CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


PERJUANG TAIK KUCING:Peserta #kitalawan BALIK AWAL kerana hujan

Posted: 07 Mar 2015 02:30 AM PST

Keadaan lengang di sekitar Sogo

KUALA LUMPUR - Pimpinan PR yang menyertai Himpunan Solidariti Anwar yang berakhir di pusat beli-belah Sogo hari ini kelihatan tergesa-gesa menghabiskan ucapan masing-masing gara-gara hujan yang turun kira-kira jam 4.25 petang tadi.

Ekoran hujan yang turun semakin lebat, Ketua Koordinasi Jingga 13, Fariz Musa yang berdiri di atas sebuah kenderaan pacuan empat roda meminta peserta beredar meninggalkan pekarangan pusat beli-belah Sogo dan bergerak menuju KLCC.

Antara pimpinan yang sempat memberi ucapan pendek iaitu Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Hatta Mohd Ramli; Naib Presiden PKR, Tian Chua; bekas pengerusi Bersih 2.0, Datuk S.Ambiga dan Ketua Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kaiat.


Sampah Sarap Hasil Tinggalan Pejuang Taik Kucing

Persimpangan Jalan Dang Wangi dicemari sampah-sarap yang bertaburan di atas jalan raya dipercayai adalah risalah yang dibawa peserta pada perhimpunan tanpa kebenaran #kitalawan di pekarangan pusat beli-belah Sogo, di sini, hari ini.

Tinjauan Sinar Online mendapati risalah berbentuk kertas putih bersaiz A4 itu dipercayai dibuang di merata tempat dan ia agak ketara selepas peserta mula beredar meninggalkan lokasi utama perhimpunan itu.

Cuaca hujan seawal jam 3.50 petang tadi memburukkan keadaan apabila sampah sarap yang ditinggalkan peserta semakin mengotori ibu negara.

(SERANG HJ HADI) TheMalaysianInsider siarkan Banner UNDUR HADI UNDUR yang disunting

Posted: 06 Mar 2015 11:56 PM PST

Gambar edit oleh The Malaysian Insider  
Gambar sebenarnya berdasarkan video kinitv

The Malaysian Insider  didapati telah menyiarkan artikel yang memuatkan gambar peserta perhimpunan KitaLawan bersama banner yang telah diedit. 

Banner tersebut sebenarnya menulis Undur Rosmah Undur telah diedit dan dimasukkan dalam artikel The Malaysian Insider  dengan kata-kata Undur Hadi Undur.

Tidak diketahui apa niat sebenar The Malaysian Insider sama ada kerana benci kepada Haji Hadi atau mengikut perintah DAP yang sememangnya tidak menyukai Haji Hadi dan bersama-sama PasMa berusaha menyingkirkan Presiden PAS itu.



TERKINI JAM 2 PTG: (6 Gambar) " Ratusan Ribu" Penyokong Pesalah LIWAT Sertai Himpunan KitaLawan

Posted: 06 Mar 2015 10:42 PM PST


Himpunan ‪#‎KitaLawan‬
2 petang: "Ratusan Ribu" penyokong pesalah LIWAT di lokasi yang ditentukan - Masjid Jamed, Pasar Seni, ibupejabat PAS - sebelum dijangka berarak ke pusat membeli-belah Sogo, Kuala Lumpur.









(BILA KAFIR DAP BERKUASA)(5 Gambar) Kereta isteri ketua menteri P.Pinang pula jadi viral

Posted: 06 Mar 2015 10:17 PM PST


GEORGETOWN - Selepas kereta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjadi viral setelah meletakkan kenderaan bersebelahan pili bomba, kini kereta isterinya, Betty Chew pula dikesan bermaharajalela. Semasa belum berkuasa, pijak semut pun tidak mati tetapi apabila orang Melayu Pulau Pinang undi mereka, Guan Eng dan Isteri berlagak raja di Pulau Pinang.



Pengendali laman sosial, Kelakuan Buruk Penduduk Pulau Pinang (Penang Bad Habits), Eric Woo mendedahkan beberapa gambar kereta milik Betty diletakkan di tempat teksi.



Daripada gambar yang tersebar luas, kebanyakan orang ramai tidak berpuas hati apabila kereta milik kerajaan negeri boleh diletakkan di mana sahaja tanpa mengikut undang-undang.

