Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Khairy mahu Najib jawab sendiri dakwaan Mahathir?

Posted: 04 Apr 2015 09:30 AM PDT


Pelbagai isu yang dibangkitkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu segera dijawab Putrajaya bagi mengelak masalah yang dibangkitkan menjadi lebih meruncing, kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menteri belia dan sukan itu berkata, pandangan Dr Mahathir sebagai seorang bekas perdana menteri tidak boleh diabaikan kerana isu yang dibangkitkan adalah isu yang mendapat perhatian ramai.

"Sebagai seorang bekas perdana menteri, kita harus mendengar dan menghayati apa yang ditulis beliau. Bagi saya, kita tidak boleh buat tidak tahu saja apa yang dibangkitkan Dr Mahathir.

"Buat tidak tahu bukan pilihan. Kita tidak boleh cuba buat tidak tahu. Kalau kita buat tidak tahu masalah ini akan menjadi lebih teruk lagi.

"Kita perlu selesaikan masalah itu. Apa yang Dr Mahathir bangkitkan kita perlu jawab walaupun kita rasa jawapan sudah diberikan, kena jawab lagi," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Universiti Teknologi Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

Khairy berkata sama ada isu syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pembelian jet kerajaan atau dakwaan pembunuh warga Mongolia Altantuya Sharibuu, Putrajaya perlu bersedia menjawabnya.

Katanya, apa yang dimahukan Dr Mahathir ialah semua persoalan dijawab Najib sendiri supaya lebih berkesan.

"Saya fikir itu yang Dr Mahathir mahu. Kita boleh buat penjelasan tetapi pada pandangan saya, yang paling berkesan apabila perdana menteri sendiri memberi penjelasan tersebut," katanya.

Dr Mahathir pada Khamis menyenaraikan pelbagai tuduhan terhadap Najib selama ini, dan mengatakan tiada satu pun antaranya dijawab sempurna.

Katanya, ia termasuk pembunuhan Altantuya dan dakwaan oleh salah seorang yang disabitkan, bekas komando Sirul Azhar Umar, iaitu bekas pengawal peribadi Najib.

Mengulas dakwaan Sirul menerima arahan membunuh Altantuya, Dr Mahathir berkata tuduhan seperti itu harus disiasat kerana Sirul pernah bekerja dengan Najib.

"Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh (dijatuhkan hukuman bunuh) kerana menjalankan arahan," tulisnya di blog chedet.cc.

Dr Mahathir juga membangkitkan masalah dihadapi 1MDB, dan mempersoalkan keperluan Putrajaya memberi kemudahan kredit hampir RM1 bilion kepada syarikat milik Kementerian Kewangan itu, di samping tindakan 1MDB membeli tanah kerajaan dan memeterai perjanjian diragui dengan PetroSaudi International.

Beliau turut mempersoalkan sumber kewangan anak tiri Najib, Riza Aziz, yang membeli hartanah mewah di New York melalui ahli perniagaan Low Taek Jho.

Dr Mahathir juga menyentuh mengenai jet peribadi yang dibeli untuk Najib, dan menyifatkannya pembaziran kerana kerajaan sudah mempunyai pesawat lain yang boleh digunakan.

"Banyaklah lagi tuduhan dan soalan terhadap 1MDB yang ditubuhkan Najib dan dikuasai sepenuh olehnya sebagai penasihat, yang tidak dijelaskan atau dijawab selain daripada menafi dan mendakwa semuanya bohong belaka.

"Laporan-laporan dalam akhbar di New York dan London amat memalukan negara," kata Dr Mahathir merujuk laporan media asing mengenai 1MDB dan Low lapor The Malaysian Insider



Jamaluddin Jarjis dan KSU Sulit Najib antara enam yang terbunuh dalam nahas Helikopter

Posted: 04 Apr 2015 06:32 AM PDT


Ahli parlimen Rompin Datuk Jamaluddin Jarjis berada di atas helikopter yang terhempas petang ini di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih.

Menteri Pertahanan Datuk Hishammuddin Hussein mengesahkan Jamaluddin menaiki helikopter yang terhempas itu, demikian menurut New Straits Times.

