Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Kekayaan Najib dikatakan diwarisi dari bapanya.. Kekayaan anak-anak Mahathir pula dari mana datangnya?

Posted: 15 Mar 2015 09:21 AM PDT


Dah jadi macam kisah klasik 'Pencuri jerit Pencuri' nampaknya serangan Tun Mahathir terhadap Najib.. hampir sama cara mereka berdua membina harta untuk keluarga.. cuma yang berbeza ialah jumlahnya..

Dr Mahathir Mohamad 13 Mac lalu meneruskan kritikan pedasnya pada isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB), termasuk mengaitkannya dengan kekayaan keluarga perdana menteri.

Bekas perdana menteri itu mempersoalkan kekayaan keluarga Najib, termasuk anak tirinya Riza Aziz yang mampu membeli hartanah mewah dan membikin filem di Amerika Syarikat.

Bekas presiden Umno juga mempersoalkan sumber kekayaan tersebut, termasuk projek filem 'The Wolf of Wall Street' oleh Riza.

"Pada mulanya duit Riza dikatakan warisan harta kekayaan dari keluarga Tun Razak (Hussein). Kemudian dakwaan ini dinafi.

"Soalannya jika tidak dari keluarga Tun Razak dari mana datang wang yang banyak ini. Apakah ia hasil dari perniagaan?

"Jika ya, apa perniagaan, di mana? Sudahkah cukai pendapatan dibayar? Kepada kerajaan mana?

"Pelaburan ratusan juta untuk filem 'The Wolf of Wall Street' oleh Riza [...] datang dari mana? Filem ini tidak memberi keuntungan.

"Tidak mungkin filem ini membiayai rumah mewah yang dibeli dengan ratusan juta ringgit atau dolar Amerika," katanya di blognya..

Pokoknya kalau kekayaan Najib dipersoalkan Mahathir.. dari mana pula datangnya kekayaan anak-anak Mahathir?

Baca petikan dari Facebook - Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ni..

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini telah mengisytiharkan perseturuannya dengan Kerajaan Malaysia di dalam blog beliau, chedet.cc, dengan pelbagai serangan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Perdana Menteri ketika ini Datuk Seri Najib Razak. Beliau telah mengeluarkan 29 hujah dalam posting terbaru beliau.

Walaupun beliau merasakan beliau tidak salah untuk mengemukakan banyak soalan berdasarkan kepada apa yang orag ramai sifatkan sebagai rundingan kabur oleh 1MDB dan Najib, mungkin juga inilah masanya untuk beliau menjawap semua pertuduhan korupsi terhadap dirinya sendiri.

Dr M harus bermula dengan membalas salah satu pengkritik beliau - George Soros - yang telah menggariskan satu senarai yang sangat panjang salah laku bekas PM itu dalam artikel yang disiarkan dalam The Bangkok Post pada tahun 2012.

Soros telah memberikan pandangannya tentang Dr M dengan sejelas-jelasnya.

"3 orang anak kamu bernilai hampir 8 billion Dolar Amerika. Dari mana mereka dapat wang sebanyak ini? Sudah tentu melalui korupsi."

"Kamu dikenali sebagai Marcos Malaysia, hanya memperkayakan diri kamu sendiri dengan berbillion-billion kekayaan."

"Anda mempunyai kebodohan yang lebih daripada kebanyakan orang akan percaya. Berbilion-bilion telah digunakan untuk membina Menara Berkembar Petronas, bangunan yang tidak memberi manfaat kepada sesiapa. Mereka kini berdiri sama tinggi, simbol kebodohan dan sikap tidak bertanggungjawab."

"Bagaimana pula dengan tambakan laut di 10 buah pulau di Kedah? Sangat mengarut dan bodoh. Sudah tentu, keuntungan kamu adalah 20%."

"Dan jambatan merentasi Melaka ke Sumatra yang menyeberangi perairan antarabangsa? Mengapa tidak bina jambatan ke bulan? Saya yakin kamu tetap akan dapat 20% milik kamu itu."

"Kamu panggil saya dungu. Bagaimana seorang dungu boleh membuat begitu banyak duit? Dengan membenarkan jualan-singkat dan pinjaman jutaan saham daripada bank-bank kamu, kami pengurus dana membuat jutaan duit hasil daripada ketiadaan pengalaman kamu dan juga peraturan yang lemah."

"Kamu telah kehilangan semua wang milik Malaysia, oleh itu kamulah sebenarnya dungu."

Dan kemudiannya muncul pula Barry Wain, Bekas editor Asian Wall Street Journal dan Penulis Residen di Institut Pengajian Asia Tenggara di Singapura.

