Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Ibrahim Ali muncul!! pertahan Mahathir dan Mukhriz, belasah Najib dan Khairy..

Posted: 16 Apr 2015 02:23 AM PDT


Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan anugerah tuhan kepada rakyat Malaysia, tetapi perdana menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Allah anugerahkan Mahathir kepada rakyat Malaysia.

"Beliau permata negara ini," kata Ibrahim dalam pertermuan dengan pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Ibrahim berkata PERKASA tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam kemelut Mahathir dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kumpulan pendesak Melayu itu sebaliknya berkata mereka hanya menyebelahi "kebenaran".

"Kita tidak menyokong Mahathir membabi buta tetapi oleh kerana beliau menuntut kebenaran, jadi kami di sebelahnya.

"Tidak kisahlah sama ada kamu perdana menteri atau bukan, semuanya harus berasaskan fakta," katanya.

Dalam pada itu Malaysiakini juga melaporkan..

PERKASA mempertahankan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang kini menerima tekanan dalam Umno susulan kritikan keras oleh bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad ke atas Datuk Seri Najib Razak.

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali malah membandingkan Mukhriz dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang menurutnya "tidak sehebat mana".

Katanya, beliau bersetuju dengan tindakan Mukhriz kerana tidak terburu-buru menyatakan pendirian dalam isu pertelingkahan di antara Mahathir dan Najib.

Ia menunjukkan Mukhriz mampu mengawal diri dan tidak "gelojoh" seperti Khairy.

"Baguslah dia cuba menjaga kedua-dua belah pihak; dia hormat pada bapanya yang merupakan seorang negarawan dan dia sedar Najib memilih beliau sebagai menteri besar.

"Itu adalah cara yang betul (tidak terburu-buru membuat kenyataan).

"Daripada sini saya boleh lihat watak negarawan berkembang dalam diri dia.

"Jadi dalam konteks ini, Khairy lebih gelojoh," kata Ibrahim lagi yang menambah, Mukhriz akan mengusutkan lagi keadaan jika menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak.

Khairy pada minggu lalu menghimpunkan para pemimpin bahagian Pemuda Umno dalam satu acara untuk menyatakan sokongan pada Najib.

Menurut Ibrahim lagi, Khairy yang kini merupakan menteri belia dan sukan hanya mampu mencapai kedudukan itu kerana pertalian dengan bekas PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Khairy bertuah hanya kerana dia menantu Pak Lah (Abdullah). Ibrahim Ali juga bertuah jika dia menantu Pak Lah.

"Tapi saya hanya anak orang kampung. Dalam Umno, semuanya diwarisi," katanya kepada pemberita hari ini.

Ibrahim juga berkata, beliau tidak mahu mencari masalah dengan Khairy.

Buskers pun Pegawai Kerajaan nak pau?

Posted: 16 Apr 2015 01:00 AM PDT


"Memang ada segelintir pegawai kerajaan yang mengharapkan imbuhan dari program-program yang ditawarkan kepada buskers di samping ingin mendapat nama dan 'tunjuk buat kerja' tanpa ada keikhlasan dalam berperanan sebagai seorang kakitangan yang komited."

Pendedahan itu dibuat Presiden Kelab Penghibur Jalanan Malaysia (MYBC) Wady Hamdan yang dilihat kemuncak kepada rasa tidak puas hati kerana pemuzik jalanan atau buskers yang kerap diperdaya oleh sesetengah agensi kerajaan yang meminta mereka membuat persembahan namun tidak menerima habuan setimpal.

Kata Wady, apabila perkara sedemikian terjadi, imej dan kredibiliti mereka akan tercemar sekali gus melunturkan semangat untuk memberi kerjasama dan memastikan sokongan berjalan lancar.

"Saya berharap agar sikap pegawai seperti ini dapat dipantau secara serius dan diambil tindakan agar tidak menjejaskan pembentukan agenda yang baik untuk negara.

"Kita akan terus lebih berani dalam menyampaikan suara sesuatu komuniti. Kerajaan juga perlu terus memastikan semua agensi di bawah faham tanggungjawab mereka," katanya.

Wady mengulas masalah yang melanda beberapa buskers di bawah naungan MYBC yang dikatakan ditindas beberapa agensi kerajaan dalam isu bayaran persembahan.

Sebelum ini, Wady dilaporkan berkata, buskers bukan peminta sedekah dan mahu masyarakat melihat mereka sebagai seniman jalanan selain tidak terpalit dengan persepsi sebagai penagih dadah.

Wady turut memberi amaran tidak lagi mampu bertolenrasi sekiranya segala gerak kerja bersama mana-mana jabatan atau agensi kerajaan, menimbulkan masalah atas sikap negatif kerana tidak memperoleh imbuhan atau kepentingan.

