Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


GST kini Halal - fatwa Imam Besar UMNO..

Posted: 01 Apr 2015 08:56 AM PDT


Hari ini.. berucap di World Halal Summit 2015, Najib berkata Majlis Fatwa Kebangsaan negara ini mengesahkan status halal cukai penggunaan yang ditetapkan pada kadar 6% itu.

"Ia (status halal) disahkan oleh fatwa kami (Malaysia). Majlis Fatwa Kebangsaan mengatakan GST sebenarnya halal.

"Jadi, ia wajar untuk saya sentuh dalam majlis hari ini," kata Najib dalam ucaptamanya pada majlis itu yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre hari ini.

Najib menyifatkan pengenalan GST tersebut sebagai penting dalam usaha Malaysia menuju ke arah status negara berpendapatan tinggi.

"Ini siri pembaharuan cukai yang bersejarah dalam negara ini.

"Ia bagi menjadikan sistem percukaian lebih cekap, berkesan, telus, mudah dan akan menyumbang ke arah memastikan Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020," katanya.

Najib juga berkata, GST yang diperkenalkan Putrajaya sudah menjalani kajian diteliti, malah dianggap sebagai cukai paling teliti pernah dilaksanakan kerajaan, kerana banyak barang dikecualikan di bawah sistem itu.

"Pelaksanaan GST di Malaysia sudah menjalani kajian yang rapi dan teliti untuk hampir 30 tahun. Hasil kajian itu kami memutuskan distrukturkan cukai baru bagi menyamakannya dengan cukai di negara lain.

"GST kami akan mengecualikan banyak barang dan perkhidmatan, malah dikatakan paling rumit dan mempunyai pelbagai lapisan struktur GST dalam dunia," katanya sambil menambah terdapat hampir 4,000 barangan yang dikecualikan cukai atau berkadar sifar di bawah GST ini.

Menurut Najib, kaedah pengenalan GST yang mengecualikan banyak barangan bertujuan supaya orang ramai tidak mengalami kejutan, sambil menegaskan pakej GST menyeluruh dan meliputi semua aspek.

"Inilah sebabnya kami perkenalkan dengan cara ini, kerana kami mahu orang ramai perlahan-lahan menerimanya dan menghargai GST.... sepenuhnya bacalah di SINI


... Aku cari fatwa yang Imam Besar UMNO tu keluarkan dalam Website Majlis Fatwa Kebangsaan, tapi tak jumpa pun..

Yang aku jumpa yang ini yang aku paste kat bawah ni..


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-106 yang bersidang pada 21 - 22 Oktober 2014 telah membincangkan Kajian Terhadap Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

1. Setelah mendengar pembentangan dan meneliti laporan penyelidikan yang telah disediakan oleh Kumpulan Penyelidik daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan hasil penyelidikan yang telah dikemukakan.

2. Berdasarkan hasil penyelidikan tersebut, Muzakarah mendapati bahawa:

i. Sumber pendapatan negara yang dikutip daripada rakyat dibahagikan kepada dua iaitu zakat dan cukai. Isu cukai adalah isu siyasah syar'iyah yang bergantung kepada maslahah yang berbeza-beza antara sesebuah negara dengan negara yang lain dan maslahah pada sesuatu zaman berbanding zaman yang lain.

ii. Cukai yang tidak berasaskan maslahah yang dibenarkan oleh Syarak adalah diharamkan. Oleh itu, jika Kerajaan sesebuah pemerintahan mengutip cukai bagi memenuhi maslahah daruriyat dan hajiyat rakyat, seperti untuk memenuhi tanggungjawab sosial dan kepentingan rakyat serta untuk keperluan jihad fi sabilillah, maka ia adalah dibenarkan.

iii. Sebahagian ulama iaitu Ibn Hazm, Ibn Taimiyah, Ibn al-Musili al-Syafi'i, al-Syatibi, Ibn Khaldun, ulama semasa Mahmud Syaltut dan Ahmad al-Raysuni membenarkan Kerajaan untuk mengenakan cukai kepada rakyat sekadar untuk memenuhi maslahat umum pentadbiran negara.

iv. Majoriti para ulama berpandangan Kerajaan haram mengutip cukai daripada rakyat. Namun jika terdapat keperluan yang mendesak, maka Kerajaan dibenarkan mengenakan cukai bagi memenuhi maslahah umum rakyat berdasarkan Qaedah Fiqhiyyah:

الشريعة وضعت لمصالح العباد ودرء المفاسد عنهم "Syariat itu dibina atas dasar memenuhi maslahah manusia dan menjauhkan mafsadah daripada mereka".