Jurnalis Australia, yang telah tinggal di Asia selama 40 tahun itu, menulis di dalam bukunya Malaysian Maverik : Mahathir Mohamad in Turbulent Times pada tahun 2009 menyatakan bahawa Dr M telah membazirkan RM 100 billion semasa tempoh beliau menjadi Perdana Menteri.

Barry Wain menulis sebahagian besar penipuan, melibatkan cubaan Kerajaan untuk memanipulasi harga timah dunia dan perjudian oleh Bank Negara dalam pasaran matawang global, yang berlaku pada 1980-an.

Barry Wain juga menulis Dr M menggunakan dana rahsia UMNO untuk menjadikan parti itu sebagai sebuah konglomerat dengan pelaburan yang menjangkau hampir keseluruhan ekonomi.

Semua ini merupakan tuduhan yang serius dan perlu dijawap oleh Dr M, yang sehingga kini hanya sekadar menepis tuduhan ini dengan penafian kosong.

Memandangkan beliau menjangkakan pentadbiran sekarang ini untuk membersihkan semua tuduhan dengan memberikan jawapan terperinci akan apa yang berlaku kepada 1MDB, adakah Dr M juga bersedia untuk melakukan perkara yang sama terhadap semua pertuduhan terhadapnya yang masih belum diperjelaskan.

Apa bezanya kedua-dua pemimpin UMNO ini?.. sama saja..

* Buat yang tertanya-tanya kenapa Blog ASD yang tak seberapa ni jarang update kebelakangan ini.. jawapannya ada di SINI


Politik UMNO ialah politik perut kata Ku Li..

Posted: 15 Mar 2015 03:00 AM PDT


Tengku Razaleigh Hamzah tidak yakin usaha Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Najib Razak dalam masa terdekat atas alasan bekas PM itu tidak cukup power.

"Saya tidak kira Mahathir berjaya untuk menjatuhkan Najib kerana beliau sendiri tidak cukup kuasa untuk berbuat begitu," begitulah kata Tengku Razaliegh Hamzah.

"Apa lagi kalau usaha itu hendak dibuat menerusi undi tidak percaya menerusi parlimen, ia sukar menjadi kenyataan," katanya.

Menurut ahli parlimen Gua Musang itu lagi, jika dilihat kepada kedudukan Umno hari ini, ia semuanya dikuasai oleh orang-orang Najib.

Menurutnya Najib telah mengikat orang-orang itu agar menjadi penyokong dengan mengikat mereka dengan pelbagai isu peribadi dan juga pemberian projek berjuta-juta ringgit.

"Hari ini ketua-ketua Umno atau ahli parlimen memperolehi pendapatan sampai RM50 ribu sebulan, malahan setengahnya ratus juta... jadi dengan kedudukan itu sukar untuk mereka meninggalkan Najib sebab politik Umno ialah politik perut," ujarnya sambil ketawa.

Jelas Tengku Razaleigh lagi, sebagai membuktikan yang kedudukan Najib masih kuat ialah bila dilihat kepada pertemuan yang diadakan untuk menyatakan sokongan kepada Najib 8 Mac lalu.

Katanya mereka yang hadir itu walaupun bukan seratus peratus orang Najib, tetapi orang yang sebelum ini merupakan penyokong Mahathir juga hadir sama.

"Atas dasar itu saya tengok sukar untuk Najib dijatuhkan," tegas Tengku Razaleigh dalam satu pertemuan lewat petang semalam.

Mengenai 1MDB yang dikatakan ia akan menjadi katalis kepada kejatuhan Najib, Tengku Razaleigh juga menolak pendapat itu dengan mengatakan, "1MDBB tidak akan memberi kesan kepada kedudukan Najib kerana rakyat bawahan tidak tahu apa itu 1MDB."

"Rakyat tidak tahu apa isu 1MDB, dan mereka tidak peduli pun apabila sesekali mereka diberikan wang seperti BR1M dan sebagainya," ujar Tengku.

Bagaimana pun katanya kemarahan Mahathir kepada Najib bukan sangat kerana 1MDB sebab dia sendiri juga menghabiskan wang negara berbillion ringgit menerusi berbagai projek meganya seperti Proton, Hidro Bakun di Sarawak, Perwaja di Terengganu dan sebagainya. Apa yang Mahathir tidak tahan dan marah ialah kerana sikap Rosmah.

Tengku Razaleigh tetap mempercayai Najib hanya boleh dijatuhkan menerusi secara pilihan raya, kerana kalau diharap orang-orang akan menjatuhkannya ia sesuatu yang mustahil....

