Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Blogger UMNO persoal mengapa 1MDB simpan RM4 Billion di Bank yang rugi RM2.6 Billion di Singapura?

Posted: 29 Mar 2015 08:48 AM PDT


Menarik persoalan mengenai 1MDB dan RM4Billion yang dibangkitkan oleh Bekas Ketua Pengarang The New Straits Times, Datuk A. Kadir Jasin ni..

Soalnya ialah mengapa 1Malaysia Development Bhd yang diilhamkan oleh Najib ini tidak menggunakan RM4 Billion yang ada untuk membayar hutangnya kepada Maybank dan RHB Capital tetapi menyimpan di dalam sebuah Bank Persendirian yang kecil di Singapura yang telah mengalami kerugian jutaan Dolar?

A. Kadir Jasin mencurigai langkah tersebut kerana 1MDB memilih BSI Bank Limited Singapore tetapi tidak memilih Bank Tempatan atau Bank Antarabangsa sebagaimana yang dilakukan oleh Khazanah Nasional dan KWSP.

"Keeping the money in Singapore is mysterious enough and keeping it with a private bank makes it suspicious,"

"The money should have been brought home to pay its debts. Instead 1MDB 'borrowed' from tycoon T. Ananda Krishnan while denying media reports that it did so,"

"why not keep it in Maybank Singapore or with other well-known banks like Citibank, JP Morgan and HSB?"

BSI ialah sebuah bank yang dimiliki oleh warga Brazil dan merupakan antara 'private bank' dari Swiss yang beroperasi di SIngapura.

Penyata akaun terkini bank tersebut yang disiarkan di laman website nya menunjukkan ianya telah mengalami kerugian sebanyak US$722 Juta atau RM2.6 Billion..

Kenapa agaknya ya?.. kalau kita yang ada duit sikit-sikit ni pun pasti akan berfikir berkali-kali untuk menyimpan wang yang kita ada dalam bank yang kita ketahui sedang mengalami kerugian..

Baca apa A.Kadir Jasin tulis ni..


1MDB Investigations Can Start in Singapore

A Kadir Jasin

WITH mountains of evidence that suggest a widespread governance oversight and attempts to mislead the public, the investigators of 1Malaysia Development Berhad stand condemned if they fail in their duties.

The Auditor-General's Department, the police, the Malaysian Anti-Corruption Commission and Public Account Committee of the Parliament are the people's last hope.

Just on the curious move by 1MDB to park its returning RM4-billion fund in Singapore alone should be more than enough to wet their appetite.

Why should a sovereign wealth fund or, in the case of 1MDB, a strategic investment company keeps RM4 billion in Singapore and with a branch of Brazilian-owned Swiss private bank?

Government-linked companies, corporations and agencies like Khazanah, PNB and EPF would normally place their funds in large local and international banks.

Why BSI (Banca della Svizzera Italiana), a smallish private bank?
Keeping the money in Singapore is mysterious enough and keeping it with a private bank makes it suspicious.

The money should have been brought home to pay its debts to Maybank and RHB Capital. Instead it "borrowed" from telecommunication and entertainment tycoon T. Ananda Krishnan while denying media reports that it did so.
Mere speculation, its President and Group Executive Director Arul Kanda Kandasamy told the Mingguan Malaysia newspaper on Feb. 15.

But even if there is a billion-ringgit reason to park the RM4 billion in Singapore, why not keep it in Maybank Singapore or with other well-known banks like Citibank, JP Morgan and HSBC?

The money was taken out of the country just days before the 2013 general elections to Cayman Islands tax haven. Then some weeks ago, purportedly on its way home, it was mysteriously deposited in Singapore allegedly to fulfil Bank Negara's regulations.

BSI is a Lugano-based Swiss private bank. Since last year it became part of Brazilian group BTG Pactual. It was previously owned by Italian insurance giant Assicurazione Generali SPA.
It has US$1.8 billion share capital and its Singapore branch has a capital of US$200 million.
Its latest financial account posted on its website showed that its suffered a loss of US$722 million.

The investigators must ask the 1MDB managers did they not check the credibility and financial strength of banks they deposited the company's money in?
RM4 billion is no mean sum for a financially weak company like 1MDB.

