Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Palsu rupanya surat nikah anak Najib tu...

Posted: 20 Mar 2015 08:30 AM PDT


Apa yang tersebar dilaman Facebook dan juga WhatsApp beberapa hari yang lalu kononnya adalah surat nikah anak Najib dengan maskahwin RM111.00 dan hantaran USD500,000 adalah palsu rupanya..

Siapa punya kerja entahlah.. tapi yang pasti manusia yang buat kerja , meyebar fitnah tu memang tak ada kerja atau terlalu banyak masa terluang..

Nak menyerang Najib pun biarlah dengan fakta, jangan sebar fitnah.. kalau yang menyokong Pakatan Rakyat pun menyebar fitnah.. tak ada bezalah antara penyokong Pakatan Rakyat dan macai...

Laporan berkaitan..

Yayasan Dakwah Islamiyah (Yadim) menangkis dakwaan bahawa hantaran untuk perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebanyaK AS$500,000.

Pengerusi Yadim, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, gambar yang mendakwa jumlah hantaran sebanyak itu disahkan "palsu" oleh Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Paimuzi Yahya.

"Tadi dalam mesyuarat pasca kabinet, Ustaz Paimuzi mendedahkan bahawa sijil nikah anak PM telah dipalsukan dengan meletakkan nilai hantaran sehingga As$500,000," kata Wajdi dalam tulisan di Facebook.

Menurutnya, JAWI akan mengambil tindakan kepada mereka yang tidak bertanggungjawab menyebarkan sijil nikah palsu itu.

Gambar tersebut menunjukkan sijil nikah di antara anak Najib, Nooryana dan pasangannya, anak kepada pembesar Kazakhstan, Daniyar Kessikbayev.

Sijil nikah itu turut tertera alamat kediaman rasmi Najib di Seri Perdana Putrajaya ~ Malaysiakini

Nasihat aku buat penyokong Pakatan Rakyat yang sebar surat nikah palsu tu.. Jangan ikut perangai macai..

Tapi yang lebih pelik ialah mengapa pula YADIM dan JAWI pulak yang lebih-lebih?.. sedangkan yang menikah itu anak Najib.. dan yang kena fitnah itu juga anak Najib..

Apa kena mengena Pengerusi YADIM dan JAWI tu dengan Najib atau anak Najib?

Sepatutnya yang menjelaskan perkara itu ialah Najib sendiri atau anak Najib..

BODEK lah tu...



Ustaz Kazim dah merajuk...

Posted: 19 Mar 2015 11:00 PM PDT


Pendakwah terkenal Datuk Mohamad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim mengumumkan menarik diri daripada menyertai sebarang program ceramah agama di televisyen. 

Beliau bagaimanapun berkata bagi siaran yang sudah dirakam dan ditandatangani kontraknya, ia tetap akan diteruskan.

"Saya juga menarik diri sebagai ahli panel Forum Perdana tetapi ceramah biasa berjalan seperti biasa, cuma saya tidak lagi muncul dalam kaca televisyen melainkan dalam program 'Kalau Dah Jodoh' sebab saya masih ada kontrak dengan Astro.

"Saya rasa ini penampilan terakhir saya dalam forum ini (Forum Perdana), saya ucapkan terima kasih kepada RTM, kepada para sahabat dan penyokong saya," katanya dalam Forum Perdana Hal Ehwal Islam secara langsung di TV1 di Padang Astaka Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Kamaruddin di Batu Kurau, malam tadi.

Ditemui pemberita kemudiannya, beliau berkata punca beliau menarik diri kerana kecewa berikutan terdapat pihak yang mengatakan beliau berdakwah untuk mencari duit sedangkan tujuannya adalah untuk membiayai Pusat Pendidikan Al-Barakah di Ipoh, Perak.

"Sebab kedua saya tidak pernah meletakkan bayaran terpulang kepada orang yang nak bagi dan duit bayaran ceramah itu dimasukkan ke sekolah tersebut.

"Saya merasa 'down' ada yang mengatakan saya (penceramah) penglipur lara sedangkan saya berceramah meninggalkan keluarga, isteri dan anak-anak untuk berdakwah, tiba-tiba dituduh sebagai penglipur lara.

