Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Apa kes ni?.. Syarikat Basikal dapat subsidi beras?

Posted: 03 Apr 2015 07:30 AM PDT


Program beras subsidi Super Tempatan (ST) 15 oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani perlu digantung sementara bagi 'membersihkannya' daripada segala penyelewengan dan kepincangan yang sedang berlaku ketika ini, menurut syarikat DCT Beras (M) Sdn. Bhd.

Syarikat yang merupakan pembungkus serta pemborong beras terbesar di utara tanahair dan pengerusi eksekutifnya, Datuk Noridan Spee Yee mengakui beliau merupakan salah seorang 'mangsa' kepada kepincangan yang berlaku di dalam program itu.

"Program subsidi beras Super Tempatan 15 itu perlu digantung sementara sebagaimana dicadangkan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk membersihkannya daripada segala kepincangan yang berlaku ketika ini.

"Program ini pincang sehinggakan ada syarikat basikal, kedai racun dan syarikat yang tiada kilang membungkus beras juga mendapat kuota beras subsidi tempatan. Di mana silapnya,? kata Noridan pada sidang media di Alor Setar hari ini.

Beliau yang melabur kira-kira RM5 juta mendirikan kilang serta membeli pelbagai peralatan, bagi layak untuk menyertai program beras subsidi itu sebagaimana syarat oleh kementerian yang mahukan syarikat yang benar-benar kukuh terlibat dengan program tersebut.

Syarat dan perintah tetap oleh kementerian mahukan hanya mereka yang berkelayakan dan kukuh terlibat dengan program itu.

Pada mulanya DCT Beras dan anak syarikatnya, Maal Hijrah diberikan kuota beras subsidi sebanyak 650 metrik tan sebulan, tetapi kuota itu dikurangkan kepada hanya 200 metrik tan sebulan awal tahun ini tanpa sebarang alasan oleh kementerian, katanya.

Disebabkan pengurangan kuota beras subsidi itu, tambah beliau, syarikat kini mengalami kesukaran untuk meneruskan beroperasi, malah berdepan dengan kerugian.

"Apa yang lebih menakjubkan, saya dan rakan-rakan pemborong beras subsidi kini terpaksa berurusan dengan 'orang tengah' atau digelar 'Toci' yang menawarkan kuota beras subsidi tetapi dengan bayaran tertentu," dakwanya.

Sudahlah kuota beras subsidi dikurangkan sesuka hati dan tanpa alasan, mereka kini terpaksa pula membayar untuk mendapatkan kuota beras subsidi yang meningkatkan kos operasi syarikat, sekali gus membuatkan mereka rugi, kata Noridan.

Sehubungan dengan itu, beliau meminta Persatuan Beras Bumiputera Malaysia (Barim) supaya tidak 'menegakkan benang yang basah' dengan menyanggah kenyataan PAC tentang keperluan untuk menggantung sementara program beras subsidi ST15 itu.

Semalam Presiden Barim, Ismail Awang menyifatkan kenyataan Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang mahukan program itu digantung kerana tidak mencapai sasaran, sebagai tidak tepat dan mahukan ia diteruskan.

Barim dan Presidennya kata Noridan, sepatutnya membela kebajikan anggotanya seperti beliau. - MalaysiaGazette



Bapa borek anak rintik.. inilah dia..

Posted: 03 Apr 2015 03:33 AM PDT


Peribahasa "Bapa borek anak rintik" sinonim dengan masyarakat kita, yang bermaksud segala bentuk sifat dan perbuatan bapa diwarisi oleh anak.

Sama juga dengan "Ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi".. juga membawa maksud yang hampir sama iaitu sifat seseorang bapa sedikit sebanyak diikuti oleh anaknya..

Contoh ayat.. Bakat Nedim kata kat orang tanpa beralas bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana ayahnya juga sering berkata sedemikian..

Laporannya...

PETALING JAYA: Nedim Nazri, kekasih kepada pelakon Nora Danish menyelar editor majalah kerana tidak menggunakan otak apabila menggunakan gelaran atau pangkat sesuka hati.

