Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


HOT!! Gubal Akta? Ds Hj @MukhrizMahathir Malu Dengan Sikap MP Alor Setar! #KedahSerataRata

Posted: 02 Oct 2014 11:36 PM PDT

Malu dengan MP mana?

YAB Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir merasa malu dan kecewa apabila terdapat seorang Ahli Parlimen dari Kedah yang mewakili parti PKR, Gooi Hsiao Leung mempertikai kuasa Raja-Raja Melayu didalam perlantikan Menteri Besar Selangor baru-baru ini.

Dalam isu ini, YAB senada dengan Pemuda UMNO Kedah dan Pemuda UMNO Selangor, Gooi Hsiao Leung perlu dikenakan tindakan tegas di atas kenyataan yang bersifat hasutan telah dilakukannya.

Ikuti Video sidang media YAB siang tadi selepas program penyerahan Lembu Korban di Pusat Latihan Rela Bukit Selambau.




HOT!! Tegur Sebab Sayang.. Kalau Dak Mampuih Pi Kat Hang!! #MinyakNaik

Posted: 02 Oct 2014 05:36 PM PDT



Membantah keputusan kerajaan bukan bermakna tak sokong BN. Membantah demi kepentingan ramai dan diri sendiri. Dalam 2 tahun ni, minyak naik dua kali. Tahun depan GST diperkenalkan.. confirm minyak akan naik lagiii.

Bila minyak naik, barang keperluan lain akan turut naik. Rokok naik seringgit.. hanya org yg hisap rokok saja yg sakit...tapi bila minyak naik walau 20 sen.. baby dalam buaian pun akan terasa, sebab ianya melibatkan semua benda yg mengunakan kenderaan.

Mana ada lagi zaman sekarang orang hantar barang guna basikal+beca atau tongkang kayuh guna dayung. Semua guna enjin yg perlukan minyak!!

Sebab tu la kami bising!!

Kami bantah macam mana pun, mati hidup balik kami takkan sokong atau undi Pembangkang.. cuma kami kecewa payung rakyat Malaysia selama ni makin koyak.. makin lama makin rabak.

P/s: Rindu Malaysia zaman Ayah Tun M dulu.. rindu sangat..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...