Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


1MDB: Najib saman Harakah, Harakah pulak nak saman Najib..

Posted: 24 Apr 2015 01:17 AM PDT


20 Mac 2015 yang lalu...Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memfailkan saman fitnah terhadap Pengarah Urusan Harakah, Dr Rosli Yaakob dan Ketua Pengarang Portal Harakahdaily, Taufek Yahya berhubung isu dana 1MDB.

Najib memfailkan saman itu pada Rabu lalu menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Writ saman itu diperoleh pemberita hari ini selepas peguam Fahmi Adilah yang mewakili Najib menyerahkan saman itu kepada Rosli dan Taufek di pejabat Harakah di sini.

Najib menamakan Rosli dan Taufek sebagai defendan pertama dan kedua.

Hari ini pulak.. Harakah pulak nak saman Najib..

Ahli politik, pengundi dan pembayar cukai mempunyai tanggungjawab untuk menulis berkaitan pengurusan wang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang didakwa melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 
Perkara ini dinyatakan dalam pernyataan pembelaan Harakah yang berdepan saman daripada Najib berhubung laporannya berhubung 1MDB, syarikat pelaburan negara hasil cetusan ilham perdana menteri. 
Pernyataan pembelaan itu dibuat oleh Pengarah Urusan Harakah Rosli Yaakop dan pengarangnya Taufek Yahya.

Pembelaan itu difailkan mereka berdua di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Najib memfailkan saman pada 18 Mac, susulan tulisan berkaitan 1MDB dan anak tiri Najib, Riza Aziz lapor Malaysiakini


Bapa Adam Adli meninggal akibat kemalangan

Posted: 23 Apr 2015 11:00 PM PDT


Abd Halim Abdul Hamid, bapa aktivis Adam Adli, menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.45 pagi ini di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang selepas terlibat dalam kemalangan teruk malam tadi.

Kejadian berlaku ketika beliau menunggang motosikal di Penaga, Kepala Batas selepas bertemu sekumpulan wartawan Keadilan Daily dan petugas Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, lewat petang semalam.

Dalam temubual terakhir lebih sejam bersama Keadilan Daily, Allahyarham sempat berbicara perihal Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) termasuk hasratnya untuk menyertai dalam perhimpunan 1 Mei nanti.

Allahyarham juga turut menawarkan penginapan di rumahnya di Permatang Bertam, Kepala Batas kepada wartawan terbabit, termasuk penulis berita ini, yang baharu sahaja tiba di Permatang Pauh semalam untuk membuat liputan PRK Parlimen itu.

Allahyarham akan dikebumikan di Kepala Batas selepas solat Jumaat.

Adam Adli mendapat perhatian media selepas bekas pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris itu menurunkan bendera yang tertera gambar Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno beberapa tahun lalu.

Ekoran itu, dia dipecat dari universiti tersebut. Kini, beliau sedang mengikuti pengajian Ijazah Undang-undang di Asia College, Brickfields.

Abd Halim merupakan penyokong kuat anaknya itu, yang pernah beberapa kali ditahan polis lapor KeadilanDaily


Komunikasi aku yang terakhir dengan Allahyarham ialah dua hari yang lepas.. tanda dah ditunjukkan tapi aku yang tak jelas..

Apa pun.. bersamalah kita mendoakan agar roh Allahyarham di tempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman..

Semoga rohnya tenang di sana...

Al-Fatihah!!


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...