Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Proton setanding BMW kata Menteri

Posted: 06 Apr 2015 08:30 AM PDT


Kemampuan kereta nasional Proton adalah setanding dengan kereta import terkemuka seperti BMW dan Volvo.

Pengesahan itu berdasarkan penarafan lima bintang daripada Asutralasian Car Assesment Program (ANCAP) dan ASEAN NCAP selepas menilai ciri-ciri keselamatan dan teknologi yang dimilikinya.

Menteri Perdagangan dan Perindustrian Antarabangsa (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, model baharu kereta yang dihasillkan Proton berjaya mempamerkan kemajuan teknologi, mutu dan prestasi setanding dengan kualiti kereta yang diimport.

"Semua ini membuktikan betapa model-model kereta Proton setaraf dengan model-model yang dikeluarkan oleh pengeluar-pengeluar terkemuka seperti BMW, Volvo, Toyota dan Honda," katanya.

Menurut beliau, teknologi Lotus yang mengetengah gaya pemanduan selesa dan kawalan tepat diterapkan dalam teknologi pembuatan kereta nasional telah melonjakkan prestasinya.

Model seperti Preve, Suprima S dan Iriz yang dilengkapi teknologi keselamatan dengan sistem brek cegah kunci (EBS), pengagihan daya brek elektronik (EBD), brek pembantu (BA) kawalan kestabilan elektronik (ESC) dan kawalan kestabilan elektronik (ESC) meletakkan kualiti Proton sebaris dengan pengeluar kereta tersohor dunia.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar berhubung kemampuan kereta nasional bersaing dengan kereta import.

Dalam soalan yang sama, wakil DAP turut bertanya mengenai tempoh menunggu selepas pembeli membuat tempahan.

Menurut Mustapa, kebanyakannya mengambil masa antara satu hingga satu setengah bulan lapor Free Malaysia Today


Rosmah mula diserang Blogger Pro UMNO, nama Muhyiddin mula dinaikkan..

Posted: 06 Apr 2015 05:05 AM PDT


Tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin hari ini menggariskan perbezaan antara bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan penyandang sekarang Datuk Seri Najib Razak, berkaitan kedudukan mereka di tampuk kuasa.

Kadir, yang rapat dengan seorang lagi bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata berbanding Abdullah atau Pak Lah, Najib lebih sukar ditangani.

"Pak Lah tidak ada isteri yang bercita-cita besar," tambahnya yang dilihat ditujukan kepada isteri Najib, Rosmah Mansor, yang sering berdepan tanggapan negatif orang ramai.

Kadir juga berkata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjadi pilihan semula jadi untuk menggantikan Najib jika beliau berundur. 

"Isterinya disenangi dan hal anak-anaknya jarang dilihat atau didengar. Satu-satunya yang orang ramai tahu ialah Najwa Mahiaddin kerana dia seorang penyanyi dan penggubah lagu.

"Kelebihan lain apabila beliau datang daripada keluarga kuat agama daripada Muar," katanya..

Berikut adalah sebahagian dari tulisan A.Kadir Jasin yang dimaksudkan itu..