Anak kepada Menteri Pelancongan, Dato' Seri Mohamad Nazri Aziz, menerusi akaun Instagram berkata editor majalah yang dimaksudkan itu sepatutnya membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum menggunakan gelaran itu.

Tanpa menjelaskan dengan lebih terperinci editor majalah berkenaan, dia meminta, editor supaya merujuk kepada undang-undang sama ada seseorang itu layak untuk menggunakan gelaran atau pangkat.

Nedim memuatnaik status itu kerana tidak puas hati dengan dua editor majalah yang menggunakan gelaran Datin Seri sesuka hati.

Dia berkata, hanya isteri pertama sahaja yang layak menggunakan gelaran atau pangkat tetapi tidak bagi isteri kedua, ketiga atau keempat.

"Saya pelik ramai sangat wanita desperate nak mengaku datin Seri and all, yang majalah-majalah ni pun satu, nampak sangat kebodohan mereka menggunakan 'salutation' pangkat tanpa sebarang penyelidikan.

"Sila check undang-undang menggunakan pangkat, yang nombor 2 ke 3 atau ke-4 tidak layak sama sekali menggunakan salutation tersebut.

"Harap pencerahan ini digunakan dengan bijak oleh magazine low standards di Malaysia. Kepada editor guna la otak dengan bernas. Only no 1 is the real Deal!," tulis Nedim.

Dia bagaimanapun menjelaskan teguran itu tidak merujuk kepada semua majalah di Malaysia tetapi dua majalah yang menyiarkan artikel menggunakan gelaran yang tidak sepatut dipakai.

Nedim menasihatkan editor-editor supaya memeriksa dan mengesahkan sebelum membenarkan sesiapa saja menggunakan gelaran itu.

Dia turut mengingatkan supaya jangan mengaitkan kenyataan ini dengan orang lain di sekelilingnya lapor Free Malaysia Today



Luahan pengguna kad prabayar

Posted: 02 Apr 2015 11:00 PM PDT


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Saya adalah salah seorang pembeli kad prabayar.Telah sedia maklum bahawa harga kad prabayar tidak akan dinaikkan berikutan pelaksanaan GST kerana semasa SST pun telah di caj 6%

Pada 1 April semua syarikat Telco telah mengenakan caj sebanyak 6% yang perlu ditanggung oleh pelanggan terhadap kad prabayar.

Pada 1 April juga banyak aduan telah dilakukan oleh pengguna tentang kad prabayar.

Pada 2 April pula Jabatan Kastam telah mengeluarkan kenyataan bahawa syarikat Telco tetap mengenakan caj 6% tetapi bersetuju menambah masa berbual dan SMS pada kadar melebihi 6% dan telah dipersetujui oleh KPDNKK dan kementerian kewangan sendiri berkuat kuasa untuk tempoh 3 bulan

Masalahnya sekarang pengguna bukannya mahukan tambahan masa berbual dan SMS.Apa yang pengguna mahukan adalah harga yg asal semasa SST dan GST dilaksanakan.

Ramai pengguna yang menambah baki bukan kerana kehabisan baki tetapi simkad telah tamat tempoh.Pengguna mahukan harga yang dibayar semasa membeli kad tu kekal pada harga lama,bukannya nilai yang boleh diperolehi dalam kad prabayar tersebut walaupun ianya cuma 3 bulan

Kenapa syarikat Telco begitu ghairah nak menaikkan harga kad prabayar?? Kementerian berkaitan tidak perlu ikutkan sangat kehendak syarikat Telco tersebut sebaliknya pertimbangan apa yang diminta pengguna.

Walaupun benda ni berkuatkuasa 3 bulan,saya percaya syarikat Telco tentu selesa dengan caj yg dikenakan kepada pengguna,tentu harganya akan kekal.Kami pengguna tidak peduli nilai yang terdapat dalam kad prabayar itu samada tambah masa bercakap,tambah SMS sebab ramai pengguna dah menggunakan simkad selama bertahun-tahun.Kalau harga lama dikekalkan,tiada tambahan masa bercakap dan SMS pun ramai tidak kisah kerana pengguna pandai memilih untuk menggunakan Telco yang memahami kehendak pengguna.

