Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Kenapa pula Pemuda UMNO Kedah mahu Putrajaya sekat wawancara Jho Low ini?

Posted: 15 Apr 2015 07:30 AM PDT


Pemuda Umno Kedah mendesak Putrajaya menghentikan langkah akhbar The Edge Financial Daily yang merancang untuk menyiarkan wawancara penuh ahli perniagaan kontroversi yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Low Taek Jho bersama majalah perniagaan antarabangsa, Euromoney .

Ketua Pemuda Umno Kedah Shaiful Hazizy Zainol Abidin menyifatkan langkah menyiarkan wawancara Low yang dikenali sebagai Jho Low menimbulkan persepsi negatif ke atas syarikat pelaburan dana strategik negara yang menanggung hutang RM42 bilion itu.

"Wawancara itu dilihat mempunyai unsur-unsur yang boleh menimbulkan persepsi negatif mengenai 1MDB, sekaligus mengganggu proses audit yang sedang dilakukan," katanya seperti dilaporkan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini.

Berikut adalah terjemahan wawancara itu..

Ahli perniagaan kontroversi, Jho Low akhir-akhir ini bercakap dengan pelbagai media antarabangsa mempertahankan dirinya terhadap tuduhan dibuat media lain, termasuk The Edge, mengenai penglibatan beliau dalam urusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).‎ Minggu ini kami keluarkan semula artikel berdasarkan temu bual beliau bersama majalah Euromoney. Secara berasingan, kami ajukan 10 soalan yang perlu dijawab dan bukannya semata-mata membuat penafian umum.

Siri skandal memalukan syarikat pelaburan strategik negara 1MDB menarik ramai tokoh-tokoh berprofil tinggi daripada pertubuhan di negara ini.

Apatah lagi taikun Low Taek Jho, hartawan yang berpangkalan di Hong Kong.

Namun, Jho Low menafikan semua penglibatan dalam 1MDB. Beliau kini bersedia untuk membela diri secara terbuka – dan menuding jari menyalahkan orang lain.

Kediaman mewah Jho Low di Hong Kong cukup sesuai untuk hartawan muda kelahiran Pulau Pinang, yang dibuang negaranya sebagai penjahat misteri yang membayangi urusan pendedahan syarikat Malaysia.

Keinginan semakin dirasai semasa melangkah ke dalam ruang legar bergaya Jynwel Capital, firma pelaburan ekuiti swasta keluarganya yang berpangkalan di tengah pusat bandar.

Penyambut tetamu memberitahu "Encik Low sedang menunggu" dan dinding terbuka mendedahkan bilik berlatarkan panorama pelabuhan Hong Kong.

Apabila berada di dalam, dinding meluncur senyap tertutup. Seorang pembantu berpakaian rapi membawa ke sebuah bilik dengan kerusi berkulit hitam di tengah-tengahnya. Apabila pelawat duduk, perhatian dialihkan kepada tayangan video korporat pada monitor yang muncul di dinding.

Low (gambar, kanan) muncul buat kali pertama, membintangi siri lawatan empayar beliau di seluruh dunia: pusat peranginan Caribbean, fesyen Eropah, sumber Alaska, hartanah Asia, mesyuarat dengan sheikh Timur Tengah, yayasan dermawannya dengan PBB.

Pembantu muncul semula menghidangkan kopi dalam porselin indah. Sudah tentu, betul-betul ada rasa. Video tamat, dinding lain meluncur terbuka dan kali ini muncul Low sendiri, penuh dengan bonhomie dan menegur pengunjung melalui dinding gelongsor lain.

Dengan seluruh rakyat Malaysia dari semua pihak mendesak pendakwaan bagi dakwaan penipuan dan pengubahan wang haram terhadap 1MDB, Jho Low mungkin dimaafkan kerana ingin beberapa perlindungan tambahan selepas apa yang beliau gelar tempoh masa paling sukar dalam usia 33 tahunnya. Bagaimanapun, Low secara realitinya tidak cukup sesuai dengan jenis pengkritiknya.

