Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Ku Li akui ekonomi negara tenat dan GST adalah beban untuk rakyat..

Posted: 17 Mar 2015 08:18 AM PDT


Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, hari ini mencadangkan supaya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ditangguhkan memandangkan ekonomi dan kewangan awam berada di tahap yang tenat.

Berucap ketika sesi perbahasan titah diraja di Dewan Rakyat hari ini, Tengku Razaleigh atau lebih dikenali dengan gelaran Ku Li berkata, GST akan menjadi tambahan beban untuk rakyat yang kini sudah terlalu banyak dibebani hutang susulan kemerosotan ekonomi negara.

"Di atas perkiraan inilah saya cadangkan di dalam surat bertarikh 30hb Oktober, 2014 supaya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ditangguhkan memandangkan ekonomi dan kewangan awam berada di tahap yang tenat.

"Rakyat juga menanggung beban hutang isi rumah yang tinggi. Oleh itu kita perlu tahu sebab musabab GST dikenakan kerana punca pendapatan ini akan menambah beban kewangan rakyat.

"Rakyat berhak tahu sama ada GST yang akan dilaksanakan pada bulan April hadapan ini akan menguntungkan negara atau ia hanya untuk membayar faedah kepada si pemiutang dan pemegang bon, tujuan GST dilaksanakan tidak seharusnya dirahsiakan," katanya.

Bekas presiden parti Semangat 46 itu berkata, kerajaan bertindak tidak adil jika menyalurkan bebanan hutang kepada rakyat tanpa sebarang sebab munasabah.

"Jikalau beban tambahan ini dihalakan kepada rakyat tanpa alasan munasabah kita sebenarnya berlaku tidak adil.

"Oleh itu suara hati kita semestinya jelas dan terang ketika memberi keterangan kepada rakyat kenapa GST perlu pada ketika ini," katanya lagi.

Ahli Parlimen paling lama berkhidmat itu juga melahirkan kebimbangannya yerhadap penggunaan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) untuk membantu institusi kewangan yang terlibat dalam pemberian pinjaman kepada perbadanan-perbadanan tertentu.

"Dalam hal ini, kita perlu penjelasan daripada Menteri Kewangan mengenai kedudukan KWSP dan KWAP serta jumlah pelaburan dana di dalam institusi kewangan yang dibebankan dengan pemberian pinjaman," katanya.

"Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sekali-kali tidak harus berada dalam keadaan di mana terdapatnya pertelingkahan kepentingan," jelas beliau lapor AstroAwani



Selepas Nurul Izzah, Polis cari Nurul Nuha pula..

Posted: 17 Mar 2015 04:13 AM PDT


Polis kini mencari anak kedua kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha, hanya beberapa jam selepas anak sulungnya, Nurul Izzah, dibebaskan.

Nurul Nuha memberitahu Malaysiakini bahawa polis memaklumkan perkara itu kepadanya ketika beliau berada di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi hari ini.

"Saya didekati oleh mereka (polis). Mereka akan maklumkan (kepada peguam) bila mereka mahu saya pergi ke balai polis," katanya.

Katanya, polis ingin menyiasat mengenai perhimpunan Kita Lawan namun tiada butiran lain yang diberikan.

Nurul Nuha merupakan antara tokoh utama yang mengepalai kempen menentang hukuman penjara yang dijatuhkan ke atas Anwar, dan sering muncul di perhimpunan Kita Lawan lapor Malaysiakini



Isu Jet: Kos beli Jet pula didedahkan Rafizi..

Posted: 17 Mar 2015 01:00 AM PDT


Menurut Rafizi berdasarkan perjanjian pembelian antara kerajaan Malaysia dan Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd, kos yang dinyatakan bagi pesawat jenis ACJ320 itu bernilai ‎ RM465.4 juta. 

Melalui terma perjanjian tersebut, kerajaan Malaysia akan membayar pendahuluan sebanyak AS$20 juta dan bakinya akan dibayar secara ansuran selama 15 tahun.

"Bayaran deposit AS$20 juta yang dibayar adalah bersamaan RM65.22 juta mengikut kadar tukaran mata wang ditetapkan semasa perjanjian iaitu AS$1 bersamaan RM3.261, dan ba‎yaran pendahuluan ini sudah dilakukan," katanya..

