Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Anwar Ibrahim dah tak layak mengundi kata SPR

Posted: 27 Apr 2015 05:50 AM PDT


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh 7 Mei ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini berkata, sebagai banduan yang menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat, Perlembagaan Persekutuan tidak membenarkan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mengundi.

"Jika ikutkan Artikel 119(3)(a) Perlembagaan Persekutuan, Anwar hilang kelayakan untuk membuang undi pada pemilihan ini.

"Artikel itu jelas menyebut bahawa seseorang individu hilang kelayakan sebagai pengundi dalam mana-mana pemilihan kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) jika sedang menjalani hukuma penjara.

"Maka, SPR akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu berkenaan hari ini," katanya.

Naib Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar semalam meminta Anwar yang kini menjalani hukuman penjara selama lima tahun dibenarkan mengundi pada PRK Parlimen Permatang Pauh.

Kata Nurul Izzah, ia merupakan susulan daripada rancangan Kementerian Dalam Negeri yang mempertimbangkan untuk membenarkan banduan melaksanakan hak mengundi. - Malaysia Gazette.


Mengapa 'Orang Bodoh' dilantik sebagai Menteri soal Dr Asri..

Posted: 26 Apr 2015 11:00 PM PDT


Selepas kritikan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang mengatakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahahir Mohamad tidak faham tentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST),
Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil mengkritik kenyataan tersebut melalui laman Facebook miliknya.

Walaupun Asri tidak menyebut nama Ahmad, namun dalam postingnya, beliau mempersoalkan sekiranya pihak yang membuat kenyataan sedemikian lebih bijak daripada Dr Mahathir, jika bekas perdana menteri itu tidak memahaminya.

"Jika Tun M dikatakan tidak faham GST, apakah rakyat Malaysia yang hampir kesemua mereka tidak lebih berpengalaman tentang ekonomi negara dari Tun M akan lebih faham tentang GST?!

"Jika orang yang dianggap oleh majoriti rakyat Malaysia sebagai 'kurang cerdik' (mengelakkan perkataan bodoh) disebabkan kenyataan-kenyataannya tentang GST, dia menyatakan Tun M yang terkenal dengan kepintarannya itu tidak faham GST, apakah si pembuat kenyataan itu lebih bijak di bandingkan Tun M?!!," tulis Asri malam tadi.

Semalam Ahmad menyifatkan Dr Mahathir sebagai tidak faham dengan GST selepas bekas perdana menteri itu mahu sistem cukai baharu dimansuhkan.

Timbalan menteri kewangan itu berkata, Dr Mahathir mungkin tidak menerima penerangan terperinci sehingga mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Saya rasa orang di sekelilingnya tidak memberi penerangan lengkap lagi terperinci mengenai GST kepada Dr Mahathir.

"Jelas peratus GST merupakan cukai yang lebih rendah daripada SST sebelum ini. Bagaimana boleh dia (Dr Mahathir) kata lebih baik jika kerajaan membatalkan GST?" kata Ahmad seperti dilaporkan Astro Awani.

Dalam posting yang sama, Asri juga berpendapat dalam fikah Islam, orang yang safih (bodoh atau kurang cerdik), pengurusan harta tidak boleh diserahkan dalam golongan seperti itu walaupun harta tersebut miliknya.

"Saya terfikir, dalam fekah orang yang safih (bodoh atau kurang cerdik) tidak boleh diserahkan pengurusan harta sekalipun miliknya sendiri, persoalannya; apakah mereka dalam kategori ini boleh diserahkan urusan negara yang membabit rakyat yang ramai?!. Patutkah golongan sufaha (kata banyak untuk safih iaitu bodoh ataupun kurang cerdik) diserahkan kepada mereka jawatan penting seperti menteri dan seumpamanya?!," tulis Asri.

Posting tersebut memperoleh lebih daripada 41000 tanda "like" dan hampir 6000 jumlah kongsi. 

Kebanyakan komentar mempersetujui kenyataan Asri dan ada yang menyuarakan pendapat tidak puas hati terhadap kenyataan timbalan menteri kewangan tersebut mengenai pelaksanaan GST yang membebankan rakyat Malaysia.

Dr Mahathir semalam, mengulangi pendiriannya menggesa Putrajaya membatalkan pelaksanaan GST diperkenalkan 1 April lalu kerana pegawai-pegawai kerajaan yang melaksanakan sistem cukai baharu itu sendiri tidak memahaminya lapor The Malaysian Insider


Video Najib berjoget sakan di Kazakhstan tersebar!.. Saksikan!!

Posted: 26 Apr 2015 10:01 PM PDT


Satu rakaman visual yang dikatakan dirakam ketika majlis resepsi perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Almaty, Kazakhstan disiarkan di laman Youtube.

Dalam rakaman berdurasi 1.17 minit, ia menunjukkan Najib bersama Rosmah dan pasangan pengantin Nooryana Najwa Najib serta Daniyar Kesikkbayev berada di atas pentas sambil menari bersama beberapa yang lain.

Majlis resepsi pasangan berkenaan telah diadakan di sebuah hotel dan berlangsung selama dua hari, dari 17 April sehingga 19 April yang lalu. Ia turut dihadiri 250 tetamu jemputan dari Malaysia termasuk isteri Yang DiPertua Negeri Sabah Toh Puan Norlidah R.M. Jasni; Speaker Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang dan isteri;

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapha Mohamad dan isteri; Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan isteri; serta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan Datuk Seri Hassan Malek dan isteri lapor Free Malaysia Today

Saksikan!!

 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...