3. Berdasarkan dapatan kajian yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa apabila Kerajaan mengutip cukai daripada rakyat, wujud kemudharatan khusus iaitu harta milik rakyat akan berkurangan. Namun, jika cukai tidak dikutip, banyak maslahah umum tidak dapat dilaksanakan oleh Kerajaan. Oleh itu, berdasarkan Qaedah Fiqhiyyah يُتَحَمَّلُ الضَّرَرُ الْخَاصُّ؛ لِأَجْلِ دَفْعِ ضَرَرِ الْعَامِّ (Ditanggung kemudaratan khusus untuk mengelakkan berlakunya kemudaratan umum), Kerajaan dibenarkan untuk mengutip cukai demi untuk memenuhi maslahah umum.

4. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Islam mengharuskan pemerintah atau Ulil Amri untuk mengutip cukai seperti Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia selagimana terdapat keperluan dan maslahah untuk negara dan rakyat, dan pelaksanaannya hendaklah berpandukan parameter syarak seperti berikut:

i. Kerajaan Komited Melaksanakan Syariat Islam;
ii. Kerajaan Memerlukan Sumber Kewangan;
iii. Cukai Yang Dikutip Hanya Untuk Memenuhi Maslahah Dharuriyat dan Hajiyat;
iv. Bebanan Cukai Dikutip Secara Adil;
v. Cukai Dibelanjakan Untuk Maslahah Ummah Bukan Untuk Maksiat;
vi. Agihan Cukai Hendaklah Bertepatan Dengan Ijtihad Ulama Semasa dan Setempat;

... Nak bohongpun agak-agak lah Najib....


Tak mau bayar cukai pi dok di bulan kata pemimpin UMNO

Posted: 01 Apr 2015 05:30 AM PDT


Ahli Parlimen Langkawi, Dato' Ir. Nawawi Ahmad sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mencadangkan rakyat Malaysia yang tidak puas hati dan enggan membayar Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) supaya pindah dan tinggal di bulan.

"Tak mau bayar cukai pi dok di bulan. (tidak mahu bayar cukai pergi duduk di bulan ) Memang kerajaan hidup atas cukai rakyat termasuk Kelantan," tulis Nawawi kepada seseorang yang menggunakan nama Ridz Black seperti dilaporkan dalam blog omakkau.blogspot.


Blog itu turut menyiarkan perbualan Nawawi yang menjawab pertanyaan dan komen- komen mengenai GST di Facebook.

Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) itu juga tanpa segan silu dilaporkan menggunakan perkataan kesat seperti 'pergi mampus' yang sepatutnya tidak digunakan oleh mereka yang menggelarkan dirinya pemimpin rakyat.

"GST membantu negara dan akhirnya membantu rakyat. Jika negara bankrap maka rakyat pun mampus," tulis Nawawi ketika menjawab komen pembaca yang menggunakan nama Mirza Global Photography.

Perbuatan tidak profesional Nawawi ini dilihat boleh menyemarakkan lagi tidak puas hati dan kemarahan rakyat terhadap kerajaan berikutan pelaksanaan GST bermula 1 April yang ditakuti menyebabkan kenaikan harga barangan.

Nawawi sebelum ini mencetuskan kemarahan orang ramai apabila menyelar keturunan Jawa dan menyarankan mereka supaya balik ke Indonesia.

Terdahulu dia juga menghina mayat mendiang Karpal Sigh dan kemudian meminta maaf selepas mendapat kutukan ramai termasuk daripada pemimpin Barisan Nasional (BN) lapor Free Malaysia Today


Tiada kenaikan harga untuk top-up, cuma pengguna kena bayar lebih saja..

