Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Pembelian panik bukti rakyat dah tak percaya auta Menteri..

Posted: 31 Mar 2015 04:45 AM PDT


Nanyang Siangpau melaporkan jualan untuk pelbagai jenis barang runcit, peralatan rumah dan barangan kemas telah meningkat mendadak.

Peralatan elektrik pula mencatatkan peningkatan jualan paling memberangsangkan iaitu antara 50 hingga 70 peratus menjelang pelaksanaan GST pada 1 April.

Presiden Persatuan Peniaga Peralatan Elektrik Rumah, Wang Lian Fa (nama mengikut sistem pinyin) memberitahu, ramai pengguna didapati 'panik' dengan GST dan membeli secara pukal sebelum cukai itu dilaksanakan.

"Rakan peniaga telah memaklumkan bahawa jualan barangan elektrik telah meningkat antara 50 hingga 70 peratus.

"Daripada pelbagai jenis barang elektrik yang ada, pendingin udara telah mencatatkan peningkatan jualan paling tinggi," katanya kepada Nanyang Siangpau.

Presiden Persatuan Eksport dan Import Makanan Kering Malaysia, Datuk Chuah Poh Khiang pula berkata, pihaknya menerima laporan daripada peniaga di Sabah dan Sarawak bahawa jualan telah meningkat.

Ditanya kemungkinan kenaikan harga berlaku selepas GST, Poh Khiang berkata, kenaikan harga sukar dielakkan tetapi keadaan itu tidak semestinya didorong oleh GST.

"Harga dipengaruhi kadar pertukaran asing, kos pengeluaran dan sebab lain," katanya. Sementara itu, jurucakap persatuan yang mewakili peniaga barangan kemas mengakui jualan meningkat 30 peratus sementara jurucakap persatuan peniaga perabot memberitahu jualan naik antara 20 hingga 25 peratus kebelakangan ini.

"Fenomena ini biasa kerana perabot seperti sofa bukannya murah, pengguna boleh menjimatkan RM60 ketika membeli perabot bernilai RM1,000.

"Namun begitu, kami menjangkakan satu tempoh dingin dan penurunan jualan selepas pelaksanaan GST," kata jurucakap yang mewakili persatuan perabot ~ MalaysiaGazette


Kos selenggara jet baru Najib,15 tahun RM690 juta saja..

Posted: 31 Mar 2015 01:16 AM PDT


Hakikatnya walau berapa Billion RM sekalipun yang perlu Kerajaan Barisan Nasional keluarkan untuk kos penyelangaraan jet baru itu.. macai tak kisah..

Sebabnya mereka berbangga apabila melihat Rosmah dan Najib menaiki jet tersebut.. bagi mereka boleh melihat jet tersebut dan melambai-lambai kepada jet yang terbang itu adalah satu kebanggan yang amat sangat..

Malah mereka juga suatu hari nanti dengan bangganya akan menceritakan kepada anak cucu mereka...

"Dulu masa atuk muda-muda.. Atuk pernah melampai-lambai sambil melompat-lompat keriangan bila nampak jet yang dinaiki Perdana Menteri terbang...."

"Atuk melompat-lompat gembira sebab Atuk bangga ada Perdana Menteri yang bijak dalam menguruskan ekonomi negara.. "

"Atuk juga bangga sebab Atuk dah bayar GST untuk membolehkan Najib beli jet baru itu.. walaupun Atuk terpaksa makan mee segera hari-hari.. "

"Itulah pengorbanan Atuk buat Perdana Menteri yang Atuk sayangi masa itu... "

Kalau cucunya juga kurang cerdik, cucunya itu pasti kagum.. tapi kalau cucunya lebih cerdik.. akan bertanyalah cucunya..

"Awat Atuk bodoh sangat?"


Laporan berkaitan...

