CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


‘Rayuan Seks’ Militan IS cuba MEMPERDAYA Remaja Perempuan Malaysia

Posted: 27 Feb 2015 02:06 AM PST


PETALING JAYA: Gambar-gambar 'abam handsome' (lelaki tampan) dilihat digunakan untuk menarik minat remaja perempuan menyertai kumpulan militan di Syria.

Terbaharu pihak yang merekrut anggota baharu mengambil kesempatan dengan kaedah 'rayuan seks' untuk menarik minat remaja perempuan yang mudah tertipu.

Salah satu pengendali akaun Facebook, dikenali sebagai Abu Chechnya di Rusia (http://on.fb.me/ 1Avavyn), meletakkan gambar militan Chechen di Syria.

militan IS

Menerusi ruangan komen pada gambar itu, secara terang pengendali akaun Facebook itu membalas komen seorang pengguna lain dengan menulis: "Ada yang berkenan ke kat dalam gambar tu??? Abam2 shishani handsome2 wowww hahaha!!! (Berminat dengan sesiapa di dalam gambar? Orang-orang di sini kacak)."

Ahli psikologi klinikal, Prof Madya Dr Alvin Ng berkata secara umumnya remaja cenderung mendekati apa sahaja yang menarik minat mereka.

"Remaja perempuan dan lelaki berdarah panas. Terutamanya mereka dari keluarga yang bermasalah mudah tertarik dengan unsur pengembaraan dan cuba untuk melarikan diri kerana mereka percaya tempat baharu mungkin lebih baik," katanya.

Pihak yang merekrut juga bijak bermain dengan emosi apabila menyatakan bahawa mereka adalah orang-orang yang dipilih hingga membuatkan remaja itu berasa istimewa.

"Anak-anak muda yang merasa seperti seorang buangan di rumah mereka sendiri atau masyarakat mudah untuk terpedaya," katanya.

Menurut Dr Ng, adalah tidak adil untuk menyalahkan sistem pendidikan apabila golongan muda dari Malaysia berasa terdorong untuk berperang di negara lain.

"Keadaan ini juga boleh berlaku kepada golongan muda dan orang dewasa di negara-negara maju. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi memungkinkan ahli militan direkrut dari seluruh pelusuk dunia," katanya.

Dr Ng berkata menjadi tanggungjawab ibu bapa dan penjaga untuk menerangkan kepada kanak-kanak ini mengenai akibat daripada tindakan mereka.

"Mereka perlu membuat anak-anak mereka rasa berharga dan dihargai. Ia penting supaya mereka tidak mudah terpengaruh untuk meninggalkan rumah.

"Sama seperti di tempat kerja. Jika seseorang pekerja itu rasa dihargai, tidak mudah bagi mereka untuk meninggalkan tempat kerjanya," katanya.-mstar.

 

Kajian LPPKN: 16.7% Wanita Bekerjaya Membiarkan Anak TANPA Pengawasan

Posted: 27 Feb 2015 12:37 AM PST

 
Pengerusi LPPKN, Tan Sri Napsiah Omar berkata, berdasarkan hasil prauji Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5) yang dijalankan pada September hingga Disember tahun lalu, sebanyak 16.7 peratus wanita bekerja melakukan perkara tersebut.

Hasil prauji KPKM-5 di seluruh negara itu turut mendapati 38.9 peratus wanita bekerja menggunakan perkhidmatan pengasuh bagi menjaga anak yang berusia enam tahun ke bawah, 11.1 peratus (dijaga ibu bapa atau mentua), 11.1 peratus (dijaga saudara-mara) dan 11.1 peratus (pusat asuhan di tempat kerja).

(PERATURAN TAK MASUK AKAL) Imigresen BENARKAN Warga Thailand Masuk Tanpa DOKUMEN SAH Setiap Sabtu & Ahad di Wang Kelian

Posted: 26 Feb 2015 04:23 AM PST



Kelonggaran diberikan kepada warga Thailand memasuki negara ini menerusi pintu masuk di Wang Kelian tanpa mengemukakan sebarang dokumen sah pada Sabtu dan Ahad, perlu dibatalkan dengan segera atas sebab-sebab keselamatan.
         
