Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Baru aku tahu.. Pemuda UMNO pun tak percaya cakap Najib dalam isu 1MDB..

Posted: 14 Apr 2015 07:30 AM PDT


Baru semalam Najib dijulang riuh rendah oleh Pemuda-pemuda UMNO sebagai tanda sokongan terhadapnya dalam menghadapi serangan Mahathir.. tapi hari ini dah keluar kenyataan seolah-olah tidak percaya kepada Najib..

KJ semalam menyatakan bahawa sokongan Pemuda bukan membuta tuli tanpa sebab yang menurutnya berpuas hati dengan penjelasan PM tentang isu yang menjadi pertikaian seperti 1MDB, Altantuya, GST, Jambatan Bengkok, Pesawat Kerajaan.

Sokong tersebut dizahirkan oleh semua Ketua Pemuda Bahagian UMNO seluruh negara di PWTC maka dengan itu mereka menjulang Najib riuh rendah..

Tapi hari ini.. setelah dikatakan faham dan jelas dengan isu 1MDB yang diterangkan Najib kepada mereka.. mereka mahu Jho Low disiasat pula..

Ahli perniagaan Low Taek Jho perlu disiasat dan dikenakan tindakan jika bukti menunjukkan beliau terlibat dalam penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Exco Pemuda Umno Ibdillah Ishak.  
Merujuk laporan muka depan akhbar The Edge Financial Daily (TEFD) hari ini, beliau berkata, Low, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, tidak perlu menuduh Umno yang memutarbelitkan isu berhubung syarikat pelaburan strategik negara itu dan melabelkan parti itu sebagai "spin masters".

"Persoalan yang timbul ialah siapakah Jho Low untuk seolah-olah mempersalahkan Umno dan melabel pemimpin Umno sebagai 'spin masters'?  
"Siapakah individu ini untuk berkata sedemikian? Apakah Jho Low benar-benar terlibat dan berasa bersalah dalam kontroversi besar ini?" soalnya dalam satu kenyataan hari ini. 
Ibdillah mengulas wawancara Jho Low dengan majalah perniagaan Euromoney, yang dikeluarkan dalam bentuk "teaser" oleh TEFD hari ini, memetik ahli perniagaan kontroversi itu mengatakan, "Those Umno guys are spin masters" (Orang Umno itu kaki putar belit).  
Katanya, siasatan audit yang menyeluruh dan telus perlu dibuat segera tanpa melindungi kepentingan mana-mana pihak.  
Tambahnya, hasil siasatan terhadap syarikat milik Kementerian Kewangan itu amat penting kerana ia dijadikan kayu ukur kelangsungan Umno itu sendiri.  
"Jho Low harus disiasat, dan jika beliau terbukti bersalah, perlu juga diambil tindakan! 
"Janganlah baling batu sembunyi tangan, Jho Low. Tak perlu untuk fitnah pemimpin Umno apabila sedang berdepan masalah yang besar. Seolah-olah Jho Low mahu melepaskan tengkuk beliau sahaja." sepenuhnya sila baca di SINI

Mungkin ketika Najib menjelaskan tentang isu 1MDB, mamat yang keluarkan kenyataan mahu Jho Low ini disiasat sedang leka melayari Facebook atau WhatsApp.. jadi dia langsung tak dengar apa Najib jelaskan tu..

Lepas tu bila semua orang bertepuk tangan.. dia pun bertepuk tangan sama kemudian sama-sama menjulang Najib..

Sebabnya ialah Najib pada 16 March 2015 telah menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Wangsa Maju Datuk Dr Tan Kee Kwong mengenai Jho Low ini..

Tan dalam soalannya meminta Menteri Kewangan menyatakan adakah wujud sebarang urus niaga atau kaitan antara 1MDB dan Jho Low?

Najib dalam jawapan bertulis di Parlimen berkata, segala urusan keputusan dan urus niaga syarikat yang dibelenggu hutang itu dibuat oleh pihak pengurusan dan ahli lembaga pengarah 1MDB.

"Encik Low Thaek Jho tidak pernah bekerja di 1MDB dan semua keputusan dan urus niaga 1MDB dibuat oleh pengurusan dan lembaga pengarah 1MDB,"


Mungkin penjelasan Najib agak komplikated hingga mamat tu tak faham kot?.. atau dia faham tapi tak percaya apa yang Najib jelaskan..

Kalau dia percaya tentu dia tak minta Jho Low disiasat sebab kan Najib dah kata Jho Low tak terlibat dengan 1MDB....

Helikopter bawa Jamaluddin Jarjis dipercayai meletup sebelum terhempas..

