House PK

House PK


KETUM KENA TARUK! AZMIN BELAJAR DARI KESILAPAN KHALID IBRAHIM DAN ANWAR KINI KESEORANGAN!

Posted: 17 Oct 2014 08:42 AM PDT

Eh tersilap gambar laaaaaa
Mengambil iktibar daripada apa yang berlaku kepada Khalid Ibrahim, Azmin mula bertindak sebaliknya. Ketika menjadi Menteri Besar, Khalid Ibrahim mengikut apa-apa sahaja kehendak Anwar Ibrahim. Tidak boleh guna wang Kerajaan Negeri Selangor, Khalid Ibrahim sanggup menggunakan wangnya sendiri seperti dalam kempen PRK DUN Kajang mahupun Konvensyen-Konvensyen yang diadakan oleh PKR.

Semuanya dilakukan demi memastikan kelangsungannya sebagai Menteri Besar Selangor tidak akan tergugat. Namun Khalid Ibrahim, akhirnya ditendang dengan penuh hina dengan pelbagai alasan remeh, termasuklah alasan Anwar Ibrahim, Khalid tidak peduli dengan kebajikan PKR apabila menyalurkan lebih banyak peruntukan daripada kekayaan Selangor untuk PKR.

Satu rombongan yang berjumpa Azmin di Bangunan SUK baru-baru ini terkejut apabila Azmin Ali tidak memberikan respons positif dengan kempen mendapatkan keadilan kepada Anwar Ibrahim. Bahkan Azmin Ali juga dikatakan telah mentazkirahkan rombongan tersebut tentang keperluan manusia INSAF dengan kesilapan lalu dan tidak mengulanginya lagi.

Azmin Ali juga turut bercakap tentang membezakan kesilapan sendiri dengan kesilapan parti. Malah mengingatkan anggota-anggota rombongan tersebut dengan kenyataan, Allah Taala tidak menjadikan taubat nasuha sebagai perkara main-main. Menurutnya lagi, tiada seorang pun pemimpin yang lebih besar daripada harakah perjuangan. PKR juga menurutnya perlu berubah daripada person-centric kepada 'perjuangan-centric'.

Sumber: Selangor Chronicle
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...