 'big player'dalam dunia perniagaan di Tanah Melayu selain mendominasi perlombongan bijih timah. Menurut Robert Cribb, alam Melayu telah menjadi lubuk kekayaan untuk orang Cina. [4] Selain itu, Victor Purcell telah menyifatkan kedatangan beramai-ramai orang Cina ke Tanah Melayu adalah disebabkan oleh perlindungan, keamanan dan jaminan keselamatan oleh British kepada mereka. [3] Hasil dasar pentadbiran British, orang Cina telah menguasai sepenuhnya perdagangan di negeri-negeri Selat. 
Fakta yang lebih mengejutkan ialah, selepas Singapura jatuh ke bawah penguasaan Stamford Raffles pada tahun 1819, orang Cina di sana berusaha hampir setengah abad untuk memaksa British campur tangan dalam pentadbiran di Tanah Melayu. [3] Alasan yang diberikan ialah keadaan Tanah Melayu yang tidak stabil menjejaskan perniagaan mereka di Singapura. Ini adalah satu tindakan pengkhianatan terhadap orang Melayu kerana meminta bantuan daripada kuasa asing dan bersekongkol untuk menggugat hegemoni politik orang tempatan.  Mungkin inilah antara sebab utama British mula campur tangan dan masuk ke negeri-negeri Melayu yang lain.
Sebahagian orang Melayu juga telah dilabel sebagai lanun, di mana Sultan dan pembesar-pembesar Melayu telah dituduh bersubahat dengan mereka untuk menganggu kemakmuran dan kekayaan British dan orang Cina, terutamanya di Negeri-negeri Selat. [5] Sedangkan, hakikat yang sebenarnya ialah British dan orang Cina sedang menjarah kekayaan itu daripada tangan orang Melayu sehingga menyebabkan orang Melayu menentang British kerana menganggap British sebagai penjajah yang tamak. Sebaliknya, British memukul rata mereka sebagai lanun, malah menuduh Sultan dan pembesar Melayu sebagai penaja mereka.  
Ketika negara sedang dalam proses rundingan kemerdekaan, orang Melayu pada asalnya enggan memberikan kerakyatan yang terbuka kepada orang bukan Melayu. Keengganan mereka ini berasas, memandangkan Tanah Melayu ini merupakan tanah warisan mutlak bagi orang Melayu. Bagi mereka, tiada siapa yang berhak menentukan hala tuju dan matlamat negara yang bakal merdeka ini melainkan orang Melayu sendiri. 
Walaubagaimanapun, ugutan British yang enggan memberikan kemerdekaan jika orang Melayu tidak mahu menerima orang bukan Melayu sebagai rakyat Persekutuan menyebabkan orang Melayu beralah. Kerakyatan terbuka dan longgar diberikan tetapi sebagai gantinya orang bukan Melayu perlu sedia untuk menerima empat syarat, iaitu Islam sebagai agama Persekutuan, Kedaulatan Institusi beraja, Bahasa Melayu sebagai Bahasa persekutuan dan Hak Istimewa orang Melayu yang dikenali sebagai kontrak sosial. Ini adalah harga yang perlu diterima dan dibayar oleh orang bukan Melayu jika hendak menjadi rakyat Persekutuan. Mempersoalkan walaupun satu daripada empat perkara ini seolah-olah mempersoalkan kerakyatan yang diberikan kepada mereka.
Hari ini, terdapat sebahagian orang bukan Melayu terutamanya wakil-wakil politik mereka tidak segan-silu mencabar kontrak sosial. Adakah mereka lupa akan sejarah nenek moyang mereka dahulu? Atau mereka tahu tetapi tidak bersyukur dengan segala pengorbanan yang telah diberikan oleh orang Melayu? Jadi di mana berlakunya orang Melayu membuli orang Cina? Bahkan, daripada fakta-fakta yang telah ditulis di atas,  tidak keterlaluan jika dikatakan orang Melayu yang sedang dibuli daripada dahulu sehingga ke hari ini. Persoalannya, siapa yang sebenarnya dibuli dan siapa yang sebenarnya sedang membuli?
Mohd Zul Fahmi Md Bahrudin
Penganalisis Sejarah dan Perlembagaan Malaysia
Institut Kajian Arus Baru Malaysia
RUJUKAN:
[1] A. W. King, "Changes In Tin Mining Industry In Malaya," Georaphy, vol. 25, no. 3, pp. 130-134, 1940. 
[2] V. Purcell, "Malaya's Problems Today," World Affairs Institute, vol. 112, no. 2, pp. 46-48, 1949.
[3] E. Chew, "The Naning War, 1831-1832: Colonial Authority and Malay Resistance in the Early Period of British Expansion," Modern Asian Studies , vol. 32, no. 2, pp. 351-387, 1998.
[4] L. K. Fee and K. K. We, "Chinese Enterprise in Colonial Malaya: The Case of Eu Tong Sen," Journal of Southeast Asian Studies, vol. 35, no. 3, pp. 415-432, 2004.
[5] V. Purcell, "Malaya Under The British," World Affairs Institute, vol. 108, no. 1, pp. 33-38, 1945.