These are among the many questions that have to be asked and answered. 
But before that we will have to determine whether he survives the assault on him from within and outside Umno. 
To begin with, doing away with Mohd Najib is not going to be easy. Certainly not as easy as forcing out (Tun) Abdullah Ahmad Badawi in 2009. 
In the wider context, we Malaysians could very well be approaching the hell gate of weak government. Both the Barisan Nasional (BN) and Pakatan Rakyat (PR) have their own sets of issues to be able to offer a credible choice at the polls. 
For now, the more likely scenario is Mohd Najib survives as Prime Minister, Umno President and BN Chairman but the BN could lose the next general election. The redrawing of election boundaries could be to the advantage of the BN in the rural areas but may no be enough to offset voters' rebellion. 
To help us find answers to the above questions, let us consider the following: 
1. Mohd Najib isn't Abdullah. Showing Pak Lah the door in 2009 was a lot easier. He did not have as many apple polishers and jemuan (to borrow Mohd Najib's own words when opening Kedah Umno Convention on March 14) as the incumbent. 
2. Pak Lah did not have an ambitious wife. He had health issues. His did not have a support base as strong as Mohd Najib. Umno divisional, state and federal leaders were then less hypocritical and there was still some "perjuangan" (struggle) left. 
3. Mohd Najib might not have played a key role in forcing Pak Lah to resign. But he must have learned a few lessons to avoid Pak Lah's pitfalls. Mohd Najib has an ambitious determined wife who would want him to stay at all costs. On the other hand, Pak Lah's wife, (Tun) Jeanne, is not ambitious woman and it was said that she urged him to resign. 
4. Pak Lah did not have too many people depending on him for favours – political, business and professional. Members of his kitchen cabinet numbered less than 10. Mohd Najib has hundreds. He built his influenced by dispensing favours to as many people as possible. He runs the biggest Prime Minister's Office in history and controls the party chiefs with the gifts of golden eggs (to borrow the expression of the Umno Secretary General Tenkgu aka Teuku Adnan Mansor) and surrounded himself with quasi government agencies which are not under the control of the Public Services Department. 
5. He may not be liked and loved by Dr Mahathir, Umno veterans and bloggers, but he is loved by the upper echelon of the business community. The Bumiputera businessmen get contracts and blessings from him. The Chinese also get contracts from the government while at the same time they take advantage of marketplace uncertainties to buy back their shares, doubles their profits and transfer their wealth abroad. The Indian tycoons too benefited by being close to him and his household. They enjoy preferential loans and plump business deals, contracts and concessions. One of them – T. Ananda Krishnan – went a step further by providing loans to the government to bail out the ailing 1Malaysia Development Berhad. 
6. Assuming that there is a hidden widespread dissatisfaction among Umno leaders and this would soon boil over and topples Mohd Najib, who would then take over?
7. (Tan Sri) Muhyiddin Mohd Yassin is the natural choice. He is the Deputy Prime Minister and Deputy Umno President.
 
8. For months the expectation has been that he will lead the charge. But he has been blowing hot and cold, and many observers think that he would not mount an open challenge. He has been speaking out against 1MDB but unless he states his stand openly, Umno is not likely to rally behind him to shoo Mohd Najib away from Putrajaya. Like the legendary Jebat he risks being done in by Mohd Najib's "Hang Tuahs". 
9. All said and done, he is still the best person to take over. He stands a good chance of consolidating Umno and bringing back the support of the Malays. He hasn't been embroiled in a major controversy of the proportion of 1MDB, his wife is likeable and his children are rarely seen or heard of. The only one the public knows is Najwa Mahiaddin because she is a singer and songwriter. An added advantage is the fact that he comes of a religious Muar family. 
10. But he may not be so dearly loved by the non-Malays because he openly acknowledged that he is Malay first and Malaysian second in relation to Mohd Najib 1Malaysia branding. So he may not get full backing from the non-Malay parties of the BN, but he can count on the support of the anak negeri parties in Sarawak.

Please continue yours reading HERE


Siapa Aidana Baizieva yang turut terbunuh dalam nahas Helikopter itu?

Posted: 06 Apr 2015 01:01 AM PDT


Hospital Kuala Lumpur (HKL) masih tidak dapat mengenalpasti mangsa terakhir nahas helikopter yang terhempas di Semenyih pada petang Sabtu lalu.

Jurucakap HKL memberitahu, siasatan ke atas ke atas mayat berkenaan masih lagi dijalankan pada ketika ini. Menurutnya, HKL masih lagi menunggu laporan penuh daripada pihak polis dan Jabatan Perubatan Forensik.

"Ketika ini status mangsa keenam tersebut masih belum dikenalpasti dan sedang dalam siasatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada mayat tersebut merupakan milik Aidana Baizieva, jurucakap tersebut memberitahu HKL tidak dapat mengesahkannya lagi.

Jurucakap berkenaan mengesahkan kedutaan Kyrgyzstan datang ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) HKL pagi ini.

Jelasnya, kesemua mereka yang datang merupakan wakil kedutaan dan bukannya waris kepada Aidana Baizieva.

"Wakil kedutaan tadi datang untuk membantu proses siasatan pihak polis," ujarnya.

Pagi tadi, Kedutaan Kyrgyzstan mengesahkan identiti wanita bernama Aidana Baizieva, mangsa terakhir nahas helikopter yang terhempas di Semenyih pada petang Sabtu lalu, merupakan rakyat negara berkenaan.

