Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Muhyiddin Malu Besar di Permatang Pauh..

Posted: 30 Apr 2015 09:20 AM PDT


Akhirnya tindakan Menteri Pendidikan yang juga Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang telah menggunakan kuasanya untuk memaksa para Guru dari beberapa buah Sekolah hadir ke majlisnya memakan diri.. malu saja yang dia dapat..

27 April lalu beberapa buah Sekolah yang terdapat dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh telah menerima satu pekeliling dari Jabatan Pendidikan Pulau Pinang.

Disertakan dengan pekeliling tersebut adalah satu senarai panjang berpuluh-puluh nama para Guru dari beberapa buah sekolah yang terletak dalam Parlimen Permatang Pauh.

Menurut pekeliling tersebut  nama-nama tersebut telah dikenal pasti dan dikehendaki hadir dalam 'MAJLIS RAMAH MESRA GURU-GURU BERSAMA YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA'.

Majlis diadakan pada 30 April 2015 di UiTM Permatang Pauh, Seberang Perai antara jam 3.00 hingga 5.00 petang dengan berpakaian batik.

Malangnya tindakan Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang itu yang jelas mahu membodek Muhyiddin dengan memaksa Guru-guru untuk hadir ke Majlis itu telah memalukan Muhyiddin..

Sebelum dimalukan oleh para Guru yang dipaksa hadir untuk beramah mesra itu (dah kena paksa.. nak mesra macam mana?.. ) Muhyiddin terpaksa menanggung malu kerana Calon BN bagi PRK Permatang Pauh yang nak diperkenalkannya dalam majlis itu tak muncul..

Hinggakan nak cover malu Muhyiddin berkata "Calon tak sampai lagi macam mana nak jadi pemimpin?"..

Kemudiannya pula tak ada siapa pun yang nak tepuk tangan bila mendengar ucapan Muhyiddin itu hingga beliau terpaksa merayu hadirin supaya bertepuk tangan..

Kah... kah... kah...

Laporan berkaitan..

Ucapan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di satu acara di Permatang Pauh hari ini disambut dengan acuh tidak acuh oleh kira-kira 500 orang pendidik yang hadir.

Hinggakan, Muhyiddin terpaksa meminta para hadirin menepuk tangan – sekurang-kurangnya empat kali sepanjang ucapan 40 minit itu.

Ada di kalangan para hadirin terbabit, yang sebahagian besarnya merupakan para guru, diperhatikan hanya menunjukkan wajah bosan dan ada juga yang mengambil peluang melelapkan mata.

Muhyiddin memulakan ucapannya dengan membangkitkan mengenai kadar kemiskinan dalam negara yang menurutnya berjaya dikurangkan.

Tambahnya, jumlah miskin tegar itu tidak mencapai tahap dua peratus.

Bagaimanapun, para hadirin tidak menepuk tangan selepas mendengar statistik yang dikongsinya itu.

"Tak apalah jika anda tidak tepuk, biasalah," katanya

Beliau seterusnya menyebut pula tentang sistem e-Kasih yang bertujuan untuk mengukur kadar kemiskinan dalam negara.

"Sistem ini diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sebagai sistem paling baik di dunia untuk mengukur kadar kemiskinan," katanya.

Kata-katanya itu bagaimanapun tetap gagal meraih tepukan .

"Ah... tolong tepuklah. Saya bercakap dengan orang pandai... Saya tidak tipu," katanya lapor Malaysiakini

Pasal bercakap dengan orang pandai sebab itulah mereka tak tepuk Muhyiddin.. kalau bercakap dengan orang-orang bodoh macam macai tu.. riuh rendahlah mereka bertepuk..


Harga minyak kekal bagi Mei.. err.. sebab ada PRK ke?

Posted: 30 Apr 2015 08:09 AM PDT


Bagus juga ada Pilihanra Kecil ni.. selain dari projek-projek segera yang dilonggokkan di kawasan yang ada Pilihanraya Kecil tu, yang dijangka naik harga pun tak naik..

Kalau naik jugak teruklah jentera Pilihanraya mereka nak memperbodohkan rakyat lagi.. isu GST pun tak tertepis takkan nak tambah lagi isu?

Sebelum ini Sinar Online melaporkan..

"Tunggu malam inilah, lagi dua jam saja, harga yang baru kita tidak boleh cakap sekarang, tunggulah".

Demikian respon Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Alias Ahmad ketika ditanya mengenai khabar angin kenaikan harga minyak RON95 yang dikatakan akan mengalami kenaikan sehingga RM0.20 iaitu dari RM1.95 seliter ke RM2.15 seliter sepertimana yang tersebar di media sosial.

Mengulas lanjut Alias berkata, untuk mengetahui sama ada khabar angin itu benar atau tidak beliau tegaskan bahawa semua pihak harus menunggu kenyataan rasmi daripada KPDNKK malam ini.