Kebanyakan orang ramai memberi komen tindakan berkenaan tidak adil sedangkan orang lain disaman sehingga ratusan ringgit.


Eric berkata, sepatutnya pemandu mahupun Betty lebih berhati-hati kerana tingkah lakunya dipandang umum.

Katanya, tidak dinafikan ada pemandu menunggu di dalam kereta, tapi beliau perlu ingat, meletakkan kereta di tempat teksi juga salah.



"Lagipun isu kereta Guan Eng masih belum reda, sepatutnya mereka menjadi contoh kepada penduduk di negeri ini.

"Walaupun benda ini boleh dikatakan kecil, tetapi ketua menteri perlu tahu apa dilakukannya jadi perhatian, begitu juga ahli keluarga," katanya.

(BTN HURU HARA) Laporan SPRM keatas Ketua Pengarah Biro Tata Negara, Datuk Raja Arif

Posted: 06 Mar 2015 08:16 PM PST


Lokasi : SPRM Wilayah Persekutuan, Jalan Cochrane, KL

Acara : Laporan SPRM keatas Ketua Pengarah Biro Tata Negara

Tarikh : 5/3/2015

Sudah berbulan Rafi Awang Kechik membuat pendedahan dan serangan keatas Ketua Pengarah Biro Tatanegara, Datuk Raja Arif bin Raja Ali.  Serangan bertambah hebat sejak penyambungan kontrak Raja Arif sebagai Ketua Pengarah BTN.





Hari ini ( 5 Mac) pengadu mengambil keputusan untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendedahkan keborokan dan salahguna kuasa dalam urustadbir BTN.




Apa motif sebenar laporan ini ? Adakah ianya bertujuan untuk mendapat perhatian Perdana Menteri yang dikatakan tidak langsung memperdulikan suara rakyat dan hanya mendengar dan telunjuk segelintir orang yang rapat dengan beliau selain daripada isu Raja Arif ?



Rafi berjanji akan melakukan banyak lagi pendedahan salah laku dalam urustadbir agensi kerajaan yang lain demi rakyat, sekira nya Perdana Menteri tidak mengambil langkah pembetulan.



Nampak gayanya nekad betul si pengadu untuk 'meperbetulkan' urustadbir agensi kerjaan sehingga mendedahkan Akaun Rahsia Pejabat Perdana Menteri sebagai sandaran kepada tuduhan beliau keatas Raja Arif.



Sumber: minaq jinggo

Berikut pula adalah emel yang dikatakan tulisan orang dalam BTN yang tidak puas hati dengan Raja Arif kerana cuba menyuntik jarum Anwar Ibrahim bagi menjahanamkan BTN dari dalam.

Utk Pertimbangan YB Timbalan Menteri JPM dan Perdana Menteri.

Kami para pegawai BTN berpandangan bhw Raja Arif sudah tidak perlu disambung bukan sebab peribadi tetapi utk tujuan terus mempertahankan kedaulatan negara dan kerajaan BN. ini adalah kerana;
 

1. Raja Arif sejak awal menjadi KP dgn tegas menyatakan secara terbuka bhw beliau tidak percaya bhw Anwar Ibrahim bersalah dgn jenayah liwat
 

2. Tidak membenarkan para pegawai dalam penerangan menyentuh ttg anwar ibrahim( sekali gus tidak membenarkan anwar disebut sbg musuh kjaan dan negara)
 

3. Membawa masuk sbg peg dan pengarah sama ada pinjaman atau PTD drpd rangkaian jemaah ABIM yg masih mempunyai kepercayaan politik sbg mana Raja Arif.
 

4. Membantu gerakan ABIM tanpa meminta persetujuan pengurusan( melulus bantuan kewangan)
 

5. Mencetak buku2 satu malaysia dan banyak buku2 lain yg akhirnya membazir di dalam simpanan BTN semata2 utk membantu kewangan sahabat2 ABIM beliau termasuk mencetaknya di percetakan milik IKD yg dikuasai oleh Kamarudin Jaafar ahli parlimen pas drpd Tumpat
 

6. Membiarkan penyelewengan secara berleluasa khususnya jika melibatkan kroni2 spt program jejak perpaduan atas nama kelab sahabat bina negara, projek membekal air meneral, kontraktor dikalangan pegawai sendiri dan yg paling terkini penyelewengan di dalam urusan ubah suai kem IM4U di Meru Klang yg melibatkan kos yg amat besar..
 