Jadi.. bagaimana pembelian jet peribadi baharu oleh Putrajaya bernilai hampir separuh bilion ringgit itu boleh dikatakan bertujuan menjimatkan kos?

Itu baru kos sewa beli.. belum dikira kos operasi lagi..

Berikut adalah kenyataan media oleh Rafizi Ramli..

KONTRAK SEWA BELI JET PERIBADI BARU PERDANA MENTERI BERJUMLAH RM465,411,952.58 
17 MAC 2015 
Saya telah mendedahkan semalam bahawa pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak telah membeli sebuah lagi jet peribadi ("private jet") kerajaan jenis ACJ320. Perkara ini telah disahkan oleh Jabatan Perdana Menteri melalui satu kenyataan yang dikeluarkan lewat semalam. 
Isu utama yang dipersoalkan ialah kewajaran membeli sebuah lagi jet peribadi di kala kerajaan sudah pun mempunyai 6 jet peribadi termasuklah pesawat ACJ319 sedia ada. Tambahan pula kedudukan kewangan negara yang dibebani dengan hutang sehingga subsidi minyak pun terpaksa dihapuskan menimbulkan kemarahan rakyat apabila dana rakyat seolah-olah digunakan untuk Perdana Menteri dan Jemaah Menteri bersenang-lenang. 
Oleh sebab itu, rakyat perlu tahu berapakah dana rakyat yang telah dan akan digunakan untuk membiayai pembelian jet peribadi baru ini. Bersama-sama ini saya sertakan satu mukasurat perjanjian di antara Kerajaan Malaysia dan Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd yang memperincikan kos pembelian jet peribadi baru ACJ320 ini. 
Perlu diingatkan bahawa kos yang diperincikan di sini hanyalah kos membeli (melalui kaedah sewa beli) dan tidak termasuk kos operasi, kos penyenggaraan dan lain-lain yang dipersetujui melalui satu lagi perjanjian. 
Butir-butir utama pembelian jet peribadi baru ACJ320 untuk kegunaan Perdana Menteri, keluarga dan Jemaah Menteri adalah seperti berikut: 
1. Kerajaan Malaysia akan membayar pembelian ini dengan pembayaran deposit USD20 juta (telah dibayar) dan bakinya dibayar melalui ansuran bulanan selama 15 tahun 
2. Bayaran deposit USD20 juta yang telah dibayar adalah bersamaan RM65.22 juta mengikut kadar tukaran matawang yang ditetapkan semasa perjanjian iaitu USD1 bersamaan RM3.261 
3. Kerajaan Malaysia akan membayar ansuran sebanyak USD679,984 sebulan bersamaan RM2.217 juta sebulan selama 15 tahun untuk melangsaikan baki hutang 
4. Jumlah kos sewa beli keseluruhan untuk membeli jet peribadi baru ini adalah RM465,411,952.58 termasuk yuran perkhidmatan ("entry into services") 
5. Sebarang risiko kadar matawang yang menyusut ditanggung oleh Kerajaan Malaysia sepanjang tempoh 15 tahun itu. Dalam keadaan nilai matawang Ringgit Malaysia turun seperti sekarang, Kerajaan Malaysia akan membayar lebih untuk menanggung kerugian akibat nilai matawang Ringgit Malaysia yang jatuh 
Berdasarkan terma-terma ini, sudah tentu harga akhir yang akan ditanggung oleh rakyat adalah lebih tinggi dari RM465,411,952.58. Saya yakin tidak ada rakyat Malaysia yang bersetuju membelanjakan hamper setengah billion Ringgit Malaysia dana rakyat sedangkan masih ada mangsa banjir di Kelantan yang tinggal di dalam khemah.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN




Penangkapan Nurul Izzah jadi tajuk utama dunia..

Posted: 16 Mar 2015 10:42 PM PDT



Berita penangkapan Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar semalam telah menjadi tajuk utama di seluruh dunia.

Pada jam 11 malam tadi, media yang menyiarkan berita tersebut termasuk Asahi Shimbun di Jepun, BBC di United Kingdom, New York Times di Amerika Syarikat, Sydney Morning Herald di Australia, The Hindu di India, Post Bangkok di Thailand dan Manila Times di Filipina.

