Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Hudud: Majlis Raja-raja sangkal laporan The Malaysian Insider

Posted: 25 Mar 2015 09:30 AM PDT


KENYATAAN YANG DIKELUARKAN OLEH PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA BERKENAAN DENGAN LAPORAN PORTAL MALAYSIAN INSIDER BAHAWA MAJLIS RAJA-RAJA MENOLAK PINDAAN PERLEMBAGAAN BAGI PELAKSANAAN ENAKMEN JENAYAH SYARIAH (II) KELANTAAN 1993 (Pindaan 2015)

Adalah dengan ini dimaklumkan rasa dukacita dan kemurkaan yang amat sangat pihak Majlis Raja-raja Melayu berhubung penyiaran satu artikel di sebuah portal yang mencemar ketinggian darjat dan martabat ke Bawah Duli-duli Yang Maha Mulia Sultan dan Raja-raja Melayu.

2. Artikel yang membawa maksud Majlis Raja-raja menolak pindaan Perlembagaan mengenai pelaksanaan hudud itu merupakan suatu provokasi fitnah yang sangat jahat sekali ke atas institusi Kesultanan Melayu.

3. Majlis Raja-raja Melayu menafikan sekeras-kerasnya artikel berkenaan dan tidak pernah membincangkan mengenai pindaan Perlembagaan berkenaan pelaksanaan hudud sebagaimana yang ditulis.

4. Berikut merupakan intipati mesyuarat ke 237 pada 11-12 Mac 2015.

(i) Sembah taklimat terkini pertahanan Negara oleh YM. Jen. Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor (Panglima Tentera Darat) dan mengenai keselamatan oleh YDH. Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar (Ketua Polis Negara).

(ii) Perkara-perkara mengenai Agama Islam.

(iii) Pelantikan Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya.

(iv) Pelantikan semula seorang Ahli Dilantik Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).

(v) Pelantikan ahli Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran.

Sebarang usaha yang cuba mengheret dan mencemar nama baik Majlis Raja-raja merupakan suatu usaha terancang menghakis kedaulatan Sistem Demokrasi dan Raja Berperlembagaan.


Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia,
Majlis Raja-Raja,
KUALA LUMPUR

25 Mac 2015


Bilik Berita RTM: RM90 Juta habis, peralatan pun tak ada?

Posted: 25 Mar 2015 08:04 AM PDT


Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) mendapati projek bilik berita bersepadu RTM yang bernilai RM90 juta menghadapi masalah kerana ia tidak mempunyai peralatan yang diperlukan.

Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata projek bilik berita itu tidak memuaskan kerana ia tidak mematuhi garis panduan projek dan tidak memenuhi objektif yang telah ditetapkan.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat PAC di Parlimen hari ini, beliau berkata bangunan tersebut tidak digunakan bagi maksud ia dibina dan sebaliknya kini hanya digunakan sebagai ruang pejabat.

Nur Jazlan yang juga ahli Parlimen Pulai menjelaskan bahawa bangunan tujuh tingkat seluas 350,000 kaki persegi itu di Angkasapuri (ibupejabat RTM di di Kuala Lumpur), kini telah bertukar menjadi sebuah pejabat biasa kerana ia masih belum dilengkapi dengan kemudahan penyiaran.

Katanya, beliau merasa pelik mereka memohon dana tambahan sebanyak RM125 juta dari kerajaan untuk membeli pembelian peralatan hanya selepas bangunan itu siap.

Projek itu telah siap dan diserahkan oleh kontraktor kepada RTM pada 2012. PAC juga menyentuh tentang pelantikan kontraktor dan juga dengan kualiti bangunan tersebut yang menurutnya tidak memuaskan.

Projek bilik berita bersepadu RTM itu menjadi subjek siasatan PAC ekoran Laporan Ketua Audit Negara 2013 mengenai pelaksanaan projek itu lapor Malaysiakini


Senarai harga rokok tu tak betul rupanya..

Posted: 25 Mar 2015 05:12 AM PDT


Syarikat British American Tobacco (BAT) Malaysia menafikan senarai harga rokok yang menjadi viral pada hari semalam adalah harga semakan bermula 1 April.

Dalam satu kenyataan ringkas, jurucakap BAT berkata, mereka sedar berkenaan senarai harga yang diedarkan melalui media sosial.

"Pihak kami menegaskan bahawa senarai harga itu adalah palsu dan laporan polis sudah dibuat.

"Pada masa yang sama, kami mengesa orang ramai supaya tidak mengedar senarai harga itu,"kata kenyataan itu.

Senarai harga itu diedarkan dalam media sosial sejak malam semalam sehingga menimbulkan tanda tanya sama ada kenaikan itu adalah disebabkan oleh pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada minggu hadapan.

