Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Najib saman Harakah Daily

Posted: 26 Feb 2015 07:21 AM PST


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tindakan undang-undang ke atas lidah rasmi Pas, Harakah Daily kerana didakwa memfitnahnya.

Surat tuntutan bagi memulakan tindakan undang-undang itu diserahkan kepada Pengarah Urusan Harakah, Dr. Rosli Yaakub pada pukul 3 petang.

Tindakan undang-undang tersebut dibuat atas kapasiti peribadi berikutan fitnah dibuat Harakah dalam laporan bertajuk, 'Dana 1MDB biayai syarikat filem Riza Aziz?, lapor Utusan Malaysia.

Dalam artikel itu turut memetik laporan bertajuk 'Well Connected at Home, Young Malaysia Has an Appetite for New York' yang disiarkan dalam akhbar The New York Times bertarikh 8 Februari 2015 yang ditulis oleh Louise Story dan Stephanie Sual.

Artikel berkenaan turut mendedahkan dakwaan urusniaga pembelian kondominium mewah oleh anak tiri Perdana Menteri, Riza Aziz yang dikatakan menggunakan dana yang tidak didedahkan sumbernya ~ Free Malaysia Today



Kenapa Utusan tak siar kenyataan adik beradik Najib?

Posted: 26 Feb 2015 01:14 AM PST


Akhbar arus perdana hari ini didapati tidak menyiarkan kenyataan oleh empat orang adik beradik Datuk Seri Najib Abdul Razak berkenaan harta pusaka peninggalan bapa mereka, Tun Abdul Razak Husin.

Semakan Malaysiakini mendapati kenyataan yang membela Tun Razak sebagai seorang yang berjimat-cermat tidak dimuatkan dalam akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian, New Straits Times dan The Star.

Rata-rata akhbar berbahasa Cina bagaimanapun mengambil sikap bertentangan dengan menyiarkan kenyataan tersebut.

Kenyataan itu dihantar menerusi emel Datuk Seri Nazir Razak pada Selasa lalu sekitar jam 8.30 kepada pengarang kanan media, namun didapati masih tidak diterbitkan dalam akhbar yang disebutkan itu sehingga hari ini.

Kenyataan tersebut dihantar atas nama Nazir Razak, Johari Razak, Nizam Razak, Nazim Razak – tanpa disertai nama Najib Razak.

Perkembangan ini sekali gus menguatkan spekulasi bahawa berlaku keretakan dalam hubungan keluarga perdana menteri.

Kenyataan itu diedarkan kepada media susulan laporan New York Times yang memetik kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) tentang sumber kekayaan Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

New York Times menyebut, PMO memaklumkan kepada mereka bahawa sumber kekayaan Najib dan isterinya sebahagiannya datang daripada harta pusaka peninggalan keluarga.



Alamak!.. Umpan Najib di DUN Chempaka dah kena kuis laa..

Posted: 25 Feb 2015 10:00 PM PST


Datuk Husam Musa mengatakan sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, Barisan Nasional (BN) juga pernah tidak meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor tahun lalu.

Naib presiden PAS itu berkata, perpaduan ummah melalui kerjasama antara dua parti Melayu-Islam terbesar negara, Umno dan PAS, tidak boleh ditegakkan tanpa ketelusan dalam isu kenegaraan yang besar termasuk dalam isu seperti syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

"Bahkan, sebelum ini, Barisan Nasional (BN) juga gagal meletakkan calon di Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang dan ia tidak membawa apa-apa makna kepada perpaduan ummah atau negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini mengulas pengumuman Datuk Seri Najib Razak malam tadi BN tidak akan bertanding PRK DUN Chempaka yang terpaksa dilakukan selepas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia pada 12 Februari.

"Perpaduan ummah hanya akan menjadi alat politik jangka pendek bagi menyelamatkan hayat politik individu dan parti tertentu semata-mata."

Husam berkata, pengumuman Najib itu membuktikan kekuatan gabungan pemerintah di era kepimpinannya sudah menurun ke tahap tidak lagi berani berhadapan dengan lawan tradisinya.

"Sekali gus membuktikan kata-kata keramat Tok Guru Nik Aziz: 'Tak dok sebab demo nak lawan kawe' (tiada sebab awak hendak menandingi saya) menjadi kenyataan hari ini.

"Selepas pemergian Tok Guru, Umno-BN mengakui kehebatan perjuangan beliau dan yang lebih penting, mesej perjuangan beliau – Islam dan bukan kebangsaan – adalah benar. Alhamdulillah," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu berkata, sekalipun tanpa penyertaan BN dalam PRK DUN Chempaka, isu negara yang melibatkan Najib secara langsung iaitu 1MDB dan misteri pembunuhan Altantuya tetap akan diketengahkan.

