Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Satu undi untuk PAS, satu undi tolak GST.. gagal ditangkis dituduhnya PAS tak bertanggungjawab..

Posted: 23 Apr 2015 07:25 AM PDT


Jika pengundi di Rompin masih memilih BN pada hari pengundian, maka jelaslah mereka juga memilih untuk mengekalkan dan menyokong pelaksanaan GST.

"Kita percaya undi kepada Pas pada PRK Rompin ini adalah isyarat kepada kerajaan atau BN bahawa rakyat bukan sahaja di daerah ini tetapi di seluruh negara menolak cukai tersebut yang tidak mengenal miskin atau kaya.

"Slogan 'Satu undi untuk Pas, satu undi tolak GST' akan digunakan sebagai salah satu medium kempen dalam meraih sokongan pengundi yang rata-ratanya tiada seorang pun terkecuali daripada dikenakan cukai tersebut," kata Timbalan Pengarah I PRK Parlimen Rompin.

Nak tangkis dia  tak mampu calon BN kata PAS tak bertangungjawab..

Beliau berkata, pelaksanaan GST oleh kerajaan adalah untuk mentrasformasikan negara sebagai sebuah negara maju menjelang 2020.

"Slogan PAS 'Satu Undi PAS, Satu Undi Tolak GST' adalah konotasi yang tidak bertanggungjawab, dan GST sebenarnya adalah satu transisi yang diusahakan oleh kerajaan (untuk menjadi negara maju)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pecah tanah Dewan Semai Bakti di Felda Keratong 10 di Rompin, hari ini. 

Majlis itu dirasmikan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, dan turut dihadiri Anggota Dewan Undangan Negeri Muadzam Shah Datuk Maznah Mazlan. 

Hasan, yang juga pemangku Ketua Umno Bahagian Rompin, turut berharap pengundi di Parlimen Rompin tidak terpengaruh dengan slogan tersebut. 

"GST sebenarnya, tidak memberi kesan yang besar kepada masyarakat kampung," katanya lapor The Malaysian Insider

Free Malaysia Today pulak melaporkan..

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak membebankan orang kampung, kata calon Barisan Nasional (BN) PRK Rompin, Datuk Hassan Ariffin. 

Katanya, orang kampung hanya akan merasa kesan GST apabila ke bandar untuk berbelanja.
"GST ini tidak ada kesan sangat kepada orang kampung melainkan mereka ke bandar membeli barang dan baju..itu baru ada kesan. 

"Restoran-restoran di Rompin mana ada jualannya RM500,000 setahun. Tak banyak. Di Rompin, mana ada kedai-kedai mencapai jualan begitu tinggi sebab luar bandar," katanya dalam sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Dewan Semai Bakti Felda Keratong 10 pada Khamis. 

Orang kampung tak terkesan dengan GST??.. nampak macam Ahmad Maslan II in the making laa...

Kedai-kedai di Rompin mungkin ada yang jualannya tidak mencecah RM500,000 .. tapi barang-barang yang ada dalam kedai-kedai di Rompin itu.. adakah ianya turun dari langit?

Belum jadi MP lagi dah cuba nak perbodohkan rakyat..

Inilah kenyataan dari Ibrahim Ali yang paling rasional abad ini..

Posted: 23 Apr 2015 03:09 AM PDT


Datuk Ibrahim Ali mempersoalkan tindakan penduduk Taman Medan, Petaling Jaya yang mendesak salib diturunkan dan bukannya membantah gereja yang dilaporkan beroperasi tanpa permit sejak Ogos lalu.

Presiden Perkasa itu berkata, tiada masalah bagi penganut Kristian untuk mempamerkan salib kerana ia tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang memberi kebebasan beragama.

"Bagi Perkasa, saya tiada masalah. Kalau isu semata-mata kerana salib, saya tak setuju. Kalau orang faham saya, saya bukan macam yang orang tuduh.

"Dalam konteks salib, tiada undang-undang mengatakan salib tidak boleh diletakkan di batang pokok kelapa atau di kedai.

"Penduduk protes salib. Oleh kerana itu, saya tak setuju dengan penduduk ini. Kalau mereka protes premis tak ada permit, itu boleh," katanya kepada The Malaysian Insider.

Ibrahim berkata, dalam kes bantahan salib di kawasan majoriti Melayu-Islam itu, pihak yang terbabit iaitu gereja, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan penduduk setempat yang perlu dipersalahkan.

