Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Siapa pulak yang mengaku sebagai Pengerusi DAP Kedah ni?

Posted: 30 Mar 2015 09:46 AM PDT


Laporan dari BERNAMA mengatakan individu yang bernama Tan Yen Chai adalah Pengerusi DAP Kedah, oleh kerana beliau menghentam Guan Eng maka laporan dari BERNAMA itu banyak disiarkan dalam blog-blog Pro UMNO.

Beliau dilaporkan berkata, Malaysia mengamalkan demokrasi sekaligus PAS berhak mengemukakan usul itu di Dewan Rakyat.

"DAP kena kalau betul-betul nak tolak hudud, tolak dalam Parlimen melalui undi barulah demokrasi," katanya..

Tapi sebenarnya dia tu tidak pernah dilantik mewakili DAP di peringkat negeri Kedah itu.

Baca nih..

KUALA LUMPUR, 29 MAC: DAP hari ini meminta pihak media untuk tidak lagi melaporkan pandangan Tan Yen Chai sebagai mewakili DAP Kedah kerana beliau tidak pernah dilantik mewakili parti di peringkat negeri itu.

Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook menegaskan, Tan tidak pernah dilantik sebagai Pengerusi DAP Kedah dan semua individu yang mendakwa dirinya sebagai Ahli Jawatankuasa di bawah kepimpinannya adalah tidak sah sama sekali.

"Jawatankuasa Kuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP tidak pernah mengiktiraf kedudukan kumpulan ini.

"Pengerusi DAP Kedah ketika ini ialah ADUN Derga Tan Kok Yew.

"Justeri itu, laporan Bernama semalam adalah tidak benar dan mengelirukan kerana ia langsung tidak mewakili pendirian DAP Kedah," katanya dalam satu kenyataan.

Anthony yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata demikian merujuk kepada laporan Bernama semalam yang bertajuk 'Kedah DAP slams Guan Eng for cutting ties with Hadi'.

Berdasarkan laporan tersebut, Tan yang mendakwa dirinya sebagai Pengerusi DAP Kedah telah mengadakan satu sidang media di Alor Setar untuk mengkritik pucuk pimpinan pusat parti kerana memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tan mendakwa keputusan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memutuskan kerjasama dengan Hadi sebagai tidak demokratik. -Roketkini.com



MKN dakwa kelemahan urus banjir berpunca dari Kerajaan Negeri Kelantan...

Posted: 30 Mar 2015 05:27 AM PDT


Majlis Keselamatan Negara (MKN) mendakwa punca kelemahan mengurus banjir di Kelantan adalah kerana tiadanya kerjasama daripada kerajaan negeri.

Demikian kata pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Katanya, kelemahan tersebut telah dimaklumkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) semasa sesi pendengaran hari..

"MKN turut mengakui ada kelemahan dari pihak mereka dalam menguruskan banjir kali ini memandangkan bencana yang dihadapi negeri-negeri pantai timur khususnya Kelantan adalah luar biasa.

"Sebelum ini kerjasama MKN dengan kerajaan negeri bila berdepan dengan banjir tidak jadi masalah sehingga pada tahun lepas ia terputus menjejaskan kordinasi kerajaan pusat dan kerajaan negeri," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, PAC turut membuat pengumuman untuk memanggil MKN dan Kementerian Kewangan berikutan peruntukan RM800 juta kepada mangsa banjir seperti yang diumum Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Peruntukan itu membabitkan bekalan makanan, operasi logistik dan pembersihan rumah-rumah mangsa yang terlibat.

Banjir kali ini melanda beberapa buah negeri, khususnya di Pantai Timur, antara yang terburuk dalam sejarah dan hampir 200,000 orang menjadi mangsa.

Menyentuh mengenai pengurusan belanjawan bagi mangsa banjir, Nur Jazlan menafikan wujudnya penyelewengan.

"Tidak ada penyelewengan yang berlaku, kerana setiap peruntukkan wang ihsan banjir dipantau oleh jabatan audit dan juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya lapor Free Malaysia Today

.. Yang nak baca punca sebenar banjir besar di Kelantan tu.. bacalah kat SINI

Siaran langsung persemadian Puteri Diana boleh, persemadian Lee Kuan Yew tak boleh?

Posted: 30 Mar 2015 02:26 AM PDT


Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini mempertahankan liputan secara langsung upacara persemadian bekas perdana menteri Singapura, Lee Kuan Yew oleh Astro Awani, menyifatkan ia mempunyai nilai berita.

Menteri komunikasi dan multimedia itu berkata, masyarakat tidak perlu melihat upacara itu sebagai satu bentuk penghormatan, sebaliknya sesuatu yang mahu ditonton masyarakat umum. 

"Sebagai satu saluran berita, apabila mereka buat sesuatu pemberitaan, liputan langsung dan sebagainya, ia bukan dilihat dari segi penghormatan tetapi dilihat mempunyai nilai berita.

"Saluran berita ialah saluran yang dapat memaparkan berita yang dikehendaki dan orang ingin tahu. Mereka terpaksa bertanding dengan media sosial. Kalau orang pergi kepada media sosial, mereka juga akan kehilangan penonton yang menghendakinya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Menteri Maklumat dan Telekomunikasi Apec ke-10 di Kuala Lumpur.

Astro Awani mendapat kecaman warga media sosial selepas menyiarkan siaran langsung upacara persemadian Lee tengahari semalam.

Menerusi satu status di laman Facebook televisyen berbayar itu yang mempromosikan siaran langsung berkenaan, pengguna media sosial mempersoalkan rasional Astro Awani berbuat demikian. 