Masih muda, beliau khuatir meluahkan pandangan. Ada masanya, semasa perbualan dua jam itu, seolah-olah pengalaman adalah katarsis.

"Saya secara konsisten diserang," Low mengeluh marah dengan skandal melibatkan dana kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Saya sangat kecewa, tetapi saya tidak berkata apa-apa." Malah, sejak Euromoney duduk bersamanya pada 6 Mac, Low membuka mulut dalam siri wawancara dirancang dengan teliti dengan akhbar berpangkalan di Hong Kong, South China Morning Post dan saluran berita CNBC.

Low melawan semula.

"Saya rasa ia sudah sampai ke tahap tidak masuk akal," katanya memberitahu Euromoney.

"Semua serangan bertumpu kepada saya. Nampaknya ada usaha teratur mengatakan: 'Cina muda ini, itu semua kesalahannya; dia menyebabkan kegagalan 1MDB dan nampaknya beliau menasihatkan PM dan semuanya menjadi kucar kacir'."

Sama ada perlu Low dipertanggungjawabkan kerana mengucar-ngacirkan 1MDB adalah persoalan yang hangat dibincangkan di Malaysia.

Hanya beberapa pihak sahaja bersetuju 1MDB adalah dalam perselisihan dalam, menjadi skandal kewangan didorong oleh kebocoran memalukan yang mengancam kepercayaan kredit Malaysia dan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai menteri kewangan dan pengerusi 1MDB yang bertanggungjawab terhadap banyak dana terhutang budi.

Rakyat Malaysia berpendapat, Low mendapat kekayaan daripada duit mereka dan membelanjakannya pada champagne Cristal dan berpesta dengan orang-orang seperti Paris Hilton.

Tetapi mendengar versi Low, beliau dipersalahkan kerana beliau 1) muda, 2) membuat banyak wang dengan cepat dan 3) mungkin yang paling provokatif, etnik Cina Malaysia yang memelihara elit perniagaan Melayu dengan kaitan politik.

1MDB mencetus kontroversi pada 2009 selepas Kementerian Kewangan mengambil alih Pihak Berkuasa Pelaburan Terengganu (TIA), di mana Low ketika itu baru berusia 20an, pemegang ijazah MBA dari Wharton, menubuhkan dengan keluarga diraja Terengganu untuk menyalurkan royalti daripada negeri yang kaya dengan minyak.

Malaysia sudah mempunyai syarikat pelaburan negeri, Khazanah Nasional Berhad, ditubuhkan di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad yang memberinya kuasa ke atas aset utama negara. Tetapi syarikat baharu ini akan berbeza, menurut penyokong kerajaan, lebih dinamik – dana kebangsaan jenama-baru menandakan era satu jenama baru era – era Najib. Ia dinamakan semula 'Satu Malaysia' inisiatif beliau. Ia juga mendapatkan sumber utama wang tunai pada tangan persekutuan, dan tidak di negeri-negeri seperti Terengganu, yang dikuasai pembangkang.

Tetapi 1MDB bermula dengan masalah. Terdapat hutang lapuk. Aset disuntik ke dalam entiti baru bukan luar biasa; politik penuh pegangan tanah di pinggir Kuala Lumpur yang tidak mengeluarkan sebarang hasil, stesen kuasa tua yang memerlukan peningkatan. Tetapi aliran tunai sebenar jarang berlaku, masalah kerana 1MDB cepat mengumpul hutang yang kini kira-kira $12 bilion, beberapa daripadanya daripada bon jamin kerajaan pada 2013 bernilai $3 bilion yang diterbitkan atas terma yang sangat murah hati, diketuai oleh Goldman Sachs. Bank pelaburan AS yang dipercayai memperoleh $300 juta dalam yuran daripada perjanjian itu sahaja, walaupun ia mempertikaikan angka ini.

Terdapat pintu terbuka sendiri di bilik eksekutif kanan 1MDB, dan juga juruaudit luar, jarang berlaku di sebuah syarikat milik negara.