Berdasarkan kepada senarai harga palsu itu, setiap rokok keluaran BAT mengalami kenaikan sebanyak RM2 iaitu setinggi 18 peratus.

Bagaimanapun terdapat jenis rokok di dalam senarai itu yang tidak di jual di Malaysia seperti jenis Pall Mall kretek lapor Harian Metro



Majlis Raja-raja tolak pindaan laksana hudud?

Posted: 24 Mar 2015 11:00 PM PDT


Mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, undang-undang persekutuan yang perlu dipinda kerajaan PAS Kelantan bagi membolehkan pelaksanaan hudud, menurut sumber.

Cadangan pindaan itu ditolak pada mesyuarat mereka 11 Mac lalu, yang dikatakan dihadiri semua Raja-raja Melayu atau wakil mereka.

Penolakan itu bermakna wakil kerajaan pusat tidak boleh lagi membawa usul meminda akta itu di Parlimen, sebagaimana rancangan asal Jawatankuasa Teknikal Hudud (JTH) yang dibentuk antara Putrajaya dan kerajaan Kelantan.

Menurut "roadmap" JTH, selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (Pindaan) 2015 atau EJSII, Majlis Raja-raja pula akan bersidang membincangkannya.

DUN Kelantan sebulat suara meluluskannya pada 19 Mac selepas dibentangkan pada 18 Mac dan dibahaskan 4 ahli DUN (Adun) yang menyokong.

Jika ia diluluskan pula mesyuarat majlis itu, JTH akan membawanya ke Kabinet sebelum seorang menteri membentangkan usul di Dewan Rakyat bagi meminda Akta 355.

Tetapi tanpa lampu hijau Majlis Raja-raja, kerajaan persekutuan kini tidak boleh membentangkan rang undang-undang di Parlimen bagi meminda akta itu yang ketika ini mengehadkan hukuman yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah.

Seorang anggota JTH mewakili kerajaan Kelantan berkata persetujuan dicapai dalam jawatankuasa itu yang seorang menteri kerajaan pusat akan membentangkan usul pindaan Akta 355 itu di Dewan Rakyat Jun ini.

"Berdasarkan roadmap yang ada, pada Disember 2014 (kemudian ditunda ke Mac 2015 kerana banjir), Enakmen Jenayah Syariah II itu akan dibentangkan di DUN Kelantan.

"Pada 11 Mac, cadangan pindaan kepada Akta 355 itu akan dibawa ke mesyuarat Majlis Raja-raja sebelum ia dibawa ke Kabinet. Jun nanti, seorang menteri akan membentangkan pindaan Akta 355 itu," kata sumber itu.

Dipercayai ekoran keputusan Majlis Raja-raja itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil langkah membentangkan sendiri usul meminda Akta 355 itu melalui satu rang undang-undang persendirian, dan bukannya dibentangkan oleh menteri.

Hadi menghantar notis ke Parlimen memohon kebenaran membentangkannya pada 18 Mac.

Akta 355 menetapkan mahkamah syariah hanya boleh mengenakan denda maksimum RM5,000, penjara tidak lebih tiga tahun dan maksimum enam kali sebatan bagi kesalahan termasuk zina, tuduhan zina tanpa empat saksi (qazaf) dan juga minum arak.

Dengan pindaan Akta 355, sebahagian hukum hudud yang termasuk dalam Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan boleh dilaksanakan, seperti kesalahan zina dengan hukuman 100 sebatan, qazaf 80 sebatan dan minum arak 80 sebatan (lihat grafik di bawah).

Sekiranya dibentangkan di Parlimen, rang undang-undang persendirian Hadi hanya memerlukan sokongan majoriti mudah atau 112 daripada 222 ahli Parlimen, sekiranya semua mereka hadir, bagi membolehkan ia diluluskan.

Sekiranya kehadiran tidak penuh, rang undang-undang itu masih boleh diluluskan dengan lebih suara bersetuju apabila ia dibuka untuk undian kepada ahli Parlimen yang hadir.

Persoalannya sekarang ialah sama ada rang undang-undang persendirian Hadi akan berjaya dibentang, kerana kebiasaannya urusan kerajaan diberi keutamaan dalam agenda Dewan Rakyat.

Menteri bertanggungjawab hal ehwal undang-undang, Nancy Shukri berkata, ia mungkin tidak sempat dibentangkan semasa sidang sekarang yang akan berakhir 9 April.

Terdapat 136 ahli Parlimen beragama Islam, tetapi semua 15 ahli Parlimen PKR dan 2 ahli Parlimen DAP beragama Islam tidak mungkin akan menyokong rang undang-undang itu, berdasarkan pendirian yang diambil parti masing-masing.

