Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Hishamuddin Rais diculik untuk ditangkap?

Posted: 27 Mar 2015 09:09 AM PDT


SOP apa Polis guna ni?.. tangkap tapi nampak macam culik pulak.. enam orang kepung dan tangkap kemudian tutup mulut Hishamuddin dan sumbat dalam kereta lepas tu pecut..

Hisham cerita... he was in a cab. He was followed by a car and some motorbikes. When he got off the taxi, 6 men grabbed him.

One of them dragged him by his chest, covered Hisham's mouth to stop him from shouting. They threw Hisham into another car and took him to Dang wangi.

SOP baru kot?.. culik lepas tu bawa ke Balai, cara menangkap tu nampak macam Hishamuddin ni penjenayah berbahaya, tapi sampai di Balai lain pulak jadinya..

Dibiar melepak dalam Balai saja...


Ni laporan berkaitan..

Kekecohan terjadi malam ini apabila seorang lelaki, yang menurut saksi kelihatan seperti aktivis Hishamuddin Rais, ditolak masuk ke dalam sebuah kereta Honda Accord berwarna perak ketika dia sedang berjalan menuju lokasi ceramah perdana anti cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dekat Dataran Merdeka malam ini.


Dalam kejadian jam 9.40 malam itu, aktivis Bersih 2.0 Mandeep Singh berkata beliau nampak Hishamuddin ditangkap empat lelaki memakai pakaian biasa dan ditolak ke dalam kenderaan itu yang kemudian berlalu pergi dengan laju.

Insiden itu berlaku di persimpangan jalan di Jalan Raja Laut, bertentangan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur City Hall, dekat Dataran Merdeka di tengah bandaraya.

"Dia menghubungi saya tiga minit sebelum insiden itu ketika dia dalam perjalanan ke sini.

"Saya nampak dia berdiri di lampu isyarat apabila ia terjadi.

"Kami sudah hubungi pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan dia kini dalam perjalanan ke balai polis Dang Wangi," kata Mandeep.

Mereka yang berhampiran dan melihat kejadian itu mula menjerit dan mengejar kereta itu tetapi gagal menahannya.

Bagaimanapun, menurut satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan Komunikasi PKR sebentar tadi, beliau ditangkap oleh polis.

"Hishamuddin ditangkap polis di tapak #KitaLawan di Dataran Merdeka. Beliau kini di IPD Dang Wangi," kata PKR lapor The Malaysian Insider


Rafizi Ramli kena tangkap lagi..

Posted: 27 Mar 2015 01:50 AM PDT


Naib Presiden PKR Rafizi Ramli ditangkap di pusat perkhidmatannya di Pandan petang ini mengikut Akta Hasutan kerana satu kenyataan yang dikeluarkannya berhubung perhimpunan #KitaLawan esok.

Menurut timbalan ketua dan pengarah komunikasi Pemuda PKR Fahmi Fadzil, Rafizi akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan lanjut.

Rafizi mengeluarkan satu kenyataan semalam meminta pemimpin PKR menggerakkan ahlinya untuk perhimpunan itu yang akan diadakan di ibu negara esok.

"PKR berharap semua rakyat Malaysia yang sayangkan Malaysia akan hadir dan bersuara demi menuntut hak kita dan menentang kezaliman kerajaan persekutuan.

"Kami juga berharap pihak berkuasa tidak cuba melanggar hak kami berhimpun secara aman," katanya.

Perhimpunan esok akan bermula di 3 lokasi sekitar bandar raya diikuti dengan perarakan ke pusat membeli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Tujuannya menuntut pembebasan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara dan peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, serta menolak cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dikuatkuasakan pada 1 April.

Perhimpunan besar #KitaLawan yang terakhir pada 7 Mac menyaksikan 11 orang ditahan, kebanyakannya pemimpin politik pembangkang lapor The Malaysian Insider


Permohonan pengampunan keluarga Anwar mungkin ditolak...

Posted: 26 Mar 2015 08:09 PM PDT


Lembaga Pengampunan telah melupuskan (disposed) petisyen dari keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ia nampaknya bukan satu berita baik untuk ketua pembangkang itu.

Bagaimanapun, peguam Anwar N Surendran tidak mahu mendedahkan apa keputusan tersebut, sementara menunggu pengesahan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari Rabu. 

Ketika ditemui, Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh memberitahu pemberita petisyen itu telah dtolak, dan dengan itu, kedudukan perlembagaan adalah jelas mengenai perkara itu.

Tambahnya, afidavit yang dibuat oleh Ketua Pengarah Bahagian Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri telah dihantar kepada pemohon.

Ketua pengarah adalah sebahagian daripada urus setia Lembaga Pengampunan, yang dipengerusikan oleh Yang di-Petuan Agong.