TERKINI:(LETUPAN BOM DI BUKIT BINTANG, KL) Seorang Terbunuh daripada 14 yang Cedera Parah

Posted: 08 Oct 2014 10:07 PM PDT


KUALA LUMPUR: Seorang mangsa insiden letupan bom di kawasan Bukit Bintang dilaporkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ketua Jabatan Kecemasan HKL ,Datuk Dr. Abu Hassan Asaari Abdullah berkata, senarai penuh mangsa insiden bom yang dihantar ke HKL masih belum dapat disahkan kerana beberapa maklumat masih belum diperolehi.

"Seorang mangsa yang kritikal sudah meninggal dunia, kita masih menguruskan maklumat mangsa-mangsa yang ada di sini.

"Kita akan memberikan maklumat susulan sebaik sahaja mendapat pengesahan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada Khamis, seramai 14 cedera dan dilaporkan seorang parah, dalam insiden letupan bom di sebuah bangunan di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur kira-kira jam 4.00 pagi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa mengesahkan kejadian ketika dihubungi Astro AWANI.

Beberapa buah kenderaan di tempat kejadian, termasuk kenderaan mewah, turut mengalami kerosakan akibat letupan bom berkenaan.

Khairi berkata dalam kejadian kira-kira 4.20 pagi itu, sebanyak dua bom dilemparkan dari aras dua tempat letak kereta bangunan itu, lapor Bernama.

"Suspek dipercayai membalingkan bom dari tingkat atas bangunan. Satu daripada bom itu meletup di hadapan kelab malam. Satu lagi tidak meletup dan berada di bawah kereta Toyota Camry, yang terletak berhadapan kelab malam tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mangsa kejadian berusia di antara 20 hingga 42 tahun, dua daripadanya wanita. Semua mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Setakat ini, 11 mangsa - enam lelaki dan lima wanita - yang sedang dirawat terdiri daripada empat warga China, satu Singapura, satu Thailand, manakala selebihnya adalah warga tempatan.

Terdahulu, tujuh daripada mereka - enam lelaki, satu wanita - telah dihantar ke hospital swasta Tung Shin sebelum dipindahkan ke HKL sekitar jam 6.30 pagi.

Dilaporkan mangsa yang parah ialah pekerja joki kereta yang kini dirawat di unit rawatan rapi HKL.

Pihak polis masih menyiasat motif kejadian. Kes disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Senjata dan 307 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata masih terlalu awal untuk mengaitkan kejadian letupan bom di Bukit Bintang dengan kegiatan pengganas.

SETUJU?, TAK TUTUP tetapi "MEN-KEBANGSAAN-KAN" SEKOLAH VERNAKULAR

Posted: 08 Oct 2014 08:58 PM PDT


TAK NAK TUTUP? MARI KITA "MEN-KEBANGSAAN-KAN" SEKOLAH VERNAKULAR

1. Memandangkan perdebatan berkenaan penututupan sekolah vernakular sudah ke arah yang tidak sihat, mari kita anjak sedikit paradigma polemik tersebut: daripada kita menutup sekolah vernakular, kita patut berusaha MEN-KEBANGSAAN-KAN sekolah vernakular (nationalizing vernacular schools) berasaskan acuan dan asas-asas kenegaraan yang telah dipersetujui dan jadi dasar negara seperti Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Ini adalah satu gerak kerja yang lebih praktikal dan bersifat "stop-gap" sebelum penutupan secara menyeluruh berlaku.

