Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


PKR diminta jangan terlalu yakin akan menang di Permatang Pauh.. peluang 50:50..

Posted: 13 Apr 2015 08:30 AM PDT


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengakui pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh kali ini adalah pertandingan sengit antara Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu menyifatkan peluang parti itu bertanding kali ini adalah 50:50 dan sehubungan itu beliau menasihatkan parti gabungan, PKR agar tidak terlalu yakin untuk menang. 

"Saya akan berikan nasihat kepada rakan-rakan di PKR untuk tidak terlalu yakin akan menang. Kami anggap ini adalah satu pertandingan 50:50," katanya kepada pemberita di George Town, Isnin.

Lim berkata Pakatan Rakyat akan melancarkan jentera pilihan raya bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh itu malam Selasa.

"Kita lihat nampaknya BN mula awal...saya rasa itu cabaran dan kita akan berikan sokongan (kepada PKR) untuk hadapi cabaran daripada BN," katanya.

Pilihan raya kecil itu diadakan selepas penyandang kerusi Parlimen itu Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen setelah Lembaga Pengampunan menolak petisyen bagi pengampunan diraja yang dipohon keluarganya atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh, Selangor.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 April ini hari penamaan calon manakala hari pengundian 7 Mei. Pengundian awal 3 Mei ~ MalaysiaGazette

Oh.. patutlah gaji MP dinaikkan.. terendah di Dunia rupanya..

Posted: 13 Apr 2015 05:30 AM PDT


Kenaikan gaji dan elaun Ahli Majlis Dewan Negara yang diumumkan minggu lalu, dibuat dengan mengambilkira pelbagai faktor termasuk perbandingan dengan negara serantau.

Presiden Majlis Senator Malaysia, Tan Sri Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman, menegaskan dengan mengambil kira komitmen dan sumbangan yang diberikan, kenaikkan gaji Dewan Negara daripada RM7,000 kepada RM11,000 sebulan yang telah diluluskan Dewan Rakyat amat berpatutan.

"Kita tidak akan minta apa yang tidak berpatutan tetapi hanya mahu mengatakan gaji ahli Dewan Negara adalah yang terendah di negara kalau nak dibandingkan dengan Cambodia sebagai contoh", katanya.

Khamis lalu, Dewan Negara meluluskan kenaikan gaji dan elaun ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara termasuk Speaker dan Timbalan Speaker mencecah 40 peratus.

Kenaikkan itu akan memberi tambahan kepada belanjawan negara sebanyak RM17.2 juta setahun.

Rang Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014 itu telah dilulukan di Parlimen. Perkara itu dipersetujui oleh kesemua ahli Parlimen daripada kerajaan dan pembangkang selepas dibentangkan untuk bacaan kali kedua oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Dalam sidang media yang sama, Abdul Rahim turut membidas tindakan segelintir pihak termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad apabila terus menerus membuat kritikan kepada pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Saya hendak menekan disini, Majlis Senator Melaysia memberi sokongan kepada Perdana Menteri dan tetap berada di belakang Najib.

"Bagi kami kritikan tersebut adalah tidak berasas dan tindakan tersebut dibuat adalah untuk memburukkan imej Perdana Menteri sahaja," katanya.

Tambahnya , kritikan yang dibuat kepada Najib tidak seharusnya dibangkitkan lagi, kerana Perdana Mneteri sendiri telah memberi penerangan secara jelas kepada semua rakyat berhubung isu yang telah dibangkitkan.

"Jika ada pihak yang tidak berpuas hati dengan jawapan yang telah diberi Najib, terpulang kepada hak masing-masing kerana bagi kami perdana menteri telah memberi jawapan secara jelas berhubung isu yang bebangkit," akhirnya lapor FreeMalaysiaToday


Kesian kat Najib.. terpaksa pasrah bila semua Pesara tak sokong dia...

Posted: 13 Apr 2015 02:25 AM PDT


Sebelum pelancaran Yayasan Pesara oleh Datuk Seri Najib Razak hari ini, pengerusi yayasan Tan Sri Aseh Che Mat meminta hadirin bangun menunjukkan sokongan kepada perdana menteri.

