Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Dah naik gaji pun tidur lagi dalam Dewan?

Posted: 10 Apr 2015 05:30 AM PDT


Baru pagi tadi Bernama melaporkan Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014 berkaitan kenaikan gaji dan elaun Anggota Parlimen yang ditangguhkan pada sidang Dewan Rakyat lepas.

Dengan lulusnya rang undang-undang ini, gaji bulanan anggota Dewan Rakyat dinaikkan kepada RM16,000 daripada RM11,000, anggota Dewan Negara (RM11,000 daripada RM7,000).

Lagi bacalah di SINI ..

Baru sehari naik gaji dah tidur lagi dalam Dewan.. apa nak jadi ni?

Laporan berkaitan..

Gambar para MP melelapkan mata semasa perbahasan ke atas pindaan Akta Hasutan di Parlimen yang tersebar di media sosial hari ini mencetus pertelingkahan di kalangan ahli politik terbabit. 
Gambar berkenaan antara lainnya menunjukkan gambar MP Serdang, Ong Kiang Ming, yang disebarkan oleh ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang. 
"Seorang MP DAP di Parlimen... Siapa mahu bantal?," tulisnya di Twitter. 
Beliau mengkritik MP pembangkang kerana cuba melelapkan mata semasa persidangan berlangsung. 
"Tengok bagaimana orang DAP cuba beri alasan bahawa MP mereka perlu tidur di Parlimen... 
"Mereka sentiasa betul. Tidur semasa bertugas juga betul. 
"30 peratus daripada MP Pakatan Rakyat tidak hari Parlimen hari itu. Bila mereka hadir, mereka tidur semasa bertugas. 
"Bolehkah MP Pakatan lebih bertanggungjawab?," soal Tan lagi. 
Sebagai balasan, MP Tanjong, Ng Wei Aik pula menyebarkan gambar MP Gerakan, Liang Teck Meng yang turut melelapkan mata dalam Dewan. 
"Ketawakan Gerakan... Cari makan?," katanya dalam tulisan bersama gambar MP Simpang Renggam itu. 
Para pengguna Twitter lain pula memberikan reaksi berbeza, dan ada yang mempertahankan MP terbabit yang perlu bersidang selama 14 jam. 
Tidak kurang juga yang mengkritik MP terbabit kerana tidak menjalankan tanggungjawab mereka. 
Ada pula yang membangkitkan semula kritikan pembangkang ke atas perdana menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi. 
"Pada satu masa mereka kritik Pak Lah kerana tidur semasa persidangan. Tengoklah mereka sekarang," kata Suffian Kassim. 
Persidangan Dewan Rakyat berakhir pada dini hari hari ini selepas perbahasan selama 12 jam ke atas pindaan Rang Undang-undang (Pindaan) Akta Hasutan. 
Ia diluluskan pada jam 2.30 pagi. Persidangan bagaimanapun diteruskan sehingga jam 4.30 pagi. 
Ini merupakan kali ketika perisangan parlimen berlarutan sehingga selepas tengah malam lapor Malaysiakini




Bila Pak Lah terbangun dari tidurnya.. lain yang Mahathir tanya, lain yang dia jawab...

Posted: 10 Apr 2015 01:06 AM PDT


Pak Lah ni mungkin baru bangun dari tidurnya.. sebab lain yang ditanya oleh Tun Dr. Mahathir lain pulak yang dijawabnya..

Dr. Mahathir bertanya siapakah yang mengeluarkan perintah kepada Sirul Azhar Umar dan rakannya Azilah Hadri supaya Altantuya di bunuh?

Sebab beliau hanya mahu tahu siapa mengarahkan pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang menimbulkan syak wasangka di kalangan masyarakat.

Baginya "Ini bukan masalah (kes pembunuhan) lapan tahun dahulu. Yang saya soal ialah berkenaan masalah hari ini – masalah nyawa dua orang anggota polis yang dihukum bunuh.

"Amatlah tidak adil jika mereka dibunuh sedangkan mereka sebagai pegawai rendah polis hanya mengikut perintah.