It is not my intention to penalise BSI or cast aspersion on it but with a staff of about 2,000 and a share capital of US$1.8 billion, BSI is smaller than our Affin Bank.

To my knowledge, private banks are usually used by rich individuals and secretive family companies who do not want too many questioned asked about their sources of the wealth.

The move by 1MDB to park the money in Singapore with BSI only heightens the suspicion that something is amiss.
So the investigators have to make sure that every single sen that 1MDB purportedly deposited with BSI is accounted for.

During my trip to Singapore to accompany (Tun) Daim Zainuddin to pay our last respect to late Mr Lee Kuan Yew, the people we met asked about the role of other "mysterious" outfits and individuals involved with 1MDB.

They specifically mentioned the role of Ashmore Investment Management Ltd, a UK financial institution in the 1MDB-PetroSaudi "deals" with specific reference to its senior executive identified as Patrick Mahony.

They said, the Malaysian investigators should seek the assistance of the UK Financial Conduct Authority whose tasks include investigating money-laundering activities.

The sources also said the investigators should summon Goldman Sachs, specifically the company's partner identified as Tim Leissner. The US investment banking group advised the Malaysian government on the formation of 1MDB and helped in its borrowing.

Incidentally, Leissner is the new husband (since 2013) of US model/actress Kimora Lee Simmons who is a good friend of the Prime Minister's family. Kimora's websites have pictures of her, Leissner, Mohd Najib and Rosmah.

Please continue yours reading HERE

Macai tak perlu jawap persoalan yang dibangkitkan A. Kadir Jassin ni.. cuma gunakan otak untuk berfikir..


#KitaLawan: Mengapa jumlah himpunan semakin mengecil?

Posted: 29 Mar 2015 03:30 AM PDT


Hudud Kelantan, tindakan keras polis dan majlis perkahwinan kenamaan merupakan antara sebab perhimpunan #KitaLawan semalam lebih kecil daripada tiga minggu lalu.

Penganalisis dan pemerhati berkata walaupun cukai barangan dan perkhidmatan (GST) merupakan faktor utama perhimpunan ini dan isu penting majoriti rakyat Malaysia, kesan cukai baharu itu masih belum dirasai.

Apabila GST bermula dan golongan berpendapatan rendah merasai kesannya, penangkapan aktivis dan pemimpin politik tidak akan mampu menghalang bantahan di seluruh negara.

"Percanggahan pendapat adalah ibarat buah-buahan, apabila ia sudah ranum, tiada apa yang mampu menghalangnya daripada gugur," kata penganalisis politik Dr Wong Chin Huat, zamalah di Institut Pulau Pinang.

Kesan hudud

Perhimpunan pertama #KitaLawan diadakan pada 7 Mac, iaitu 10 hari sebelum Enakmen Jenayah Syariah II 1993 (pindaan 2015) Kelantan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri dan memecah belahkan parti Pakatan Rakyat (PR) yang merupakan penggerak utama perhimpunan tersebut.

Perbalahan dalaman menjejaskan semangat semua penyokong PR, sama ada PAS, DAP atau PKR, dan ramai yang mula berputus asa terhadap gabungan itu, kata pemimpin DAP Selangor, Charles Santiago.

"Moral sangat rendah. Dengan hudud, PR seolah-olah jatuh dan orang mula berputus asa terhadap PR sebagai pakatan yang berdaya maju," kata Santiago, yang juga ahli Parlimen Klang.

Percanggahan pendapat terhadap undang-undang Kelantan menyebabkan DAP pada 23 Mac mengumumkan berhenti bekerjasama dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Berikutan itu, DAP Sabah dan Sarawak mengumumkan mereka memutuskan hubungan dengan PAS di kedua-dua negeri.

Sebelum itu, PAS Labuan mengumumkan ia akan menghentikan kerjasama dengan DAP.

Walaupun hubungan kerja rasmi antara PAS, DAP dan PKR dalam kerajaan di Selangor dan Pulau Pinang tetap utuh, perasaan kecewa meresap pada akar umbi dan yang bersimpati dengan mereka, kata Wong.

Tindakan keras polis

Paling penting, Santiago percaya perasaan kecewa di kalangan penyokong menahan mereka daripada mengatasi ketakutan yang diwujudkan selepas polis menangkap aktivis dan pemimpin PR selepas perhimpunan pertama.