Dengan ini, permohonan Anwar untuk mendapatkan pengampunan mungkin akan ditolak dan dia perlu menjalani hukuman lima tahun penjara selepas disabitkan atas tuduhan liwat.

Ini juga bermakna bahawa kerusi Parlimen Permatang Pauh yang diwakilinya akan diisytiharkan kosong tidak lama lagi.

Keputusan itu disampaikan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Asmabi Mohamad dalam kamar, yang kemudian menetapkan Rabu ini untuk pengesahan lanjut.

Hari ini pada mulanya ditetapkan untuk mendengar permohonan Anwar untuk mendapatkan kebenaran bagi semakan kehakiman bagi menghadiri sidang parlimen yang berakhir pada 9 April lapor Malaysiakini


Gara-gara gelar Jamil Khir 'Bacul'.. Mahfuz kena halau keluar Dewan..

Posted: 26 Mar 2015 05:30 PM PDT


Ketua Penerangan PAS diminta meninggalkan Dewan Rakyat selepas enggan duduk dan terus mendesak Jamil walaupun menteri berkenaan sudah menjelaskan tidak dapat menyatakan pendirian mengenainya kerana belum melihat rang undang-undang yang berkenaan.

"Bagaimana kerajaan mahu nyatakan pendirian, rang undang-undang yang dibawa PAS pun masih belum lihat lagi," kata Jamil, merujuk kepada rang undang-undang persendirian yang dijangka dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mahfuz kemudiannya gagal mengawal perasaannya apabila Jamil mendedahkan kerajaan tidak pernah membawa usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 ke Majlis Raja-Raja untuk diluluskan.

Menurut Mahfuz, pindaan kepada akta tersebut, yang diperlukan bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan, sepatutnya dibawa kerajaan semasa mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 11 dan 12 Mac lalu.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebulat suara meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (Pindaan 2015) pada 19 Mac selepas dibentangkan pada 18 Mac dan dibahaskan 4 ahli DUN (Adun) serta disokong semua Adun termasuk dari Umno.

Jika Majlis Raja-raja meluluskan pindaan itu, Jawatankuasa Teknikal Hudud (JTH) akan membawanya ke Kabinet sebelum seorang menteri membentangkan usul di Dewan Rakyat bagi meminda Akta 355.

Tetapi tanpa lampu hijau Majlis Raja-raja, kerajaan persekutuan kini tidak boleh membentangkan rang undang-undang itu di Parlimen bagi meminda akta itu yang ketika ini mengehadkan hukuman yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah.

Langkah Hadi, yang juga ahli Parlimen Marang, membawa bil persendirian ke Parlimen juga dikatakan kerana tidak mendapat restu daripada Majlis Raja-Raja untuk ia dilaksanakan.

Mahfuz  mendakwa Putrajaya menipu dalam isu hudud walaupun pada awalnya dikatakan menyokong undang-undang Islam tersebut.

Nampak??.. mudahnya umpan Najib dimakan...

Laporan berkaitan..

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar hari ini direhatkan sehingga Isnin hadapan oleh Dewan Rakyat selepas menimbulkan kekecohan dengan mengingkari arahan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Tindakan itu diambil selepas Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mengingkari arahan Yang di Pertua mengikut Peraturan 46 dan 47.

"Apa yang saya ingin katakan di sini, pertama Mahfuz tidak mengendahkan teguran untuk duduk dan diam. Walaupun sudah berkali-kali diminta untuk berbuat demikian.

"Kedua, apa yang saya dengar, Mahfuz telah mengatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir seorang yang 'bacul'," katanya di dalam Dewan Rakyat.

Kekecohan itu timbul apabila Mahfuz meminta Jamil Khir menyatakan pendirian sama ada menyokong atau sebaliknya kepada notis Rang Undang-undang Persendirian (RUU) mengenai hukum Hudud di Kelantan.

Susulan kegagalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat mengawal dan mententeramkan persidangan tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim turut menafikan dakwaan bahawa pihaknya ada menerima RUU hukum Hudud di Kelantan.

Selepas pengumuman itu, Mahfuz yang keluar dari Dewan Rakyat tampil mempersoalkan mengapa pindaan akta 355 tidak dibawa ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja walaupun telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Jenayah yang dianggotai oleh Kerajaan Pusat dan Negeri.

"Sekiranya pindaan ini dibawa ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja baru-baru ini, ia akan memberi peluang pelaksanaan Hudud di Kelantan. Tetapi nampaknya, ia tidak dibawa," katanya lapor Free Malaysia Today

Nak kata apa lagi?.. mudah saja PAS dipermainkan BN...


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...