Posted: 14 Apr 2015 05:05 AM PDT


Data kotak hitam mendedahkan Aidana Baizieva, penumpang misteri dalam helikopter terlibat nahas di Semenyih awal bulan ini, membantu menerbangkan pesawat itu.

Memetik sumber, New Straits Times (NST) melaporkan, data daripada perakam suara kokpit (CVR) menunjukkan Aidana aktif dalam operasi penerbangan helikopter Dauphin AS365N2.

Ia dikatakan berdasarkan perbualan Aidana, 25, bersama juruterbang helikopter tersebut Kapten William Clifford Fournier.

Bagaimanapun, sumber tersebut memberitahu NST bahawa beliau tidak bersetuju bahawa Aidana telah dibenarkan untuk membawa pesawat itu.

Sumber itu juga tidak menyalahkan wanita berasal dari Kyrgyzstan itu yang menjadi punca nahas helikopter itu terjadi.

Sebaliknya, katanya, pegawai penyiasat mempunyai alasan kukuh dan mempercayai bahawa terdapat letupan dalam helikopter itu sebelum terhempas.

"Berdasarkan siasatan di lokasi kemalangan, penyelidik membuat kesimpulan bahawa beberapa bahagian helikopter telah meletup dalam nahas itu," sumber itu dilaporkan berkata.

Menurut laporan itu lagi, semua alat komunikasi juga tidak boleh digunakan semasa helikopter tersebut mula menjunam.

Malah, kesemua penumpang juga "senyap" beberapa minit sebelum nahas itu dan hanya nafas mereka sahaja yang direkodkan oleh CVR.

Selain Aidana dan Fournier, nahas itu turut mengorbankan Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, ketua setiausaha sulit perdana menteri Datuk Azlin Alias, ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang dan pengawal peribadi Jamaluddin, Koperal Razakan Seran lapor Malaysiakini

1MDB: Orang UMNO kaki belit kata Jho Low

Posted: 14 Apr 2015 01:27 AM PDT


Najib mungkin sudah boleh tersenyum kerana sudah ada individu yang boleh di Kambing Hitamkan dalam isu 1MDB,,

Dia tak perlu pening untuk memikirkan apa alasan yang sesuai untuk menjawab kritikan Mahathir sebab KJ dah menemui individu yang sesuai untuk di 'Kambing Hitam' kan..

Ya lah.. nak perbodohkan Mahathir bukannya semudah nak perbodohkan macai..

Dalam isu 1MDB Mahathir menegaskan, tuduhan penyelewangan dalam urusniaga berbilion ringgit Jho Low dibuat dengan bukti-bukti yang jelas.

Tuduhan ini kata Mahathir, tidak dijawab selain dari berkata ia adalah pembohongan.

Mahathir membangkitkan pelbagai persoalan kritikal tentang urusniaga 1MDB termasuk perihal bayaran US$700 juta yang kononya dibayar kepada PetroSaudi dan menuntut bukti kesahihan wujudnya aset syarikat itu sebenarnya sebelum termeterainya perjanjian usahasama atau joint-venture dengan 1MDB.

Pendedahan sebuah badan Whistleblower dengan bukti-bukti dokumentasi, dana tersebut sebaliknya dibayar ke sebuah akaun "SwissBank" milik Good Star Limited Low Taek Jho atau Jho Low.

Begitu juga halnya dengan urusniaga pengambilalihan 1MDB, melalui anak syarikatnya Javace Sdn Bhd, ke atas sebuah syarikat bekas ketua menteri Sarawak Tun Taib Mahmud, Utama Banking Berhad (UBG).

Pembelian melibatkan dana RM1.4 bilion itu menggunakan dana milik 1MDB sebanyak RM850 juta.
Juga turut dipertikaikan adalah kekayaan Jho Low serta hubungkaitnya dengan kemewahan anak tiri Najib, Riza Aziz, yang juga terlibat dalam ratusan juta ringgit urusniaga termasuk penerbitan filem, "Wolf of the Wall Street" dan perolehan pangsapuri-pangsapuri mewah di New York dan Hollywood..

Laporan berkaitan...

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mendesak pihak berkuasa menyiasat ahli perniagaan Jho Low, yang baru-baru ini memberitahu majalah perniagaan Euromoney bahawa "orang-orang Umno pakar putar belit".

Menulis di Twitter, Khairy berkata Pemuda Umno menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mahu siasatan dibuat terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan Low.

Tweet itu turut memaparkan muka depan The Edge Financial Daily hari ini, yang memetik Low membuat kenyataan sama.