Maklumat rasmi tentang tawaran dana dan kewangannya hanya sedikit. Jika rakyat Malaysia ingin mendapatkan maklumat mengenai perusahaan memiliki, mereka seolah-olah dipaksa mengharungi melalui pejabat pendaftar syarikat negeri dengan perbelanjaan sendiri.

Tiada apa-apa maklumat boleh didapati daripada laman web korporat 1MDB. Selepas berada di bawah perhatian Najib, 1MDB merudum ke dalam skandal kewangan yang didedahkan oleh pembangkang dan kebocoran memalukan Internet, terutama laman web yang berpangkalan di UK, Sarawak Report.

Dikendalikan oleh aktivis alam sekitar Clare Rewcastle Brown, adik ipar bekas Perdana Menteri UK Gordon Brown, laman web ini menjadi seperti Wikileaks Malaysia, menghantar e-mel dalaman memalukan yang terperinci berkenaan hubungan dan urusan Low, 1MDB dan dana terkemuka Timur Tengah, Mubadala Development Corp.

Satu laporan pada bulan Februari oleh Rewcastle Brown, bertajuk 'Heist of the Century', mendedahkan perjanjian yang didakwa pada 2009/10 antara Low, 1MDB dan sebuah syarikat cari gali minyak berpangkalan di Timur Tengah yang tidak begitu dikenali, PetroSaudi International (PSI) yang menyaksikan sekitar AS$900 juta masuk ke sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan Low.

Najib dan keluarganya, terutama isteri Datin Seri Rosmah Mansor, juga muncul dengan jelas dalam surat-menyurat bocor, rahmat kepada pihak pembangkang dan musuh dalam parti sendiri, Umno. Malu dan lemah, Najib bergerak menutup keadaan huru-hara 1MDB, dalam usaha mengehadkan kerosakan kepada kewangan negara, dan perdana menteri.

Walaupun hampir lemas diserang dari segala penjuru, Low berdiam diri mengenai hubungannya dengan dana itu. Tetapi apabila hampir setiap hari pendedahkan urusan dan hubungan beliau dengan perdana menteri, beliau memberitahu Euromoney sudah tiba masanya untuk beliau bercakap, membela diri terhadap pihak yang mengkritiknya.

Silalah sambung bacaan anda di SINI

Ke mana arah pengundi Cina di Permatang Pauh?

Posted: 15 Apr 2015 03:17 AM PDT


Permatang Pauh mempunyai 72,496 pengundi, 70.34 peratus daripadanya Melayu, Cina (22.91 peratus), India (6.32 peratus) dam lain-lain (0.44 peratus).

Daripada 16,608 orang pengundi Cina, BN sekadar memperoleh kira-kira 12 peratus atau 2,000 undi dalam pilihan raya sebelum ini.

Bakinya iaitu 14,000 orang telah mengundi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sejak PRU13, sudah berlaku perubahan dalam kedua-dua parti besar orang Cina, MCA dan Gerakan.

Presiden sudah berubah, hala tuju dan tranformasi parti dilakukan dengan semangat bangkit dari kekalahan memalukan ketika PRU13 lalu.

Kini pilihanraya kecil Permatang Pauh menjadi gelanggang untuk menguji semangat kebangkitan itu.

Mampukah Gerakan dan MCA bangkit semula? Keadaan ini akan dinilai dalam Pilihan Raya Permatang Pauh.

Menurut analisis akhbar Cina Kwongwah Yitpoh, PRK Permatang Pauh adalah Hukum hudud vs GST, pihak mana yang akan menang?

Berdasarkan senario semasa, kebanyakan pengundi Cina masih yakin dengan DAP.

Kebanyakan mereka berpendapat hukum hudud tidak mudah diluluskan, sebaliknya GST sudah tiada jalan untuk berpatah balik.

Rasa tidak puas hati terhadap GST dan hukum hudud adalah sama. Namun begitu, pengundi termasuk pengundi Cina adalah jelas tidak berpuas hati dengan GST.