PKR mendakwa kos penyenggaraan, operasi dan pengurusan (OMM) jet baru perdana menteri ACJ320 akan menelan belanja RM690 juta untuk tempoh 15 tahun.  
Naib Presidennya Rafizi Ramli mendakwa kiraan itu berdasarkan penetapan kontrak RM46 juta setahun untuk urusan itu.  
"Jika ditambah dengan kos OMM bagi jet sedia ada ACJ319 bagi tempoh tujuh tahun akan datang, jumlah OMM bagi dua buah jet peribadi perdana menteri adalah RM1.098 bilion," dakwanya,  
Rafizi mendakwa, pecahan pembayaran itu seperti berikut:  
- Tahun 2007 hingga 2010: RM110 juta Tahun 2011 hingga 2015
- RM194 juta Khidmat disambung 2016 hingga 2022
- RM408 juta Setakat ini,  
Putrajaya masih belum menolak angka dikemukakan Rafizi itu.  
Bagaimanapun, seorang anggota Parlimen penyokong kerajaan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim mempertahankan tindakan membeli jet itu.  
Menurutnya, tindakan itu dapat mengurangkan kos penyelenggaraan dan memastikan keselamatan pemimpin negara dalam perjalanan.  
Pembelian itu dikritik hebat susulan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) esok, yang didakwa aktivis dan pembangkang akan membebankan rakyat terbanyak ~ Malaysiakini



Hasan Malek nak letak jawatan kalau harga minyak naik?.. Kirim salam laaa..

Posted: 30 Mar 2015 11:00 PM PDT


Kenyataan yang kononnya dari Hasan Malek di atas telah berlegar dalam beberapa laman Facebook dan juga Blog sejak semalam.

Tapi aku meraguinya sama sekali bila ada antara kenyataan itu berbunyi beliau akan meletakkan jawatan sebagai Menteri di KPDNKK dengan serta merta jika berlaku kenaikkan harga petrol dalam masa terdekat ini..

Baca ni..


Sebabnya.. boleh dikatakan sesuai dengan peribahasa baru yang belum dimasukkan dalam Kamus Dewan iaitu 'Jauh panggang dari babi'.. mana mungkin Menteri UMNO ada sifat prihatin sebegitu rupa..

Nak letak jawatan sebab tidak bersetuju dengan kenaikkan petrol itu?.. kirim salam lah!

Rakyat menderita ke.. rakyat tak cukup makan ke.. tak adanya dia nak peduli..

Sebab mereka tak merasakan keperitan yang rakyat (tak termasuk macai) rasakan dengan peningkatan harga barang yang dah jadi macam pesta pulak ni..

Sebab semua keperluan mereka ditanggung oleh rakyat yang membayar cukai..

Keraguan aku itu terbukti benar bila Hasan Malek menafikan kenyataan itu datang dari dia.. dan dia kata biadap sungguh individu yang dah mendajalkan dia tu..

SHAH ALAM – Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hasan Malek hari ini menafikan penyebaran gambar paparan skrin yang menunjukkan 'jaminan' beliau bahawa tiada kenaikan harga minyak akan berlaku bulan depan.

Beliau menafikan perkara itu melalui laman Facebooknya, hari ini dengan menyifatkan penyebaran itu suatu kebiadaban.  
"Satu kebiadaban dan sikap yang tidak bertanggungjawab," katanya.  
Melalui paparan skrin yang menggunakan namanya itu, ia turut menyebut bahawa beliau rela hati meletakkan jawatan sebagai menteri jika harga minyak naik.  
Hari ini, kerajaan akan mengumumkan harga minyak baru bagi April 2015 yang bakal terpakai untuk tempoh sebulan ~ Sinar Harian

Jangan mimpilah pemimpin UMNO yang ada nak letak jawatan demi rakyat.. kalau boleh jawatan tu nak dipegang sampai mampus!

GST: Rafidah Aziz pun pening dengan penerangan Putrajaya..

Posted: 30 Mar 2015 08:18 PM PDT


Putrajaya perlu menghentikan pendekatannya sekarang dalam mendidik orang ramai mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST), sebaliknya segera mengeluarkan senarai barangan yang dikecualikan cukai dalam setiap akhbar harian di negara ini, kata Tan Sri Rafidah Aziz.

Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu berkata, satu senarai yang jelas akan membantu pengguna menjadi lebih bersedia untuk menghadapi cukai itu yang akan mula dikuatkuasakan esok.