7. Raja Arif juga sbg KP gagal menyediakan modul latihan berkesan sbg mana yg sepatutnya dgn tuntutan semasa khususnya dalam menyediakan minda peserta agar bersama menyokong kjaan. sebaliknya modul kursus hanya melepas batuk ditangga dan di kritik hebat oleh bekas peserta dari segi pengisian dan kesan. Yg jelas ancaman gerakan anwar ibrahim tetap tidak dibenarkan bercakap kpd para peserta
 

8. Dari segi melantik konsultan utk trainning for trainner dlm melatih para pegawai. Semua konsultan dan para penceramah yg dibawa masuk semuanya adalah rangkaian anwar ibrahim bahkan tanpa rasa bersalah para penceramah ini memberi contoh2 kebaikan yg boleh di contohi drpd anwar ibrahim. dgn kata lain, proses doktrinisasi anwar dilakukan tanpa sedar
 

8. Memberi bantuan dan sokongan politik kpd bahagian2 UMNO secara terpilih shj. Bahagian UMNO yg di pimpin oleh kwn2 diberi pelbagai peruntukan spt yg berlaku kpd Bhg Kuala Nerus, sebalik tidak kepada bahagian2 tertentu termasuk Bhg Putrajaya 
 

9. Dari segi menjawab isu semasa, tidak ada kesungguhan pun pada Raja Arif utk BTN mengambil tahu, mengumpul, menganalisa kemudian menjawab secara berkesan isu2 semasa. Beliau lebih banyak fokus membina popularit sendiri berbanding dgn stake holder yg sepatutnya
 

10. Membuat keputusan tidak menyertai mesyuarat penyelarasan agensi yg di ketuai oleh MKN kerana merasakan bhw dia lebih pandai dan tak perlu hadir ke mesyuarat agensi strategik sebaliknya hanya menghantar pegawai junior seakan2 memulau mesyuarat tersebut
 

11. Tidak mengurus dan menjaga kebajikan para pegawai sebaliknya bertindak mendera kepada para pegawai yg tidak satu jemaah menyebabkan ada pegawai yg lebih rela berhenti. 
 

12. Ramai sahabat dan TP yg tidak lagi aktif dan bersama dalam gerakan BTN krn kecewa dgn modul dan kaedah perlaksanaan program yg dibuat di pertengahan minggu. Ini memberi kesan sokongan politik kpd kerajaan dari kalangan sahabat dan TP. dalam masa yg sama sahabat2 ABIM dibawa masuk abg TP dan sahabat tanpa latihan khusus. Mereka sbg pengendali program sudah pasti gerakan halus membersihkan anwar dibuat didlm program anjuran BTN

Kesimpulanya, BTN di bawah Raja Arif dilihat sudah gagal memainkan peranan selaras dgn matlamat kepimpinan yg mengharapkan melalui program latihan, seminar dan kursus, rakyat makin matang, faham situasi politik dan bertindak mempertahankan kerajaan khususnya di dalam PRU yg akan datang. Jika BTN terus dibiarkan tanpa pemulihan kepimpinan dan pengurusan serta meneruskan aktiviti yg sudah tidak berkesan mengikat rakyat dgn kerajaan, pastinya ia hanya akan menjadi sesuatu yg membazir dan sia2 shj.Perubahan ke arah yg lebih baik adalah dgn mengambil keputusan menukar kepimpinan yg sedia ada.


Sumber: parpukari

(PAS JAUHKAN DIRI)(6 Gambar) "Ratusan Ribu" Hadiri Ceramah Kita Lawan Anjuran PKR

Posted: 06 Mar 2015 05:52 PM PST


Ceramah Nurul Hana di Raub Pahang


Gambar di bawah pula keadaan semasa di ceramah kita lawan di Taman Dato Senu.