Diharap pihak kementerian pertimbangkan harga kad prabayar ini semula.

Sekian terima kasih

*Saya adalah pengguna kepada celcom/maxis/digi/altel

... Aku terima melalui e-mail..


Nak ambil tindakanpun tak berani, nak pecahkan monopoli?.. buat lawak ke Ahmad Maslan?

Posted: 02 Apr 2015 08:40 PM PDT


Setelah berkali-kali kantoi dalam masa yang singkat, Ahmad Maslan salahkan monopoli syarikat telekomunikasi pulak..

Dia kata kata wajar dipecahkan monopoli dalam pasaran telekomunikasi selepas syarikat telekomunikasi didapati secara kolektif menaikkan harga kad tambah nilai ekoran pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Monopoli atau tidak kuasa terletak ditangan kementerian, kenapa tidak diambil tindakan terhadap syarikat tekomunikasi itu?

Bukannya tak boleh nak ambil tindakan.. tapi syarikat tu kan milik kroni, jadi kroni kena diutamakan, rakyat mampuih pi..

Kalau diambil tindakan nanti.. gelap pulak masa depan Mat Maslan ni..

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata wajar dipecahkan monopoli dalam pasaran telekomunikasi selepas syarikat telekomunikasi didapati secara kolektif menaikkan harga kad tambah nilai ekoran pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).  
Empat syarikat telekomunikasi - Celcom, DiGi, Maxis dan U Mobile - didapati menaikkan harga kad tambah nilai walaupun harganya sepatut kekal dengan GST. GST bertujuan untuk menggantikan cukai jualan.  
Sebaliknya, mereka memasukkan enam peratus cukai jualan yang telah dimansuhkan itu, ke dalam dalam keuntungan mereka dan menggenakan tambahan enam peratus GST.  
"Telco 4 ini wajar dipecahkan monopoli mereka agar dengar apa kehendak pengguna," tulis Ahmad dalam twitternya.  
Selepas mereka dikesan telah menaikkan harga, syarikat telekomunikasi berkata, mereka akan memberikan enam peratus lebih 'talktime' (masa berbual) untuk caj lebihan itu, tetapi Ahmad berkata ramai minta turunkan harganya. 
"Ramai minta turunkan harga top-up kepada harga asal seperti sebelum GST. Bukan tambah lebih 6 peratus airtime/sms," kata Ahmad dalam twitter.  
Oleh itu, timbalan menteri itu berkata beliau telah meminta Jabatan Kastam membincangkan lagi tentang keputusan itu.  
"Sebelum ada keputusan lain, ramai ingin bukti tambahan airtime itu. Elok Telco survey, pengguna pilih kurang harga atau pilih tambah airtime," tambah Ahmad.  
Beliau berkata kira-kira 40 peratus daripada aduan yang diterima pada hari pertama pelaksanaan GST pada 1 April membabitkan kad tambah nilai berkenaan.  
Sementara itu, Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang berkata konsesi masa berbual tambahan itu tidak boleh diterima kerana kerajaan telah berjanji bahawa syarikat telekomunikasi tidak akan dibenarkan untuk mengenakan GST ke atas kad prabayar.  
Jika mereka gagal mematuhi, beliau berkata, kerajaan perlu mengambil tindakan ke atas mereka ~ Malaysiakini

Sudah-sudahlah berlakon tu Ahmad Maslan.. rakyat bukannya bodoh.. tapi macai memang bodoh.. he..he..


Tengku Razaleigh pula masuk gelanggang..

Posted: 02 Apr 2015 07:30 PM PDT


Nampak macam ada kebenarannya sekarang ini apa yang dikatakan oleh beberapa sahabat dari UMNO tentang Najib ni..

Kata mereka.. selepas majlis perkahwinan anak Najib segalanya akan bermula.. sekarang anak Najib dah selamat melangsungkan perkahwinan begitu juga anak Muhyiddin..

Tempoh bertenang mungkin dah tamat.. beberapa hari lalu Blogger UMNO, A Kadir Jasin kembali menyerang 1MDB mempersoalkan kenapa menyimpan RM4Billion dalam Private Bank di Singapura..