Wawancara itu dijalankan oleh Euromoney untuk keluaran April. Low memberitahu Euromoney, walaupun 1MDB mendapatkan nasihatnya dalam hal tertentu, beliau tidak mendapat manfaat dan tiada peranan langsung dalam syarikat itu.

Kata-katanya, satu-satunya kaitannya apabila beliau membantu menubuhkan Terengganu Investment Authority (TIA) – sebelum berupah kepada 1MDB.

Low berkata beliau turut menjadi sasaran dalam cubaan mengubah perhatian daripada keputusan teruk dibuat syarikat itu.

"Saya sangat kecewa... Saya tak pernah hadapi serangan sebegini daripada segenap penjuru.

"Ini gila, dan orang Umno ini pakar putar belit, mereka tahu semua ini mengarut," katanya.


Lapor Malaysiakini lagi..

Kecewa menjadi mangsa serangan, ahli perniagaan Jho Low mendakwa sesetengah pihak dalam Umno memainkan unsur perkauman untuk memberi gambaran "budak Cina curi wang dan gunakannya beli arak".

Dalam wawancaranya dengan majalah perniagaan Euromoney, beliau berkata telah digambarkan sebagai individu utama yang menukar Terengganu Investment Authority (TIA) kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya lima lagi anggota lembaga TIA dan penasihat-penasihat seperti Goldman Sachs, JPMorgan, Boston Consulting dan McKinsey sebaliknya tidak diteliti.

Low juga menyelar apabila tindakannya berparti dan hubungannya dengan Hollywood dieksploitasi oleh pengkritik.

"Saya buat duit dan saya belanjakannya, itu saja: 'Oh, dia sudah tentu buat duit daripada TIA/1MDB'. Maksud saya semua itu hanyalah tuduhan.

"Dan kerana semua gambar saya dan Paris Hilton minum dan semua itu, kemudian kata kepada bumiputera: 'Oh, budak Cina curi wang dan belanja untuk arak'.

"Dan saya sudah tentu orang yang paling bodoh jika benar-benar buat duit daripada kerajaan dan belanja macam esok nak kiamat, itu perkara paling bodoh kamu akan lakukan," katanya...


Komen di bawah ni aku petik dari Blog Din Turtle ..

Sepatutnya masa soal jawab aritu soalan pasal jho low ni wajib ditanya. 
TV3: Jho Low dikaitkan dengan skandal 1MDB. Terdapat tuduhan mengaitkan jho low dengan salah laku dana 1MDB.. emm Datuk Seri kenal atau tidak individu bernama Jho Low ini? 
Ah jib gor: 1MDB mempunyai aset berbilion ringgit yang melebih inilai hutangnya. Jika aset ini dicairkan, maka hutang 1MDB dapat dibayar. Kerajaan hanya membayar rm1 juta sebagai modal permulaan. Saya tidak terlibat dalam perjalanan urusan harian 1MDB.
TV3: Errrr.. ok Datuk Seri soalan seterusnya.. 
-------------------------------------------------- 
Sepatutnya begini: 
Sepatutnya masa soal jawab aritu soalan pasal jho low ni wajib ditanya. 
TV3: Jho Low dikaitkan dengan skandal 1MDB. Terdapat tuduhan mengaitkan jho low dengan salah laku dana 1MDB.. emm Datuk Seri kenal atau tidak individu bernama Jho Low ini? 
Ah jib gor: 1MDB mempunyai aset berbilion ringgit yang melebih inilai hutangnya. Jika aset ini dicairkan, maka hutang 1MDB dapat dibayar. Kerajaan hanya membayar rm1 juta sebagai modal permulaan. Saya tidak terlibat dalam perjalanan urusan harian 1MDB. 
TV3: Tahniah dan syabas Datuk Seri suatu penjelasan yang sangat mantap yang memberikan pencerahan yang sangat terang bederang yang begitu memberi pemahaman yang sangat mendalam kepada saya sebagaimana fahamnya 154 Ketua Bahagian UMNO yang berjumpa dengan Datuk Seri sebelum ini, syabas dah tahniah saya ucapkan, Datuk Seri memang hebat.

Itulah yang patutnya dijawab oleh moderator TV 3 itu, menjadi pengampu dan terus mengampu.


Setelah menabur budi di Chempaka, UMNO tuntut PAS balas budi di Rompin..

Posted: 13 Apr 2015 11:00 PM PDT


Ia adalah 'langkah manis' jika PAS memutuskan tidak bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) parlimen Rompin, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Adnan berkata, Umno mengambil tindakan sedemikian (tidak bertanding) pada PRK negeri Chempaka, kerana menghormati Mursyidul Am PAS allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat. 