Posted: 01 Apr 2015 02:07 AM PDT


Perkhidmatan telekomunikasi pasca bayar dan prabayar tidak berubah walaupun Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula hari ini, tetapi barangan dan perkhidmatan lain berada di bawah cukai penggunaan itu.

Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) berkata, 6% GST itu menggantikan cukai perkhidmatan lama, yang juga pada kadar 6% dikenakan ke atas perkhidmatan prabayar.

Untuk perkhidmatan prabayar, harga dan masa berbual untuk pek SIM, pek permulaan dan tambah nilai kupon juga dikekalkan, kata CFM.

Perkhidmatan pembekalan perantauan antarabangsa dari semua syarikat telekomunikasi Malaysia diklasifikasikan sebagai berkadar sifar, bermakna ia tidak akan tertakluk kepada GST. 


Bagaimanapun, GST tetap akan dikenakan pada peranti mudah alih seperti tablet dan telefon pintar, kandungan tertentu, aplikasi, dan produk dan perkhidmatan telekomunikasi yang lain.

"Perkhidmatan komunikasi mudah alih merupakan barangan yang dikenakan cukai pada kadar standard di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014, dan memandangkan perkhidmatan komunikasi mudah alih tidak dikecualikan GST atau berkadar sifar, industri tersebut perlu mengenakan caj GST 6%.

"GST 6% itu dikutip bagi pihak kerajaan mengikut undang-undang dan garis panduan GST untuk semua barang dan perkhidmatan yang digunakan.

"Sebagai forum bekalan dan permintaan yang menggalakkan industri pengawalan sendiri, CFM yakin semua pemain dalam sektor komunikasi dan multimedia yang akan memastikan pelaksanaan GST yang lancar dan cekap ke atas barangan dan perkhidmatan mereka," kata CFM dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi mereka dan melalui Kod Amalan Pengguna Awam (GCC) Industri Komunikasi dan Multimedia, CFM berkata ia akan terus memastikan kepentingan dan hak pengguna dalam sektor telekomunikasi dan multimedia terpelihara.

Ia berkata pengguna juga boleh melawat www.cfm.my laman web dan laman Facebook consumer.forum.malaysia untuk melihat soalan yang sering ditanya (FAQ) mengenai pelaksanaan GST ~ The Malaysian Insider


Anak Ustaz Fadzil Noor kini bersuara.. 'Terus atau bunuh harapan rakyat' katanya..

Posted: 31 Mar 2015 11:30 PM PDT


Anak lelaki bekas presiden PAS Datuk Fadzil Noor menyeru perwakilan PAS agar menolak pemimpin parti yang diangggapnya "mengapi-apikan" isu hudud sehingga boleh menyebabkan Pakatan Rakyat berpecah.

Sebaliknya, Muhammad Faiz menyarankan supaya perwakilan PAS memilih pemimpin parti itu yang "mahu meneruskan legasi" allahyarham ayahandanya dan berjaya menempatkan diri dalam arus perdana politik negara.

Sambil menegaskan kenyataannya itu "bukan kempen" dalam pemilihan parti yang sedang berlangsung, Muhammad Faiz menyebut nama Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Datuk Husam Musa antara pemimpin yang berjaya dilahirkan oleh almarhum ayahandanya.

"Ini pemimpin dalam PAS yang patut kita julang. Kenapa nak lihat beberapa pemimpin dalam PAS yang mengapi-apikan isu hudud ini, sedangkan mungkin mereka tidak ada kredibiliti di mata masyarkat.

"Seperti yang disebutkan oleh YB Liew Chin Tong, kenapa kita tidak meneruskan perjuangan Fadzil Noor. Jadi, marilah menyokong pemimpin PAS yang mahu meneruskan peruangan Fadzil Nor. (Ada) ramai," kata Muhammad Faiz sebagai ahli panel dalam sebuah forum hudud malam tadi.

Forum bertajuk Pro-Kontra Hudud Kelantan di pejabat Malaysiakini itu, turut membariskan MP Kluang Liew Ching Tong, Majlis Pimpinan Pusat PKR Khalid Jaafar dan Pendakwah bebas Wan Ji Wan Husin. Ia dimudahcarakan oleh Eekmal Ahmad.