"Boleh semua orang bangun?" katanya sambil bertanya "boleh?" tiga kali. 

Bagaimanapun, tidak semua orang bangun atau mengangkat tangan bagi menyatakan sokongan pada Najib, yang kini berdepan kritikan paling keras perdana menteri keempat Tun Mahathir Mohamad. 

Dalam ucapannya selepas itu, Najib berkata beliau sedar terdapat pihak yang tidak menyokongnya. 

"Terima kasih kerana nyatakan sokongan tadi. Walaupun saya tahu, dalam demokrasi, sukar untuk mendapatkan sokongan 100 peratus.

"Kerana terdapat pesara yang 'masuk tiket lain' (sokong parti lain)," katanya sambil disambut ketawa orang ramai.

"Bagaimanapun majoriti adalah penyokong setia (BN)," katanya ketika tepukan masih berbunyi.




Tak dapat tanduk, boleh pulas telinga pun jadilah ya Hishamuddin..

Posted: 12 Apr 2015 09:57 PM PDT


Dia nak sound Mahathir dia tak berani.. boleh sound anak Mahathir pun jadilah.. kah..kah..kah..

Baca ni..

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir perlu bertanggungjawab memastikan Umno negeri itu tidak berpecah, kesan daripada kritikan ditimbulkan bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein.  
Naib presiden Umno itu berkata, kepimpinan Mukhriz terbukti gagal jika Kedah berpecah.

"‎Tanggungjawab beliau sebagai menteri besar memastikan Kedah tidak berpecah. 
"Jika Kedah berpecah, itu menggambarkan kepimpinannya," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.  
Beliau memberi respons terhadap wakil rakyat Umno Kedah yang mempersoalkan Mukhriz kerana tidak mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada terus dikritik Dr Mahathir.

Menteri Pertahanan itu berkata, sebagai pemimpin, Mukhriz perlu menyelesaikan sendiri gesaan daripada akar umbi Kedah yang mahu beliau meletakkan jawatan jika masih enggan menyatakan sokongan terhadap Najib.  
"Tidak ada siapa yang boleh lari dari tanggungjawab. Kalau mereka gagal, maka mereka gagal sebagai pemimpin," katanya.  
Hishammuddin berkata, kritikan itu bukan sesuatu yang baru kerana bapanya, Tun Hussein Onn juga pernah mengkritik Dr Mahathir suatu ketika dulu, namun perkara itu tidak menjejaskan parti.

Katanya, perkara itu boleh diatasi jika meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan parti.

"Masa depan Umno bukan terletak di tangan seorang lelaki kerana yang akan menentukannya adalah ahli," katanya.  
Satu mesyuarat luar biasa antara pemimpin Umno Kedah termasuk ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) diadakan semalam bagi menyatakan sokongan terhadap Najib.  
Namun menurut Adun Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin, Pengerusi Umno Kedah itu enggan menyatakan sokongan selagi laporan siasatan audit terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih belum selesai.  
Ahmad mendakwa, Mukhriz hanya akan menyokong Najib sekiranya siasatan mendapati tidak ada salah laku dalam 1MDB dan akan berpihak kepada rakyat jika siasatan mendapati sebaliknya.