Semalam Tun Mahathir pula mula menyerang bukan saja 1MDB dipersoalkannya malah Kapal Selam, siapa arah bunuh Altantuya, Jho Low, Anak tiri Najib dan jet baru dipersoalkannya..

Kini Tengku Razaleigh Hamzah pula masuk gelanggang.. menyokong Mahathir mendesak Najib memberikan jawapan tentang persoalan yang dibangkitkan Mahathir...

Laporan berkaitan..

Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah, sependapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang hari ini membuat kritikan paling keras terhadap perdana menteri, menegaskan masanya sudah tiba untuk kebenaran didedahkan berkenaan skandal dan isu yang menyelubungi pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Lebih mesra dengan panggilan Ku Li, beliau berkata bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu pasti mempunyai asas yang kukuh mengeluarkan kenyataan tersebut.

"Beliau mencari jawapan, kebenaran, di sebalik segala yang berlaku.

"Kini masa yang tepat untuk jawapan sebenar didedahkan, dan kebenarannya daripada semua (isu) ini," katanya merujuk senarai pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap Najib dan pentadbirannya seperti dicatatkan Dr Mahathir dalam blog popularnya hari ini.

Antara tuduhan itu termasuk kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, skandal kewangan syarikat milik kerajaan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kekayaan anak tiri Najib, Riza Aziz dan hubungannya dengan ahli perniagaan Low Taek Jho serta pembelian jet peribadi.

Ku Li berkata, sebagai pemimpin veteran, Dr Mahathir sudah pasti memahami akar umbi dengan cukup baik, dan mengakui yang sekiranya isu yang timbul tidak ditangani dengan baik, akan sukar bagi sesiapa pun untuk memenangi pilihan raya umum (PRU).

"Beliau tahu bagaimana situasi parti politik yang berhadapan PRU. Isu yang tidak selesai, sudah pasti sukar untuk sesiapa sahaja mendapatkan sokongan," kata ahli Parlimen Gua Musang itu.

"Saya pasti ada sebab beliau keluarkan kenyataan itu," katanya yang ditemui di lobi Parlimen hari ini berkata.

Dr Mahathir di laman blog chedet.cc hari ini berkata, sekiranya Umno masih lagi di bawah pimpinan Najib berhadapan PRU14 akan datang, Barisan Nasional (BN) akan tewas.

"Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Najib. Ahli Umno dan pemimpinnya perlu sedar Umno dan dengan itu BN akan kalah jika Najib memimpin Umno hingga PRU14.

"Apabila Umno kalah, orang Melayu akan kutuk kepimpinan yang menjadikan parti keramat ini begitu lemah sehingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri. Sekali Umno kalah, ia tidak akan dapat dipulih semula," kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir berkata, ramai ahli dan kepimpinan parti Melayu itu kini dilihatnya setia secara membuta tuli.

"Saya juga setia, tetapi kesetiaan saya ialah kepada parti dan orang Melayu yang diwakili olehnya. Bukanlah mudah bagi saya menulis blog ini. Tetapi demi bangsa dan negara saya terpaksa dedah semua ini," katanya.

Susulan kenyataannya itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim terdahulu hari ini mencadangkan Umno mengadakan perbincangan tertutup bersama Dr Mahathir.

"Apa yang Tun kata mungkin ada betul mungkin tidak. Tetapi sudah pasti beliau berhati-hati masa menulis dan tentulah beliau mempunyai kekuatan fakta.

"Nasihat saya, ini soal parti yang tidak boleh dibincang secara terbuka, maka eloklah kita bincang secara tertutup.
"Maka saya syorkan supaya Ku Nan ambil daya usaha untuk selesaikan polemik berpanjangan ini, dan bincang dengan cara adik beradik," katanya merujuk kepada Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ~ The Malaysian Insider

Betulah Dr Mahathir kata tu, ramai ahli dan kepimpinan parti Melayu itu kini setia secara membuta tuli...

Tak percaya tunggulah.. nanti adalah yang setia mebuta tuli tu komen belasah aku..

Kalau Rafizi yang tulis ni, tentu macai kata fitnah.. tapi..