Tiba-tiba Pak Lah pulak yang menjawab..

Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini mempertahankan penggantinya, mengatakan Datuk Seri Najib Razak tidak ada kaitan dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, lapor portal The Star Online.  
Katanya, beliau dimaklumkan mengenai hasil siasatan polis berhubung kes pembunuhan yang berlaku pada 2006 itu.  
"Berdasarkan penemuan daripada siasatan menyeluruh yang dijalankan Polis Diraja Malaysia yang disampaikan kepada saya, disahkan yang Najib tidak ada kaitan sama sekali dengan kes itu," beliau dipetik berkata oleh The Star.  
Bekas komando polis Koperal Sirul Azhar Umar dan Ketua Inspektor Azilah Hadri didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan pada bulan Januari tahun ini.  
Penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda, salah seorang individu kepercayaan Najib, yang juga didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul, dibebaskan Mahkamah Tinggi pada 2008 tanpa dipanggil membela diri.  
Kerajaan tidak merayu terhadap pembebasannya. Walaupun sabit kesalahan, motif pembunuhan Altantuya itu tidak pernah didedahkan.  
Sirul, yang ketika ini ditahan pihak berkuasa imigresen Australia di Sydney, mendakwa beliau bertindak menurut arahan daripada pihak atasan apabila membunuh Altantuya.  
Akibatnya, ahli politik termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, menuntut pihak polis untuk membuka semula kes itu.  
Keterangan dalam mahkamah mendedahkan Altantuya dibunuh dan mayatnya diletupkan dengan bahan letupan pada 18 Oktober 2006, di pinggir bandar raya Shah Alam lapor The Malaysian Insider

Kenapa Pak Lah kaitkan nama Najib?.. sedangkan Mahathir cuma bertanya siapa arah Altantuya dibunuh?

Hmmm... tidurlah Pak Lah...


Sirul sound siapa pulak ni?

Posted: 09 Apr 2015 11:00 PM PDT


Sirul Azhar Umar yang didapati bersalah kerana membunuh Altantuya Shaariibuu merayu kepada semua pihak supaya menghormati kedudukannya sebagai tahanan Imigresen Australia yang perlu mematuhi undang-undang negara itu, bukan mengheretnya dalam kancah politik.

Peguam Sirul, Hasnal Rezua Merican berkata, anak guamnya itu telah menghubunginya pada Khamis dan meminta seluruh rakyat Malaysia yang prihatin terhadap nasibnya agar "benar-benar melindungi kepentingannya".

"Dia mohon dan merayu kepada semua pihak tak kira ahli politik, pembangkang dan orang ramai yang prihatin serta simpati dengannya supaya bertimbang rasa dengan posisi undang-undang yang dihadapinya sekarang dan menghormati kedudukannya.

"Jika benar-benar mahu melindungi kepentingannya, dia minta supaya berhenti mengheret kes ini ke kancah politik atau ke dalam apa jua bentuk kancah sekali pun. Dia minta biarlah kes ini dikendalikan oleh proses undang-undang," katanya kepada mStar Online, Khamis.

Kata Hasnal lagi, menerusi perbualan telefon dengan Sirul, bekas komando itu tetap dengan pendirian untuk kekal di negara itu terutama selepas dijatuhi hukuman mati kerana didapati bersalah membunuh model Mongolia itu.

Justeru katanya, Sirul telah dinasihatkan oleh dua peguamnya di Australia bahawa proses undang-undang yang sedang dilaluinya untuk membolehkan beliau kekal di negara itu mungkin terjejas dengan kenyataan-kenyataan yang merujuk kepada dirinya.

Pada Rabu, ibu Sirul dan bapa saudaranya mengadakan pertemuan tertutup dengan Dr Mahathir di bangunan Yayasan Perdana di Putrajaya yang diatur oleh Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar.

Selepas mengatur pertemuan itu, Mahfuz merancang untuk memberi ruang kepada Sirul bercakap sendiri dan menceritakan segala-galanya dengan Dr Mahathir menerusi telefon pula.

