Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Isu Jet: Ini jawapan dari Jabatan Perdana Menteri

Posted: 16 Mar 2015 08:30 AM PDT


Jabatan Perdana Menteri hari ini menjelaskan bahawa pesawat eksekutif Airbus Corporate Jetliner (ACJ320) dibeli untuk menggantikan Boeing Business Jet (BBJ) yang telah berusia 16 tahun.

JPM dalam satu kenyataan di sini berkata, kerajaan memperoleh ACJ320 melalui kontrak pembelian sewa beli untuk tempoh 15 tahun.

Pesawat BBJ itu akan dilupuskan bagi membiayai pembelian ACJ320.

Kenyataan itu bagi menjawab tuduhan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli di Parlimen hari ini bahawa ACJ320 itu untuk kegunaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut JPM, pesawat BBJ telah digunakan oleh MAS sejak 1999 sebelum kerajaan memperolehnya pada tahun 2003 untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong.

"Perbincangan untuk menggantikan BBJ telah dimulakan dua tahun lepas memandangkan kos penyelenggaraan kapal terbang itu semakin meningkat berikutan faktor usia dan risiko keselamatan.

"Perolehan pesawat ACJ320 dalam fleet pesawat eksekutif kerajaan dapat mengurangkan kos operasi, pengurusan dan penyelenggaraan memandangkan kerajaan sudah mempunyai pesawat ACJ319," menurut kenyataan itu.

Menurut JPM, selain ACJ319 dan ACJ320, fleet pesawat eksekutif kerajaan termasuk kapal terbang yang lebih kecil iaitu pesawat Falcon yang diperolehi pada 1989 dan Global Express 2001, kata JPM lapor Sinar Harian



Isu Jet: Khairy tak tahu apa, Lokman Noor Adam pulak lebih-lebih..

Posted: 16 Mar 2015 05:00 AM PDT


Menarik ni.. yang berada dalam Kabinet Najib sendiri menyerlahkan beliau langsung tak tahu menahu tentang Jet yang baru dibeli oleh Pentadbiran Najib.. tapi yang langsung tak ada kena mengena dengan Kabinet Najib pulak yang lebih-lebih..

Baca petikan dari Astro Awani ni..

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menggesa kerajaan segera menafikan dakwaan pembelian jet peribadi untuk kegunaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya dalam catatan terbaharu di laman Twitter, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan mahu khabar angin itu dinafikan segera sebelum ia menjadi fakta dan diperkatakan masyarakat.
 
"Jika jet baru kerajaan ini tidak ada, nafikan segera sebelum khabar angin menjadi kenyataan, penjelasan segera diperlukan," katanya di laman berkenaan.

Khairy tu Menteri dalam kabinet Najib.. tapi kenyataannya itu menunjukkan beliau langsung tak tahu menahu tentang pembelian Jet itu..

Mamat ni pulak hanyalah salah seorang dari Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) tapi menjawab mengalahkan Pegawai Khas Najib pulak..

KUALA LUMPUR: Pembelian Jet 9H-AWK oleh Kerajaan Malaysia merupakan pembelian jet Kerajaan dan bukan jet peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang didakwa Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli. 
Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Lokman Noor Adam berkata, jet tersebut dibeli untuk kegunaan kenamaan negara bagi menggantikan Jet Boeing Kelas Perniagaan (BBJ) yang sudah uzur dan tidak sesuai lagi untuk digunakan. 
"Jet lama sudah berusia dan kurang sesuai lagi untuk membawa kenamaan negara. 
"BBJ itu biasanya digunakan oleh Yang DiPertuan Agong, Permaisuri Agong, Sultan-Sultan dan kenamaan lain yang layak. 
"Najib hanya akan gunakan BBJ jika jet yang selalu digunakan iaitu ACJ 319 rosak atau sedang diselenggara," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 
Lokman mengulas pendedahan Rafizi Ramli tentang pembelian sebuah jet peribadi baru bagi kegunaan Najib. 
Di dalam sebuah portal, Rafizi mendakwa, jet yang dianugerahkan secara terus kepada Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd. itu merupakan jet peribadi baru yang didaftarkan di bawah pendaftaran 9H-AWK dan telah siap dicat dengan logo 1Malaysia. 
Rafizi turut mendakwa, dalam kenyataan Jabatan Perdana Menteri pada sidang Parlimen November 2013 telah memaklumkan kerajaan memiliki lima jet peribadi termasuklah Boeing Business Jet. 
Dalam pada itu kata Lokman, hanya dua daripada lima jet milik Kerajaan yang kini masih berfungsi dengan baik. 
"Semasa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Timbalan Perdana Menteri dahulu, dia bergerak pun naik jet juga. 
"Takkan Rafizi sekarang hendak suruh Agong, Najib dan semua kenamaan negara bergerak naik tongkang pula?" jelasnya. 
Tegas Lokman, Rafizi juga dinasihatkan untuk menumpukan kepada rakyat terhadap demonstrasi 'Kita Lawan' yang masih diteruskan untuk menafikan Anwar seorang peliwat sedangkan pelbagai fakta sudah didedahkan sekali gus tidak memihak kepada mereka. 
"Kedua-dua Ketua Peguam bela Anwar, Karpal Singh dan Gopal Sri Ram, telahpun mengaku dalam prosiding mahkamah bahawa Anwar memang telah meliwat Saiful secara 'Suka Sama Suka'. 
"Peguam Anwar, Sangkaran Nair dalam prosiding mahkamah juga mengakui bahawa sperma yang dijumpai empat sentimeter dalam rektum Saiful adalah milik Anwar. Jadi bagaimana ia boleh ada di sana?, cukuplah mempermainkan rakyat," katanya lapor Astro Awani


Setakat itu sajalah cara macai berfikir.. nak bodek punya pasal.. apa Najib buat semuanya boleh..