"Saya mungkin terlalu keterlaluan berceramah dalam setiap saluran TV. Saya rasa saya kena beri peluang kepada penceramah lain untuk mengambil tempat saya. Jadi saya rasa saya akan berceramah di luar kaca televisyen, saya tidak menonjol seperti dulu," katanya.

Beliau berkata keputusannya itu lebih baik kerana Forum Perdana akan menjadi lebih ceria tanpa nyanyian dan "saya rasa itu yang terbaik bagi sesetengah pihak dan saya terima jika itu yang mereka mahukan".

Mengenai terdapat pihak yang mengatakan beliau berjenaka dalam menyampaikan ceramahnya, Kazim berkata itu caranya untuk menarik hati pendengar.

"Kalau nak serius dengar hujah saya, pergi ke pondok pengajian saya dan saya tegas. Saya pendakwah dan itu cara saya untuk menarik hati golongan muda.

"Apabila saya menyanyi, saya ketawa nanti ada orang marah saya. Orang mempertikaikan saya rasa sangat tak kena.

"Kalau yang pertikai orang tak pandai saya tak kisah, tapi yang mempertikai adalah orang alim dan saya menghormati orang alim. Jadi lebih baik saya mengundur diri.

"Saya kena hormat, lebih baik saya berceramah biasa di padang sekolah, masjid, surau tetapi tidak disiarkan dalam TV," katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang selama ini menyokongnya dan menyifatkan Zambry sebagai seorang yang sangat terbuka lapor The Malaysian Insider



Tambang Komuter pun naik?

Posted: 19 Mar 2015 08:03 PM PDT


KTM Berhad (KTM) hari ini mengumumkan kadar tambang baharu bagi perkhidmatan KTM Komuter dengan peningkatan sehingga RM7.10 berkuat kuasa 1 Mei.

KTM dalam satu kenyataan berkata, perbezaan kadar tambang sehala yang baharu berbanding tambang sedia ada adalah bergantung kepada jarak perjalanan daripada 1 stesen ke stesen yang lain. 

Ia turut memaklumkan kadar baharu diskaun tiket sebanyak 20% bagi pemegang tiket tambah nilai, diskaun antara 18% hingga 26% kepada pemegang pas mingguan serta diskaun 19% hingga 35% bagi pemegang pas bulanan, bergantung kepada jarak perjalanan.

Sementara itu, pengguna warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan kanak-kanak berusia antara 4 hingga 12 tahun pula akan terus menikmati tambang konsesi pada kadar 50% daripada tambang tunai yang baharu.

"Seperti yang sedia maklum, perkhidmatan KTM Komuter menunjukkan peningkatan yang ketara dari aspek ketepatan masa perjalanan dan tahap keselesaan penumpang sejak penggunaan tren baharu enam koc mulai tahun 2012.

"Penggunaan tren baharu 6 koc yang sangat konsisten prestasinya melonjak ketepatan masa perkhidmatan KTM Komuter dari hanya 17% pada 2011 kepada 97% pada 2014," kata KTM.

Ia berkata, pelarasan tambang itu dilaksanakan selepas mendapat kelulusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang kadar baharunya turut dikecualikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). 

Kali terakhir KTM melaksanakan pelarasan tambang ialah pada Februari 2003.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar hari ini turut mengumumkan penyelarasan kadar tambang teksi dan kereta sewa antara 20% hingga 67% berkuat kuasa serta merta manakala pada mulai 15 Mei, tambang bas ekspres akan naik 22.6%.

Kenaikan tambang dibuat selepas mengambil kira keperluan pihak pengusaha yang terbeban dengan kenaikan harga kos termasuk kos penyelenggaraan serta demi kepentingan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan itu.

Bermula 1 April, orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kadar tambang baharu di semua stesen KTM Komuter, laman sesawang KTM Berhad di www.ktmb.com.my atau mengubungi Pusat Panggilan KTMB 1300-88-5862 lapor Bernama



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...