"Apabila penyokong melihat anda berpecah, mereka akan berfikir, 'mengapa saya perlu pergi dan dipukul oleh polis' jika orang-orang ini akan berpecah belah?"

Seramai 11 aktivis dan ahli politik ditahan berkaitan perhimpunan 7 Mac, manakala tujuh daripada mereka ditangkap pada 27 Mac, sehari sebelum demonstrasi semalam.

Hakikat ramai aktivis turut ditahan di perhimpunan anti-GST di Jabatan Kastam pada 25 Mac juga menyebabkan jumlah menyertai protes semalam berkurangan, kata Wong.

Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian percaya tindakan keras polis itu sendiri berjaya menakutkan walaupun kepada aktivis tegar.

Perbezaan pendapat belum matang

Idea merempuh masuk majlis perkahwinan anak perempuan perdana menteri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, juga menjadi faktor ramai tidak menyertai perhimpunan, kata Wong.

Ini dilihat ketika jumlah kira-kira 1,000 di kawasan Sogo mula susut apabila penganjur berkata mereka akan bergerak ke arah KLCC.

Hanya kira-kira 400 orang berani menempuh hujan sampai ke Wisma Dredging di Jalan Ampang, di mana mereka dihalang benteng polis.

"Saya rasa ramai berasa tidak sopan pergi dan merosakkan perkahwinan seseorang," kata Santiago.

Walaupun perhimpunan semalam cuba membangkitkan kemarahan berhubung GST, Ibrahim percaya ia terlalu awal merasai kesan cukai baharu itu.

"GST hanya akan dimasukkan dalam beberapa bulan akan datang. Jadi, anda boleh melihat lebih banyak kemarahan selepas itu. "

Wong bersetuju dengan mengatakan mood orang ramai yang tidak berpuas hati belum cukup "masak" lagi.

"Orang ramai sibuk membeli-belah sebelum 1 April, cemas dengan apa yang bakal muncul. Apabila mereka merasakan keperitan, protes akan menjadi lebih spontan dan lebih hidup walaupun semua pemimpin utama ditahan. " ~ The Malaysian Insider


GST perlu untuk tampung kenaikkan gaji Menteri dan Kakitangan awam?

Posted: 29 Mar 2015 01:30 AM PDT


Dah lebih 56 tahun negara kita merdeka, boleh dikatakan setiap tahun gaji Kakitangan Kerajaan akan dinaikkan.. sikit sebanyak tetap naik..

Dalam masa 56 tahun yang telah berlalu itu Kerajaan mampu menampung kenaikkan gaji Kakitangan awam itu tanpa melaksanakan GST..

Tiba-tiba hari ini Menteri kata GST perlu untuk membayar gaji penjawat awam dan bayaran pencen kepada golongan pesara yang semakin bertambah...

Sebenarnya nak bayar gaji yang bertambah atau nak bayar hutang yang bertambah?

Kalau dibandingkan pentadbiran Najib dan Tun Mahathir.. semasa mantan perdana menteri kita,Tun Mahathir memerintah Malaysia selama lebih 20 tahun,rakyat tidak pernah pun mengenal sebutan GST.

Setiap tahun ekonomi Malaysia masih boleh berkembang walaupun pernah melalui beberapa kali kegawatan ekonomi dunia..

Tapi rakyat tak dikenakan GST... kenapa?

Kerajaan pusat perlu mempelbagaikan sumber kewangan termasuk melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi memastikan kelancaran pelaksanaan pembangunan di seluruh negara.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata sumber kewangan baharu juga penting bagi memenuhi keperluan termasuk untuk membayar gaji penjawat awam dan bayaran pencen kepada golongan pesara yang semakin bertambah.

"Sekarang ini sumber kewangan kita banyak bergantung kepada minyak dan gas, ini kita tidak boleh harap sampai bila-bila, sebab itu kita perlukan GST sebagai sumber baharu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan forum bertajuk Hala Tuju Pembangunan Negeri Kelantan Dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) di Kota Baru, hari ini.