"Kita tidak akan teragak-agak untuk memohon kerjasama polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu sekiranya ada salah laku yang mencurigakan.

"Kita sudah terlalu penat dengan sikap seperti ini dan seringkali merasa dianiaya pihak pegawai kerajaan yang tidak bertanggungjawab," ujarnya.

Wady turut mencadangkan kerajaan membentuk satu format maklum balas kerjasama agar pihak yang bekerjasama dapat membuat penilaian.

"Ia merangkumi prestasi dan kerjasama yang diberikan kakitangan kerajaan yang terlibat dalam sesuatu program atau projek.

"Saya lihat perlu diajukan laporan kepada satu badan khas yang dibentuk bagi menilai prestasi pegawai dan kakitangan kerajaan.

"Cara ini mampu melahirkan sikap yang lebih profesional dan komited dikalangan jentera kerajaan agar lebih efisyen," jelasnya.

Katanya lagi, beberapa buskers di bawah naungannya pernah melalui saat getir seperti tidak menerima bayaran program di bawah pihak kerajaan.

"Ada buskers tidak menerima bayaran dalam tempoh yang lama dan pernah dimanipulasi oleh segelintir pegawai kerajaan. Banyak cabaran dan dugaan yang perlu ditempuhi termasuk kerenah dari pelbagai sudut. Tidak semuanya adalah kejayaan mudah.

"Saya tidak dapat menerima sikap segelintir pegawai kerajaan yang tidak mampu bekerja dengan ikhlas, jujur dan amanah dalam memastikan perjalanan sesuatu agenda itu dalam keadaan telus dan bersih walaupun tahu mereka juga adalah manusia biasa yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan.

"Apabila kesilapan dikenal pasti, mereka tidak membantu dalam menyelesaikan permasalahan. Maka, pihak kedua seperti buskers akan dibebani segala kesulitan dan diletakkan sebagai pihak yang perlu bertanggungjawab," katanya.

Jelasnya, MYBC kini berperanan untuk menaik taraf aktiviti busking tempatan ke arah lebih standard dan menuju sebagai satu 'Kuasa Jalanan' yang berupaya membentuk industri mampu maju negara.

"Selama hampir tiga tahun, MYBC berjaya menyatukan hampir 9,000 ahli di seluruh negara untuk berada di bawah satu bumbung dan pertumbuhan komuniti buskers di setiap negeri semakin bertambah.

"Ia dilihat kerana keyakinan terhadap penerimaan masyarakat dan juga mampu memperoleh pendapatan lumayan," ujarnya.

Silalah sambung bacaan anda di SINI


Laluan sukar buat PKR di Permatang Pauh...

Posted: 15 Apr 2015 11:05 PM PDT


Pas Kawasan Permatang Pauh mengingatkan PKR agar tidak meletakkan Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai calon di PRK Permatang Pauh pada 7 Mei ini.

Ketua Penerangan Pas Permatang Pauh, Jamsari Samad berkata, pihaknya berpandangan PKR bakal melalui laluan sukar sekiranya meletakkan Presiden PKR itu sebagai calon.

"Kami bekerja bertemu rakyat, apabila ada suara-suara yang kononnya PKR akan meletakkan Wan Azizah sebagai calon, mereka tidak setuju.

"Wan Azizah juga pernah mengeluarkan kenyataan yang beliau tolak hudud sebelum ini, kena faham situasi di Permatang Pauh, di sini banyak madrasah serta sekolah agama, ramai cerdik pandai agama di sini, dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Wan Azizah menyebabkan mereka tidak mahu Wan Azizah menjadi calon," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Selain itu, katanya, Wan Azizah juga pernah mengeluarkan kenyataan yang beliau berhasrat menumpukan perhatian kepada keluarga.

"Kita di pihak Pas Permatang Pauh tidak ada masalah dengan beliau, beliau juga sebelum ini pernah keluarkan kenyataan bahawa nak fokus kepada keluarga, jadi beliau kenalah tunaikan janjinya itu. 

"Pas Permatang Pauh mempunyai 30 cawangan di bawahnya, setiap cawangan ada peranan masing-masing, kita bertemu rakyat dan apabila ini yang rakyat sampaikan, kita kena beritahu kepada mereka," katanya.

Bagaimanapun Jamsari berkata, sekiranya PKR meletakkan Wan Azizah sebagai calon, pihaknya tetap akan bantu kempen.

"Setakat ini perbincangan dengan pihak PKR di peringkat cabang belum lagi diadakan, kalau ada boleh kita suarakan mengenai perkara ini," katanya.



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...