"Astro Awani ni milik Malaysia atau milik Singapura," soal seorang pengguna Facebook yang menggelarkan dirinya "Tuan Direktor".

Zick Ry menerusi laman sama berkata: "Dia ni penting ke dalam negara Malaysia?"

Maruz Sofea pula sinis memerli slogan stesen berita TV itu: "Astro Awani, berita segenap Singapura."

Selepas 24 jam, lebih 250 komen memberi reaksi positif dan negatif di laman Facebook Astro Awani berhubung liputan siaran langsung itu.

Shabery berkata sentimen dan sensitiviti masyarakat berhubung penyiaran program itu difahaminya dan berjanji akan meneliti perkara berkenaan.

Beliau turut membuat perbandingan peri pentingya penyiaran upacara persemadian Lee oleh Astro Awani itu dengan upacara persemadian Puteri Diana pada 1998.

"Saya ingat dahulu ramai orang mula langgan saluran Mega TV kerana mereka nak CNN yang ketika itu membuat siaran langsung liputan mengenai pengebumian Puteri Diana.

"Oleh kerana CNN melihat ia sesuatu yang mempunyai nilai berita yang ingin ditonton orang ramai, maka itu pertimbangan yang dibuat mana-mana saluran berita," katanya lapor The Malaysian Insider


Ini cubaan memperbodohkan pengundi Permatang Pauh oleh pemimpin UMNO..

Posted: 29 Mar 2015 09:32 PM PDT


Niatnya jelas cuba untuk memecah belahkan perpaduan antara sesama penyokong Pakatan Rakyat yang ada dalam Parlimen Permatang Pauh..

Dalam masa yang sama beliau juga cuba memperbodohkan penyokong dan pengundi PAS di Permatang Pauh..

Kononnya.. "Sekiranya PAS dapat membuktikan pengaruh mereka sebagai penentu kemenangan BN di Permatang Pauh dalam PRK akan datang ini, maka DAP dan PKR pasti tidak berani mencabar PAS yang dikatakan akan keluar meninggalkan pakatan pembangkang,"

Hakikatnya ialah terdapat tiga DUN dalam Parlimen Permatang Pauh, satu dikuasai oleh PAS iaitu Permatang Pasir manakala dua lagi oleh PKR iaitu Penanti dan Seberang Jaya.

Jika ada penyokong PAS yang bodoh termakan kata-kata pemimpin UMNO ini.. andaikata BN menewaskan PKR dalam pilihanraya kecil yang mungkin akan berlaku dalam masa yang terdekat, bagaimana pula dengan kerusi PAS di Permatang Pasir?

Jika penyokong PAS memilih untuk mengundi BN dalam PRK yang mendatang ini.. kerusi PAS di DUN Permatang Pasir juga akan tidak selamat jika penyokong PKR dan DAP memilih untuk mengundi BN pada PRU akan datang..

Jadi jika ada dikalangan penyokong PR yang termakan kata-kata pemimpin UMNO ini.. MUNGKIN dengan mudah UMNO/BN akan kembali menguasai kerusi Parlimen Permatang Pauh dan DUN Permatang Pasir..

Laporan berkaitan..

Ketua Umno Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said mendakwa, kemenangan calon PKR di Permatang Pauh sebelum ini merupakan hasil pengaruh PAS, lapor Utusan Malaysia hari ini. 
Katanya, Umno bahagian itu memerlukan sokongan PAS untuk memenangkan calon BN pada pilihan raya kecil (PRK) yang akan datang kerana parti Islam itu mampu memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN). 
Akhbar milik Umno itu memetik Zaidi berkata, komitmen PAS itu penting demi membuktikan penyatuan umat Melayu di negara ini bermula di Permatang Pauh. 
"Saya amat yakin ini masa terbaik bagi PAS membuktikan yang kemenangan calon PKR selama ini di Permatang Pauh adalah disebabkan sokongan daripada pengundi PAS. 
"PKR dan DAP tidak mempunyai pengaruh dan kekuatan yang mencukupi untuk menumbangkan BN tanpa sokongan daripada ahli PAS. 
"Sekiranya PAS dapat membuktikan pengaruh mereka sebagai penentu kemenangan BN di Permatang Pauh dalam PRK akan datang ini, maka DAP dan PKR pasti tidak berani mencabar PAS yang dikatakan akan keluar meninggalkan pakatan pembangkang," beliau dilaporkan berkata. 
Dalam masa sama, kenyataan beliau yang seperti mengapi-apikan PAS dan parti sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR) itu juga mengingatkan PAS membuktikan ia bukan "rakan belasahan" DAP dan PKR sehingga tidak diberi tempat sebagai exco kerajaan Pulau Pinang. 
"Sikap mengalah dan menurut segala telunjuk PKR dan DAP menimbulkan perasaan tidak puas hati yang terpendam sekian lama dalam kalangan ahli PAS di Pulau Pinang terutamanya. 
"Kekalahan di kubu kuat PKR (Permatang Pauh) ini nanti akan mengubah senario politik dalam negara pada pilihan raya umum ke-14 nanti dan ini juga dapat membuktikan peranan PAS dalam PR selama ini bukanlah sekadar melukut di tepi gantang," katanya. 
PRK Permatang Pauh dijangka diadakan susulan wakil rakyatnya yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dihukum penjara 5 tahun oleh Mahkamah Persekutuan bulan lepas selepas disabitkan kesalahan liwat ~ The Malaysian Insider

Macai boleh lah diperbodohkan...


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...