Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


Hakim Syaitan? Hujah Azlina Othman Benam Nurul Izzah!

Posted: 12 Mar 2015 05:37 AM PDT



Memang terbaik hujah dari MP Pengerang. Lama dah tak nampak beliau beraksi. Garangg.. mantop.

#MahabbaturRasul #KedahBerselawat Gegar Stadium Darulaman

Posted: 11 Mar 2015 11:12 PM PDT







Jangan lupa temujanji kita malam ini program Mahabbatur Rasul Malam Kedah Berselawat di Stadium Darul Aman.

Malam ini, Forum Perdana, Dato Seri Hj Mukhriz turut hadir nanti, dan malam akhir 13hb kita akan berselawat bersama Habib Syech.

Jom kita ramaikan majlis dakwah ini..

Fitnah MalaysiaKini Pada Ayahanda Tun Dr Mahathir

Posted: 11 Mar 2015 07:30 PM PDT



Dakwaan portal Malaysiakona bahawa bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa dibatalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) atau bakal kehilangan kerajaan adalah tidak tepat dan menyeleweng dari maksud asal.

Tajuk "Batalkan GST atau hilang undi, kata Dr Mahathir" yang dipaparkan oleh Malaysiakini merupakan satu kenyataan "mislead". Ia memberi gambara Tun Dr Mahathir tidak bersetuju dengan pelaksanaan sistem cukai yang dipakai di 160 buah negara seluruh dunia pada masa kini.

Apa yang berlaku ialah Tun Mahathir hanya menyatakan bahawa ia bergantung kepada rakyat, jika mereka merasakan cukai sedia ada agak membebankan, rakyat boleh memberi tahu kerajaan agar jangan mengenakan cukai lain lagi. Jika kerajaan masih mengenakan cukai lain lagi, rakyat boleh menukarkan"

Ini bermakna Tun Mahathir memahami realiti bahawa GST perlu dilaksanakan.

Beliau hanya berkata jika rakyat tidak berpuas hati dengan sistem cukai yang agak menekan mereka, rakyat boleh memberitahu kerajaan bahawa jangan mengenakan cukai lain lagi. Jika kenakan cukai lain lagi kami tidak akan mengundi anda lagi."

Langsung tidak ada dalam kenyataan Tun Mahathir bahawa rakyat tidak akan mengundi Barisan Nasional jika kerajaan terus melaksanakan GST.

Malah, seperti pandangan Mahathir agar tidak dikenakan cukai berlebihan kepada rakyat, kerajaan telah pun mengumumkan pengurangan beberapa cukai lain bagi mengimbangi pengenalan sistem GST ini.

Dalam Bajet 2015 yang dibentangkan Okotober 2014, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pengecualian cukai pendapatan keluarga dengan pendapatan RM4,000 ke bawah. Ini membabitkan Ini bermakna hampir 300,999 pembayar cukai.

Dalam Bajet 2015 juga struktur cukai pendapatan individu telah disusun semula bagi meringankan beban cukai ke atas rakyat.

Pendapatan bercukai pada kadar maksimum dinaikkan daripada melebihi 100 ribu ringgit kepada melebihi 400 ribu ringgit. Kadar cukai maksimum pula dikurangkan sebanyak 2 % daripada 28 % kepada 26%.

Sementara itu, cukai syarikat pula turut dikurangkan sebanyak 1% kepada 24%.

Bagi syarikat kecil dan sederhana pula dikurangkan daripada 20% kepada 19% berkuatkuasa tahun taksiran 2016.

Manakala cukai koperasi melalui tahun taksiran 2015, juga akan dikurangkan sebanyak 1%

sumber MyKmu
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...