Mustapa berkata kewujudan golongan menentang usaha kerajaan mempelbagai sumber kewangan seperti GST, tidak dapat dielakkan namun golongan ini harus menggunakan saluran yang betul dan bukannya melakukan tindakan yang tidak menghormati pihak berkuasa seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

"Kerajaan tidak sewenang-wenangnya membuat keputusan, kerajaan membuat kajian berpuluh tahun, kalau kita tidak laksanakan GST macam mana kita nak penuhi tuntutan bayaran gaji yang kian bertambah, macam mana nak tambah pembangunan luar bandar dan pembayaran pencen yang bertambah," katanya.

Beliau berkata kerajaan perlu memberi keyakinan kepada rakyat wang hasil GST itu, bagi memenuhi kehendak mereka dan kerajaan akan memastikan tidak berlaku ketirisan dan penyelewengan seperti yang didakwa golongan yang menentang pelaksanaan GST.

Mustapa yang juga pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan Kelantan berharap kerajaan pusat akan mengagihkan peruntukan sebaik mungkin kepada negeri tertinggal ke belakang dari segi kemajuan pembangunan seperti Kelantan dalam Rancangan Malaysia Ke-11.

"Kita harap sumber kewangan diagihkan mengikut tahap pencapaian dari segi pertumbuhan ekonomi dan kadar kemiskinan. Kita sedia maklum Kelantan di bawah pembangkang (PAS) tetapi ini bukan bermakna kerajaan pusat menafikan hak rakyat," katanya.

Sementara itu di Bachok, Mustapa mahu kerajaan Kelantan memperluaskan kerjasama dengan kerajaan persekutuan terutama dari segi pembangunan ekonomi negeri itu.

Beliau berkata kerajaan negeri memberi kerjasama baik kepada kerajaan pusat dalam menangani bencana banjir dan kerja pemulihan pasca banjir.

Kerjasama dalam sektor ekonomi adalah penting terutama untuk memenuhi peluang pekerjaan kepada rakyat, katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badak ~ The Malaysian Insider

Itu pun macai nak pertahan Najib lagi...


Gambar kenduri anak Najib dilarang kongsi di media sosial.. kenapa?

Posted: 28 Mar 2015 10:23 PM PDT


Majlis kenduri anak Perdana Menteri, Nooryana Najwa Najib berjalan dengan lancar malam tadi bagaimanapun mempelai itu tidak membenarkan tetamu yang hadir berkongsi gambar dan video majlis itu di media sosial.

'Larangan' mempelai itu tersebar di sosial media apabila seorang tetamu dan juga personaliti televisyen wanita Filipina, Kris Aquino berkongsi permintaan Nooryana itu melalui akaun Instagram malam tadi.

"Pada hari yang berbahagia ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas kehadiran anda bagi meraikan percintaan dan permulaan kehidupan baharu kami bersama.

"Sebagai memelihara semangat keperibadian majlis ini, adalah sangat dihargai jika anda tidak memuat naik sebarang gambar atau video dari majlis ini ke Facebook, Twitter, Instagram mahupun mana-mana laman sosial yang lain.

"Kerjasama dan keperihatinan anda sangat dihargai," kandungan kad perkahwinan pasangan itu dipetik.


Sementara itu, Kris turut menulis di Instagram bahawa beliau menurut arahan untuk tidak berkongsi gambar dan video seperti yang diminta pasangan pengantin itu.

"Ini adalah permintaan khas (dari pengantin), untuk tidak muat naik (gambar dan video di sosial media) jadi walaupun semua tetamu yang telah hadir mengambil gambar tanpa henti, saya mentaati (arahan itu)," tulis Kris di Instagram.

Minggu lalu, Nooryana melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Daniyar Kessikbayev, seorang anak pembesar Kazakhstan.

Kenduri pasangan menjadi hangat apabila seramai 500 penyokong perhimpunan Kita Lawan berarak dari pusat membeli belah Sogo ke Menara Berkembar KLCC bagi 'meraikan' majlis itu.

Niat penyokong itu terhenti di Jalan Ampang apabila pihak polis menghalang mereka untuk masuk ke KLCC.

Peserta turut menyanyikan lagu klasik 'selamat pengantin baru', membawa bunga manggar serta hantaran sebagai simbolik kepada majlis perkahwinan itu sebelum bersurai pada jam 7 malam ~ Malaysiakini


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...