TV3 juga melaporkan bahawa bahawa Azlin Alias, setiausaha sulit kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, juga menaiki helikopter itu.

Helikopter itu dipercayai dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan anak perempuan Najib di Pekan, Pahang. Sementara itu,

Jamaluddin (tengah) ketika menghadiri majlis perkahwinan anak Perdana Menteri di Pekan, pagi Sabtu, beberapa jam sebelum terbabit dalam nahas helikopter yang mengorbankannya serta lima lain di Semenyih.
Bernama melaporkan Jabatan Bomba Selangor berkata kesemua enam mayat mangsa nahas helikopter itu telah ditemui.

Manakala jurucakap pasukan penyelamat daripada Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berkata, pihaknya menunggu unit forensik polis untuk mengesahkan identiti mangsa.

Helikopter itu yang dipercayai dimiliki oleh sebuah syarikat swasta, terhempas dan terbakar pada kira-kira jam 4:55 petang ini.

Sementara itu, Bernama memetik seorang jurucakap JPAM sebagai berkata nahas itu berlaku ketika hujan dan angin kencang. "

Unit Forensik polis akan melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti mangsa nahas itu," katanya kepada Bernama lapor Malaysiakini

Dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tan Sri Jamaluddin Jarjis antara enam penumpang helikopter yang terhempas di ladang getah Jalan Sungai Lalang dekat Kampung Sungai Pening di Semenyih, Kajang hari ini, lapor The Star Online

Hmm.. think tank Najib ni....

Tak apa kita letakkan politiki ke tepi dulu... Al Fatihah buat Allahyarham dan semua mangsa yang beragama Islam dan Takziah yang bukan Islam..

Al-Fatihah!!!

Sirul dakwa KPN bohong dan cabar Khalid buka fail perisikan..

Posted: 04 Apr 2015 03:30 AM PDT


Kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengulas saranan Dr Mahathir supaya kenyataan Sirul Azhar disiasat oleh polis.

"Sebenarnya kami telah pun menjalankan siasatan terhadap apa jua kenyataan yang dibangkitkan Sirul Azhar...mungkin, dan sudah tentu Tun (Dr. Mahathir) tidak tahu apa tindakan dan siasatan yang kami jalankan.

"Semua dakwaan termasuk yang baharu, telah kami jalankan siasatan dan selepas meneliti hasil siasatan, kami berpendapat tidak ada apa-apa perlu kami buat untuk meneruskan siasatan,"

Khalid berkata, polis telah bertemu Sirul Azhar yang berada dalam tahanan pihak berkuasa Australia untuk diambil keterangan berhubung semua dakwaan yang dibuatnya itu.

Mengulas lanjut, Khalid berkata, apa yang dibangkitkan oleh bekas anggota Unit Tindakan Khas itu sebenarnya meliputi perkara diketahui polis sejak dahulu.

Malangnya kenyataan Khalid yang kononnya Polis telah bertemu dengan Sirul yang berada dalam tahanan pihak berkuasa Australia itu telah dinafikan oleh tuan punya tubuh sendiri.. dalam lain ayat.. KPN dah membohongi seluruh rakyat Malaysia..

Ini laporannya..

Sirul Azhar Umar menyangkal kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berkata beliau telah menghantar orang ke Australia untuk bertemu dengannya.

Bercakap kepada Malaysiakini pada jam 2.30 pagi ini waktu Malaysia (5.30 masa Australia), Sirul berkata dia sukar tidur berikutan kenyataan IGP itu semalam, yang disifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab.

Sirul (kiri) mendakwa bahawa tidak ada pegawai atau anggota polis yang bertemu dengannya di Australia.

IGP dilaporkan oleh Bernama semalam sebagai berkata polis telah bertemu Sirul yang berada dalam tahanan pihak berkuasa Australia untuk diambil keterangan berhubung semua dakwaan yang dibuatnya itu.

Laporan Bernama itu memetik IGP sebagai berkata polis telah menjalankan siasatan terhadap semua dakwaan terbaru yang dibangkitkan Sirul dan berpendapat tidak mempunyai apa-apa untuk meneruskan siasatan.