Posted: 02 Apr 2015 05:30 PM PDT


Bila Rafizi buat pendedahan pasal NFC, macai kata Rafizi sebar fitnah.. bila Rafizi dedahkan pasal 1MDB, macai juga kata Rafizi sebar fitnah dan bila Rafizi dedah pasal jet baru pulak.. juga macai kata Rafizi sebar fitnah..

Pendek kata apa saja pendedahan yang Rafizi lakukan meskipun disertakan dengan dokumen sekalipun, macai tetap akan berkata itu adalah fitnah..

Sekarang cuba baca apa yang bukan ditulis oleh Rafizi ini.. baca dan fahamkan..

1. Ramalan oleh masyarakat sekarang ialah UMNO dan BN akan kalah Pilihanraya Umum ke-14 kerana terlalu banyak tuduhan yang dibuat terhadap Najib yang tidak dijawab olehnya.

2. Ia bermula dengan kes pembunuhan Altantuya, wanita Mongolia yang terlibat dengan skandal pembelian kapal selam.

3. Dua orang anggota polis dituduh menembak mati wanita berkenaan, dibicara, didapati bersalah, kemudian didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Kemudian dibicara semula dan dikena hukum bunuh.

4. Seorang daripada mereka berada dalam tahanan tetapi Sirul seorang lagi berada di Australia. Dia membuat kenyataan bahawa dia diarah untuk membunuh.

5. Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan. Sebagai pengawal peribadi Dato Sri Najib, dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan. Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul "merepet", tidak ada siasatan yang dibuat. Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan.

6. Kemudian kes 1MDB. Tuduhan penyelewengan dalam urusan wang berbillion Ringgit oleh Jho Low telah dibuat dengan bukti-bukti yang jelas. Tuduhan ini tidak dijawab selain dari berkata ia adalah pembohongan.

7. Kononnya aset 1MDB berjumlah 52 billion sedangkan hutang hanya 42 billion. Aset tidak jadi keuntungan sebelum dijual (dicairkan). Kenapa untuk membayar faedah sebanyak 2 billion pun terpaksa hutang dari Ananda Krishnan. Kalau 1MDB tidak rugi kenapa terpaksa hutang. Kenapa wang Kerajaan sebanyak 1 billion diberi kepada 1MDB setelah hutang dibayar?

8. Kononnya wang yang disimpan di Cayman Island sudah dibawa balik. Tetapi separuh disimpan dalam bank Swiss (BSI) di Singapura. Di mana pergi separuh lagi dari 6 billion? Kenapa wang ini tidak diguna untuk bayar faedah 2 billion.

9. Kononnya disimpan di Singapura kerana Bank Negara akan menyoal simpanan lebih dari 50 juta. Jikalau duit itu duit kita yang hanya disimpan di Cayman, apa masalahnya menjelaskan kepada Bank Negara punca wang itu. Lagi pun duit ini dimiliki oleh 1MDB yang dikuasai penuh oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan.

10. Soalan-soalan lain berkenaan 1MDB tidak dijawab selain daripada berkata asetnya besar. Soal harga tanah Kerajaan yang dibeli oleh 1MDB tidak dijelas. Sudah tentu jika dibeli dengan harga yang murah dan dinaik nilai berkali ganda, aset ini menjadi besar. Tetapi Kerajaan rugi banyak dengan tanah miliknya dijual dengan harga yang tidak mencermin harga pasaran.

11. US$700 juta dibayar kepada Petro Saudi untuk apa? Sudahkah ditentukan Petro Saudi memiliki konsesi kawasan minyak dan gas di Argentina dan Turkmenistan sebelum membayar wang yang begitu banyak.

12. Jho Low dilapor dalam New York Times, London Times dan Sarawak Report terlibat dalam pengurusan berbillion Ringgit duit 1MDB. Siapa dianya Jho Low yang begitu dipercayai oleh Dato Sri Najib. Pegawai Malaysia yang dilantik mengurus dana 1MDB mengaku mereka diarah oleh Jho Low yang mendakwa ia mendapat kepercayaan penuh dan arahan dari Dato Sri Najib.