Hukum hudud sebaliknya melibatkan isu agama. Oleh itu walaupun tidak berpuas hati, perasaan rakan beragama Islam masih perlu dijaga.

MCA dan Gerakan sedar ekoran daripada GST, peluang Barisan Nasional (BN) untuk menang adalah tipis.

Kemenangan hanya berlaku jika calon PKR silap ketika mengisi borang dan memberi laluan mudah kepada BN. Intipati pilihan raya kecil ini bukan mencipta kejutan, tetapi membantu BN menambah sokongan pengundi bukan Melayu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman telah membuat satu perhitungan mudah iaitu hanya 12 orang daripada 100 Cina mengundi BN.

Sebanyak 88 undi pula berada dalam tangan pihak lawan. Beliau berpendapat undi Cina dan undi atas pagar merupakan faktor kemenangan dalam pilihan raya kecil justeru menjadi rebutan kedua-dua pihak.

Gerakan mempunyai lebih 1,500 ahli di Permatang Pauh manakala MCA mempunyai 2,084 ahli.

Jumlah pengundi berdaftar daripada kedua-dua parti ialah 3,584 orang. Adakah kesemua yang menyokong BN dalam pilihan raya lalu adalah ahli Gerakan dan MCA?

Dua parti ini perlu menarik sokongan ahli mereka yang tidak mengundi atau mengundi kepada parti lawan.

Dalam perhitungan BN, mereka tidak mengharapkan MCA, Gerakan menarik sokongan separuh pengundi Cina, tetapi mahu tahap sokongan ditingkatkan daripada 12 peratus kepada 30 peratus.

Keadaan itu bermakna tahap sokongan Cina diharapkan dapat dinaikkan kepada 5,000 undi atau peningkatan sebanyak kira-kira 3,000 undi berbanding pilihan raya sebelumnya.

Persoalannya, adakah MCA dan Gerakan yakin untuk mencapai sasaran ini? Difahamkan MCA tidak menaruh harapan yang terlalu besar, mereka berpandangan adalah cukup baik jika undi Cina dapat meningkat kepada 3,000 ~ AgendaDaily



Kedudukan Najib meruncing semula dan semakin tertekan?.. Betoi ka?

Posted: 15 Apr 2015 01:16 AM PDT


Kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dilihat menerima sokongan dan stabil kini mulai tergugat apabila ahli perniagaan, Low Taek Jho, atau dikenali sebagai Jho Low bersuara, kata bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin.

Lebih dikenali dengan panggilan Zam, bekas wartawan itu berkata, perkara itu berlaku apabila Jho Low menuduh Umno menjadi dalang dalam skandal syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Gambaran Najib berada dalam keadaan stabil dan kuat dengan sokongan dalam parti dan luar parti, tergugat dan meruncing semula apabila ahli perniagaan terkemuka Jho Low menuduh Umno menjadi dalang yang memutar belitkan isu 1MDB yang menyebabkannya dianggap sebagai punca skandal.

"Jho Low menuduh ini dilakukan oleh ahli-ahli putar belit Umno," katanya di dalam blognya zamkata.blogspot.com semalam.

Dalam artikel bertajuk, "Kedudukan Najib meruncing semula dan semakin tertekan", Zam berkata, tindakan Jho Low itu membangkitkan kemarahan Ketua Pemuda Umno, yang juga Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin serta beberapa kepimpinan lain Umno yang sebelum ini mengikrarkan taat setia kepada Najib.

"Mereka mahu Jho Low disiasat," kata Zam.

"Dengan Najib dan keluarganya diketahui sebagai bersahabat baik dengan tokoh perniagaan besar ini yang juga dikenali sebagai kaki berpoya-poya, maka pertanyaan Dr Mahathir siapakah orang ini yang menjadi penasihat kepada 1MDB menambah kredibiliti keyakinan dan sokongan kepada Dr Mahathir yang mendakwa berjuang seorangan," katanya.

"Malah lebih buruk lagi hari ini (semalam) bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menyokong tuntutan Dr Mahathir supaya siasatan terhadap kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dibuka semula."