"Hendak tahu benar tidak benar kamu (Sinar Online) tunggu malam ini, ada perutusan, tunggu kita akan sampaikan," katanya ketika dihubungi Sinar Online.,

Sementara ketika ditanya mengenai laporan sebuah portal yang mengatakan harga minyak RON95 akan naik, beliau menafikan perkara tersebut.

"Tiada siapa (dari pihak KPDNKK) yang cakap, dia cuba buat provoktif, " katanya.

Kemudiannya Bernama melaporkan..

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel bagi Mei 2015 akan kekal pada paras semasa, menurut jurucakap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kepada Bernama hari ini.

Harga tidak berubah bagi bulan ketiga berturut-turut, dengan petrol RON95 kekal pada RM1.95 seliter, RON97 pada RM2.25 seliter dan diesel pada RM1.95 seliter.

Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Mei.

Bulan June ni kalau tak ada PRK lagi... siaplah..


Calon BN Permatang Pauh akui BN tak akan tunai janji kalau kalah.. (Video Inside)

Posted: 30 Apr 2015 12:53 AM PDT


Barisan Nasional (BN) tidak akan menunaikan janji yang dibuat kepada kaum India di Permatang Pauh sekiranya kalah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen itu, pada 7 Mei ini.

Ingatan itu diberikan oleh calon BN, Suhaimi Sabudin dalam temubual eksklusif bersama KLXpress yang dimuat turun di Youtube.

Suhaimi berkata, pengundi India di Permatang Pauh telah berjanji untuk memberi 60 peratus undi kepadanya.

"Sekiranya tiada apa-apa keputusan yang memenangkan saya, mungkin janji-janji yang diminta itu tak perlulah ditunaikan," katanya.

Dia berkata, terdapat kira-kira 4,500 pengundi India di Permatang Pauh, 16,000 pengundi Cina dan 51,000 pengundi Melayu.

Suhaimi berkata, dia seorang yang boleh dipercayai kerana tidak pernah menukar nombor telefon sejak 1998.

"Orang yang selalu tukar nombor telefon mungkin ada alasannya," katanya sambil menambah kemungkinan orang itu cuba melarikan diri daripada pengutip hutang.

Dia berkata, perkara ini (kekal nombor telefon) penting kepada peniaga-peniaga Cina kerana ia membuktikan orang itu tidak membuat salah dan boleh dipercayai.

Suhaimi berkata, jika menang PRK ini, beliau akan membawa pulang peruntukkan pembangunan daripada Kerajaan Persekutuan ke Permatang Pauh walaupun tempoh mandat hanya tiga tahun.

PRK Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Suhaimi, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Azman Shah Othman (PRM) dan Isahak Salleh (Bebas) lapor Free Malaysia Today

Penduduk Kajang yang dilantik sebagai Pengerusi JKKKP dalang protes kehilangan Wan Azizah itu rupanya..

Posted: 29 Apr 2015 11:00 PM PDT


Sebelum itu, buat yang tak faham apa bezanya antara JKKK dan apa menatangnya JKKK(P) itu dan kenapa ianya diwujudkan..

JKKK dilantik oleh Kerajaan Negeri dikebanyakkan negeri-negeri yang ada tetapi JKKK(P) pula adalah lantikan oleh Kerajaan Barisan Nasional di setiap negeri-negeri yang di kuasai oleh Pakatan Rakyat.

Selain dari dipercayai untuk mengekalkan perpecahan dalam masyarakat Kampung ianya juga bertujuan untuk memberikan penyokong-penyokong UMNO pendapatan bulanan..

Tugasnya sama dengan JKKK dan dikebanyakkan tempat JKKK(P) yang dilantik oleh pihak UMNO itu hanya mentekedarah gaji buta sebab semua kerja-kerja yang melibatkan penduduk Kampung dilakukan oleh JKKK..

Berikut adalah jawapan mengenai laporan Penduduk Kajang protes kehilangan Wan Azizah

.... Semalam 29 April 2015, terdapat sekumpulan yang mendakwa mereka 'penduduk' Taman Delima, berpiket kononnya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan mempersoalkan khidmat wakil rakyat Kajang. 
Bahtiar Mohd Annuar, 44, yang mengetuai piket tersebut berkata 'kehilangan' Dr Wan Azizah ketika mereka dilanda musibah . 
Mereka juga mendakwa 60 rumah penduduk rosak dengan atap diterbangkan angin dan Kampung Sungai Kantan pula dilanda banjir, tetapi Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail langsung tidak muncul. 
Bagi menjawab dakwaan ini, kami dengan tegas menolak fitnah ini, kerana YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, awal-awal melakukan kunjungan bersama dengan staf Pusat Khidmat Rakyat DUN Kajang, Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Kajang dan JKKK, bertemu dan menziarahi rumah yang terbabit akibat rebut. Dalam lawatan itu juga, YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah meminta Ketua Kampung Batu 13, Saudara Abdul Hanif Yazid untuk mentaksirkan jumlah kerugian, untuk beliau salurkan bantuan.
Bukti lawatan telah dimuatkan dalam FB Pages Dr Wan Azizah Wan Ismail seperti berikut:
 
Pada April 23 at 3:39pm ·

Meninjau permasalahan rakyat di Tmn Delima dan kawasan persekitaran. Lebih 60 buah rumah mengalami kerosakan atap akibat kejadian puting beliung..insya Allah kita akan cuba membantu sewajarnya..
 