13. Gambar-gambar Jho Low dan kelakuannya, umurnya yang amat muda serta cara hidupnya tidak menggambarkan peribadi yang menyakinkan orang ramai. Tetapi dia dilapur membeli rumah di New York dan Hollywood beratus juta Ringgit. Kemudian rumah-rumah ini dijual kepada anak tiri Najib dengan harga ratusan juta Ringgit bagi setiap satu kerana kononnya Jho Low telah jumpa rumah yang lebih indah di Hollywood yang harganya lebih tinggi.

14. Dari mana datangnya duit beratus juta kepada Riza Aziz tidak dapat dijelas. Keluarga Tun Razak termasuk Najib menafikan duit ini adalah dari keluarga. Pelaburan ratusan juta dalam filem "Wolf of Wall Street" oleh Riza datang dari mana?

15. Dan banyaklah lagi tuduhan dan soalan terhadap 1MDB yang ditubuh oleh Dato Sri Najib dan dikuasai sepenuh olehnya sebagai penasihat yang tidak dijelas dan dijawab selain dari menafi dan mendakwa semuanya bohong belaka. Laporan-laporan dalam akhbar di New York dan London amat memalukan negara.

16. Sementara itu, walaupun Kerajaan menghadapi kekurangan wang yang besar dan terpaksa hutang, Dato Sri Najib sebagai Perdana Menteri membeli sebuah lagi pesawat mewah. Umum mengetahui pesawat ACJ319 yang sedia ada diguna bukan sahaja untuk tugas rasmi tetapi sebagai kenderaan peribadi untuk Dato Sri dan Datin Sri.

17. Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, dalam keadaan rakyat terpaksa bayar cukai yang lebih tinggi, dalam keadaan nilai Ringgit yang menurun teruk, dalam keadaan kos sara hidup meningkat dan rakyat dilanda banjir dan kehilangan ratusan juta Ringgit, Kerajaan membazirkan wang ratusan juta untuk pesawat mewah walaupun sudah ada pesawat-pesawat milik Kerajaan.

18. Cara pembelian tidak dapat menyembunyi bahawa akhirnya Kerajaan terpaksa menanggung beban pembelian ini. Jika syarikat bukan Kerajaan yang secara rasmi membeli, bayaran melalui lease (sewa) lebih tinggi daripada belian secara langsung kerana terpaksa memberi keuntungan kepada pemilik dan faedah yang dimasukkan.

19. Selain daripada ini dasar-dasar pemerintahan Dato Sri Najib terhad kepada pemberian wang percuma, menimbul kemarahan orang Melayu dengan mengenepikan Dasar Ekonomi Baru kerana ingin mendapat sokongan orang Cina. Namun penolakan BN dalam PRU 13 membuktikan orang Cina tolak pemerintahan Najib.

20. Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Dato Sri Najib. Ahli UMNO dan pemimpinnya perlu sedar bahawa UMNO dan dengan itu BN akan kalah jika Dato Sri Najib memimpin UMNO hingga PRU 14. Apabila UMNO kalah, orang Melayu akan kutuk kepimpinan yang menjadikan parti keramat ini begitu lemah sehingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri. Sekali UMNO kalah, ia tidak akan dapat dipulih semula.

21. Ramai juga ahli dan pemimpin UMNO yang setia secara buta tuli kepada pemimpin. Saya juga setia tetapi kesetiaan saya ialah kepada parti dan orang Melayu yang diwakili olehnya. Bukanlah mudah bagi saya menulis blog ini. Tetapi demi bangsa dan Negara saya terpaksa dedah semua ini.

22. Saya belum nyanyok walaupun umur hampir 90 tahun. Sesiapa yang berkata saya nyanyok sebenarnya menipu diri.

23. Melayu hanya akan selamat jika bersikap bangsa lebih utama daripada diri sendiri.

Apa yang aku paste kat atas tu bukannya ditulis oleh Rafizi tapi oleh Tun Dr. Mahathir... alaaa.. Dr. M.. yang dulu jadi Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri tu..

Apa kata macai tentang tulisan Tun itu?.. fitnah ke?


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...