Katanya, sekiranya pihak gereja dan MBPJ mengambil langkah awal, insiden bantahan penduduk berkenaan dapat dielakkan.

"Pertama, pihak gereja guna rumah kedai untuk rumah ibadat, kedua MBPJ tidak ambil tindakan, ketiga baru kita salahkan mereka yang membantah kerana satu dan dua.

"Jika tiada tindakan pertama dan kedua, maka tiada ketiga. Jika gereja tidak dibuat di rumah kedai atau MBPJ ambil tindakan, tak timbul masalah ini.

"Gereja dan MBPJ terlebih dahulu perlu pelihara sensitiviti agama dan kaum. Kita kena salahkan mereka (MBPJ). Mereka dah tahu tak ada lesen. Kalau tak ada lesen melanggar peraturan, mengapa diam, tak ambil tindakan sebelum ini?" katanya.

Beliau berkata ekoran tiada tindakan awal daripada MBPJ, pihak gereja membuat keputusan untuk meletakkan salib.

Katanya, penduduk Taman Medan seharusnya melakukan bantahan ketika gereja itu mula dibuka, bukannya ketika salib dinaikkan di kawasan itu.

"Maka bila sebelum ini tiada tindakan, mereka naikkan salib. Bila gereja dah berjalan, mereka letak salib, baru orang Islam pergi bertindak, pun tak betul juga.

"Bertindak dari awallah. Dah tahu itu gereja mengapa tak bantah? Mengapa baru bantah bila letak salib? Adakah kerana gereja boleh, yang tak bolehnya salib, begitu?

"Kalau isu wujud gereja tanpa lesen, itu salah. Letak salib itu kebebasan beragama, kebebasan yang dijamin dalam Perlembagaan," katanya.

Bekas ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, tiada apa yang perlu ditakutkan dengan salib sebaliknya umat Islam perlu mengukuhkan keimanan sendiri.

Katanya, umat Islam selaku kumpulan majoriti di kawasan itu seharusnya lebih berwaspada dan mengimarahkan masjid dan surau.

"Bila mereka tengok wujudnya gereja di kawasan Islam lebih ramai dari Kristian, (dianggap) ada niat tak baik. Sepatutnya orang Islam memakmurkan masjid yang ada di situ. Jaga orang Islam jangan biar murtad.

"Tapi, kita tak jaga jiran kita. Orang Islam sesama kita sendiri yang miskin, kita tak jaga. Bila orang Kristian datang bantu orang miskin, kita marah. Kita sendiri tak jaga.

"Ada duit zakat kita kutip, kita simpan. Jadi, orang Kristian ambil kesempatan. Jadi, kita kena tengok kelemahan kita," katanya kepada The Malaysian Insider.

Dalam pada itu, Ibrahim melahirkan kebimbangan insiden di Taman Medan itu akan memberi kesan kepada umat Islam yang tinggal di kawasan majoriti bukan Melayu.

Katanya, jika insiden itu tidak dapat dibendung, tidak mustahil hal ehwal ibadah umat Islam juga akan dipertikaikan oleh bukan Islam.

"Bagaimana pula di kawasan majoriti bukan Islam? Mereka nak buka surau macam mana? Mereka juga mahu madrasah. Mungkin minoriti nak solat jemaah, maka mereka mahu surau.

"Mereka (bukan Islam) juga akan protes, sebab kawasan itu majoriti bukan Islam," katanya. 

Mengulas perbezaan pandangan di antara Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ibrahim berkata ia sungguh memalukan.

Katanya, perbezaan berkenaan jelas menampakkan kelemahan Putrajaya walaupun berada dalam satu kementerian yang sama.

"Mereka duduk di satu kementerian tetapi berbeza pendapat, malu kepada budak-budak.

"Kenyataan membabitkan soal keselamatan dan undang-undang, baik dari ketua polis negara, menteri dalam negeri, perdana menteri dan timbalan perdana menteri, perlu diselaraskan betul-betul supaya tidak ada perbezaan ketara.

"Budak Darjah 6 pun boleh ketawa lihat perbezaan pandangan antara pemimpin," katanya sambil menambah, faktor sebegitu yang membuatkan Barisan Nasional (BN) sukar untuk mengekalkan kemenangan dan kekuatan walaupun Pakatan Rakyat dalam masa sama, juga lemah.

Beliau bagaimanapun tidak bersetuju apabila diajukan soalan samada seorang jurucakap kementerian perlu diwujudkan bagi mengelak perkara berkenaan berulang.

