CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


[PAS LAWAN PKR] PAS Tidak Akan Sertai Himpunan Kita Lawan, Kenyataan Media ARAH Penyokong Pas Sertai Himpunan adalah PALSU

Posted: 06 Mar 2015 01:38 AM PST


 
KUALA LUMPUR – PAS hari ini menafikan telah mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengarahkan ahli dan penyokongnya menyertai Himpunan #kitalawan esok.

Penafian tersebut dilakukan berikutan satu kenyataan  yang menggunakan nama Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang dikesan penyebarannya melalui mesej Whatsapp dan facebook sejak pagi tadi.

Menurut Setiausaha Akhbar kepada Presiden PAS, Ahmad Shamsuri Mukhtar yang dihubungi SuaraTV sebentar tadi kenyataan akhbar tersebut adalah palsu.

"Sehingga kini tiada kenyataan akhbar yang telah dikeluarkan oleh Tuan Guru Presiden.

"Presiden akan mengeluarkan kenyataan mengenainya sebentar lagi," ujarnya.

Shamsuri turut mengesahkan sehingga kini tiada sebarangan arahan yang dikeluarkan untuk ahli PAS menyertai perhimpunan esok.

Dalam kenyataan media yang disahkan palsu itu Hadi didakwa telah menyeru seluruh kepimpinan dan ahli PAS supaya turun berjihad seiring dengan PKR dan DAP sebagai tanda solidariti kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Sumber: suara.tv

Duta AS ke Korea Selatan, Mark Lippert cedera selepas dikelar ketika berucap pada satu forum

Posted: 05 Mar 2015 05:21 PM PST

Lippert, 42, cedera di muka dan pergelangan tangan kiri apabila diserang lelaki tidak dikenali menggunakan pisau cukur
 
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Presiden Barack Obama telah memanggil semula Duta Amerika Syarikat ke Korea Selatan, Mark Lippert selepas beliau diserang ketika berucap pada satu forum di Seoul, semalam.

Dalam insiden itu, Lippert, 42, cedera di muka dan pergelangan tangan kiri apabila diserang lelaki tidak dikenali menggunakan pisau cukur.

"Kami mengutuk perbuatan ganas itu. Apa pun, kecederaan dialami Lippert tidak mengancam nyawa dan dia berada dalam keadaan stabil selepas dirawat di sebuah hospital tempatan," kata jurucakap Jabatan Negara, Marie Harf.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih, Bernadette Meehan, pula berkata presiden telah menghubungi Lippert dan berharap beliau segera sembuh.

Polis mengenal pasti penyerang sebagai seorang lelaki tempatan, Kim ki-jong yang berusia 55 tahun.

Motif serangan dipercayai sebagai membantah rancangan latihan ketenteraan bersama antara Korea Selatan dan AS yang bermula minggu ini.

Pada 2010, Ki-jong pernah dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun selepas menyerang bangunan Kedutaan Jepun menggunakan besi konkrit. - Press TV

(GEMPAR) Dr Dzulkefly Ahmad, AJK Pas Pusat Katogeri LIBERAL DIPUKUL

Posted: 05 Mar 2015 04:30 AM PST


KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad yang dipukul di hadapan rumahnya di Shah Alam pada awal pagi Khamis dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Dr Dzulkefly menjelaskan, dia sudah membuat pemeriksaan di hospital dan bersyukur kerana tiada sebarang keretakan tulang berlaku di muka.

"Alhamdulillah, semua OK, saya sudah membuat pemeriksaan x-ray dan keputusan menunjukkan tidak ada apa-apa keretakan.

"Syukur kerana tidak ada apa-apa berlaku, jangan risau," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dr Dzulkefly dilaporkan dipukul dan ditumbuk di bahagian muka dan dahi oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali di hadapan rumahnya di Shah Alam.

Serangan yang berlaku sebaik sahaja dia pulang dari solat Subuh itu telah menyebabkan bibirnya pecah dan kepalanya bengkak.

Sebuah portal melaporkan serangan itu dikatakan mungkin ada kaitan dengan teguran Dr Dzulkefly mengenai kerjasama antara ulama dan profesional dalam parti PAS yang dilihat seperti 'sudah hilang hormat' terhadap golongan ulama.

Beliau membuat komen berkenaan susulan resolusi dalam Multaqa Ulama Se-Malaysia II yang dianjurkan oleh Dewan Ulama PAS pada 21 Februari lalu.

Dalam pada itu kata Dr Dzulkifli, pihak polis juga baharu beredar meninggalkan kediamannya untuk mengambil laporan mengenai kes tersebut.

"Polis baru sahaja balik. Mereka mengambil keterangan dan berjanji akan menyiasat kes ini," jelasnya.

Terdahulu, laman Facebook Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat melahirkan perasaan sangat berdukacita dengan kejadian yang berlaku.

Kejadian pagi tadi merupakan kes kedua yang berlaku ke atas pemimpin PAS selepas kereta Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli di bakar di hadapan rumahnya 14 Februari lepas.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...