Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Akhirnya Ridhuan Tee tahu jenis pemimpin yang UMNO ada..

Posted: 21 Apr 2015 08:30 AM PDT


SAYA tidaklah rapat dengan Tun Mahathir. Tetapi dalam Perkim, Tun adalah YDP dan saya adalah antara NYDPnya. Dua atau tiga bulan sekali, pasti kami berjumpa, bermesyuarat.

Selaku seorang negarawan, Tun boleh mengambil pendirian berdiam diri. Apatah lagi apabila sampai usia emas ini. Bermain dengan anak cucu. Tidak perlu pening kepala. Tetapi Tun tidak memilih jalan tersebut.

Negarawan tetap negarawan, hatinya tidak akan tenang, jika ada yang tidak kena. Tun lantang mengkritik dan memberi pandangan. Adakah itu salah dalam sebuah negara demokrasi?

Ada yang menyalahkan Tun kerana tidak menggunakan saluran parti. Persoalannya, adakah saluran parti akan menerima pandangan Tun atau pandangan Tun mungkin disenyapkan?

Memahami politik Malaysia, kadangkala orang sekeliling kita lebih sudu daripada garpu. Mungkin Tun dengan PM tidak ada apa-apa. Pertemuan bagaikan adik-beradik. Tetapi tidak kepada orang keliling. Cucuk sana, cucuk sini. Keadaan semakin buruk. Elok juga kadangkala PM berdiam diri.

Kita selalu mencari siapa benar, siapa salah. Bukannya mencari apa yang benar, apa yang salah. Berilah jawapan yang Tun bangkitkan. Itu sahaja yang Tun pinta.

Sama ada Tun berpuas hati atau tidak, kita lihat, yang penting jawab. Tun seorang yang rasional. Ada perkara yang saya berbeza dengan Tun, terutama isu hudud.

Tidak dinafikan Tun ramai pengikut senyap. Tun tidak keseorangan. Memahami budaya politik Umno, ketika berkuasa, pemimpin disanjung dan dijunjung. Kentutnya pun bau wangi. Berbeza dengan Tun, walaupun sudah tidak berkuasa, taringnya masih ada.

Politik membodek amat ketara ketika berkuasa. Jarang yang berani kata 'No' kepada PM. Boleh dikatakan, semuanya 'Yes' belaka. Saya tidak yakin PM mahukan jawapan sedemikian. PM mahukan keikhlasan. Tegur dan beri pandangan dengan ikhlas dan jujur. Bukan melaga-lagakan.

Tidak cukup dengan Tun, anak Tun, Mukhriz, MB Kedah, turut dimangsakan oleh segelintir pemimpin Umno. Mereka mahukan anak Tun menyatakan pendirian sama ada sokong Tun atau PM. Tidak salah jika anak Tun mengambil pendirian menyokong mana pun.

Apa yang penting, neraca yang digunakan, Islam. Amar makruf, nahi mungkar. Ditakdirkan anak menyokong bapa, tidak perlu cari jalan menyingkirkannya. Berlapang dada.

Kenapa perlu mangsakan sesama sendiri, sesama saudara? Tidak bolehkah dalam keadaan bermasalah kita berperanan menjernihkan, bukan menambah. Ibarat menarik rambut dalam tepung.

Kalau pemimpin Umno terus mengambil tindakan, saling jatuh-menjatuh, tikam-menikam, fitnah-menfitnah, Umno sedang menanti untuk membusuk, menggali kubur sendiri.

Amat malang, pemimpin yang tidak memikirkan kepentingan Umno secara keseluruhan, tetapi lebih kepada dahan yang mana lebih kuat untuk berpaut. Memang, politik itu sesuatu yang tidak boleh dijangka.

Ini belum termasuk lagi kisah salah seorang pemimpin pemuda Umno yang dikaitkan dengan skandal gadis keliling pinggang. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana pemuda ini boleh memimpin Umno suatu masa nanti. Eloklah pimpinan Umno cepat-cepat keluarkan orang sebegini.