"Tak boleh... Di Malaysia, nak cari populariti politik, ialah dengan bercakap. Tak mungkin seorang itu saja bercakap," katanya.


Patutlah tiba-tiba MP BN tu akui GST membebankan rakyat..

Posted: 23 Apr 2015 01:00 AM PDT


Ingat lagi catatan Ahli Parlimen BN Sepanggar, Datuk Jumat Idris yang mendakwa memahami kesusahan rakyat bila Kerajaan laksanakan GST?

Sedangkan menurut rekod Parlimen, Jumat mengundi menyokong rang undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan yang diluluskan pada 7 April 2014.

"Kos konsultasi kena 6%, bayar kos rawatan 6% lagi," kata dalam catatan di Facebook.

"Rawatan saraf RM20,000, GST RM1,200. Belum masuk bil lain hari ni dah kena RM5,000. Memang membebankan rakyat sebenarnya. Bulan Mei ni kena berteriak kat parlimen pula," katanya..


Menarik bukan?.. masa mengundi menyokong tak mahu fikirkan langsung kesan undiannya kepada rakyat.. bila dah kena batang hidung sendiri baru nak merungut..

Rasanyalah bukan dia nak bela sangat nasib rakyat tu.. tapi cuma nak cari sokongan rakyat sebab dia sendiri dah kena gantung..

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Sepanggar dari BN, Datuk Jumat Idris digantung keahlian Umno kerana mengkritik kepimpinan negeri, baru-baru ini.  
Penggantungan Jamat selama enam tahun berkuatkuasa 17 Mac lalu selepas pendengaran kesnya itu. Selain Jumat, Ketua Pemuda Umno Perlis, Syed Atief Syed Abu Bakar juga menerima nasib sama, digantung tiga tahun.‎  
Ini sekaligus, mereka dilarang sama sekali untuk terlibat dengan sebarang aktiviti parti termasuk mesyuarat cawangan yang akan berakhir 2 Mei depan.  
Kedua mereka telah mengemukakan rayuan kepada Majlis Tertinggi (MT). ‎ 
Jumat berkata, surat memaklumkan penggantungannya diterima 1 April lalu melalui faks ke pejabatnya.  
"Saya dikenakan tindakan berhubung kenyataan saya pada 2012 yang diviralkan semula dan dilaporkan sebuah portal media.  
"Ketika itu, saya mempertikaikan projek ICU (Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri) yang diluluskan, tetapi masih belum dilaksanakan," katanya yang juga Ketua Umno Bahagian Sepanggar kepada Sinar Online, semalam. ‎  
Mengulas lanjut, Jumat berkata, beliau masih mahu memberikan sumbangan kepada Umno, tetapi enam tahun pengangtungan terlalu panjang.  
Sementara itu, ‎menurut sumber, Syed Atief dikatakan dikenakan hukuman itu selepas sering mengkritik kepimpinan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man.‎  
"Tindakan Syed Atief mengkritik menerusi Facebook itu boleh mencemar parti. Itu antara sebab tindakan terhadapnya," katanya. ‎ 
Pemuda Umno Perlis dikatakan beberapa kali meminta untuk bersemuka dengan Azlan yang juga Timbalan Pengerusi Umno Perlis bagi membincangkan hala tuju dan program bersama dengan negeri, tetapi tidak mendapat sebarang maklum balas daripada Azlan selepas beberapa bulan.

Sementara itu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan telah menerima surat rayuan daripada Jumat dan Syed Atief. 
 
"Selaku Setiausaha Agung, saya akan membawa surat ini untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Pengurusan Umno akan datang.  
"Dalam mesyuarat itu nanti akan ditentukan sama ada perlu pertimbangan politik untuk dibawa ke Mesyuarat MT.  
"Jika tidak, ia akan dikembalikan kepada Lembaga Disiplin Umno untuk dinilai semula," katanya kepada Sinar Online

Dah nak hilang kuasa rupanya.. maka tak hairanlah bila tiba-tiba dia teringat beban yang ditanggung rakyat akibat kebodohannya mengundi menyokong perlaksanaan GST tu...

250 tetamu dari Malaysia ke kenduri anak di Kazakhstan ni siapa tanggung perbelanjaannya Najib?

Posted: 22 Apr 2015 09:50 PM PDT


Majlis resepsi perkahwinan anak perempuan perdana menteri, Nooryana Najwa Najib dan pasangannya Daniyar Kesikkba, telah diadakan di pihak lelaki di Almaty, Kazakhstan pada 17 hingga 19 April lepas.