Hanya beberapa orang mendengar ceramah Tian Chua. Mungkin PKR lupa yang kaki dengar ceramah selama ini adalah orang PAS, bukanya penyokong mereka



Sumber: fb Hos Getah

(DENDAM MUFTI ANGKUH) Dr Maza Malukan Saya - Ustaz Kazim

Posted: 06 Mar 2015 03:47 PM PST


IPOH: Pendakwah terkenal Datuk Mohamad Kazim Elias menyifatkan tindakan Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang tidak bersetuju beliau dipilih menganggotai panel Forum Perdana Hal Ehwal Islam sebagai tidak adil dan memalukan dirinya.

Beliau berkata Mohd Asri mengeluarkan surat melalui Jabatan Mufti Perlis kira-kira dua minggu lepas bagi membatalkan beliau sebagai ahli panel forum yang diadakan sempena Hari Keputeraan ke-72 Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, Mei depan.

"Secara peribadi saya malu apabila dituduh periwayat palsu. Saya hormat dia sebagai seorang mufti tetapi bila dia keluarkan kenyataan sebegitu seolah-olah saya menyampaikan benda yang tidak betul kepada pendengar ceramah saya selama ini. Mereka yang pernah dengar ceramah saya akan jadi keliru dengan isu ini.

"Saya terpaksa mempertahankan diri sebab ia menjejaskan kredibiliti dan imej saya sebagai seorang penceramah yang dituduh menggunakan riwayat palsu," katanya dalam sidang media di sini.

Mohamad Kazim, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim, diminta mengulas penyebaran surat berkaitan di media sosial sejak pagi semalam yang menyatakan Jabatan Mufti Perlis tidak bersetuju dengan pemilihan beliau sebagai ahli panel forum berkenaan atas alasan sering menggunakan riwayat palsu dalam ceramahnya.

"Kalau saya dikatakan mengeluarkan riwayat yang tak sahih, sepatutnya perkara ini boleh dibawa berbincang, bukan dengan mengeluarkan surat dan tersebar meluas di media sosial," katanya.

Beliau berkata riwayat palsu yang dimaksudkan dalam surat berkenaan merujuk kepada rakaman di YouTube daripada satu ceramahnya yang antara lain menyatakan 'kenduri Rasulullah SAW menghidangkan roti jala dengan kuah kari.'

Mengulas perkara itu, Mohamad Kazim berkata beliau hanya membuat perbandingan bahawa di negara ini roti jala yang dicecah dengan kuah kari masih boleh dijadikan hidangan pada majlis kenduri.

"Mungkin dia ada isu lain yang tersirat di hati dia. Sebagai orang Islam (kita) sepatutnya saling tolong-menolong, bukannya menyekat," katanya.

(DAP PULA SONTOT PKR) ADUN diarah bertugas esok, bukan sertai perhimpunan #KitaLawan - Guan Eng

Posted: 06 Mar 2015 04:11 AM PST


GEORGETOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang mengarahkan semua wakil rakyatnya berada di kawasan masing-masing esok, sekali gus tidak menyertai perhimpunan kemuncak #KitaLawan dijadual di hadapan kompleks beli-belah Sogo di Kuala Lumpur.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata semua Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat perlu berada di kawasan masing-masing untuk majlis Program Penghargaan Warga Emas.
Katanya, perhimpunan #KitaLawan hanya dianjurkan oleh sayap Pemuda, dan oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, beliau harus memberi keutamaan kepada projek rakyat.
"Kami adalah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan esok adalah pelancaran Program Penghargaan Warga Emas di semua kawasan. Semua wakil rakyat telah diarah supaya berada di kawasan masing-masing," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah skim perumahan awam dan mampu milik di Jalan SP Chelliah di sini hari ini.
Lim berkata, beliau sendiri juga mempunyai program di kawasannya di Air Putih pagi esok dan tidak akan menghadiri perhimpunan di Kuala Lumpur itu yang mahu diadakan oleh PKR bagi menyatakan sokongan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini ditahan di Penjara Sungai Buloh, Selangor.
Pada 10 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar dan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun bagi kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun, 2008.
Pada 27 Februari lalu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah, berkata pihaknya tidak menerima sebarang permohonan mengikut lunas undang-undang untuk menganjurkan perhimpunan itu.
- BERNAMA
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...