Pendirian Mukhriz itu mengejutkan pemimpin Umno dan ada yang tidak bersetuju dengannya.  
"Saya diberitahu mesyuarat itu untuk menyatakan sokongan kepada perdana menteri, tetapi dalam mesyuarat, menteri besar kata beliau berada di pihak rakyat.  
"Saya pelik. Rakyat mana? Ramai juga rakyat yang menyokong Najib," kata Ahmad dipetik dalam wawancara SuaraTV.  
Ahmad berkata, Mukhriz dilantik Najib dengan sokongan Adun Barisan Nasional (BN), dan perlu meletakkan jawatan jika tidak lagi menyokong perdana menteri.  
Antara Adun yang dilaporkan hadir mesyuarat itu ialah Nor Saidi Nanyan (Kuah), Kama Noriah Ibrahim (Pedu), Datuk Abu Hasan Sarif (Kota Siputeh) dan Datuk Ahmad Zaini Japar (Bukit Kayu Hitam).  
Exco negeri yang hadir termasuk Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (Industri dan Pelaburan), Aminuddin Omar (Belia dan Sukan) dan Datuk Badrol Hisham Hashim (Perumahan dan Kerajaan tempatan), kata Ahmad.  
Manakala antara ketua bahagian yang hadir ialah Datuk Mohd Rozai Shafian (Pendang), Datuk Seri Abdul Azeez Rahim (Baling), Datuk Johari Baharum (Kubang Pasu), Datuk Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap) dan Abdullah Hasnan (Kuala Kedah).  
Najib ketika ini dikritik hebat pemimpin veteran Umno termasuk bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin.  
Dr Mahathir kebelakangan ini secara terbuka menggesa Najib meletakkan jawatan, mengatakan Umno dan BN akan tewas dalam pilihan raya umum akan datang jika beliau tidak berbuat demikian lapor The Malaysian Insider

Tak pasal-pasal pulak Mukhriz diheret ke dalam kancah pertempuran Najib VS Mahathir ni..


Mahathir dedahkan kenapa Ketua-ketua Bahagian UMNO sokong Najib..

Posted: 12 Apr 2015 06:11 PM PDT


"Saya fikir, kalau dia (Najib) tak ada, BN menang. Sebab itula ia perlu buat sekarang, sebab kita mempunyai masa untuk bekerja untuk memulihkannya.

"Tapi yang saya takut sekali, apabila parti lawan menang, (dan) kita kalah, parti lawan tak ada simpati.

"Nanti dia cungkil. Bila dia cungkil, mungkin ada yang akan dihadap ke mahkamah, dan mungkin akan didapati bersalah.

"Kalau BN kalah... banyak orang akan berdepan kesan yang lebih besar," kata Dr Mahathir..

Selain dari itu Mahathir juga mendedahkan kenapa Ketua-ketua UMNO menyatakan sokongan terhadap Najib..

PETALING JAYA: Perpecahan dalam UMNO telah lama berlaku kerana ahli parti itu lebih mengutamakan wang berbanding kesetiaan kepada parti, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri berkata, ahli UMNO di bawah teraju Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden parti, hanya setia kepada semata-mata untuk mendapat kekayaan.

Beliau berkata, ketua-ketua UMNO bahagian setia kepada parti kerana bersebab iaitu untuk mendapat ganjaran seperti kontrak dan jawatan.

Dr Mahathir berkata, ketika beliau meninggalkan UMNO parti itu sangat kuat dan semangat kesetiaan kepada parti dapat dilihat pada Perhimpunan Agung UMNO.

"UMNO sekarang semua tentang duit. Ketua-ketua UMNO bahagian setia sebab mereka dapat sesuatu, dapat kontrak.

"Yang dapat jawatan-jawatan tu semua dapat duit," kata Dr Mahathir ketika ditemubual sekumpulan penulis blogs pada 10 April lalu.

Rakaman temubual itu telah dimuat turun oleh seorang penulis blogs dinturtle.

Dr Mahathir berkata demikian bagi menjawab tuduhan ahli UMNO yang bimbang serangan terhadap Najib akan menyebabkan UMNO berpecah.

Dalam rakaman itu, Dr Mahathir mengulangi dakwaannya bahawa UMNO akan kalah pada PRU14 sekiranya Najib terus berkuasa lapor Free Malaysia Today 

Macai kena faham apa Mahathir kata ni.. "Yang dapat jawatan-jawatan tu semua dapat duit,".. ha..ha..ha..

Itulah matlamat sebenar perjuangan dalam UMNO.. bukannya kerana bangsa tapi kerana perut sendiri..

Pemimpin dapat duit.. macai dapat GST..

Video sila lihat di SINI
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...