Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


PKR tak tentang hudud, cuma...

Posted: 22 Mar 2015 08:27 AM PDT


Mohamed Azmin Ali hari ini menyelar kenyataan yang mengatakan PKR menentang pelaksanaan hukum hudud, mengatakan ia hukum Allah yang tidak boleh dipertikaikan.

Timbalan Presiden PKR itu berkata PKR tidak menentang hudud tetapi tidak bersetuju dengan prinsip PAS yang melanggar prinsip Pakatan Rakyat (PR) dalam membentangkan pindaan kepada enakmen jenayah Syariah Kelantan.

 "Kita (PKR) tidak menentang hukum Allah. Kena berhati-hati (membuat kenyataan). Sebagai seorang Islam, kita tidak boleh menentang hukum Allah yang ada dalam Al-Quran.

"Cuma, mekanisme yang dibawa PAS itu tidak menghormati prinsip dan semangat PR. Itu sahaja," katanya diminta mengulas kenyataan PKR semalam mengatakan ia tidak akan menyokong rang undang-undang persendirian yang akan diusulkan PAS di Dewan Rakyat bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.

Menteri besar Selangor itu berkata demikian kepada media hari ini selepas majlis pelancaran dan pendaftaran Rumah Selangorku di Bandar Rimbayu, Telok Panglima Garang.

Ditanya sama ada PKR akan mengundi menentang usul itu apabila ia dibentangkan di Parlimen kelak, dijangkakan oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Kita tunggulah. Semalam Presiden PKR sudah buat kenyataan bagi pihak parti. Itu pendirian yang diambil dan kita akan tunggu apabila rang undang-undang itu dibentangkan," kata Azmin.

Semalam PKR dalam satu kenyataan ditandatangani tujuh pemimpin tertinggi parti itu menyatakan tidak akan menyokong rang-rang undang itu kerana mereka tidak dimaklumkan tentang isi kandungannya dan ia dibuat secara "unilateral" oleh PAS.

Menurut kenyataan itu, tindakan Hadi yang menghantar surat kepada Parlimen mohon membentangkan usul itu dibuat tanpa memaklumkan parti komponen PR terlebih dahulu dan ia bercanggah dengan keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan PR pada 8 Februari, 2015.

Azmin berkata, kenyataan PKR itu dibuat kerana PAS tidak sepakat menurut keputusan yang dibuat Majlis Presiden.

"Keputusan yang dibuat Majlis Presiden ialah, sebarang cadangan mesti dibentangkan dan diputuskan oleh Majlis Presiden.

"(Tetapi) ini tidak berlaku. Sebab itu kita akan bantah. Kita bantah sebab PAS tidak menghormati apa yang dijanjikan dalam Majlis Presiden," katanya.

Sementara itu, beliau juga menafikan dakwaan PR bakal berpecah ekoran kemungkinan DAP meninggalkan gabungan parti pembangkang itu kerana tidak bersetuju dengan dengan pelaksanaan hudud di Kelantan.

"Tidak berpecah. Kami bersetuju untuk tidak bersetuju. Tak ada masalah. Saya yakin (pada) kebijaksanaan pimpinan memperkukuhkan dan memantapkan PR.

"Perbezaan, kalau pun ada, boleh kita bincang secara baik demi kepentingan rakyat. Itu harapan saya," kata Azmi.

Semalam, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng juga menyifatkan tindakan PAS sebagai mengetepikan PR dengan menghantar notis membentangkan rang undang-undang persendirian itu pada sidang yang sedang berlangsung sekarang dan akan berakhir 9 April depan.

"Pengkhianatan bersiri oleh kepimpinan utama PAS ini satu tindakan provokasi yang dilakukan secara sengaja untuk memecahkan PR, atau demi mengugut DAP dan PKR supaya menyerah kepada PAS, atau sebaliknya melihat PR berpecah," kata Lim dalam satu kenyataannya semalam.

Pindaan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan yang mencetuskan kontroversi itu diluluskan pada 19 Mac apabila kesemua 44 orang ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) sebulat suara menyatakan sokongan terhadapnya selepas ia dibahaskan 4 Adun.

Enakmen itu akan dibawa ke Parlimen secara rang undang-undang persendirian oleh PAS yang akan mengusulkan pindaan kepada Akta 355 iaitu Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 lapor The Malaysian Insider



Hudud: Bijak juga strategi Najib ni..

Posted: 21 Mar 2015 07:30 PM PDT


Asasnya apa yang perlu kita faham tentang tujuan UMNO dalam menyokong perlaksanaan undang-undang Hudud di Kelantan hanyalah untuk meretakkan hubungan antara PAS, PKR dan DAP..

Jika pihak UMNO benar-benar ikhlas dan benar-benar mahukan hukum Allah ini ditegakkan di Negeri-Negeri dan Negara kita ini, sejak merdeka lagi mereka boleh melakukannya.. bukannya baru sekarang..

Sekarang ada dari Pakatan Rakyat yang sudah termakan umpan dan mereka mula berantakan sesama sendiri.. dan boleh dikatakan retak kini menanti belah..

Hanya masa yang akan menentukan samada Pakatan Rakyat akan kekal atau tinggal sejarah..

Lebih panjang masa yang ada maka lebih parahlah hubungan sesama parti dalam Pakatan Rakyat.. jadi pembentangan rang undang-undang tersebut perlu ditangguhkan selama yang mungkin..

Laporan berkaitan..

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata rang undang-undang persendirian berhubung pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di Kelantan tidak mungkin dapat dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat yang berlangsung sekarang.

Beliau berkata ini berikutan banyak lagi rang undang-undang kerajaan perlu dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat kali ini yang akan berakhir 9 April hadapan.

"Saya difahamkan Speaker Dewan (Tan Seri Pandikar Amin Mulia) sudah menerima rang undang-undang persendirian mengenai hudud ini, tetapi belum tahu sama ada akan dibentangkan atau tidak.

"Kerana banyak bill kerajaan seperti rang undang-undang khas untuk menangani ancaman militan termasuk kumpulan Isis akan dibentangkan pada persidangan kali ini.

"Jadi kita tidak tahu ada masa yang cukup atau tidak untuk dibentangkan," katanya.

Khamis lepas, Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau lebih dikenali sebagai undang-undang hudud untuk dilaksanakan di negeri itu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh berkata Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 atau hukum hudud itu terutama maksud dan konsepnya perlu diperjelas dengan mendalam kepada orang bukan Islam.

"Secara peribadi saya menyambut baik hukum hudud itu di kerana sebagai orang Islam kita harus akur pada peraturan yang ditetapkan oleh agama," katanya.

Menurutnya, hukum hudud tiada kaitan dengan masyarakat bukan Islam dan mereka juga tidak menerima sebarang kesan apabila hukum itu dilaksanakan. – Bernama




-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...