Menggabungkan elemen moden dan tradisi Kazakhstan atau 'Betashar', majlis berlangsung meriah dengan dihadiri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta 250 tetamu dari Malaysia, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri semalam. 

Antara yang turut hadir ialah isteri Yang DiPertua Negeri Sabah Toh Puan Norlidah R.M. Jasni; Speaker Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang dan isteri; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapha Mohamad dan isteri; Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan isteri; serta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan Datuk Seri Hassan Malek dan isteri.

Kenamaan lain ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa dan isteri, beberapa kerabat diraja Perak, Pahang dan Selangor serta keluarga terdekat dan sahabat.

Turut memeriahkan majlis ialah para kenamaan dan tetamu dari Kazakhstan dan antarabangsa. Semasa di negara itu, perdana menteri mengadakan kunjungan hormat terhadap Presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev.

"Dalam pertemuan itu kedua-dua pemimpin membincangkan kerjasama dua hala berkaitan perdagangan, ekonomi, pelaburan, industri dan kebudayaan di samping beberapa isu-isu antarabangsa," menurut kenyataan itu.

Majlis resepsi perkahwinan pasangan itu di Kuala Lumpur sebelum ini diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 28 Mac dan Pusat Dagangan Dunia Putra pada 29 Mac.

Pada 4 April, satu majlis resepsi diadakan di kawasan Parlimen perdana menteri, di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang. Nooryana dan Daniyar, masing-masing berusia 27 tahun, bertemu ketika sama-sama menuntut di Amerika Syarikat, dan mengikat tali pertunangan pada 2011 lapor AstroAwani


Pesanan dari Tuan Ibrahim Tuan Man buat seluruh Ahli PAS di Permatang Pauh..

Posted: 22 Apr 2015 05:30 PM PDT


Pimpinan parti di semua peringkat diminta tidak mengeluarkan kenyataan kontroversi samada melibatkan hubungan dengan Pakatan Rakyat atau melibatkan hukum.

PAS mempunyai organisasi lengkap bagi membuat keputusan melibatkan dasar dan perjalanan parti. Kenyataan kontroversi ini hanya akan menguntungkan musuh dan ia hanya menambahkan derita rakyat dalam situasi yang ada kini.

Isu hubungan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat, sekali lagi ditegaskan kita masih bersama dengan PR dan ini telah ditegaskan oleh Tuan Guru Presiden berulang kali.

Musuh cuba memecah-belah PR sejak hari pertama kita wujudkan sehingga kini. Pendirian parti mesti didokongi oleh ahli sehinggalah ada keputusan baru. Sehingga kini, kita tegaskan PAS adalah sebahagian dari komponen PR.

Isu sokongan kepada Enakmen Kanun Jenayah Shariah Kelantan sebagaimana yang disebut oleh Presiden PAS, PAS akan membawanya ke Parlimen dan kita menyeru agar Ahli Parlimen Muslim menyokongnya. Akan tetapi, kita tidak boleh memaksa mereka untuk menyokongnya.

PAS menerima penjelasan dari PKR berhubung EKJS Kelantan dan memahami pendirian mereka yang tidak menolak syariat Allah yang menjadi kewajipan bagi umat Islam.

Perbezaannya ialah soal pendekatan dalam membawa usul dan pelaksanaannya. Maka perbezaan ini akan membuka dialog dan perbincangan ilmiah secara berterusan pada masa kini dan akan datang.

Isu kontroversi yang melibatkan hukum mesti dirujuk kepada pendirian rasmi Majlis Syura Ulamak dan Pendirian Rasmi Dewan Ulamak kerana ia mempunyai implikasi besar. Ia boleh mendedahkan mudarat yang lebih besar kepada rakyat sekiranya Umno-BN terus berkuasa.

Maka sebagai Ahli Majlis Syura, saya menyeru agar semua ahli PAS yang berdaftar sebagai pengundi di Permatang Pauh untuk keluar mengundi dan memberi undi kepada calon dari PKR. Kerana keputusan memberi kerjasama dalam PRK Permatang Pauh adalah keputusan yang turut melibatkan hukum syarak.

Adapun beberapa isu yang melibatkan salah faham kerana berita yang diseleweng oleh media arus perdana sehingga menimbulkan salah tanggapan, ketegangan, Insha-Allah ia akan diselesaikan melalui perundingan dan pertemuan mahabbah antara para pimpinan dan petugas yang akan diadakan dari masa ke semasa.


Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden merangkap Ahli Majlis Syura PAS

22 April 2015


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...