Sila sambung bacaan anda di SINI

* Buat yang tertanya-tanya kenapa Blog ASD yang tak seberapa ni jarang update kebelakangan ini.. jawapannya ada di SINI


Menteri akui 1MDB alami masalah aliran tunai...

Posted: 15 Mar 2015 01:00 AM PDT


Masalah aliran tunai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ketika ini dijangka pulih menjelang akhir tahun ini, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata 1MDB kini mengambil beberapa langkah strategik termasuk mengkaji perasionalan tanah yang berada di bawah miliknya dan melancarkan tawaran awam permulaan (IPO) pada Jun atau Julai ini.

"Kita percaya selepas perasionalan tanah dan pelancaran IPO itu, kita akan dapat mengurus masalah kewangan yang dihadapi 1MDB," katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran pekebun kecil limau bali Tambun hari ini.

Ahmad Husni berkata setakat ini, 1MDB telah menggunakan RM600 juta daripada RM950 juta yang diperuntuk kerajaan sebagai kredit tersedia sementara sebelum syarikat itu melancarkan IPO.

"Kita sediakan dana itu kerana kita tidak mahu syarikat itu terus berhutang. Hutang itu bukan sahaja akan menambah jumlah perlu dibayar tetapi termasuk kadar faedah.

"Jadi selepas pelancaran IPO dan beberapa lagi langkah, kita mahu syarikat itu melihat semula struktur kewangan mereka bagi mengurangkan beban untuk membayar hutang mereka," katanya.

Ahmad Husni, yang juga anggota Parlimen Tambun, turut menegaskan 1MDB terlibat dalam masalah aliran tunai bukan disebabkan masalah pengurusan atau penyelewengan seperti yang didakwa.

"1MDB terlibat dalam pelaburan jangka panjang, jadi untuk mendapat keuntungan daripada pelaburan yang dibuat itu perlu mengambil masa.

"Penyata kewangan syarikat itu bagi 31 Mac 2013 mencatatkan keuntungan cuma bagi 2014 sahaja mereka mencatatkan kerugian," katanya lapor The Malaysian Insider


* Buat yang tertanya-tanya kenapa Blog ASD yang tak seberapa ni jarang update kebelakangan ini.. jawapannya ada di SINI



1MDB: Pandangan Mahathir yang macai patut baca..

Posted: 14 Mar 2015 08:15 PM PDT


Berikut adalah petikan dari Blog Mantan Presiden UMNO paling lama dalam sejarah negara yang juga merupakan Perdana Menteri paling lama dalam sejarah negara kita mengenai 1MDB.

Penulisan Tun mengenai 1MDB ini dipercayai menjadi punca Blog Chedet.cc di sekat.. dan dipercayai juga kerana bimbang tindakbalas susulan dari Kem Mahathir, sekatan terhadap Blog Tun dilepaskan semula..

Macai-macai dinasihatkan supaya membacanya berulang kali dan fahami apa yang Tun sampaikan ini.. lebih afdal jika tulisan Tun ini dicetak dan direndam kemudiannya diminum oleh macai-macai sekelian agar ianya lebih mudah dihadamkan.

Baca dan fahamkan wahai macai-macai...

1. UMNO telah mengadakan majlis penerangan tertutup yang dihadiri oleh sebahagian dari Ketua-Ketua Bahagian pada 8 Mac. Keputusan majlis mengikut akhbar ialah menyokong penuh Presiden parti.

2. Tidak diketahui tentang penjelasan oleh Presiden berkenaan kontroversi 1MDB, yang sedang dibincang dengan meluas oleh rakyat. Bahawa perkara ini dibawa oleh parti lawan, justeru itu ia adalah fitnah belaka tidak mencukupi untuk rakyat menolak tuduhan-tuduhan berkenaan 1MDB.

3. Rakyat masih tidak puas hati berkenaan 1MDB. Mereka bincang perkara ini dimana sahaja. Jika mereka tidak puas hati dan tidak sokong Barisan Nasional (BN) dalam PRU akan datang, BN mungkin kalah. Dan jika BN ditolak, sokongan kepada Presiden oleh pemimpin bahagian UMNO tidak lagi bermakna.

4. 1MDB bukan buat hutang biasa seperti Kerajaan yang biasanya berjumlah hanya ratusan juta sahaja. 1MDB telah hutang berbillion Ringgit. Walaupun 1MDB bukan Kerajaan tetapi ia adalah badan yang ditubuh dan dimiliki oleh Kerajaan sepenuhnya dengan modal sebanyak 1 juta Ringgit. Ada juga jaminan oleh Kerajaan terhadap beberapa hutang 1MDB. Oleh itu Kerajaan tidak boleh dakwa bahawa ini masalah syarikat dan bukan masalah Kerajaan.

