Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


HOT! Sejarah UMNO Bermula di Kedah!

Posted: 19 Mar 2015 05:41 AM PDT



Dalam ucapan pembukaan Konvensyen UMNO Kedah, admin tertarik dengan kata-kata Dato Seri Hj Mukhriz yang mengulas tentang sejarah permulaan melayu dan UMNO di Kedah.

Antara petikan yang menarik,

Orang Melayu di Negeri Kedah telah turut bersama-sama UMNO sejak dari mula cadangan penubuhannya. Di dalam Surat Tauliah atau Piagam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang telah dipersetujui didalam Persidangan Majlis Mesyuarat Agungnya yang pertama, Orang Melayu Kedah telah diwakili oleh Kesatuan Melayu Kedah dan Saberkas. Nama-nama Haji Mohammad Rejab Bin Haji Darus dan Senu Abdul Rahman adalah dua pemimpin Melayu Kedah telah tercatat dalam tinta sejarah sebagai sebahagian pengasas kepada Parti UMNO yang kita cintai ini.

Pada bulan Mei 1946, dua orang Ahli Parlimen Britain iaitu Capt. L.D. Gammans dari Parti Konservatif dan Lt. Col. Rees Williams dari Parti Buruh telah melawat Tanah Melayu atas jemputan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Ini adalah untuk mereka menyaksikan sendiri kebangkitan Bangsa Melayu yang menentang Malayan Union. Perhimpunan-perhimpunan raksaksa telah disusun atur bagi menunjukkan kemarahan Orang Melayu ketika itu. Di Alor Setar, Kedah, ternyata semangat Orang-orang Melayu amat berkobar-kobar dan dikatakan lebih hebat daripada yang disaksikan di negeri-negeri lain. Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra mengetuai kebangkitan rakyat menentang cadangan Gagasan Malayan Union dan sikap kurang ajar British terhadap Raja-Raja Melayu. Orang Melayu amat bersatu dan tiada kuasa di dunia yang mereka takutkan ketika itu.

Persidangan Majlis Agung UMNO yang ketiga atau lebih kita kenali sebagai Perhimpunan Agung UMNO pada hari ini, telah diadakan di Sekolah Fancis Light, Pulau Pinang. Ianya dirasmikan oleh KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah ketika itu, Sultan Badlishah. Sebelum persidangan dimulakan, satu istiadat mengibarkan bendera telah diadakan. Tepat pada jam 10.15 pagi tanggal 27 Julai 1946, Sultan Badlishah telah mengibarkan bendera UMNO yang hari ini kita kenali sebagai Sang Saka Bangsa.

Saya ungkit sejarah ini bagi tujuan mengambarkan betapa Orang Melayu Kedah telah bersatu hati sejak dahulu lagi. Orang Melayu Kedah telah bersama membebaskan Tanahair dari belenggu penjajahan, berkorban jiwa dan raga, bersama-sama dengan Rajanya berjuang demi mendaulatkan Agama, Bangsa dan Tanahair mereka.

MukhrizMahathirfc.Com

DUN Kelantan lulus Pindaan hudud

Posted: 18 Mar 2015 10:13 PM PDT



KOTA BHARU 19 Mac - Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 diluluskan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di sini kira-kira pukul 12 tengah hari.

Kesemua 45 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk seorang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta 12 wakil pembangkang dari Barisan Nasional (BN) menyokong penuh pindaan undang-undang jenayah syariah hudud, qisas dan takzir tersebut.

Enakmen itu dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan disokong oleh timbalannya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah pada sidang pagi semalam.

Pembentangan enakmen tersebut dibuat bagi membuat pindaan dan penambahbaikan sebelum dilaksanakan.

Namun pelaksanaan undang-undang Islam di negeri ini amat bergantung kepada kelulusan pindaan akta dan Perlembagaan Negara di Parlimen.

Undang-undang jenayah syariah itu diluluskan kira-kira 22 tahun lalu dan kini peluang untuk hukum Islam itu dilaksanakan agak cerah apabila Kerajaan Pusat turut memberikan kerjasama dengan penubuhan jawatankuasa teknikal di peringkat pusat. - UTUSAN ONLINE

Beli Pesawat Baru, Mana Lebih Penting Wang atau Nyawa?

Posted: 18 Mar 2015 09:00 PM PDT


Sejak semalam keadaan media massa dan media sosial masih panas dengan isu pembelian pesawat untuk kegunaan PM dan juga Yang Dipertuan Agong oleh Kerajaan Malaysia yang baru. Biasalah orang Malaysia ni cepat melompat kalau ianya berkaitan dengan kerajaan. Patutnya perlu dipertimbangkan dulu, baik atau buruk sesuatu perkara tersebut.

Ada yang tanya, kenapa beli pesawat baru ketika negara diambang krisis ekonomi?

Untuk pengetahuan tukang tanya dan pembaca, pesawat yang ada sekarang ni, sudahpun berusia 20 tahun keatas. Kos nak 'maintain' bulanan pun dah meningkat jutaan ringgit. Malah dari segi keselamatan pun, agak bahaya jika pesawat yang dah berusia tu terus digunakan.

Tambahan pula pesawat itu dinaiki oleh pemimpin tertinggi negara, seperti Yang Dipertuan Agong dan YAB Perdana Menteri.

Pembelian pesawat baru ni, bukan seperti membeli kereta baru. Ianya ada menuntut pelbagai perjanjian. Teknologi, kerjasama dan tentunya melibatkan hubungan dua negara. Sudah tentu Kerajaan 'terpaksa menempah' pesawat ini lebih awal, sebelum diterima untuk kegunaan sekarang.

Soal keselamatan pemimpin tertinggi pun perlu diutamakan. Kereta kalau rosak kita boleh berenti ditepi jalan. Paling tak pun terbabas sikit dari laluan, tapi masih boleh berhenti untuk baiki.
Pesawat kalau rosak? Apa kesannya?

Agak-agak nyawa yang ada dalam tu terjejas tak? Siapa yang akan disalahkan jika pesawat itu terhempas? Tambahan pula ketika itu, pesawat sedang menerbangkan pemimpin kita ke satu lawatan rasmi kerajaan di luar negara.

Bila terhempas atau terjadi kejadian yang tak diingini, malapetaka, ketika itu pun orang yang sama tetap akan salahkan kerajaan. Orang yang komplen dan marah Kerajaan beli pesawat sekarang ni, merekalah yang akan menghentam dan tujukan kata-kata pedas pada kerajaan, maka keluarlah ayat-ayat seperti dibawah ni,

– Kenapa dah tau rosak tapi tak beli baru?
– Mana lebih penting, wang atau nyawa?
– Kerajaan tak sayangkan nyawa pemimpin, sengaja bunuh diri!
– Tukar kerajaan kerana tak pandai mentadbir, hingga mengorbankan nyawa.
– Rafizi buat sidang media, hentam kerajaan atas kelemahan pentadbiran.

Semua persoalan atau kata-kata diatas sebenarnya menjadi rujukan pada kita, kenapa perlu Kerajaan menukar pesawat baru yang lebih moden. Bukan soal keselamatan takut terhempas saja, ianya ada kena mengena juga dengan sistem pertahanan. Masakan pesawat yang membawa pemimpin tertinggi negara tidak mempunyai sistem pertahanan keselamatan yang 'up-to-date'?

Apa pandangan negara luar pada Malaysia?

Fikirkanlah..

MyKMU
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...