Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Najib nak letak jawatan?.. Jangan harap kata A Kadir Jasin

Posted: 18 Mar 2015 05:00 AM PDT


Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin berkata, pihak yang berharap agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan berubah sikap atau meletak jawatan pasti akan kecewa.

Katanya, Najib tidak mudah berubah kerana dikawal dan terhutang budi dengan banyak pihak. Kadir, yang rapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Najib hanya boleh dipaksa untuk berundur dengan isu tertentu.

"Hanya paksaan atau keterpaksaan berkaitan isu-isu seperti 1MDB, Pembangunan PFI Sdn Bhd, SRC International Sdn Bhd dan kejayaan Sirul Azhar Umar memboloskan diri ke Australia akan memaksa Mohd Najib mengundurkan diri," katanya.

Katanya, Najib berbeza dengan perdana menteri terdahulu, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang hanya dikelilingi oleh kelompok kecil penasihat.

"(Najib) dikerumuni dan dikuasai oleh begitu ramai kaki ampu dan "jemuan" yang tidak akan membenarkan beliau berubah apatah lagi mengundurkan diri," kata Kadir.

Satu-satunya cara untuk menyingkir perdana menteri adalah melalui majlis tertinggi Umno, yang dikuasai Najib, katanya.

Mahathir, dalam satu tulisan minggu lalu mempersoalkan harta kekayaan Najib dan pentadbirannya dalam syarikat pelaburan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Walau berdepan dengan kontroversi itu, keduduan Najib dilihat masih utuh dan berjaya meraih sokongan akar umbi Umno melalui satu perhimpunan pada 8 Mac lalu lapor Malaysiakini



Kazim Elias dah merajuk ke ni?

Posted: 17 Mar 2015 11:24 PM PDT


Selepas terpalit dengan beberapa isu kontroversi termasuk dakwaan menggunakan riwayat palsu dalam ceramahnya, Datuk Kazim Elias membayangkan untuk bersara dalam tempoh terdekat, lapor Utusan Malaysia.

Menurut Utusan Malaysia, Kazim menyatakan mengenai persaraannya dalam satu program ceramah semalam dan dijangka mengumumkan keputusannya itu pada Khamis ini.

Kazim berkata, isu yang dihadapinya sejak menjadi pendakwah menyebabkan beliau hilang semangat untuk terus berceramah.

Menurut akhbar milik Umno itu, sebagai langkah awal, Kazim dikatakan sudah mula menolak beberapa jemputan menjadi tetamu beberapa program televisyen.

"Apa pun tunggu (pengumuman) Khamis ini," kata Kazim kepada Utusan Malaysia.

Sebelum ini, Kazim diheret dengan beberapa kontroversi seperti isu penyebaran surat daripada Jabatan Mufti Perlis yang tidak bersetuju dengan pemilihan beliau sebagai panel Forum Perdana. 

Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin memberi alasan penolakan itu kerana Kazim sering kali dikaitkan ceramah yang menggunakan riwayat palsu.

Minggu lalu, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menegur Kazim kerana menggunakan pendekatan jenaka dalam ceramah yang disifatkan sebagai penglipur lara.

Bagaimanapun menurut Utusan Malaysia, setakat ini beliau tidak menolak 100% undangan berceramah namun akan serius untuk berhenti selepas pembinaan bangunan tambahan di Pusat Pengajian Al-Barakah di Manjoi siap sepenuhnya.

Kazim berkata sekiranya beliau berhenti berceramah maka pusat pengajian yang diasaskannya itu hanya mampu bertahan selama 2 tahun saja.

"Bil elektrik untuk 1 blok asrama saja RM10,000 sebulan. Jika saya berhenti berceramah bagaimana saya hendak tampung kos keseluruhan pusat yang memerlukan sekurang-kurangnya RM150,000 sebulan.

"Pusat pendidikan ini tiada tajaan daripada sesiapa, jika ditutup bermakna hilanglah sekolah pondok yang berjaya naikkan nama Perak," katanya lapor The Malaysian Insider



12 Penyokong PR yang bantah lantikan Zambry dipenjara 10 bulan..

Posted: 17 Mar 2015 09:48 PM PDT


Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan 10 bulan penjara kepada 12 yang terlibat dalam tunjuk perasaan membantah pelantikan Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir selepas kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dijatuhkan pada 2009.

Semua 12 penunjuk perasaan itu kemudiannya terus dibawa ke penjara untuk menjalani hukuman. 

Hakim membuat keputusan itu dengan menolak keputusan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman RM5,000 dan 2 tahun penjara sebelum ini manakala Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman denda RM5,000 tetapi tiada hukuman penjara di samping membebaskan 3 daripada mereka.

Peguam tertuduh Aminudin Zulkipli berkata, memandangkan ini adalah kali kedua rayuan dibuat, agak sukar untuk membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan kecuali mendapat kebenaran mahkamah terlebih dahulu.

Atas sebab itulah, katanya 12 yang didapati bersalah itu terus dimasukkan ke penjara hari ini juga. 

Pada awalnya, 13 yang didakwa, namun seorang lagi yang merupakan rakyat Indonesia gagal dibawa ke mahkamah hari ini.

Oleh itu, pihak pendakwa menarik balik rayuan ke atasnya dan kekal dengan keputusan mahkamah tinggi yang menjatuhkan hukuman denda RM 5,000 saja.

Ketika majlis angkat sumpah jawatan Zambry, sekumpulan penyokong PR membuat bantahan dengan berhimpun di jalan masuk ke Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Antaranya ada yang baring di atas jalan raya dan menghalang perjalanan Sultan Perak ke istana tempat berlangsungnya istiadat angkat sumpah jawatan itu lapor The Malaysian Insider



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...