Barisan Nasional (BN) setakat ini masih belum menyatakan pendirian rasmi sama ada menyokong atau menolak rang undang-undang hudud PAS itu, sementara Pengerusi Kelab Penyokong BN, Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyatakan ahli Parlimen BN akan mengundi berteraskan suara hati mereka kerana isu itu melibatkan soal akidah.

Bagaimanapun, ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata bukan masanya melaksanakan hudud, sementara 7 ahli Parlimen PAS yang setia dengan PasMa - kumpulan pro-PR di dalam PAS - mungkin menolak rang undang-undang itu.

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz menjadi menteri pertama Umno menolak cubaan melaksanakan hudud di Malaysia, mengatakan cakap-cakap mengenainya adalah bodoh kerana ia pasti tidak dapat dilakukan secara sah mengikut undang-undang.

Terdapat juga satu lagi pandangan yang, selain Akta 355, Perkara 76A (1) Perlembagaan Persekutuan juga perlu dipinda bagi memberi kuasa kepada Kelantan melaksanakan kanun jenayah syariah itu sepenuhnya.

Peruntukan perlembagaan itu menyentuh kuasa perundangan persekutuan menggubal undang-undang dan kuasa yang diberi kepada perundangan negeri menggubal undang-undang berdasarkan had yang dikenakan Parlimen.

Ia termasuk kuasa menggubal undang-undang berhubung hukuman untuk kesalahan jenayah, yang menurut perlembagaan berada di bawah bidang kuasa persekutuan.

PAS, dalam mempertahankan enakmen hududnya, berkata ia akan terpakai untuk semua orang Islam, termasuk kerabat diraja, menurut Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat lapor The Malaysian Insider



Program 1Azam gagal..

Posted: 24 Mar 2015 06:09 PM PDT


Program membasmi kemiskinan 1Azam ini diperkenalkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia (KPWKM) suatu masa dulu..

Kalau tak silap aku masa tu Sharizat yang menerajui Kementerian itu... alaaaa.. Sharizat.. Sharizat yang keluarganya pinjam duit kerajaan RM250Juta untuk bela lembu tu..

Selain gagal mematuhi SOP, program berkenaan juga, katanya, tidak melakukan kajian keperluan dan tidak menyemak kelayakan peserta.

"Tujuan utama 1Azam ialah membantu mereka yang berpendapatan rendah menjadi usahawan dan mendapatkan pendapatan.

"Namun, peraturan perolehan tidak digunakan dalam memilih pembekal barangan kepada peserta," kata Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamad..

Faham-faham sajalah.. kalau ikut SOP mana boleh nak berikan kroni bussines.. mana boleh nak salurkan bantuan tu kepada adik beradik mereka...

Laporan berkaitan..

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini menyatakan bahawa program membasmi kemiskinan 1Azam yang pernah diperkenalkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia (KPWKM) dikesan mempunyai masalah berikutan kelemahan pelaksanaannya.

Antara kelemahan projek yang sepatutnya menawarkan peluang pekerjaan kepada golongan miskin itu adalah 1Azam tidak menggunakan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan melanggar peraturan perolehan, kata Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Kenyataan beliau yang telah dilapor di kebanyakan portal media tempatan itu antara lain mendedahkan tentang beberapa masalah lain seperti ketiadaan semakan dibuat terhadap kelayakan peserta.

"Pemilihan peserta 1Azam yang tidak melalui E-Kasih, dan bukan kumpulan sasar.

"Tiada semakan dibuat untuk memastikan mereka benar-benar layak untuk menyertai program berkenaan," ujar beliau yang ditemui media selepas mempengerusikan mesyuarat PAC di bangunan Parlimen hari ini.

Nur Jazlan turut menyentuh tentang ketiadaan justifikasi pembelian barangan selain peserta program sendiri yang tidak mempunyai komitmen dengan peralatan yang dibekalkan.

Jelas beliau, tempoh jaminan jangka pendek bagi peralatan seperti mesin jahit, ketuhar dan peti sejuk yang diberikan kepada peserta program juga menyebabkan masalah kerana barangan yang rosak tidak dapat dituntut semula di bawah jaminan tersebut.

Projek 1Azam yang merupakan usahasama KPWKM dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Amanah Ikhtiar Malaysia bertujuan untuk membantu meningkatkan taraf ekonomi golongan berpendapatan rendah.

PAC bercadang untuk memanggil Ketua Setiausaha KPWKM pada tahun 2012, Datuk Seri Norul Ainul Mohd Nor selain Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara, Datuk Syed Abd Rahman Syed Mohamad bagi member penjelasan berhubung program itu lapor AstroAwani

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...