Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


'Umat Islam tidak percaya Najib bermakna tidak percaya Allah'?.. Biar betul..

Posted: 12 Apr 2015 01:32 AM PDT


Samada media cetak dari Sabah ini tersalah lapor atau pemimpin UMNO ini dah terlepas cakap aku pun tak pasti sebab hingga sekarang laporan ini tidak dinafikan lagi oleh pemimpin yang terbabit..

Apa yang dilaporkan oleh sebuah media cetak dari Sabah dengan tajuk 'Umat Islam tidak percaya Najib, tidak percaya Allah' ialah..

Umat Islam yang tidak percaya bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiada kaitan dengan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibu, tidak percaya pada Allah.

"Najib membaca sumpah, Wallahi Wabillahi Wataalahi sebanyak tiga kali termasuk disebuah Masjid, Umat Islam patut percaya pada kenyataannya yang dibuat di bawah sumpah kerana jika tidak, maka itu bermakna kita tidak percaya kepada Allah" kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Baca apa yang tertulis pada keratan akhbar di bawah ni..


Ni versi bahasa Inggeris..


 Nak bodek Najib sekalipun berpada-padalah Ismail Sabri..

Jangan mudah membuat kesimpulan orang ramai yang tak percaya kepada sumpah yang Najib dah lakukan itu sama dengan tak percaya kepada Allah..

Fatwa Ulama mana hang pakai tu..?

Sumpah seseorang bergantung kepada taqwanya kepada Allah, jika seseorang itu tiada taqwa (takut) kepada Allah bila-bila sahaja dia boleh melakukan sumpah palsu meskipun menyebut nama Allah di dalam sumpahnya.

Sedangkan nilai taqwa setiap orang hanya Allah yang ‎mengetahuinya. Tambah lagi, Al-Quran sendiri telah menegas serta menggariskan bahawa suka bersumpah merupakan ciri orang munafik.

Mereka itu (orang-orang munafik) menjadikan sumpah sebagai topeng (perisai), lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang telah mereka kerjakan‎ — Surah Al-Munafiqun ayat 2. 

Aku pinjam ayat dari MiLoSuaM kat atas tu..

Pelaksanaan GST adalah haram - Dewan Ulama PAS

Posted: 11 Apr 2015 09:30 PM PDT


Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas Pusat, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan oleh kerajaan terhadap rakyat adalah haram.

Katanya, dengan kedudukan negara yang mengalami masalah ketirisan dan rasuah, cukai itu tidak wajar dikenakan dan ianya bercanggah dengan syariat Islam.

"Cukai sebegini seolah-olah merompak rakyat secara sah ... walaupun Islam membenarkan kutipan cukai dalam negara, tetapi ia adalah haram apabila negara dipenuhi ketirisan dan rasuah," katanya kepada pemberita pada program 'Himpunan Derita Rakyat (HINDAR)' anjuran Dewan Ulama PAS Pusat, yang diadakan di Padang Merbok pada Sabtu.

Menurut beliau, di Singapura, meskipun kerajaannya mengenakan GST, tetapi ianya diganti dengan sistem pengangkutan awam yang efisyen serta harga kereta yang jauh lebih murah.

Selain itu, katanya negara Malaysia kaya dengan pelbagai sumber asli seperti petroleum dan kayu balak yang boleh dijadikan sumber pendapatan.

Terdahulu, dalam ucapannya, Nik Zawawi berkata Dewan Ulama PAS akan meneruskan agenda seperti program HINDAR ini membangkitkan kesedaran rakyat.

Ujarnya, ini adalah pertama kali Dewan Ulama turun untuk membantah kerana katanya pelaksanaan GST menzalimi rakyat dan bercanggah dengan syariat Islam.

"Kita Dewan Ulama bukan menentang secara membabi-buta, tetapi GST satu sistem percukaian yang tidak patut dilaksanakan di negara kita," katanya lagi.

Nik Zawawi juga berkata, beliau bersedia berdebat dengan mana-mana pihak termasuk menteri atau mufti tentang hukum melaksanakan GST.

"Saya hendak rumuskan bahawa dalam negara kita ini, dikenakan GST ini hukumnya adalah haram. Dan saya bersedia untuk bersemuka dan siapa sahaja dalam negara kita di kalangan ilmuan atau sesiapa pun saya sanggup untuk berdepan dengan mereka, tetapi dengan syarat dalam televisyen yang dibuka umum," katanya.

Ditanya mengapa Dewan Ulama memilih untuk turun membantah GST dan bukan cukai-cukai lain sebelum ini, katanya sebelum ini cukai yang dikenakan oleh kerajaan tidak begitu membebankan tetapi GST melibatkan semua rakyat.

"Dan kita rasa ini tanggungjawab Dewan Ulama untuk jelaskan dari segi hukum itu sendiri... itu yang menyebabkan bila adanya GST ini, kita turun," ujarnya.

Dalam pada itu beliau juga mencadangkan supaya kerajaan lebih agresif dalam usaha menarik pelabur asing dari negara-negara ASEAN untuk melabur di negara ini daripada mengenakan GST.

Himpunan yang menyaksikan kira-kira 2,000 perserta yang di Padang Merbok itu turut dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, dan pemangku Timbalan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed lapor AstroAwani


Cadangan bodoh Ahmad Maslan dikritik pelajar Universiti..

Posted: 11 Apr 2015 06:56 PM PDT


Dalam cubaannya untuk memperbodohkan rakyat suatu masa yang lalu Menteri dari UMNO/BN ini pernah mengatakan GST yang akan dilaksanakan tidak akan membebankan rakyat..

Tiba-tiba semalam dalam satu program di UiTM, Ahmad Maslan menyarankan para pelajar UiTM supaya memasak bagi mengelakkan beban GST.

Persoalannya jika dulu GST dikatakan tidak membebankan olehnya.. kenapa perlu memasak untuk mengelak bebanan GST?

Secara tak langsung beliau akui GST memang membebankan rakyat dan dalam masa yang sama beliau sekali lagi mempamirkan kebodohannya..

Sebab mana ada U atau Kolej yang membenarkan para pelajarnya memasak?

Saranannya itu dikritik oleh para pelajar sendiri..

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dikiritik apabila menyarankan pelajar-pelajar universiti agar selalu mengamalkan masak sendiri dari makan di luar.

Saranan ini diberi beliau bertujuan bagi mengurangkan beban cukai barang dan perkhidmatan (GST) di kalangan pelajar. Saranan tersebut dilakukan di dalam forum penerangan berkenaan GST kepada pelajar-pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam pada Sabtu.

Namun begitu, rata-rata pelajar universiti berpendapat bahawa saranan Ahmad itu mustahil untuk dilaksanakan apabila undang-undang kampus universiti sendiri tidak membenarkan pelajar-pelajar ini untuk masak di dalam kampus.

Malah ada pelajar berkata peralatan memasak dan alat pemanas air juga tidak dibenarkan dibawa ke dalam kampus.

Lagi lihatlah di SINI

Betullah orang kata.. Pemimpin yang bodoh datangnya dari pengundi yang bodoh....



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...