Penasihat Khas Perdana Menteri mengenai Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER) Datuk Mohd Johari Baharum berkata, keistimewaan Imigresen di Wang Kelian itu menyumbang kepada kelonggaran kawalan keselamatan di kawasan sempadan negara.
         
"Saya tengok penempatan-penempatan kita di kawasan sempadan sangat longgar dari segi keselamatannya. Sebab itu saya tengok (berlaku) penyeludupan barangan subsidi kita ke Thailand, selain penyeludupan senjata api dan mercun (dari negara jiran ke Malaysia.)
         
"Kita mahukan mereka yang keluar masuk sempadan mesti mempunyai dokumen yang sah di sisi undang-undang. Sekarang ini tidak ada, di Wang Kelian hanya angkat tangan sahaja, memudahkan penjenayah keluar masuk Malaysia," katanya kepada Bernama.
         
Rakyat Thailand yang menggunakan pintu masuk Wang Kelian pada Sabtu dan Ahad dibenarkan memasuki negara ini sehingga sejauh 3km tanpa menggunakan sebarang dokumen Imigresen yang sah.
         
Warga Malaysia turut menikmati keistimewaan yang sama dan dibenarkan memasuki Thailand sehingga 3km jauh pada hari-hari terbabit.

Menurut Johari, cadangan supaya kelonggaran Imigresen di pintu masuk Wang Kelian itu ditarik balik telah pun dikemukakan secara rasmi kepada kerajaan dan mahukan tindakan sewajarnya dilakukan.
         
Beliau juga akan menyuarakan isu tentang Wang Kelian itu pada siding Parlimen tidak lama lagi.
         
Anggota Parlimen Kubang Pasu itu berkata, setiap hari Sabtu dan Ahad wujud keadaan "free for all" di Wang Kelian dengan warga asing bebas memasuki negara ini tanpa sebarang dokumen perjalanan sah dan pasport antarabangsa.
         
"Bilangan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan buruh tanpa permit di Malaysia telah mencecah sehingga 8 juta. Saya cadangkan supaya (keistimewaan Imigresen) di Wang Kelian itu ditarik balik," katanya.
 
Beliau difahamkan, walaupun warga Thailand hanya dibenarkan memasuki Malaysia sejauh 3km daripada pintu masuk Wang Kelian pada hari terbabit, tetapi ada yang tidak mengendahkan peraturan itu dan pergi jauh daripada jarak itu.
 
"Dia kata 3km, tetapi adakah kita pasti (mereka) pergi setakat itu sahaja. Yang saya tahu memang lepas la (melebihi daripada jarak 3km)," katanya dan menambah, kelonggaran Imigresen di Wang Kelian itu boleh memudaratkankeselamatan negara.
         
Menurutnya, terdapat kemungkinan kelonggaran pemeriksaan Imigresen di pintu masuk Wang Kelian pada Sabtu dan Ahad itu bukan sahaja digunakan oleh warga Thailand, tetapi juga warga asing daripada negara-negara lain.
         
Katanya, kerajaan perlu mengekalkan kedaulatan wilayah dengan memastikan setiap warga asing yang berhasrat memasuki negara ini mengemukakan pasport atau pas sempadan bagi penduduk yang tinggal di kawasan sempadan.
         
"Kerajaan mesti ambil tindakan," kata beliau dan menambah, kebebasan rakyat asing untuk keluar masuk Malaysia menerusi Wang Kelian tanpa dokumen pada Sabtu dan Ahad perlu dihentikan.

Kerajaan negeri Perlis dan pentadbiran wilayah Satun (Thailand) bersetuju supaya kemudahan pergerakan bebas itu dilaksanakan semula pada 5 Disember 2008.
         
Dengan kemudahan itu, rakyat Malaysia tidak perlu mengemukakan pasport atau pas sempadan untuk ke Wang Kelian atau Wang Prachan di sebelah Thailand danbegitu juga rakyat negara jiran itu tidak perlu mengemukakan dokumen perjalanan untuk berbelanja di sini.
         
Kemudahan itu pernah diperkenalkan pada 1998 namun ditarik balik pada Februari 2008.

Bernama
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...