Zam berkata, perkara itu jelas menunjukkan tekanan semakin hebat mulai dirasakan Najib di samping sokongan yang ditunjukkan banyak pihak kepadanya.

Dr Mahathir juga pada Isnin mengakui dirinya bersendirian dalam mengkritik pentadbiran Najib.

"Saya sedar saya keseorangan. Tetapi jika saya juga berasa bertanggungjawab kepada rakyat salahkah? Apabila duit rakyat hilang dan ini tersembunyi dari rakyat salahkah kalau saya tanya?

"Hakikatnya wang 1MDB ada di mana masih tidak dijawab, kata Najib wang itu tidak ada di Cayman Islands. Tetapi dulu mengaku ada di Cayman Islands dan sudah dibawa balik," katanya menerusi blognya, chedet.cc.

Dr Mahathir dilihat berterusan mengkritik pentadbiran Najib serta mempersoalkan tadbir urus kerajaan termasuk menyentuh isu membabitkan syarikat milik Kementerian Kewangan yang dibebani hutang itu, 1MDB, serta isu Altantuya.

Susulan kritikannya, pemimpin Umno dari semua peringkat menyatakan sokongan terhadap pentadbiran Najib termasuk parti komponen Barisan Nasional (BN) dan bekas penjawat awam kanan kerajaan.

Anak kepada Dr Mahathir, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, turut tidak terlepas daripada tekanan dan digesa menyuarakan pendiriannya terhadap kepimpinan dan pentadbiran Najib.

Ketika bapanya semakin rancak mengkritik perdana menteri itu, Mukhriz berkata, Umno Kedah akan membuat keputusan sama ada menyokong Najib atau tidak pada satu mesyuarat 24 April ini.

Dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin, yang menggesa beliau meletak jawatan sebagai menteri besar Kedah, Mukhriz menyifatkan wakil rakyat itu terlalu ghairah dalam mengeluarkan kenyataan.

"Kami bersetuju sesama kami, jangan ada apa-apa kenyataan (sebelum 24 April). Kami hendak satu kenyataan bersifat konsensus dalam kalangan semua anggota Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah.

"Nampaknya Ahmad agak ghairah sangat, dia keluarkan kenyataan sebelum kami keluarkan kenyataan rasmi," kata Mukhriz mengulas tindakan Ahmad memintanya meletak jawatan sekiranya gagal menyokong kepimpinan Najib lapor The Malaysian Insider


Siapa pulak Calon BN untuk PRK Permatang Pauh ni??

Posted: 14 Apr 2015 11:00 PM PDT


Nampaknya sekali lagi UMNO/BN mengulangi strategi yang menurut mereka terbukti berkesan di Permatang Pauh..

Menurut sumber yang boleh dipercayai sebelum Muhyiddin turun ke Permatang Pauh, tiga nama telah disenaraikan sebagai Calon BN untuk PRK P044.

Mereka ialah Hasan Mohammad, Norsafri Said dan seorang lagi ialah bekas calon BN di kerusi itu sendiri dalam PRU yang lalu iaitu Dr. Mazlan Ismail.

Ketua Bahagian UMNO Datuk Zaidi tak ada namanya.. dia cuma menjadikan dirinya sebagai umpan di laman Facebook untuk mengalihkan sasaran serangan..

Ramai yang tertipu dengan strategi itu.. kalau tak percaya lihat dalam laman Facebook Datuk atau Cikgu Zaidi sendiri.

Setelah Muhyiddin turun ke Permatang Pauh tinggal dua nama saja.. satu dah digugurkan, dipercayai nama kaum kerabat Cikgu Zaidi, Norsafri Said digugurkan..

Dengan gugurnya nama Norsafri Said tu isu kronisma berjaya dihilangkan dalam isu calon dari BN itu..

Kalau dulu semasa PRU13 Jentera PKR menggunakan tag line "Calon kami orang muda.. Calon depa orang tua.."