Di hari yang sama iaitu selepas lawatan ke Taman Delima, YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melawat Sungai Kantan. Ketibaan beliau disambut oleh Ketua Kampung Sg Kantan, Saudara Khalid Mohd Ridhuan. 
Posting dalam FB Pages Dr Wan Azizah Wan Ismail, adalah seperti butiran berikut:
Pada April 23 at 3:56pm ·

Di Sungai Kantan..menziarahi rumah-rumah yang terjejas akibat banjir kilat..hujan lebat dan ribut di Kajang petang semalam..kita minta Ketua Kampung uruskan tarikh yang sesuai untuk kita baiki kawasan persekitaran..
 
Sehubungan dengan itu, Ketua Kampung Batu 13, Saudara Abdul Hanif Yazid telahpun menyerahkan senarai 77 buah rumah yang rosak akibat dilanda ribut kepada pegawai Pusat Khidmat Rakyat DUN Kajang, Saudara Mohd Rashidi Hassan. 
Tarikh dan waktu serahan bantuan kepada mangsa ribut diatur oleh JKKK dan kami menjangkakan pada Isnin atau Selasa ini. 
Kami juga ingin memaklumkan bahawa YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memperuntukkan lebih RM20,000 untuk bantuan seumpama ini, melibatkan Sg Kantan, Taman Kota Cheras dan Kampung Batu 10, di mana sebahagian rumah penduduk terjejas akibat ribut dan banjir. 
Kami berharap dengan paparan bukti yang kami sertakan ini, cukup untuk menjawab fitnah yang dilemparkan terhadap calon PRK Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. 
Daripada siasatan kami, kami mendapati bahawa piket yang dianjurkan tersebut, didalangi oleh Umno, di mana jurucakap mereka adalah Pengerusi JKKKP (Lantikan Umno) di Kampung Bukit Dukung. 
Untuk makluman, kejadian ribut yang melanda di Taman Delima tiada kena mengena dengan Kampung Bukit Dukung, kerana ianya adalah kawasan yang berlainan kerana Taman Delima terletak dalam Kampung Batu 13. 
Oleh kerana itu jelas di sini, bahawa, piket yang ditaja Umno ini dengan membawa orang-orang dari luar kawasan terbabit, yang langsung tidak terbabit dengan kejadian ribut, dibawa masuk dalam laporan media, semata-mata hendak memburuk-burukkan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. 
Sehubungan itu kami menyeru supaya pihak Umno-BN bersemuka dengan kami secara 'gentleman' dan tidak perlu menjaja fitnah. 
Yang menjalankan tugas 
Mohd Rashidi Pegawai
Khas kepada Dato Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail
Ahli Dewan Negeri Kajang.
 
30 April 2015

Ceh!! sudahlah mentekedarah gaji buta.. dia buat kerja bodoh pulak!!


Habis lah Najib.. Mahathir jelajah ke akar umbi pulak dah..

Posted: 29 Apr 2015 09:33 PM PDT


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hari ini akan menemui ahli Umno di peringkat akar umbi bagi menerangkan kritikan beliau terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memandangkan beberapa pihak menganggap tindakannya merosakkan parti.

Dalam entri terbaru di blognya, bekas perdana menteri itu berkata, untuk membuat keputusan atau menghukum secara bijak dan adil, rakyat perlu dengar kedua-dua belah pihak.

"Saya harap saya diberi peluang berjumpa dengan ahli Umno biasa untuk menerang akan masalah kehilangan berbilion ringgit oleh Najib.

"Lepas mendengar kedua-dua pihak, adililah terhadap 'serangan' saya. Apakah saya sedang merosakkan parti atau mencuba menyelamatkannya?" katanya dalam blog popularnya chedet.cc hari ini.

Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu mutakhir ini dikecam pemimpin dan penyokong Umno kerana terus-terusan secara terbuka mengkritik Najib dan meminta beliau berundur.

Dr Mahathir menerangkan, serangan beliau mungkin tidak menyenangkan Najib dan sebahagian ahli Umno, tetapi niatnya ialah untuk menyelamatkan Umno, "parti keramat yang dahulu disokong sehingga menang dua pertiga majoriti setiap pilihan raya umum (PRU)."