Yang dipersoalkan dalam isu jet ini ialah isu pembaziran.. tapi macai hanya berfikir mengenai isu liwat yang tak sudah-sudah biarpun Anwar dah dipenjara..



Nurul Izzah ditahan kerana ucapan di Parlimen?

Posted: 16 Mar 2015 02:35 AM PDT


Nurul Izzah pada asalnya hadir ke balai berkenaan untuk siasatan berhubung perhimpunan Kita Lawan.

Tapi beliau ditahan ketika hadir untuk memberi keterangan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi hari ini.

Sivarasa kata Nurul Izzah Anwar ditahan mengikut Akta Hasutan berdasarkan ucapannya di Parlimen dan bukannya perhimpunan #KitaLawan.

Menurut ahli Parlimen Subang itu, pihak polis tidak akan menahan reman anak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

"Kalau ikutkan siasatan dijalankan atas Akta Hasutan berdasarkan ucapan di Parlimen.

"Bila saya tanya ASP Muniandy siapa yang buat keputusan, dia (ASP Muniandy) kata bukan saya, ini bos saya di Bukit Aman," katanya...

Ni laporan dari KeadilanDaily..

KUALA LUMPUR 16 MAC: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar baharu sahaja ditahan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan. 
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu pada mulanya hadir pada 2 petang untuk memberi keterangan berkaitan perhimpunan #KitaLawan pada 7 Mac lalu. 
"ASP Muniandy memaklumkan bahawa saya ditangkap di bawah arahan Dt Azam, Ketua Penolong Pengarah D5, Bukit Aman," tulis Nurul Izzah di twitter memaklumkan penahanannya itu. 
Tangkapannya itu susulan laporan polis oleh bekas calon BN, Zulkifli Noordin terhadap Nurul Izzah pada 12 Mac lalu ekoran ucapannya yang mengecam hakim di Parlimen berhubung keputusan kes Fitnah II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berucap di Parlimen pun kena tahan Polis?.. nampaknya kekebalan bersuara dalam Parlimen hanya tertakluk kepada Ahli Parlimen UMNO/BN sajalah...



Najib beli jet baru dedah Rafizi..

Posted: 16 Mar 2015 12:01 AM PDT


Ketika rakyat berdepan peningkatan kos sara hidup dengan kenaikan harga barangan, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mendakwa pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membeli sebuah jet peribadi baharu dengan sewenang-wenangnya, kata Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli. 

Setiausaha agung PKR itu mendakwa, jet berkenaan adalah tambahan kepada 5 jet sedia ada yang dimiliki Putrajaya setakat ini, termasuk Boeing Business Jet.

"Pembelian sebuah lagi jet peribadi baharu yang kini di bawah pendaftaran 9H-AWK siap dicat dengan logo 1Malaysia membuktikan pentadbiran Najib terus bergelumang dengan keborosan dan pembaziran pada kala negara masih dikejutkan dengan skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)," katanya.

Rafizi pada sidang media di lobi Parlimen hari ini turut melampirkan salinan surat perjanjian yang mengesahkan pembelian jet berkenaan bertarikh 1 Disember, 2014.

"Perolehan jet peribadi baharu untuk perdana menteri ini dianugerahkan secara rundingan terus kepada Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd yang turut mengendalikan jet peribadi sedia ada, iaitu ACJ319," kata Rafizi.

Berikut adalah kenyataan media Rafizi..

