Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


PasMa Pilih Kedah Untuk Buat Gerakan?

Posted: 25 Feb 2015 05:01 PM PST



Ada cerita terpanas yang baru keluar dari 'oven' bak kata orang masih 'fresh' lagi cerita ni, masih baru, masih segar. Kisah tentang Pasma. Kita pun tak tahu, sama ada Pasma ni ditubuhkan untuk apa, apa tujuan mereka yang sebenar, apa pulak cerita dibelakang dan dimana lokasi sebenar mereka.

Pasma atau nama penuh mereka Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia, sudah mula gerakan dalam diam yang digerakan oleh pemimpin tertinggi Pas sendiri Dr Hatta. Pasma yang kini diketuai oleh Phahrolrazi bekas Exco kanan Kerajaan negeri Kedah yang lepas, sedang mencari lokasi yang sesuai di Kedah untuk mereka bertapak.

Dikatakan beberapa tempat seperti Sungai Petani, Alor Setar dan Merbok menjadi pilihan, kerana ketiga-tiganya merupakan pusat bandar dan sesuai menjadi tempat operasi. Jika Pasma wujudkan pusat operasi, ini bermakna mereka sememangnya serius dalam pergerakan malah perancangan selepas ini semakin hebat dan lebih teratur.

Cuma pemilihan pusat operasi utama di Kedah menjadi tanda tanya, adakah kerana Presiden Pasma asal dari Kedah, sebab itu Kedah dipilih, atau sememangnya Kedah merupakan kekuatan paling utama Pasma di Malaysia. Mungkin kita dapat mengagak ahli Pasma kini paling ramai di Kedah, atas alasan yang demikian Kedah dipilih perlu menjadi pusat operasi utama.

Atau ada sebab lain?

Adakah unsur 'syiah' juga ada berkait rapat dengan Pasma? Sebab kita tahu, ahli syiah paling ramai di Pendang dan ketua Syiah di Malaysia pun asal dari Pendang dan setakat yang penulis tahu, pembiakan ahli syiah ini, sememangnya Pendang antara lokasi paling 'top' di Malaysia dan merupakan pusat utama. Kalau tidak mana mungkin Mat Sabu berani bertanding disana (walaupun kalah).

Jika Pasma makin maju kehadapan, bagaimana pula dengan parti Pas? Semakin hari penulis melihat parti Pas seperti orang tua yang menunggu masa untuk pencen. Umpama mereka dah bersedia untuk digantikan oleh Pasma. Walaupun kem 'Ulama' dalam Pas masih utuh dan kuat, tapi gerakan dimarkas dan bawahan menceritakan 'sudut' lain. Jika akar dah musnah, masakan pokok masih boleh berdiri?

Kesimpulannya kita tunggu apa pula yang akan Pasma buat. Adakah Pasma akan terus maju meninggalkan Pas, atau Pas akan mengorak langkah baru bagi membendung Pasma.

Sama-sama kita tengok naa..

MyKmu
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...