2. Bawa masuk nisbah guru Melayu/Cina/India yang munasabah ke dalam sekolah-sekolah vernakular di mana 50% masa pengajaran mereka hendaklah menggunakan Bahasa Melayu selaku Bahasa Kebangsaan. 

3. Ajar sejarah Malaysia dengan memberi tumpuan yang lebih banyak kepada sudut idea, budaya dan agama dalam ruang lingkup Peradaban Melayu yang jauh lebih awal dan melatari sejarah penubuhan negara-bangsa moden Malaysia dan kurangkan lambakkan fakta sejarah politik yang sempit. Tampilkan contoh-contoh yang baik berkenaan keturunan Cina dan India Peranakan yang telah berjaya menyantuni bahasa dan budaya tempatan sehingga lahir satu generasi kaum yang baru dan mesra dengan nilai tempatan iaitu nilai Alam Melayu. 

4. Bawa kembali cadangan Tun Dr. Mahathir berkenaan Sekolah Wawasan dan ianya perlu dilaksanakan secara berfasa khususnya di peringkat sekolah rendah di mana para guru dan pelajar di beri ruang untuk berinteraksi secara harmoni dalam masa-masa tertentu seperti contoh masa rehat, masa kegiatan kokurikulum dan perhimpunan rasmi/mingguan sekolah.

5. Kerajaan tidak akan campur tangan dalam urusan teknikal seperti pedagogi pengajaran dan pembelajaran sekolah vernakular yang sering dijadikan hujah oleh pendokong sekolah ini sebagai lebih hebat dan baik berbanding sekolah kebangsaan. Pertukaran dan perkongsian ilmu antara guru-guru sekolah vernakular dan kebangsaan berhubung hal-hal teknikal pengajaran wajar disuburkan agar jarak dan kualiti yang ditanggapi oleh pendokong sekolah vernakular terhadap sekolah kebangsaan dapat terus dikurangkan dan akhirnya menjurus kepada persaingan sihat yang mana sekolah kebangsaan akan menjadi pilihan terbaik untuk semua bangsa di Malaysia.

6. Kalau mana masih ada suara sumbang yang mempersoalkan cadangan ini dengan alasan yang tiada munasabah dan bertentangan dengan dasar dan semangat kenegaraan yang telah lama dipersetujui, maka itu tandanya mereka adalah perkauman dan bersifat "communal", bukan kita yang inginkan Perpaduan kebangsaan yang tulen.

7. Sesiapa yang menyokong inisiatif ini atau yang sama maksud dengannya hendaklah diangkat sebagai Agen/Ikon Perpaduan Kebangsan dan mereka yang menentang visi ini secara terang-terangan hendaklah dilabel sebagai golongan Anti-Perpaduan dan Cauviinis.

---

SO YOU DON'T WANT TO CLOSE IT? THEN LET'S NATIONALIZE VERNACULAR SCHOOLS

1. Since the debate on closing down vernacular schools have stoke more fire, let us change the paradigm a bit: instead of closing down let us NATIONALIZE vernacular schools ("Men-kebangsaan-kan sekolah vernakular) based on the agreed principles of this nation such as Dasar Kebudayaan Kebangsaan. This is a more practical, "stop-gap" measure and short-term solution before total phase out of vernacular schools could be done.

2. Bring more a healthy ratio of Malay/Chinese/Indian teachers who must teach 50% of their teaching time in Bahasa Melayu as the National Language into existing Vernacular Schools.

3. Teach proper Malaysian history with greater emphasize on culture and religious virtues, instead of parochial political histories of our nation. Infuse into the syllabus examples par excellence with regard to the success stories of Chinese and Indian Peranakan during the golden era of Malay Sultanates where they able to assimilate in harmonious way with local Malay values, language and culture without ever sacrificing their own cultural, religious roots and traditions.