5. Kerajaan sudah melantik Auditor General untuk memeriksa akaun 1MDB. Tetapi ini tidak akan menjawab banyak soalan yang telah dikemukakan dan dibincang oleh rakyat.

6. Dakwaan-dakwaan yang telah dibuat terhadap 1MDB bukan berbentuk tuduhan melulu. Ia disertai dengan fakta yang jelas, iaitu jumlah hutang, siapa yang mengurus, siapa yang menerima wang berbillion Ringgit, pelaburan yang dibuat, dimana wang ini disimpan, dalam bentuk apa.

7. Nama Jho Low disebut berkali-kali. Demikian juga nama-nama syarikat miliknya. Tuduhan dibuat berkenaan dengan pembelian rumah mewah olehnya di London, New York dan Holywood. Lepas itu rumah dijual kepada anak tiri Perdana Menteri dengan harga ratusan juta Ringgit. Sudah tentu ini tidak disebut dalam akaun 1MDB yang akan diperiksa oleh AG.

8. Pada mulanya duit Riza Aziz dikatakan warisan harta kekayaan dari keluarga Tun Razak. Kemudian dakwaan ini dinafi. Soalannya jika tidak dari keluarga Tun Razak dari mana datang wang yang banyak ini. Apakah ianya hasil dari perniagaan? Jika ya, apa perniagaan, dimana? Sudahkah cukai pendapatan dibayar? Kepada Kerajaan mana?

9. Pelaburan ratusan juta untuk filem "The Wolf of Wall Street" oleh Riza Aziz, anak tiri Dato Sri Najib datang dari mana? Filem ini tidak memberi keuntungan. Tidak mungkin filem ini membiayai rumah mewah yang dibeli dengan ratusan juta Ringgit atau Dolar Amerika.

10. Semua perkara-perkara ini tidak akan terdapat dalam akaun 1MDB. Tetapi rakyat ingin tahu kerana melibatkan Jho Low. Dan Jho Low disebut-sebut berkenaan dengan pengurusan 700 juta USD dari 1MDB.

11. Ada yang disebut berkenaan Petro Saudi yang juga menerima bayaran ratusan juta dolar dari 1MDB Benarkah Petro Saudi ini mendapat konsesi kawasan minyak dan gas di Argentina, di Turkmenistan dll. Apa buktinya? Benarkah JV dibuat dengan Petro Saudi sebelum 'due diligence' dibuat. Katanya sementara 1MDB melabur USD1 billion dalam JV dengan Petro Saudi, tetapi Petro Saudi tidak melabur satu sen pun. Apa jadi kepada wang IMDB dalam JV tidak jelas.

12. Apa sebabnya lebih dari 6 billion Ringgit (Dollar) disimpan di Cayman Island? Kerajaan tidak pernah simpan duit di lain negara selain pembelian bond. Apakah bond dibeli? Apa hasilnya?

13. Katanya wang sebanyak USD1 billion sudah dibawa balik dari Cayman dan disimpan dalam bank Singapura. Kononnya Bank Negara menjadi masalah kerana proses menyimpan wang yang banyak mesti melalui proses yang rumit. Bolehkan Bank Negara jelas kenapa menimbul masalah sedangkan 1MDB adalah syarikat Kerajaan yang dikuasai oleh Kementerian Kewangan. Jika mudah di Singapura kenapa susah sangat di Malaysia?

14. Urusan Kerajaan pernah dirahsia. Tetapi soal bayar balik hutang adalah public knowledge (dalam pengetahuan orang ramai). Orang ramai ingin tahu benarkah Ananda Krishnan memberi pinjam RM 2 billion untuk bayar faedah ini. Apakah faedah yang dikenakan oleh Ananda? Apa cara bayaran balik hutang Ananda? 1MDB dikatakan untung. Kenapa tidak dapat bayar faedah 2 billion Ringgit.

15. Juga diketahui umum ialah permohonan hutang sebanyak 3 billion dari Kerajaan baru-baru ini. Apakah Kabinet melulus pinjaman yang begitu besar ini? Apakah syarat yang dikenakan? Bagaimanakah hutang ini akan dibayar balik oleh 1MDB.