16 MAC 2015 
Dalam suasana rakyat tertekan akibat kenaikan harga barang dan Barisan Nasional terus memotong subsidi dan perbelanjaan pro-rakyat yang lain, saya terkejut dengan sikap tiada kepedulian pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak yang dengan sewenang-wenangnya membeli sebuah jet peribadi ("private jet") baru. 
Menurut jawapan Parlimen yang diberikan Jabatan Perdana Menteri pada sidang November 2013, Kerajaan Malaysia sudah mempunyai sekurang-kurangnya 6 jet peribadi termasuklah sebuah Boeing Business Jet. 
Saya sertakan bersama satu surat perjanjian yang mengesahkan pembelian jet baru ini yang bertarikh 1 Disember 2014. Perolehan jet peribadi baru untuk Perdana Menteri ini dianugerahkan secara rundingan terus kepada Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd yang turut mengendalikan jet peribadi sedia ada iaitu ACJ319. 
Penggunaan jet peribadi sedia ada iaitu ACJ319 melibatkan kos sebanyak RM28.8 juta setahun dalam bentuk sewaan dan RM5.5 juta setahun dalam bentuk kos penyenggaraan. 
Pembelian sebuah lagi jet peribadi baru yang kini di bawah pendaftaran 9H-AWK dan telah siap dicat dengan logo 1Malaysia (seperti di dalam gambar yang disertakan) membuktikan bahawa pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak terus menerus bergelumang di dalam keborosan dan pembaziran, pada kala negara masih dikejutkan dengan skandal kewangan 1MDB. 
Tindakan membeli sebuah lagi jet peribadi baru ini sudah tentu menimbulkan kemarahan rakyat pada kala rakyat terpaksa berdepan dengan pelaksanaan GST dalam tempoh 2 minggu dari sekarang. Rakyat terpaksa menanggung cukai baru yang sebahagiannya akan digunakan untuk membayar jet peribadi baru Perdana Menteri ini. 
Saya mendesak supaya pembelian jet ini dibatalkan serta merta dan Dato' Seri Najib Tun Razak meminta maaf dengan rakyat kerana tindakan membeli jet peribadi baru ini membelakangkan kepentingan rakyat.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

Macai tak kisah... macai bangga sebab boleh melambai-lambai kepada Rosmah dan Najib dalam jet baru tu...


Ini realiti hidup1.5 juta pekerja sektor awam tanpa GST..

Posted: 15 Mar 2015 10:03 PM PDT


Satu rumah, 3 keluarga, setiap satunya hidup berhimpit di dalam bilik kecil kerana ketua keluarga tidak mampu menyewa rumah di bandar besar dengan gaji kakitangan awan berpangkat rendah.

Ini realiti dihadapi ramai penjawat awam yang hidup di bandar seperti Kuala Lumpur dan Johor Baru, kata Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Ceupacs), kumpulan yang mewakili kira-kira 1.5 juta pekerja sektor awam.

Presiden Ceupacs Datuk Azih Muda berkata, keluarga terbabit terdiri daripada pembantu pejabat dan pembantu am iaitu kelompok kakitangan awam yang terendah dan berpangkat Gred 11 (G11). 

Memasuki perkhidmatan awam dengan kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), gaji pokok mereka hanya dalam lingkungan RM805 dan RM820, kata Azih kepada The Malaysian Insider.

Bahkan dengan elaun sara hidup (Cola) sebanyak RM300 dan perumahan RM180, secara kasarnya gaji bersih yang diperoleh mereka hanya sekitar RM1,285 dan RM1,300.

"Gaji mereka hanya cukup menyewa bilik di KL, JB, Shah Alam malah Klang," kata Azih merujuk kepada kadar bayaran sewa sekitar RM600 hingga RM800.

"Bukan saja bandar besar, sesetengah tempat seperti Bintulu (Sarawak) kadar sewa bilik adalah RM500 sebulan," katanya.

Azih berkata, kebiasaannya latar belakang keluarga mereka adalah golongan muda, hanya seorang saja yang menyara dan kebiasaannya suami, ada seorang anak atau tiada, dan berhijrah dari luar bandar.

"Jadi dalam satu rumah teres setingkat dengan 3 bilik tidur, 1 keluarga akan sewa satu katil. Suami, isteri dan anak semuanya bersempit-sempit dalam 1 bilik tidur.

"Apabila saudara mara keluarga A datang melawat dan perlukan ruang lebih besar, keluarga B atau C akan berpindah keluar sementara dan tinggal tempat lain.

"Apabila saudara mara keluarga B pula datang melawat, giliran keluarga A pula keluar," katanya. Terdapat kira 300,000 kakitangan berpangkat G11 seluruh negeri, kata Azih.

Jumlah itu tidak termasuk guru, anggota polis, tentera dan kakitangan kesihatan, mereka adalah golongan majoriti di setiap jabatan kerajaan.

"Ini sebab kami sering mendesak supaya kuota rumah kos rendah dihapuskan bagi penjawat awam. Perumahan tidak boleh hanya diberikan kepada sektor swasta tetapi perlu dijadikan tanggungjawab sosial kerajaan," katanya. 

Ceupacs sebelum ini sering menekankan isu gaji rendah penjawat awam.

November lalu, Azih menyeru gaji kakitangan awam dinaikkan 10% ekoran kenaikan kos sara hidup.

Minggu lalu, beliau turut mendesak kerajaan menilai semula elaun seperti Cola, perumahan, perjalanan dan daerah, supaya setimpal dengan kadar semasa harga barangan.

Azih pada 7 Mac lalu dilaporkan berkata, kerajaan masih belum mengumumkan sama ada mereka akan menyemak semula elaun walaupun perdana menteri membenarkan supaya satu kajian dilakukan.

"Tidak ada gunanya jika kamu ambil masa terlalu lama menyiapkan kajian kerana kos sara hidup semakin meningkat. Kerajaan perlu buat keputusan segera," katanya seperti dilaporkan The Malaysian Insider

... Hmmm.. bagaimana agaknya hidup mereka bila GST dilaksanakan bulan depan?


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...