Ketika dihubungi di sini, pejabat kedutaan berkenaan memaklumkan pegawainya bersama kakak Aidana hadir ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses pengecaman dan tuntutan jenazah wanita tersebut.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada jenazah akan dibawa pulang ke negara asal atau tidak.

Menurut rekod kedutaan, Aidana dilaporkan masih lagi bujang dan telah berada hampir setahun di Malaysia.

Kira-kira pukul 10.45 pagi tadi, sebuah kereta milik pejabat kedutaan Kyrgyzstan tiba Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) di sini sebelum sebuah lagi kereta tiba dua minit kemudian.

Pada pukul 1 petang, kereta model Toyota Vios yang dinaiki oleh kakak Aidana dilihat keluar daripada perkarangan dan enggan memberi sebarang reaksi ketika ingin ditemubual oleh pemberita.

Sebelum ini, lima mayat mangsa nahas helikopter Dauphin 9M-IGB yang terhempas di Semenyih sudah dituntut keluarga masing-masing.

Keluarga mendiang Kapten Fournier, yang berasal dari Minnesota dan bekerja di negara ini sejak 20 tahun lalu sudah disahkan oleh pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara akan tiba hari ini bagi mengecam dan menuntut mayatnya.

Pada Sabtu, Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan Datuk Azlin Alias, Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, bersama empat orang lagi terkorban apabila helikopter Dauphin AS365N2 yang dinaiki mereka dalam perjalanan pulang dari Pekan, Pahang ke Kuala Lumpur, terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada jam 4.55 petang.

Empat lagi mangsa di dalam helikopter itu ialah juruterbang Kapten Clifford Fournier, pembantu operasi Aidana Baizieva, pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan B Seran dan usahawan Datuk Tan Huat Seang lapor RakyatPost


.... Dalam pada itu Utusan Malaysia juga melaporkan status wanita yang bernama Aidana Baizieza itu masih misteri..

HULU LANGAT 5 April – Status penumpang wanita dikenali Aidana Baizieva yang berada di dalam helikopter AS365N2 yang terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih, di sini semalam masih lagi menjadi misteri. 
Ini berikutan identiti wanita tersebut yang didakwa sebagai pembantu juruterbang belum dapat disahkan oleh mana-mana pihak. 
Menurut sumber, ketika ini terdapat satu mayat yang belum dapat dikenal pasti jantinanya namun dipercayai wanita misteri tersebut. 
Difahamkan, nama Aidana Baizieva yang berasal dari Kyrgystan itu diperoleh daripada kenyataan Kementerian Pengangkutan yang memaklumkan wanita berkenaan adalah salah seorang daripada enam yang menaiki pesawat tersebut. 
Hospital Kuala Lumpur turut mengklasifikasikan status mayat tersebut sebagai 'tidak diketahui'.

Difahamkan, pihak berkuasa hanya akan mendedahkan maklumat wanita itu selepas identiti wanita tersebut disahkan.

mStar pula melaporkan rakan Wanita malang itu telah hadir untuk menuntut mayat Aidana..


KUALA LUMPUR: Rakan kepada mangsa nahas helikopter di Semenyih hadir di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur pada Isnin untuk menuntut mayat Aidana Baizieva.

Seorang lelaki dan perempuan itu dilapor hadir untuk melengkapkan beberapa borang untuk tujuan pelepasan mayat itu.

Mereka tiba di bilik mayat kira-kira pukul 10.45 pagi sebelum menguruskan proses menuntut mayat. Wanita tersebut enggan bercakap dengan media yang dilarang daripada memasuki perkarangan bilik mayat.

Terdahulu, seorang jurucakap kedutaan mengesahkan Aidana merupakan warga Kyrgyzstan dan pernah bekerja di Malaysia untuk seketika.

"Rekod menunjukkan beliau berada di Malaysia sekurang-kurang selama setahun," katanya. Baizieva antara yang maut dalam nahas helikopter di Semenyih pada Sabtu lalu.

Nahas tersebut turut menggorbankan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis.

Terdahulu, wanita tersebut dilaporkan sebagai pembantu juruterbang helikopter yang terhempas itu tetapi kemudiannya disahkan sebagai kakitangan Syarikat Penerbangan Cempaka.


Persoalannya sekarang... Siapa Aidana Baizieva??


Peguam Sirul pulak kantoikan KPN..

