Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


#KitaLawan: Guan Eng minta ADUN jangan tinggal Kawasan..

Posted: 06 Mar 2015 04:00 AM PST


Kerajaan Pulau Pinang mengarahkan semua wakil rakyatnya berada di kawasan masing-masing esok, sekali gus tidak menyertai perhimpunan kemuncak #KitaLawan dijadual di depan kompleks beli-belah Sogo di Kuala Lumpur.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata semua Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat perlu berada di kawasan masing-masing untuk majlis Program Penghargaan Warga Emas.

Katanya, perhimpunan #KitaLawan hanya dianjurkan sayap Pemuda, dan oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, beliau harus memberi keutamaan kepada projek rakyat.

"Kami kerajaan yang bertanggungjawab dan esok merupakan pelancaran Program Penghargaan Warga Emas di semua kawasan. Semua wakil rakyat diarah berada di kawasan masing-masing," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah skim perumahan awam dan mampu milik di Jalan SP Chelliah di George Town, hari ini.

Lim berkata beliau sendiri mempunyai program di kawasannya di Air Putih pagi esok dan tidak akan menghadiri perhimpunan di Kuala Lumpur anjuran PKR bagi menyatakan sokongan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini ditahan di Penjara Sungai Buloh, Selangor.

Pada 10 Februari lepas, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar dan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun bagi kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun, 2008.

Pada 27 Februari lepas, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata pihaknya tidak menerima sebarang permohonan mengikut lunas undang-undang untuk menganjurkan perhimpunan itu lapor The Malaysian Insider

Rasuah politik, Tekanan agama dan Diskriminasi punca Profesional Malaysia hijrah lapr The Edge

Posted: 06 Mar 2015 12:19 AM PST


Bebas daripada politik menyesakkan nampaknya semakin menjadi keutamaan di kalangan rakyat Malaysia yang menetap di Australia, menurut laporan The Edge Review dalam edisi semasanya hari ini. 

Sejumlah besar daripada mereka merupakan profesional, yang disifatkan Bank Dunia pada 2011 sebagai satu "penghijrahan bakat". 

Ia juga memberi amaran perkembangan itu akan menjadi cabaran kepada hasrat Malaysia merealisasikan wawasan menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, kata akhbar digital mingguan itu.

Australia juga negara pilihan pertama 18% daripada profesional Malaysia yang berhijrah ke luar negara, kedua selepas Singapura, menurut satu laporan Institut Pulau Pinang pada tahun lepas.

Walaupun penghijrahan rakyat Malaysia ke Australia bukan perkara baru, The Edge Review berkata, politik semakin menjadi faktor utama menggalakkan ia terus berlaku.

Ia memetik pengarah urusan Konnecting - sebuah firma pengambilan pekerja migran mahir berpengkalan di Sydney - Fred Molloy yang berkata:

"Pemohon juga kecewa dengan rasuah politik, tekanan agama dan diskriminasi terhadap kumpulan minoriti yang terjadi di negara mereka."

Sebaliknya, "kebebasan politik, kebebasan bersuara dan pendidikan berkualiti di Australia nampak lebih menarik", tulis The Edge Review dalam artikel bertajuk "Mengapa rakyat Malaysia suka peraturan Aussie".

Dalam satu temu bual dengan seorang warga Malaysia di sana, pelajar keturunan Cina bernama Andrew berkata penggunaan Akta Hasutan oleh Putrajaya bagi menutup mulut pengkritik dan pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini dianggap isyarat Malaysia tidak mengalu-alukan mereka yang berfikir dengan cara berbeza.

"Salah satu perkara paling besar di Australia ialah kebebasan bersuara. Kami tidak ada masalah jika menyuarakan pendapat di sini, tetapi kerajaan Malaysia akan menghukum kamu mengikut undang-undang tidak masuk akal kalau kamu katakan sesuatu bertentangan dengan mereka," beliau dipetik sebagai berkata.

Kaum etnik Cina Malaysia sudah lama mendominasi penduduk kelahiran Malaysia di Australia - seramai 154,000 pada 2014, menurut Biro Data Australia, lapor The Edge Review.

Ini meletakkan Malaysia di tempat ketiga di kalangan negara Asia Tenggara selepas Filipina dan Vietnam.

Tetapi, terdapat juga laporan baharu menyatakan semakin ramai orang Melayu Islam juga meninggalkan Malaysia "kerana hendak lari daripada peralihan ke arah fundamentalisme Islam" di negara ini, kata laporan itu.

Laporan penuh silalah ihat di SINI


Siapa agaknya yang jadi dalang untuk serang dan turunkan Najib?

Posted: 05 Mar 2015 10:00 PM PST


Gambar kat atas ni dah menimbulkan persoalan dalam benak aku sejak dari beberapa hari yang lalu..

Sebabnya setahu akulah.. matlamat Mahathir sekarang ini sebelum beliau memejamkan matanya ialah 'by hook or by crook'.. turunkan Najib dengan seberapa segera bagi membolehkan laluan kepada anaknya dibuka dipentas politik peringkat Pusat pula..

Dengan turunnya Najib, UMNO/BN bakal kembali kukuh pada PRU akan datang kerana telah terbukti bila Mahathir menjadi liabiliti buat UMNO suatu masa dulu..

Beliau terpaksa turun dan digantikan dengan Pak Lah yang kelihatan lebih bersih kononnya dari Mahathir.. UMNO/BN menang besar dalam PRU selepas itu..

Turunkan Najib yang terpalit dengan berbagai isu dan gantikan dengan Muhyiddin yang agak susah untuk dicari skandal atau isu juga mungkin akan mengulangi sejarah semasa Pak Lah baru mengambil alih jawatan Perdana Menteri...

Tapi nampaknya sekarang Mahathir tak perlu bersusah payah untuk mengerahkan segala think thank yang bersamanya untuk terus menyerang Najib.. sebab pihak Pakatan Rakyat pula dah membantunya untuk menurunkan Najib..

Ada apa-apa ke ni?.. dengar cerita ada orang dari Pakatan Rakyat dah pergi berjumpa Mahathir.. betul ke?

Dalam beberapa minggu mutakhir, tekanan semakin memuncak terhadap Datuk Seri Najib Abdul Razak apabila satu demi satu kontroversi - seperti hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan ugutan pendedahan Sirul Azhar Umar - menjadi tajuk uitama berita.  
Dalam senario ini, pemimpin Umno memanggil pula perhimpunan untuk menyatakan sokongan mereka kepada perdana menteri Ahad ini, sementara minggu lepas Najib berada di tengah perhimpunan perpaduan Melayu.  
Malaysiakini bercakap dengan beberapa individu untuk melihat sama ada semua yang berlaku itu semata-mata kebetulan atau ada dalang di sebalik perkembangan terbaru itu.  
Penganalisis politik Wong Chin Huat berkata apa yang berlaku lebih daripada apa yang dilihat.  
"Saya tidak fikir ia berlaku secara spontan, ia (serangan itu) kelihatan dirancang dan diselaras dengan baik. Sebab itu beliau (Najib) berasa terancam.  
"Banyak perkara kelihatan menghentam perdana menteri dalam satu masa," katannya.  
Di Australia, bekas koperal dalam Unit Tindakan Khas (UTK) mengancam untuk menelanjangkan semua yang berlaku di sebalik pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.  
Dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, bekas anggota komando polis itu berkata beliau dijatuhkan hukuman mati, dalang pembunuhan itu masih lagi bebas lapor Malaysiakini



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...