4. Bring back Wawasan School and implement it in phases where at primary level they will mix together during recess period, cocurriculum period and assembly.

5. Government should not interfere into the mechanics of teaching technical subjects which proponents of vernacular schools claiming to be superior than National Schools. Knowledge sharing and exchange of expertise should be encouraged among teachers of vernacular and national school so that the gap between them could be narrow further with the view the future of national school should able to achieve the level of expectation demanded by parents of all races. 

6. If these people still insist and give stupid reasons then we know that the real racist and communal thinking is theirs, not us who want to have a united Malaysia.

7. Those who fight for our vision should be highlighted as Pro-Perpaduan Malaysian' while those who are antagonistic to our vision must be branded as Anti-Perpaduan, Chauvinistic - period.

-Wan Ahmad Fayhsal-
Fellow at Putra Business School and Research Fellow at Himpunan Keilmuan Muslim (HAKIM)

Iszuree TIDAK AKAN TUNDUK Kepada TOKONG Guan Eng Walau Pas Sendiri Telah SUJUD

Posted: 08 Oct 2014 06:01 PM PDT


PULAU PINANG - Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim yang digantung tugasnya oleh kerajaan DAP Pulau Pinang menegaskan tidak akan tunduk kepada tekanan diterimanya termasuk oleh Pas negeri yang mahu beliau memohon maaf kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Iszuree mengakui beliau diberi dua pilihan iaitu memohon maaf atau disingkirkan jawatannya dalam MPPP.

"Ya, perkara itu merupakan keputusan mesyuarat melibatkan pemimpin Pas negeri dengan DAP, namun saya kekal dengan pendirian untuk tidak memohon maaf kerana saya membangkitkan perkara yang betul," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tindakan ke atas Iszuree itu dilakukan selepas beliau mengkritik pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang ketika berucap dalam Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-60 di Batu Pahat baru-baru ini.

Hari ini, mesyuarat Exco kerajaan negeri memutuskan tidak akan melaksanakan pemecatan Iszuree sehingga satu perbincangan dibuat bersama beberapa pihak lain termasuk Ahli Majlis MPPP walaupun beliau melanggar etika.

Begitupun, beliau digugurkan daripada menganggotai mana-mana jawatankuasa kecil MPPP manakala peruntukan akan disalurkan kepada seorang lagi Ahli Majlis dari Pas, Mhd. Nasir Yahya.

Keputusan itu sekali gus menjadikan Iszuree sebagai Ahli Majlis yang tidak berfungsi dan sekadar pada nama sahaja.
Dalam hal ini, beliau mengakui turut kecewa dengan sikap sesetengah pemimpin Pas negeri yang lebih cenderung memihak kepada DAP berbanding dirinya selaku ahli Pas.

"Ada pemimpin utama Pas negeri meminta saya memohon maaf kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng tetapi saya tidak akan berbuat demikian," katanya.

Sebelum ini, Setiausaha Badan Perhubungan Pas negeri, Fadzil Kemi berkata, kerjaan negeri sepatutnya lebih terbuka dalam menerima cadangan yang disampaikan Iszuree.

Katanya, apa yang dinyatakan itu adalah suara Pas negeri yang mahu melihat nasib rakyat khususnya mereka yang terlibat dalam isu pengambilan tanah untuk tujuan pembangunan terus terbela.

"Sehingga kini sebanyak 25 buah kampung telah menjadi mangsa kepada pembangunan, jadi sudah sampai masanya satu mekanisme dirangka bagi menangani masalah pengusiran penduduk kampung di negeri ini dari terus berlaku.


"Siapa yang akan bertanggungjawab terhadap nasib penduduk kampung yang diusir ini? Kita kalau tiada bekalan elektrik sehari pun sudah kalut, ini pula kehilangan rumah," katanya.


Tambah beliau, pemecatan Iszuree itu tidak sepatutnya dijadikan isu kerana yang lebih penting adalah isi usul yang dibawa dalam menjamin kepentingan rakyat negeri ini.