Mahfuz berkata, beliau percaya tindakan itu boleh memberi tekanan supaya siasatan semula dapat dilakukan terhadap kes berprofil tinggi itu.

Sirul dan bekas rakan sepasukannya dalam Unit Tindakan Khas, Azilah Hadri, disabitkan kesalahan pada 13 Januari tahun ini, atas dakwaan membunuh Altantuya di Shah Alam, pada 2006.

Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Sirul tanpa kehadirannya kerana dia ketika itu berada di Australia lapor mStar


Rakyat kena GST, MP naik gaji?

Posted: 09 Apr 2015 08:11 PM PDT


Dewan Rakyat awal pagi ini meluluskan Rang Undang-Undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014 berkaitan kenaikan gaji dan elaun Anggota Parlimen yang ditangguhkan pada sidang Dewan Rakyat lepas.

Dengan lulusnya rang undang-undang ini, gaji bulanan anggota Dewan Rakyat dinaikkan kepada RM16,000 daripada RM11,000, anggota Dewan Negara (RM11,000 daripada RM7,000).

Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat (RM22,000 daripada RM16,000) dan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat (RM31,000 daripada RM20,000).

Alasannya ialah faktor persekitaran masa kini yang mencabar kepada anggota Parlimen dan selain itu, tugas-tugas ahli Parlimen bertambah berat..

Soalannya ialah kenapa sekarang?.. kenapa ketika rakyat sedang dihimpit dengan suasana ekonomi yang mendesak disebabkan kejatuhan nilai ringgit dan perlaksanaan GST yang miningkatkan kebanyakkan harga barang?

Kenaikkan ini baik untuk mereka tapi dalam masa yang sama mereka tidak akan merasakan bagaimana keperitan hidup yang rakyat marhaen rasakan..

Ianya menjauhkan mereka dari realiti hidup semasa..

Apapun diharap kenaikkan ini bukanlah dibayar melalui GST yang dikenakan kepada rakyat..

Laporan berkaitan..

Dengan lulusnya rang undang-undang ini, gaji bulanan anggota Dewan Rakyat dinaikkan kepada RM16,000 daripada RM11,000, anggota Dewan Negara (RM11,000 daripada RM7,000), Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat (RM22,000 daripada RM16,000) dan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat (RM31,000 daripada RM20,000). 
Dewan Rakyat awal pagi ini meluluskan Rang Undang-Undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014 berkaitan kenaikan gaji dan elaun Anggota Parlimen yang ditangguhkan pada sidang Dewan Rakyat lepas. 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim ketika membentangkan bacaan kali kedua akta itu berkata pindaan itu berikutan faktor persekitaran masa kini yang mencabar kepada anggota Parlimen. 
"Selain itu, tugas-tugas ahli Parlimen bertambah berat dan membawa harapan tinggi rakyat dan ini akan menambahkan semangat kepada Yang Berhormat untuk bertugas lebih gigih dan dedikasi," katanya. 
Dengan lulusnya rang undang-undang ini, gaji bulanan anggota Dewan Rakyat dinaikkan kepada RM16,000 daripada RM11,000, anggota Dewan Negara (RM11,000 daripada RM7,000), Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat (RM22,000 daripada RM16,000) dan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat (RM31,000 daripada RM20,000). 
Ketika ini, anggota parlimen menerima gaji pokok RM6,508.59 sebulan selain elaun bulanan RM5,000 bagi menampung perbelanjaan keraian, gaji pemandu, perjalanan dan bil telefon bimbit. 
Mereka juga dibayar elaun mesyuarat RM200 sehari apabila menghadiri persidangan Dewan Rakyat dan elaun harian RM150 bagi menghadiri mesyuarat dengan agensi kerajaan. 
Pada 27 Nov tahun lepas, Dewan menangguhkan rang undang-undang itu setelah tiada persetujuan dicapai mengenai perkara yang dibincangkan. - Bernama

Persoalannya ialah kenapa sekarang?..


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...