Akhbar kewangan antarabangsa seperti Financial Times yang berpejabat di UK dan Wall Street Journal yang berpejabat di AS, turut memberi perhatian terhadap penangkapan Nurul Izzah itu.

"Anak ketua pembangkang yang dipenjara, ditangkap," bunyi tajuk utama New York Times. Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjalani hukuman penjara selepas disabitkan dengan tuduhan liwat.

Juga ditekankan dalam banyak laporan itu ialah langkah kerajaan Malaysia yang terus menggunakan Akta Hasutan 1948, termasuk kemungkinan ia digunakan untuk menyekat perbezaan pendapat politik.

Kebanyakan laporan itu dari perkhidmatan wayar seperti Reuters dan Associated Press, tetapi banyak organisasi berita yang lebih besar, menyiarkan laporan mereka sendiri.

Contohnya termasuk saluran TV Al-Jazeera, BBC, New York Times dan Financial Times.

Nurul Izzah ditangkap di Balai Polis Daerah Dang Wangi kira-kira jam 3 petang semalam, apabila beliau tiba untuk memberikan kenyataan mengenai penglibatannya dalam perhimpunan Kita Lawan pada 7 Mac.

Dalam satu kenyataan malam tadi, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Nurul ditahan di bawah Akta Hasutan bagi membantu siasatan polis terhadap perhimpunan tersebut, dan ucapannya di Parlimen yang menyentuh sistem kehakiman negara.

Katanya, Nurul Izzah akan dibebaskan sebaik sahaja kenyataannya direkodkan, tanpa menyatakan bila.

Perhimpunan Kita Lawan yang diadakan di Kuala Lumpur pada 7 Mac, telah menarik kira-kira 10,000 penyokong turun ke jalanan untuk menunjukkan solidariti dengan Anwar, yang telah dihukum penjara selepas disabitkan atas tuduhan meliwat bekas pembantunya.

Anwar tetap bertegas bahawa beliau tidak bersalah dan mendakwa tuduhan terhadapnya itu adalah satu konspirasi politik.

Ekoran perhimpunan tersebut, polis telah menahan ramai pemimpin yang terlibat. Nurul Izzah adalah orang yang kesembilan ditahan berkaitan dengannya.

Awal hari ini, Human Rights Watch mengeluarkan kenyataan media di Malaysia, mengkritik penangkapan ahli Parlimen Lembah Pantai lapor Malaysiakini



Akhirnya Najib dedahkan sebab kerajaan tidak isytihar darurat...

Posted: 16 Mar 2015 05:30 PM PDT


Kerajaan tidak mengisytiharkan darurat ketika banjir besar melibatkan beberapa negeri tahun lepas kerana tidak mahu dipertanggungjawab sepenuhnya terhadap implikasi bencana itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi sesi perbahasan pada sidang Dewan Rakyat, hari ini berkata, kerajaan Pusat dan negeri harus bertanggungjawab membaiki, membaik pulih serta meningkatkan lagi infrastruktur di negeri yang terlibat dengan banjir besar tersebut.

Tambahnya lagi, pengisytiharan darurat hanya akan memberi implikasi kepada syarikat tuntutan insurans.

"Kerajaan tidak mahu isytihar darurat baru-baru ini kerana kerajaan mahu ini (pasca banjir) sebagai tanggungjawab bersama antara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri.

"Kerajaan tidak mahu diletakkan dalam situasi bahawa ini tanggungjawab penuh kerajaan Pusat semata-mata" katanya ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani).

Bercakap mengenai usaha kerajaan Pusat dalam pasca banjir, Najib berkata, kerajaan telah menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM 500 juta untuk membaik pulih negeri terlibat banjir dan menghadapi banjir pada masa akan datang.

"Ini termasuk caruman tambahan seperti baik pulih pusat pemindahan mangsa banjir. Jika pusat pemindahan tersebut sebuah sekolah, kita akan bina asrama dan bilik air tambahan untuk keselesaan mangsa banjir.

"Kita juga akan buat perancangan pemindahan pencawang elektrik ke kawasan yang lebih tinggi demi keselamatan dan kemudahan orang ramai, serta tempat pendaratan helikopter," katanya lagi lapor SinarHarian



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...