Ambil iktibar ultra kiasu yang bijak berpolitik. Licik dan berstrategi. Misalnya, memberi amaran kepada Pas agar tidak terjerat dalam "perangkap" Umno, dengan merujuk kepada insiden ketika Pas menyertai kerajaan campuran BN 1973, selepas itu 'ditendang' keluar pada tahun 1977 serta tragedi Memali pada 1985.

Sebab seterusnya dia kutuk PAS.. sambunglah bacaan anda di SINI


Tempo siar gaya hidup mewah Rosmah sempena kehadiran Najib ke Indonesia.. kenapa agaknya?

Posted: 21 Apr 2015 05:30 AM PDT


Sebenarnya laporan yang disiarkan oleh Majalah Tempo dari Indonesia ini suatu masa lalu pada sekitar Februari 2015 pernah disiarkan oleh Tempo versi online.

Bezanya tajuk bagi dalam laporan khas majalah Tempo sempena ulangtahun ke-60 Persidangan Asia Afrika yang akan dihadiri Najib, Khamis ini ialah "Hidup mewah sang perdana menteri".

Manakala tajuk bagi versi online 'Sekali Tata Rambut, Istri Najib Razak Habiskan Rp 4,28 Juta'.. isinya adalah sama..

Berikut adalah laporan dari Malaysiakini...

Kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Indonesia bakal disambut dengan laporan sebuah majalah paling berpengaruh di republik itu berhubung gaya hidup mewah beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. 
Rencana bertajuk "Hidup mewah sang perdana menteri" itu ditampilkan dalam laporan khas majalah Tempo sempena ulangtahun ke-60 Persidangan Asia Afrika yang akan dihadiri Najib, Khamis. 
Tempo antara lainnya memetik laporan The New York Times, yang menyebut mengenai minat Rosmah pada beg tangan mewah dan barang kemas. 
Majalah tersebut turut menggariskan mengenai kegemaran Najib dan Rosmah pada jam tangan mewah, seperti ditunjukkan oleh NGO pemantau jenayah Malaysia, MyWatch. 
Tempo malah menyebut bahawa Rosmah memiliki sekurang-kurangnya empat jam tangan mewah, sedangkan gaji suaminya hanya sekitar RM350,000 setahun. 
"Gaya hidup Najib dan keluarganya itu memancing kemarahan masyarakat Malaysia," laporan itu dipetik. 
Selain itu, laporan tersebut juga membangkitkan mengenai bayaran RM1,200 untuk dandanan rambut Rosmah. 
Tidak ketinggalan, isu harta yang diraih anak tiri Najib, Riza Aziz, yang membeli apartmen mewah di New York dan rumah mewah di Beverly Hills.

Ini pula versi online yang disiarkan majalah Tempo..


TEMPO.CO, Kuala Lumpur - Rosmah Mansor, istri Perdana Menteri Malaysia Najib Razak, mengaku biaya salonnya tidak murah. Sekali menata rambut, ia biasa merogoh kocek hingga 1.200 ringgit atau setara Rp 4,28 juta. Sedangkan untuk penata busananya, sekali datang tarifnya 500 ringgit atau setara Rp 1,78 juta.

Padahal dalam sehari ia beberapa kali menghadiri acara. Tentu penampilannya harus disesuaikan. "Kami harus berbusana yang indah sesuai fungsi," ujarnya. Para penata rambut dan penata busana itu biasanya dipanggil untuk datang ke rumahnya.

Demi menjaga penampilan pula ia konsisten untuk menggunakan tas-tas bermerek. The New York Times menulis Rosmah adalah penggemar tas bermerek Birkin. Ia sedikitnya memiliki sembilan tas dan dompet keluaran Hermes, yang namanya terinspirasi oleh penyanyi dan aktris Jane Birkin itu.

Tas mewah ini memang menyasar para selebriti. Satu tas berharga antara US$ 9.000 hingga US$ 150 ribu (antara Rp 115,8 juta hingga Rp 1,93 miliar).

Media asal AS ini menulis Hong Kong adalah tempat belanja favorit Rosmah, terutama untuk membeli perhiasan. Media ini mengaku mengantongi kuitansi pembayaran Rosmah yang nilainya mencapai jutaan dolar AS pada 2008 dan 2009. Pada satu kesempatan yang sama, ia memborong sekaligus cincin berlian dan zamrud serta gelang berlian, zamrud, dan ruby.