"Jika PAS tidak bertanding...kerana menghormati JJ (Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis) sebagai seorang pemimpin kanan, tentunya ini merupakan tindakan manis (oleh PAS).

"Kita akan jimatkan wang, masa dan tenaga kedua-dua parti," katanya.

Lagipun, sekarang hanya untuk satu kerusi parlimen, kata Adnan pada sidang akhbar selepas melancarkan projek kediaman Swiss-Garden Resort Residences Sungai Karang di sini hari ini. 

Tentang sama ada Barisan Nasional perlu bertanding di PRK parlimen Permatang Pauh, Adnan berkata itu isu lain.

"Permatang Pauh dipegang oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), bukan PAS," kata beliau.

Adnan berkata, Badan Perhubungan Umno Pahang menyambut baik keputusan UMNO Bahagian Rompin untuk menolak sebarang calon dipilih dari luar.

Beliau bagaimanapun berkata ini terpulang kepada pucuk pimpinan parti memutuskan dan seterusnya menjelaskan dengan baik sebab-sebab pemilihan itu.

Semalam, pemangku ketua UMNO bahagian itu Datuk Hasan Ariffin berkata bahagian itu hanya akan menerima calon yang dipilih dari kalangan anggota jawatankuasa bahagian.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang Jamaluddin dalam kemalangan helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April.

Allahyarham Jamaluddin menjadi anggota parlimen kawasan itu selama enam penggal dari 1990. 

Pada Pilihan Raya Umum 2013, beliau menewaskan Ketua Muslimat PAS Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi lapor The Malaysian Insider


Mahathir dakwa ada yang diugut sebab tak sokong Najib..

Posted: 13 Apr 2015 07:56 PM PDT


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendakwa terdapat ugutan dibuat terhadap pihak yang tidak menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Oleh itu, katanya, sokongan kumpulan tertentu terhadap Najib tidak bermakna mereka menyokong 1Malaysia Developmement Bhd (1MDB) yang kini diserang daripada segenap penjuru. 

"Mereka takut. Ada yang tanya saya berkenaan dengan 1MDB dan minta saya buat sesuatu. Sekarang ada ugutan terhadap sesiapa yang tidak menyatakan sokongan kepada Najib.

"Teringat saya kepada ribuan orang yang dibawa berhimpun dan disuruh angkat sepanduk 'I love PM' dan menyanyi 'IM4U'. 

"Tetapi dalam PRU 13 kalah," sindir Mahathir, perdana menteri keempat.

Mahathir tidak menyebut secara khusus ugutan yang dimaksudkannya itu.

Bagaimanapun, ketika ketegangan memuncak akibat kritikan kerasnya, anak tunggalnya yang menyertai politik Datuk Seri Mukhriz Mahathir mula terasa bahangnya.

Naib presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini mengingatkan Mukhriz supaya bertanggungjawab memastikan Umno Kedah tidak berpecah susulan pertemuan khasnya dengan pemimpin-pemimpin negeri semalam.

Bukan kerana 'jambatan bengkok' 

Mukhriz malah digesa meletakkan jawatan jika tidak menyokong kepimpinan Najib, yang dilihat mewujudkan keadaan serba salah kepada ahli politik muda itu.

Sementara itu, kenyataan Mahathir hari ini juga dilihat hampir selari dengan pendirian Umno Pulau Pinang yang mahu 1MDB disiasat, walaupun mereka mendakwa menyokong kepimpinan Najib. 

Dalam tulisan di blognya hari ini, Mahathir juga menolak dakwaan beliau menyerang Najib kerana cadangannya membina "jambatan bengkok" ke Singapura tidak dilayan.

"Jika kerana jambatan bengkok yang saya marah, saya patut tuntut peletakan Najib sebelum PRU13. 

"Sebaliknya saya berkempen untuk kemenangan Najib. Kepimpinan Najib di Selangor tidak berkesan," katanya lagi.

Najib pada 9 April berkata Mahathir pernah memintanya melaksanakan projek itu untuk menggantikan Tambak Johor ke Singapura, sebelum melancarkan serangan terbuka ke atasnya. 

Dalam wawancara khas di TV3, Najib juga berkata Mahathir juga tidak bersetuju dengan penyaluran bayaran tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan berpendapatan rendah.

Menurut Najib, selepas itu barulah Mahathir melancarkan serangan kepadanya, yang dilihat semakin sengit sejak beberapa minggu lalu lapor Malaysiakini


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...