Menurut Sirul, tiada siapa dari pasukan polis yang datang untuk menyiasat atau bertanya tentang kebajikannya.

"Saya keseorangan di sini, "katanya ketika bercakap kepada Malaysiakini.

Sirul, yang didapati bersalah membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu bersama dengan Ketua Inspektor Azilah Hadri, kedengaran menangis di hujung talian.

Kedua-dua mereka berkhidmat sebagai pengawal peribadi kepada Datuk Seri Najib Abdul Razak, ketika Najib menjadi timbalan perdana menteri, semasa pembunuhan itu berlaku pada tahun 2006.

"Jika polis dan orang ramai ingin mengetahui kebenaran, saya cabar Khalid membuka fail 'perisikan'", kata Sirul.

Fail perisikan yang dirujuk oleh Sirul ialah kenyataan asal yang diberinya kepada polis perisikan Malaysia - biasanya dirujuk sebagai cawangan khas - dan jabatan siasatan jenayah.

Ia telah dirakamkan apabila dia telah ditahan oleh pihak polis dan dibawa pulang dari Pakistan, ketika mengiringi Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi ~ Malaysiakini

Siapalah KPN ni nak perbodohkan agaknya?



Sirul tak bunuh sesiapa ketika jadi bodyguard saya kata Tun Mahathir

Posted: 04 Apr 2015 01:30 AM PDT


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendedahkan bahawa Sirul Azhar Umar juga pernah berkhidmat sebagai pengawal peribadi beliau sebelum ini.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata ketika berkhidmat sebagai pengawal peribadinya, bekas anggota Unit Tindakan Khas itu, tidak membunuh sesiapa.

"Orang yang dikatakan telah melakukannya (pembunuhan) adalah salah seorang pengawal peribadi saya. Sirul menjaga saya pada pada masa itu.

"Dia tak bunuh sesiapa pun ketika itu. Tak mungkin saya (yang arahkan pembunuhan itu)," katanya di majlis dialog yang dianjurkan oleh WYSG (What Youth Should Know).

Dr Mahathir merujuk kepada dakwaan Sirul bahawa dia telah diarahkan untuk membunuh warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu lapor Malaysiakini

Sementara itu The Malaysian Insider melaporkan Tun juga berkata adalah tidak adil Sirul digantung kerana dia hanya mengikut arahan..

Bekas perdana menteri itu berkata, Sirul sepatutnya dibenarkan untuk menyatakan kesnya, kerana dia sudah pun mengatakan dia tidak membunuh Altantuya atas kehendaknya sendiri.

"Dia (Sirul) sudah katakan ia bukan kehendaknya sendiri. Dia diarahkan untuk melakukannya, jadi soalan yang sepatutnya ditanya lama dahulu adalah siapa yang mengarahnya?" kata Dr Mahathir pada sebuah forum di Cyberjaya, hari ini.

"Hingga kini, masih tidak melihat tanda-tanda tentang orang yang memberikan arahan tersebut. Dia sepatutnya diberikan kebebasan untuk menyatakan kesnya kerana jika tidak dia akan digantung sampai mati.

"Itu sangat tidak adil, dia hanya mengikut arahan."

Mahathir kutuk BR1M Najib pulak..

Posted: 03 Apr 2015 11:20 PM PDT


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyifatkan pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia adalah satu kesilapan besar yang dilakukan kerajaan.

Bercakap dalam sebuah forum di Cyberjaya pada Sabtu, katanya pemberian wang tersebut adalah salah.

"Kerajaan merasakan jika kamu beri wang kepada rakyat, mereka akan sokong kamu... ini salah.

"Pemberian BR1M adalah salah dan ia merupakan kesilapan besar yang dilakukan oleh kerajaan," kata Dr Mahathir pada forum Global Leadership Series hari ini.

Katanya jika kerajaan mula memberi wang kepada rakyat, mereka akan jadi terlalu berharap kepada kerajaan dan menjadi materialistik.

Tambah Dr Mahathir lagi, tindakan ini jugak akan memberi kesan buruk kepada masa depan kerajaan yang memerintah ~ AstroAwani


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...