Menurut laporan terbaru Asia Sentinel, gaya hidup mewah Rosmah menjadi pusat dari perpecahan dalam keluarga Razak. "Saudara-saudara Razak secara terbuka mengkritik Rosmah di meja makan malam atau acara keluarga lainnya," kata seorang sumber, seperti dikutip Asia Sentinel.

"Kini keluarga Nazir pindah ke Oxford, tempat ia menghabiskan 60 sampai 70 persen dari waktunya. Kakaknya, Nizam, menghabiskan waktu bersama keluarganya di Boston. Dua kakak laki-lakinya, Johari dan Nazim, juga tidak bisa bergaul dengan Rosmah," kata sumber itu.

Sepenuhnya silalah baca di SINI


Persoalannya ialah mengapa ya Najib diserang majalah ini ketika beliau mahu menjejakkan kakinya ke Indonesia?

Siapa dalang agaknya??


Eh? Dalam diam Najib dah sampai Kazakhstan?

Posted: 21 Apr 2015 02:07 AM PDT


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berada di Kazakhstan dan telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Nursultan Nazarbayev.

Berita mengenai lawatan itu disiarkan agensi berita luar negara itu, kazinform.

Dalam berita yang bertarikh 18 April 2015, Najib bersama rakan sejawatnya mengadakan perbincangan di Almaty.

Ia menyentuh perbincangan dua hala yang mencakupi kerjasama dalam bidang ekonomi, dagangan, pelaburan dan kemanusian.


Bagaimanapun laporan berita berkenaan tidak menyiarkan sama ada beliau diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor atau sebaliknya.

Usaha untuk mendapatkan kesahihan berhubung lawatan Perdana Menteri ke negara berkenaan melalui Facebook dan Twitternya gagal kerana tiada sebarang status lawatan ke luar negara yang dikemaskini lapor Free Malaysia Today


Majlis resepsi perkahwinan anak Najib iaitu Nooryana Najwa dengan pemuda dari Kazakhstan Daniyar Kessikbayev telah diadakan pada 28 Mac 2015 di Kuala Lumpur dan juga di Pekan, Pahang.

Kemudian Najib tiba-tiba hilang dari persada berita negara kita..

18hb April Najib dilaporkan berada di Kazakhstan bertemu dengan Presiden Kazakstan pula..

Hmmm...


Hanya vampires takutkan salib kata Wardina

Posted: 20 Apr 2015 11:00 PM PDT


Artissorang ni tak faham ka macai kata tengok lambang salib tu kewujudan salib di kawasan majoriti Melayu Islam itu mencabar agama Islam dan boleh menjejaskan akidah anak muda?

Katanya "Dalam era materialisme orang yang memiliki kepercayaan yang ikhlas memberi inspirasi kepada saya. Pengabdian, keikhlasan dan ikatan kepada Tuhan ialah satu pengalaman yang mengharukan dan memberi kesedaran kepada mereka yang memiliki iman sahaja.

"Kepada orang Islam, bertindaklah seperti orang Islam. Hanya vampires takutkan salib. Sampaikan salam saya kepada Pastor dan sampaikan permohonan maaf saya kepada penganut Kristian Taman Medan.

"Kenapa entri ini penting, kerana saya tahu bagaimana rasanya menjadi minoriti. Bagaimana terlukanya apabila dibuli kerana kepercayaan anda dan amat bermakna bila penganut bukan Islam tampil menyatakan solidariti.

"Apabila penduduk bukan Islam tampil menyokong kami di Australia, saya amat bersyukur dan berterima kasih, ia amat bermakna. Saya harap kita boleh menyatakan solidariti terhadap penganut Kristian meskipun segelintir daripada kita melayan mereka dengan teruk," kata selebriti itu yang kini menyambung pengajiannya di Australia.

Fuh!! nasib baik dia ada di Australia.. kalau tak esok penuhlah depan rumah dia dengan macai yang datang demo..