Katanya, Pas negeri hanya merupakan suara minoriti dalam MPPP memandangkan daripada 24 ahli majlis yang dilantik hanya dua diwakili parti itu termasuk Iszuree.

Malah katanya, Pas juga tiada wakil dalam Exco kerajaan negeri

Puak Liberal bawa Orang Luar Untuk ROSAKKAN Malaysia

Posted: 08 Oct 2014 09:20 AM PDT


Umat Islam perlu tolak dengan tegas fahaman asing yang cuba dibawa ke negara ini oleh puak liberal

BANGI, 8 Okt – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman menyeru semua umat Islam untuk menolak dengan tegas fahaman asing yang cuba dibawa ke negara ini oleh puak-puak liberal.

Katanya, agenda mempromosikan liberal sama dengan agenda mempromosikan atheisme (kekufuran).

Bagi agenda liberal, mereka cuba mempromosi sistem hidup anti agama sebagai cara hidup baru mengambil tempat hidup beragama yang diamalkan selama ini.

Tahaluf siyasi’ untuk halalkan yang dulu Pas haram, PAS ditipu DAP, kata Tun Dr Mahathir

Posted: 08 Oct 2014 07:24 AM PDT


1. Dalam usaha PAS untuk mengurangkan sokongan orang Melayu kepada UMNO, PAS mendakwa bahawa orang UMNO menjadi kafir kerana bekerjasama dengan orang bukan Islam, khususnya orang China yang beragama Buddha atau Taoist dan orang India yang beragama Hindu

2. PAS mendakwa bahawa orang Islam tidak dibenar oleh agama Islam bekerjasama dengan orang bukan Islam. Mereka akan menjadi kafir jika berbuat demikian. Oleh itu, orang Melayu dalam UMNO dan penyokong mereka sudah menjadi kafir.

3. Tuduhan ini dibuat dengan begitu serius sehingga orang PAS benar- benar percaya orang UMNO kafir. Susulan dari itu, orang PAS tidak lagi sembahyang berjemaah dengan orang UMNO. Mereka sembahyang berasingan dibelakang imam mereka sendiri.

4. Mereka tidak membenar anak mereka berkahwin dengan anak orang UMNO. Ada yang dikahwin sekali lagi kononnya untuk menghalalkan perkahwinan mereka sebelum menyertai PAS.

5. Kubur orang PAS juga diasingkan dari kubur orang UMNO. Ada juga perpecahan dalam keluarga kerana anak mengkafir ayah dan ibu kerana menyokong UMNO.

6. Sesungguhnya dakwaan bahawa orang UMNO kafir dipercayai tanpa diragu oleh orang PAS.

7. Dalam pilihanraya sehingga 1986, PAS meletak calon-calonnya melawan bukan sahaja BN tetapi juga parti-parti bukan Islam yang lain. Kerana tidak disokong selain dari ahli PAS dan Melayu yang terima hujah PAS, kemenangan PAS amat tipis. Jelas sekali selain dari Kelantan dan Terengganu tidak mungkin PAS menang dan mendiri Kerajaan dinegeri lain. Sudah tentu PAS tidak mungkin mendiri Kerajaan di peringkat Pusat.

8. Walaupun Tengku Razaleigh dengan Semangat 46nya berjaya memujuk PAS bekerjasama dengan partinya dan DAP tetapi kemenangan bagi PAS tidak banyak meningkat.

9. Tetapi Anwar Ibrahim lebih berjaya mempengaruhi PAS supaya bekerjasama bukan sahaja dengan PKR tetapi juga dengan DAP, parti bukan Islam yang terbesar yang menolak agenda Islam, PAS.

10. PAS terpaksa akui bahawa tanpa sokongan orang bukan Islam, tak mungkin PAS berkuasa di peringkat pusat. PAS berada dalam keadaan serba salah. Mereka sudah kafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan orang kafir. Tetapi hakikatnya PAS perlu bekerjasama dengan orang kafir jika PAS ingin jayakan hasrat untuk berkuasa di peringkat Pusat dan melaksanakan hukum hudud PAS dalam negara Islam kononnya.

