Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Tambang pengangkutan awam naik 20% hingga 67%

Posted: 19 Mar 2015 03:09 AM PDT


Tambang teksi dan kereta sewa naik antara 20% hingga 67% berkuat kuasa serta merta manakala mulai 15 Mei pula tambang bas ekspres akan naik 22.6 peratus.

Kenaikan tambang itu yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini dibuat berikutan kenaikan kos yang ditanggung pengusaha pengangkutan awam termasuk kos penyelenggaraan.

Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, penyelarasan kadar tambang itu dibuat selepas mengambil kira keperluan pihak pengusaha yang terbeban dengan kenaikan harga barang dan kepentingan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan itu.

Berdasarkan tambang baharu itu, penumpang teksi 1Malaysia (TEKS1M) di Pulau Pinang perlu membayar RM19.80 bagi 10km pertama berbanding RM11.80 sebelum ini, manakala penumpang TEKS1M di Lembah Klang dan Johor Baharu perlu membayar RM17.50 bagi 10km pertama berbanding RM10.80 pada kadar lama.

Bagi teksi bajet di Lembah Klang dan Johor Baharu pula, penumpang perlu membayar RM14.30 di bawah kadar baharu berbanding RM10.80 pada kadar lama bagi 10km pertama; dan di Pulau Pinang, RM17.50 pada kadar baharu berbanding RM11.80 pada kadar lama dan kereta sewa pula RM14.50 berdasarkan kadar siling yang baharu.

Kenaikan tambang bas ekspres untuk perjalanan seluruh negara adalah antara RM4.60 sehingga RM11.

Kenaikan kadar tambang baharu ini tidak melibatkan teksi lapangan terbang dan teksi eksekutif, kata Syed Hamid.

Beliau berkata penetapan kadar baharu itu terpaksa dilakukan selepas kali terakhir semakan kadar tambang teksi dan bas ekspres dibuat pada 2009.

"Kami sudah mengkaji dan menilai kadar munasabah yang tidak membebankan orang ramai," katanya dengan menambah, pengusaha teksi perlu menyusun semula meter di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan kadar baharu itu. 

"Saya mahu semua pemandu teksi lebih patuh dan bertanggungjawab dengan pengumuman kadar baharu ini dan tidak mengambil kesempatan," kata Syed Hamid.

Ditanya mengenai kadar yang akan dikenakan bagi perkhidmatan di bawah KTM Berhad dan Prasarana, beliau berkata ia hanya akan diumumkan oleh syarikat terbabit.

Beliau juga menegaskan penyelarasan kadar baharu itu tidak dibuat berikutan penguatkuasaan Cukai Barang dan Perkhidmatan yang akan berkuat kuasa 1 April sebaliknya mengambil kira kepentingan semua pihak lapor The Malaysian Insider



TUDM perlu pesawat AWACS, tapi Najib beli jet VVIP.. kenapa?

Posted: 19 Mar 2015 12:05 AM PDT


Betul kata Mejar Zaidi ni.. sepatutnya Kerajaan meletakkan kepentingan keselamatan negara sebagai satu keutamaan bukannya keselesaan pemimpin didahulukan..

Singapura yang kecil itupun memiliki sekurang-kurangnya empat buah kalau tak silap aku AWACS yang dilengkapkan dengan sistem radar dari Israel.. tapi Malaysia yang jauh lebih besar.. satu pun tak ada...

Seorang bekas juruterbang berpangkat mejar "terkejut" dengan tindakan kerajaan berbelanja bagi mendapatkan sebuah jet VVIP sedangkan wang itu boleh dibelanjakan untuk mendapat sebuah pesawat pemantau Aewacs (airborne early warning and control systems). 
"Pembongkaran oleh MP Pandan YB Rafizi Ramli amat mengejut dan menyedihkan saya," kata bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mejar Zaidi Ahmad. 
Beliau merujuk dakwaan Rafizi berhubung kerajaan persekutuan mendapatkan sebuah jet baru jenis Airbus ACJ320 bernilai RM465 juta sedangkan Jabatan Perdana Menteri menjelaskan bahawa pesawat itu dibeli untuk menggantikan Boeing Business Jet (BBJ) yang telah berusia 16 tahun untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong. 
Dalam kenyataannya, Zaidi berkata negara kecil seperti Singapura telah memiliki pesawat itu sejak 1987, "sedangkan Malaysia yang beratus kali ganda lebih luas dari Singapura, sebiji Aewacs pun tiada?"

Tapi.. apa yang perlu kita tahu ialah Malaysia pernah mahu membeli pesawat Boeing AWACS semasa tahun 80an dahulu tetapi membatalkan hasrat tersebut selepas niatnya di bocorkan oleh media tempatan..

Sekarang ni aku tak tahulah..



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...