Laporan berkaitan..

"Saya harap salib itu akan kekal di situ. #‪letthecrossstay‬. Tolong jangan turunkannya," tulis selebriti Wardina Safiyyah mengulas kejadian kontroversi di sebuah gereja di Taman Medan kelmarin.  
Kata Wardina, sejak berabad lalu umat Islam dan Kristian boleh hidup dengan aman. Justeru, katanya, kejadian penganut Kristian "dibuli" oleh Muslim sangat dikesali.  
"Pada zaman kebendaan, seseorang yang memiliki keyakinan ikhlas memberi inspirasi kepada saya. Pengabdian, kejujuran dan hubungan kepada Tuhan adalah pengalaman yang memberi kesedaran yang hanya difahami oleh seseorang yang beriman.  
"Kepada umat Islam, bertindaklah seperti orang Islam. Hanya hantu yang takutkan salib," katanya.

Komen Wardina itu merujuk kepada tunjuk perasaan sekumpulan orang Melayu membantah lambang salib pada bangunan gereja di Taman Medan. 
 
Seorang daripada mereka dikenal pasti adalah calon BN dalam pilihan raya umum lalu, manakala seorang lagi ialah abang kepada Ketua Polis Negara. Kata Wardina, dia faham bagaimana perasaan menjadi kumpulan minoriti dan dibuli kerana kepercayaan seseorang itu.  
"Apabila seorang bukan Islam di Australia memberi sokongan kepada Muslim, ia sangat bermakna.

"Saya harap kita juga memberi sokongan kepada penganut Kristian apabila sesetengah kita melayan mereka dengan kasar. 
 
"Salib adalah lambang mereka. Biarkan ia di situ. Jangan ganggu mereka," katanya lapor Malaysiakini

Tengok salib takut tergugat akidah... masuk kasino tak apa lah pulak mamat sorang tu..


Zahid sergah Khalid?

Posted: 20 Apr 2015 09:29 PM PDT


Terdahulu, Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar berkata tiada elemen hasutan dalam protes semalam kerana isu berkenaan tidak melibatkan agama Kristian.

"Kami tidak melihatnya sebagai menghasut kerana ia tidak menyentuh mengenai agama Kristian tetapi hanya tentang lokasi gereja," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

"Kami mengkaji keseluruhan isu dan ia bukan berunsur hasutan kerana ia bukan mengenai agama Kristian.

"Salib itu diturunkan susulan terdapat permintaan daripada masyarakat. Tidak terdapat keganasan," kata Khalid, sambil menambah yang perkara itu dianggap isu masyarakat dan sudah diserahkan kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan kerajaan negeri Selangor.

Hebat.. tak sampai 24 jam dah dibuat siasatan secara menyeluruh dan dah selesai kononnya..

Tapi mungkin kerana salah seorang dari pemimpin Umno yang turut hadir ialah Datuk Abdullah Abu Bakar, abang kepada Khalid.

Malangnya.. kenyataan KPN itu disanggah oleh Menteri Dalam Negeri..

Menteri dalam negeri itu dilaporkan portal Malaysiakini memberi persetujuan yang tegas apabila ditanya sekiranya tindakan penunjuk perasaan itu, yang meminta salib gereja diturunkan, bersifat hasutan. 
"Sudah tentu! Ya, ya,ya!" beliau dipetik berkata. 
"Saya sangat buta warna. Polis sangat buta warna. Tindakan perlu diambil atau akan diambil terhadap mereka." 
Zahid yang juga naib presiden Umno berkata, tindakan disiplin juga akan diambil kepada ahli parti yang menyertai bantahan di gereja itu. 
"Sudah tentu, sudah tentu, sudah tentu… Kerana mereka melanggar peraturan. Dalam Umno, kita perlu. Hormati agama lain. Mereka perlu menerima akibatnya," katanya menurut portal itu. 
The Star Online juga memetik Zahid berkata kepada media selepas satu acara di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) semalam, "jika sesiapa menyentuh mana-mana agama, mereka tertakluk kepada Akta Hasutan".

Tunggu apa lagi KPN?.. tangkap la..


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...