11. Sementara rakan UMNO yang bukan Islam tidak pernah menentang UMNO dan Islam, bahkan mereka tidak menolak dakwaan UMNO bahawa Malaysia adalah Negara Islam, tetapi DAP yang PAS berhasrat bekerjasama secara terang-terangan menolak Negara Islam dan hudud PAS yang kononya diperjuang oleh PAS. Pemimpin DAP begitu keras menolak Negara Islam PAS sehingga menyatakan langkah mayat mereka sebelum Malaysia dijadikan Negara Islam. Tentangan DAP terhadap Islam dan Negara Islam menjadi sebahagian daripada perjuangan mereka. Sesungguh mereka tidak bersetuju dan anggap PAS sebagai musuh terutama berkenaan cadangan memperkenalkan hukum hudud.

12. Namun PAS tidak dapat menolak hakikat bahawa tanpa kerjasama dan sokongan orang bukan Islam, iaitu DAP, PAS tak mungkin berkuasa di peringkat pusat.

13. Akhirnya PAS lupakan sahaja dakwaan mereka bahawa bekerjasama dengan orang kafir menjadikan orang Islam kafir. Untuk meyakinkan ahli dan penyokong PAS bahawa PAS boleh kerjasama dengan orang kafir tanpa menjadi kafir PAS perkenalkan perkataan Arab "tahaluf siyasi" bagi kerjasama PAS dengan orang kafir.

14. Orang Melayu anggap bahasa Arab adalah bahasa agama dan apa sahaja yang disebut dalam bahasa Arab tentulah dari agama Islam. Dan perkataan Arab lebih mudah diterima.

15. Dengan itu kerjasama PAS dengan orang kafir DAP diperkenal dengan perkataan 'tahaluf siyasi' yang maksudnya sama dengan kerjasama. Selesai masalah. Bahawa 'tahaluf siyasi' atau kerjasama ini tidak berbeza sedikit pun dengan kerjasama UMNO dengan MCA dan MIC tidak disebut dan tidak dijelaskan. Bahawa DAP secara terang-terangan menolak Negara Islam dan hudud PAS, tidak seperti MCA dan MIC tidak menentang perjuangan Islam UMNO juga tidak disebut. Kerana kerjasama ini disebut sebagai 'tahaluf siyasi' dalam bahasa Arab maka kerjasama ini tidak menjadikan PAS kafir. Jangan sebut kerjasama, sebut 'tahaluf siyasi' sahaja dan kerjasama dengan kafir menjadi halal.

16. Maka berpeluk-peluklah pemimpin PAS dengan pemimpin kafir. Dan di masa yang sama permusuhan dengan orang UMNO diteruskan kerana kerjasama UMNO dengan orang bukan Islam yang tidak bermusuh dengan Islam tidak diberi nama Arab iaitu Tahaluf Siyasi.

17. PAS amat pintar dengan penggunaan Islam dan Bahasa Arab untuk menghalalkan yang haram apabila dilakukan oleh mereka dan mengharamkan perbuatan yang sama apabila dilakukan oleh UMNO. Saya tidak dapat mengenalpasti dari mana datangnya 'tahaluf siyasi' ini dan bila orang Islam dihalalkan apabila melakukannya.

18. Tetapi PAS masih tidak berjaya menjadi kerajaan di peringkat pusat. Dalam PRU 13 yang dapat kerusi terbanyak dalam Pakatan ialah DAP dengan 38 kerusi, PKR 30 kerusi dan PAS hanya 21 kerusi. Sementara Pulau Pinang kekal ditangan DAP dan Selangor ditangan PKR, PAS hilang negeri Kedah.

19. Sesungguhnya PAS telah ditipu oleh DAP.

20. Saya yakin ahli PAS tidak akan baca blog ini. Mereka taksub dengan pemimpin mereka, sehingga apabila pemimpin mereka menghina Allah SWT dengan mendakwa Allah mencarut pun, kesetiaan mereka kepada PAS tidak terjejas. Sesungguhnya parti PAS adalah parti assabiah.

Sumber: blog Che Det
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...