Sebelum itu, Liew menjelaskan terdapat dua versi dokumen negara Islam dalam PAS iaitu versi Allahyarham Fadzil Noor yang mahu melaksanakan syariah Islam - tanpa menyebut hukum hudud - secara berperingkat dan versi Datuk Dr Haron Din bahawa hukum hudud mesti dilaksanakan.

Mengulas lanjut, Muhammad Faiz berkata kedua-dua pemimpin itu antara pemimpin arus perdana dengan memberi contoh Mohamad Sabu yang bakal mengetuai kempen rakyat anti-GST suatu hari kelak.

Pada masa yang sama, beliau tidak menafikan wujud kumpulan tertentu dalam parti itu yang lantang menyuaraka nhasrat untuk keluar daripada Pakatan Rakyat, bahkan ada yang cuba mempertahankannya sepertimana wujud dalam DAP.

'Terus atau bunuh harapan rakyat'

"(Jadi kita (juga perlu) memberi teguran kepada ketiga parti. Ada yang masih mahu pertahanankan Pakatan Rakyat.

"Perwakilan (juga) bijak untuk menentukan mana pemimpin PAS yang mahu meneruskan harapan rakyat atau membunuh harapan rakyat," tegasnya.

Sebelum itu, Muhammad Faiz yang juga seorang peguam turut menjelaskan kekeliruan yang tercetus akibat permainan media massa berhubng Enakmen Kanun Jenayah Islam yang ingin dijalankan oleh Kelantan.

Menurutnya, kerajaan negeri ingin melaksanakan peruntukan kesalahan jenayah syariah yang sudahpun wujud dan dilaksanakan sebekum ini iaitu zina, qazaf, mabuk arak dan murtad yang mana sebelum ini ia hanya terhad kepada hukuman denda RM3,000, penjara lima tahun dan enam kali sebatan.

"Kita mahu menaikkan hukuman mengikut kehendak syara'. Kalau zina, sebat seratus kali.

"Empat kesalahan ini tidak menjadi isu, kerana telah diamalkan dan diteima oleh masyarakat.

"Yang tiga lagi, tidak akan dilaksanakan kerana masih memerlukan penelitian, kajian, dari sudut perlembagaan, ekonomi, maqasid dan kesesuaian.

"Ia terletak bawah kuasa federal yang memerlukan pindaan perlembagaan dan perlu mendapat sokongan majoriti dua pertiga," katanya.

Beliau yang juga ahli panel jawatankuasa penyediaan draf pindaan enakmen hudud Kelantan berkata pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah perlu dibuat bagi membolehkan kerajaan negeri itu melaksanakan empat hukuman itu.


Pengampunan ditolak, Anwar hilang kelayakan

Posted: 31 Mar 2015 09:37 PM PDT


Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana meliwat. 

Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh berkata, Yang di-Pertuan Agong telah menolak permohonan Anwar dalam mesyuarat lembaga itu pada 16 Mac lalu.

Oleh yang demikian, Anwar hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen berdasarkan Perkara 48(4)(c) Perlembagaan Persekutuan," katanya kepada pemberita di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas).

Anwar adalah anggota Parlimen Permatang Pauh. Amarjeet Singh berkata, berikutan keputusan lembaga pengampunan itu, mahkamah telah menolak permohonan Ketua Pembangkang itu untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Komisioner Jeneral Penjara yang melarangnya menghadiri sidang Dewan Rakyat.

Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Asmabi Mohamad di dalam kamar dengan dihadiri Amarjeet Singh dan peguam Latheefa Koya yang mewakili Anwar.

Terdahulu keluarga Anwar menghantar petiysen itu berdasarkan di bawah peraturan 113, Peraturan Penjara 2000,

Mengikut peraturan itu banduan jika hendak, boleh membuat petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan atau Raja atau Yang Dipertua Negeri seberapa segera selepas sabitan.

Sebelum ini petisyen itu dibuat oleh keluarga Anwar atas faktor bahawa mereka percaya ada penyelewengan dalam sistem pengadilan ketika Anwar disabitkan dengan kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 34 lapor SinarHarian


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...