16. Tanah Kerajaan di Jalan Tun Razak dan Lapangan Terbang Sungai Besi telah dibeli oleh 1MDB. Apakah harga yang dibayar? Apakah tanah ini yang dikatakan asset 1MDB? Bagaimanakah dinilai harga tanah ini? Kerajaan berhak mendapat pulangan yang setimpal apabila tanah ini dijual kepada sesiapa pun. Berapakah harga satu kaki persegi. Tanah berdekatan dijual dengan harga RM7000/- satu kaki persegi. 1MDB juga membeli tanah di Pulau Pinang. Apa harganya. Apa jenis pembangunan yang dicadangkan. Sudah dimulakah?

17. Jika tanah-tanah ini menjadi aset 1MDB, apakah nilai tinggi aset ini disebabkan kenaikan (revaluation) dari harga belian yang murah dan harga pasaran yang tinggi.

18. 1MDB meminjam lebih dari 10 billion Ringgit untuk beli beberapa stesyen janakuasa. Harga yang dibayar dikatakan lebih tinggi dari harga pasaran. Lesen stesyen-stesyen ini akan mati tidak lama lagi. Kenapa tidak tunggu hingga lesen mati sebelum membeli. Harga selepas mati lesen tentu amat rendah. Membeli dengan harga tinggi sebelum lesen mati amat merugikan.

19. Wang untuk membeli stesyen janakuasa dipinjam. Laporan menunjuk komisyen sebanyak lebih dari 10% dibayar kepada Goldman Sachs untuk mengurus penjualan bond.

20. Jika komisyen 10%, 1MDB akan dapat hanya 90% dari jumlah yang dihutang. Tetapi faedah perlu dibayar keatas 100% jumlah hutang. Ini menghairankan!

21. Biasanya hutang yang dijamin oleh Kerajaan dikenakan faedah 3%. Hutang yang diurus oleh Goldman Sachs dikenakan faedah sebanyak 5.9%.

22. Jumlah hutang sudah meningkat kepada 42 billion Ringgit. Faedah keatas jumlah ini, jika hanya 5% pun akan berjumlah 2.6 billion Ringgit setahun. Ini adalah satu jumlah yang amat besar.

23. Sebaliknya jumlah keuntungan dari pelaburan dalam stesyen janakuasa tidak akan mencukupi untuk membayar faedah ini. Demikian juga pelaburan untuk beli tanah di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang tidak akan beri apa-apa pulangan sebelum di bangun atau dijual.

24. Sesungguhnya 1MDB menimbul banyak soalan tentang pengurusan dan kegunaannya. Dan jumlahnya juga amat besar. Rakyat berhak merasa curiga akan cara dan kegunaan wang mereka yang banyak ini.

25. Ulasan bahawa semua tuduhan adalah fitnah tidak mencukupi. Mereka yang mendakwa bahawa ada penyelewengan dalam pengurusan 1MDB berani membuat kenyataan terhadap Kerajaan dan individu-individu tertentu walaupun terdedah kepada tindakan saman malu. Tetapi mereka mendakwa mereka memiliki bukti-bukti yang jelas seperti e-mail, surat perjanjian dan bukti-bukti lain. Tarikh dan nama-nama diberi tanpa bersembunyi. Pembohongankah tuduhan mereka!!

26. Sehingga kini Kerajaan tidak menjawab secara yang masuk akal. Umpamanya 1MDB tidak punyai masalah kerana asetnya lebih dari hutang. Tetapi hanya untuk bayar faedah 2 billion, tidak ada wang sehingga tidak dapat tutup akaun ikut jadual. Kemungkinan terpaksa hutang untuk bayar faedah.

27. Sejak Arul Kanda Kandasamy mengambil jawatan CEO, banyaklah kenyataannya yang tidak munasabah yang dibuat. Kononnya wang di Cayman sudah dibawa balik. Kemudian wang ini tidak boleh bawa balik. Kemudian sudah dibawa balik tetapi disimpan di Singapura.

28. Yang diperlukan bukan audit biasa buku akaun. Yang diperlukan ialah siasatan forensik oleh polis akan tuduhan yang dbuat terhadap beberapa orang yang terlibat dengan pengurusan wang 1MDB.

29. Jika ini tidak dibuat dan dibuat secepat mungkin, sokongan rakyat yang sudah pun merosot dalam PRU 2008, 2013 akan merosot lagi. Besar kemungkinan BN akan kalah pada 2018, walaupun ketua-ketua UMNO sokong dan terima dengan puas hati penerangan yang dibuat. Ingatlah undi orang UMNO sahaja tidak cukup untuk menang pilihanraya.

~ Chedet.cc

* Buat yang tertanya-tanya kenapa Blog ASD yang tak seberapa ni jarang update kebelakangan ini.. jawapannya ada di SINI


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...