Kali ini bolehlah UMNO/BN menggunakan tag line "Calon kami dari akar umbi.. Calon depa mai  dari langit"..

Ahli UMNO Cawangan Tanjung Putus yang berusia 36 tahun itu dikatakan lulusan Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan seorang Peguam.

Beliau dikatakan boleh berkomunikasi dalam beberapa bahasa termasuk bahasa Jepun.. tapi kat Permatang Pauh ni tak ada orang Jepun..

Yang tinggal kini hanya dua nama iaitu Hassan Mohammad dan Dr. Mazlan Ismail..

Dr. Mazlan dalam PRU yang lalu berjaya merampas hingga hampir 5,000 undi dari Calon PKR iaitu Ketua Umum PKR DS Anwar Ibrahim.

Beliau dikatakan bekas ahli Pas selama lebih 25 tahun di Permatang Pauh, juga merupakan bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang serta dikatakan juga sebagai Ahli PAS seumur hidup..

Nama kedua ialah Hasan Mohammad, 50 atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Hasan di Permatang Pauh ini..

Cikgu Hasan ialah Ketua Penerangan UMNO Bahagian Permatang Pauh, Cikgu Hasan ini bukan calang-calang kerana beliau dikatakan mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari Universiti Sains Malaysia (USM).

Sebelum menjawat jawatan Pengarah BTN negeri, Cikgu Hasan juga merupakan bekas Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah.

Itu dua nama calon dari UMNO/BN..

Apa yang menariknya ialah kedua-dua mereka mempunyai pertalian atau hubungan dengan PAS, baik dari segi sejarah mahupun dari segi pertalian keluarga..

Dr. Mazlan Ahli PAS seumur hidup yang dikatakan bekas Ahli PAS.. dan Cikgu Hasan pula dikatakan majoriti ahli keluarganya adalah penyokong tegar PAS..

Fikir-fikirkan....kenapa mereka?.. he.. he..



Eh??.. Dah bocor nama Calon PKR untuk PRK Permatang Pauh?

Posted: 14 Apr 2015 09:27 PM PDT


Yang aku tahu.. secara rasminya nama bagi Calon PRK P044 dari PKR akan diumumkan pada 24hb ini iaitu sehari sebelum penamaan Calon..

Malangnya ada manusia yang tak amanah dan tak boleh menyimpan rahsia di bocorkannya nama calon dari PKR tu..

Tapi.. biasalah.. mulut tempayan bolehlah ditutup.. mulut manusia yang gila 'mike' ni mana boleh nak tutup..

Laporan berkaitan...

PETALING JAYA: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dipilih bertanding sebagai calon Pakatan Rakyat (PR) di kerusi Parlimen Permatang Pauh, 7 Mei depan. 
Pengesahan itu dibuat oleh sumber dalaman parti berkenaan kepada FMT mengakhiri spekulasi siapa yang bakal mengisi kekosongan selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun atas kesalahan liwat. 
Sebelum ini terdapat desas-desus, ia akan diisi anak keduanya, Nurul Nuha Anwar. Menurut perancangan, PKR akan mengumumkan calonnya yang akan bertanding pada 14 April. 
Dalam pengumuman yang dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya, 8 April lalu, Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memaklumkan tarikh penamaan calon akan dibuat pada 25 April ini. 
Sekiranya benar maklumat berkenaan, ia bukan perkara baru bagi Wan Azizah kerana pada 1999, beliau pernah bertanding mengisi kekosongan yang ditinggalkan Anwar, selepas beliau dipenjara atas kesalahan penyalahgunaan kuasa dan rasuah. 
Dalam pilihan raya berkenaan, Wan Azizah menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ibrahim Saad dengan majoriti 9077 undi. 
Selepas lebih dua penggal, beliau kemudian meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang, bagi memberi peluang kepada Anwar bertanding semula dalam PRK Permatang Pauh yang diadakan pada 31 Julai 2008 lapor Free Malaysia Today


Betul ke Wan Azizah jadi calon?.. entahlah.. sebab setahu aku segalanya belum dimuktamadkan..


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...