Husam menegaskan, kedua-dua isu itu tetap memerlukan tindak balas meyakinkan daripada perdana menteri Malaysia itu.

Najib merupakan pengerusi lembaga penasihat 1MDB dan dikaitkan dengan kes pembunuhan Altantuya kerana penganalisis politik Abdul Razak Baginda, yang dituduh bersubahat dalam pembunuhan itu tetapi kemudiannya dibebaskan, merupakan kawan rapatnya.

Selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam tadi, Najib berkata Umno membuat keputusan tidak bertanding di PRK DUN Chempaka.

Pengumuman Najib dilakukan sehari selepas bertemu dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Selain menghormati kerjasama baik dalam menguruskan isu pasca banjir di negeri itu, Najib juga menekankan perpaduan ummah sebagai faktor yang menyebabkan Umno tidak meletakkan calon di Chempaka.

"Kita fikir kita perlu lihat kepada usaha membawa perpaduan ummah walaupun kita ada perbezaan politik dan sebagainya, tetapi kita perlu berikan keutamaan kepada perpaduan ummah," katanya sambil menegaskan keputusan itu mendapat persetujuan di peringkat akar umbi lapor The Malaysian Insider



Baik punya umpan Najib dah dihulur di DUN Chempaka ni...

Posted: 25 Feb 2015 07:09 PM PST


Alasan paling menarik dan menggelikan hati yang Najib kemukakan bila mengumumkan Barisan Nasional tidak bertanding di DUN Chempaka ialah demi perpaduan ummah..

Perpaduan ummah lah sangat.. selama ini tak pernah dengarpun perpaduan ummah ni.. tiba-tiba saja keluar alasan ni..

Tidak lain dan tidak bukan 'perpaduan ummah' hanyalah satu alasan untuk memperbodohkan pengundi di Kelantan terutamanya penyokong PAS.

Disamping itu dipercayai perkara ini juga akan dijadikan modal oleh UMNO/BN bagi memujuk dan melembutkan hati sebahagian penyokong PAS di Permatang Pauh jika berlaku PRK..

Kononnya mereka sanggup tidak bertanding demi perpaduan ummah, jadi penyokong PAS perlu mengundi Calon mereka yang akan bertanding di Permatang Pauh sebagai membuktikan penyokong PAS menyokong perpaduan ummah ala Najib itu..

Selama ini UMNO menindas Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz dan rakyat Kelantan dengan menafikan royalti minyak, pembangunan, lebuh raya, lapangan terbang dan langsung tidak menghormati sistem federalisme..

Tiba-tiba ada alasan 'perpaduan ummah'... Kah.. Kah.. Kah...

Barisan Nasional (BN) mengesahkan tidak akan meletakkan calonnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, Kelantan pada 22 Mac depan. 
Pengerusinya, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang dipengerusikannya pada Rabu malam. 
Tambah Najib, keputusan itu dibuat setelah meneliti pandangan daripada UMNO Kelantan dan Bahagian Pengkalan Chepa. Pada masa sama, beliau turut menggariskan tiga sebab keputusan itu dibuat.

"Pertama, kita nak beri tumpuan pemulihan banjir dan kerja-kerja kebajikan yang mana kerja-kerja tersebut masih dalam proses dan banyak lagi pihak yang sepatutnya menerima bantuan banjir belum menerima lagi dan ini kita letakkan sebagai keutamaan yang tinggi. 
"Kedua, kita juga memikirkan bahawa kita perlu melihat kepada usaha-usaha untuk membawa kepada perpaduan ummah walaupun kita ada perbezaan pendapat, politik dan sebagainya tetapi kita perlu mengutamakan perpaduan ummah," ujar Najib. 
Selain itu, pendirian adalah pendekatan sama sewaktu berlaku kekosongan kerusi DUN Bukit Gelugor pada Mei lalu. 
Ditanya jika timbul dakwaan kononnya BN meletakkan calon bebas pada PRK tersebut, Najib berkata BN tidak akan menghalang mana-mana individu untuk bertanding. 
"Tidak-tidak. Tapi kita tak boleh halang kalau ada individu yang cukup syarat untuk bertanding. Tapi UMNO tak akan letakkan calon," jelasnya. 
Mengulas berkenaan PRK Permatang Pauh, Najib menegaskan BN akan menunggu keputusan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar permohonan kepada Majlis Pengampunan DiRaja. 
SPR menetapkan tarikh penamaan calon DUN N06 pada 10 Mac, pengundian awal pada 18 Mac dan hari pembuangan undi pada 22 Mac. 
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat mengalahkan calon BN Wan Razman Wan Abd Razak, dengan majoriti 6,500 undi ~ AstroAwani

Cakaplah terus terang Najib.. kalau lawanpun BN kalah buat apa nak lawan...



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...