"Hanya mereka yang tidak dapat lihat sahaja yang tidak sedar Umno di bawah Najib gagal memulih Umno selepas Tun Abdullah," katanya merujuk kepada perdana menteri sebelum Najib, Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang mengambil alih kepimpinan negara daripada Dr Mahathir.

Abdullah menjadi perdana menteri pada Oktober 2003 dan berundur pada April 2009 susulan prestasi hambar BN dalam PRU 2008.

"Kemenangan Najib lebih tipis," kata Dr Mahathir.

Beliau berterima kasih kepada ahli akar umbi Umno, yang sebahagiannya menasihatkan beliau menghentikan serangan terhadap Najib kerana katanya, beliau berpengalaman dalam bidang politik, terutama yang berkaitan dengan budaya Melayu.

"Kita cenderung untuk setia kepada pemimpin. Kita tidak soal apa-apa yang dilakukan oleh pemimpin. Dia pemimpin, kita pengikut. Oleh itu, ikut sahajalah. Lebih-lebih lagi apabila kita diberi penerangan olehnya secara tertutup seolah-olah kita dapat berkongsi rahsia dengan pemimpin kita."

Beberapa bulan kebelakangan ini, Dr Mahathir menggesa Najib meletak jawatan, mengaitkannya dengan beberapa isu seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibebani hutang berbilion ringgit, kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dan gaya hidup mewah keluarganya.

Beliau juga meminta Umno menyingkirkan Najib jika tidak mahu tewas pada PRU akan datang.

Bagaimanapun, Najib baru-baru ini mengumumkan beliau tidak akan menyerah kalah dan menegaskan kerajaannya mengamalkan ketelusan dalam pentadbiran.

"Walau dilintang dengan seribu aral, biarpun kita diasak dan dikritik, sebagai sebuah kerajaan yang telus, saya selaku perdana menteri bersama-sama timbalan perdana menteri, dan didokong pula para menteri serta rakan ahli pentadbiran, tidak akan sesekali berganjak atau menyerah kalah, malah akan tetap istiqamah dan terus berjuang, merintis sejuta lagi jalan baru demi kebaktian kepada rakyat dan negara," katanya ketika membentangkan laporan prestasi Program Transformasi 2014 pada Selasa.

~ The Malaysian Insider

Kastam kata kad pre-paid tak kena GST, SKMM kata kena GST.. yang mana satu betul ni?

Posted: 29 Apr 2015 05:30 PM PDT


Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengeluarkan kenyataan berbeza hari ini berhubung harga baru untuk kad tambah nilai telefon.

Menurut Pengarah JKDM, Datuk Seri Khazali Ahmad, harga berkenaan akan kembali kepada harga asal sebelum pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mulai Jumaat.

Khazali berkata, beliau sendiri sudah mengarahkan kesemua empat syarikat telekomunikasi untuk mengekalkan harga asal berkuatkuasa 1 Mei dalam satu surat semalam (28 April).

"Apabila arahan diberikan, syarikat telekomunikasi perlu akur kepada arahan Ketua Pengarah Kastam. Tidak ada alasan sama ada kad prabayar itu stok baharu atau stok lama," katanya seperti dipetik dalam laporan Bernama.

Menurutnya, jika isian semula itu bernilai RM10 maka pengguna akan membayar RM10 mulai 1 Mei.

SKMM pula dalam kenyataannya menyebut, kad isian semula akan terus dijual dengan GST.

Menurut Pengerusi SKMM, Datuk Seri Halim Shafie, jika isian semula itu bernilai RM10, ia akan dijual dengan harga RM10.60

Pengguna juga boleh beli dengan harga RM10 bagi mendapatkan isian semula bernilai RM9.43, katanya.

Halim berkata langkah untuk meminda harga agar kembali ke paras sebelum GST "agak mustahil".

Beliau antara lainnya memberi alasan, pihak penjual akan mengalami kerumitan kerana perlu membuat konfigurasi semula ke atas sistem.

"Bukan hanya di pihak pembekal perkhidmatan bahkan juga bagi ejen pihak ketiga seperti institusi kewangan, pembekal pembayaran elektroini, pasar raya, stesen minyak dan ejen jualan lain yang kesemuanya berjumlah lebih kurang 30,000.

"Kos untuk melaksanakannya juga besar, baik bagi pembekal perkhidmatan mahupun ejen pihak ketiga.

"Tambahan lagi, stok baharu kad prabayar perlu dikeluarkan dan diagihkan ke seluruh negara," katanya lagi dalam kenyataan.

Tinjauan Malaysiakini awal bulan ini mendapati, ada di kalangan peruncit menghentikan jualan selepas pelaksanaan GST kerana keliru dan bimbang akan mengalami kerugian lapor Malaysiakini


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...