Katanya, kebergantungan Putrajaya terhadap penggunaan kartun, papan iklan dan istilah teknikal seperti "kadar sifar" untuk menerangkan GST selama setahun yang lalu menjadikan orang ramai, termasuk dirinya, lebih keliru berhubung cukai baru itu.

"Saya secara peribadi berfikir pada masa ini kita perlu ada senarai penuh kategori yang dikecualikan GST, supaya orang ramai tahu barangan mana yang tidak dikenakan cukai.

"Ia patut dihebahkan di semua akhbar, dalam semua bahasa dan tidak perlu menggunakan bahasa teknikal," katanya.

"Masalah kita selama ini ialah, penjelasannya yang kabur, kerajaan menggunakan sumber atau pendekatan berbeza dan kebanyakannya terlalu teknikal.

"Sebagai contoh, siapa yang faham maksud 'kadar sifar'? Kenapa mereka tak guna istilah 'tak kena GST' atau 'no GST'. Ia lebih ringkas dan mudah untuk diingati."

Rafidah berkata, penting juga bagi Putrajaya menjelaskan dahulu barangan yang tidak dikenakan cukai supaya pengguna tidak terburu-buru membeli awal-awal barangan yang tidak perlu kerana risau akan GST.

Katanya, dengan adanya sisipan akhbar menerangkan senarai itu, ia membantu pengguna mengenal pasti peniaga yang menaikkan harga barang yang tidak sepatutnya terlibat dengan GST.

"Katakan pada 1 April, saya baca surat khabar kata, sabun tidak dikenakan cukai. Kemudian saya ke pasar raya lihat mereka masih mengenakan caj 6% untuk sabun. Nasib baik ada sisipan akhbar itu, saya tahu mereka menipu, dan saya boleh buat laporan.

"Lupakan kod yang pelbagai, istilah teknikal dan sebagainya. Semua itu tak relevan," katanya. 

Rafidah berkata Putrajaya boleh membiayai sisipan akhbar itu kerana kos yang terlibat akan jauh lebih rendah berbanding memasang papan iklan besar seluruh negara mendidik rakyat tentang GST. 

"Suatu ketika dulu, ada papan iklan dekat rumah saya mengatakan pendidikan dikecualikan GST. Malah ada lukisan kartun. Saya fikir, apakah maksudnya itu? Adakah yuran universiti atau tuisyen dikecualikan GST? Bagaimana dengan buku, komputer atau alatan sekolah?

"Daripada berbelanja untuk semua papan iklan ini, lebih baik mereka menyediakan senarai penuh barangan yang tidak dikenakan cukai," katanya.

Bekas ketua wanita Umno itu berkata pendekatan berbeza harus digunakan kepada peniaga supaya mereka dapat menghitung bagaimana GST memberi kesan kepada mereka, dan menggesa Putrajaya mengadakan pertemuan dengan persatuan peniaga.

"Sekarang nampak macam tiada usaha yang diselaraskan. Itu saja masalahnya. Saya tidak mempersoalkan cukai itu, ia langkah yang baik untuk merasionalisasikan cukai.

"Tetapi rakyat belum biasa dengannya, ada yang mengambil kesempatan darinya, dan ia menyebabkan kekeliruan dan aktiviti menyimpan barangan," katanya.

Salah satu usaha Putrajaya mendidik orang ramai mengenai GST baru-baru ini dilaporkan menerima kritikan hebat dari pengguna Internet selepas ia menjadi viral.

Satu video muzik, dikatakan dibuat Jabatan Kastam, memuji-muji kebaikan melaksanakan GST. Ia dikritik hebat pengguna media sosial yang menganggapnya "menyedihkan", "takda kualiti" dan "mengingatkan pada tahun 70-an".

Komen yang mengulas video yang disiarkan di YouTube itu, ada yang bernada tidak percaya dan ada yang secara terang-terangan naik marah.

Dalam pada itu, bagi memudahkan tempoh peralihan ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menubuhkan bilik gerakan yang beroperasi 24 jam memantau harga barangan selepas GST bermula.

Terletak di Presint 2, Putrajaya, bilik gerakan itu juga akan menerima aduan dan laporan daripada orang ramai mengenai hal berkaitan GST lapor The Malaysian Insider


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...