Posted: 05 Apr 2015 11:00 PM PDT


Peguam kepada Korperal Sirul Azhar Umar yang didapati bersalah kerana membunuh Altantuya Shaariibuu dan seorang pemimpin pembangkang mempertikaikan dakwaan polis kononnya mereka mengadakan pertemuan dengan bekas komando itu bagi membincangkan mengenai siasatan susulan terhadap tuduhan membunuh warga Mongolia itu.

Peguam Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili Sirul semasa perbicaraan itu berkata peguam Malaysia dan Australia menasihatkan Sirul supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kepada sesiapa sementara menunggu keputusan kes ekstradisi.

"Dia berada di bawah arahan ketat peguam di sini dan Australia supaya tidak membuat sebarang temu ramah sehingga mendapat pelupusan permohonan oleh pihak berkuasa Malaysia untuk menghantar balik," kata Kamarul.

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar pula berkeras dengan mengatakan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berbohong ketika menyatakan yang polis ada bertemu Sirul.

Kamarul berkata, kali terakhir beliau bertemu dengan Sirul adalah di pusat tahanan imigresen Villawood di Sydney pada pertengahan Februari lalu.

"Ia dakwaan palsu kepada sesiapa saja yang mengatakan pernah bertemu dengan Sirul malah sebagai anak guam kami sangat sedar sebarang temu ramah akan menjejaskan statusnya di sana," kata Kamarul merujuk kepada kenyataan Khalid terdapat seseorang bertemu dengan Sirul.

Difahamkan terdapat 2 kumpulan peguam Australia dilantik untuk berunding berhubung soal imigresen dan masalah ekstradisi ini.

Kamarul juga mendedahkan Pejabat Peguam Negara masih belum memulakan permohonan ekstradisi dengan Canberra, walaupun bekas anggota polis itu ditangkap pada 22 Januari lalu.

Minggu lepas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, proses ekstradisi Sirul ditangguhkan kerana ia melibatkan "isu undang-undang yang rumit".

Mahfuz yang terus menghubungi bekas komando polis itu berkata, Sirul tidak pernah menyebutkan pernah disoal siasat polis sejak dia melarikan diri ke Australia, dan ini sekali gus bertentangan dengan dakwaan Khalid.

"Hanya 3 hari lalu, sebelum dia ditemu ramah Malaysiakini berhubung perkara itu, Sirul memberitahu saya yang tiada anggota polis datang menemui dia dan mendengar cerita daripadanya," kata Mahfuz.

"Saya fikir ia sangat memalukan apabila ketua polis negara boleh membuat kenyataan yang hanya merosakkan kredibilitinya. Beliau sebenarnya tertekan untuk membuat maklum balas terhadap ulasan Tun (Dr Mahathir Mohamad), maka beliau terpaksa berbohong kepada seluruh rakyat," katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, beliau juga melihat tiada sebarang tanda atau petunjuk dalam misi khas ke Australia bulan lepas mengenai polis akan mengadakan lawatan untuk bertemu Sirul. 

Mahfuz berkata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Noor juga melepaskan tanggungjawab itu kepada ketua polis negara apabila pemberita bertanya kepadanya mengenai perkara itu.

"Apabila mereka meminta timbalan ketua polis negara mengenai perkara itu, beliau berkata, 'tanya ketua polis negara'. Sudah tentu timbalan akan tahu jika benar polis mengadakan menyoal siasat Sirul di Australia.

"Tindakan KPN ini memalukan pasukan polis keseluruhannya dan boleh menjejaskan hubungan antara Malaysia dan Australia," kata Mahfuz.

Pada Sabtu lalu, Sirul memberitahu portal berita Malaysiakini ketua polis negara berbohong selepas apabila mengatakan terdapat beberapa pegawai dihantar ke Australia untuk menyoal siasatnya. 

Namun, Khalid pada Sabtu menegaskan berkata benar dan tidak ada sebab untuk mengelirukan orang ramai serta masyarakat Malaysia berhubung perkara itu.

Beliau berkata, Sirul sekarang berada dalam keadaan terdesak untuk menyelamatkan dirinya.

"Dia melakukan yang terbaik untuk tidak pulang ke Malaysia di mana dia akan dijatuhkan hukuman mati," kata Khalid dalam satu kenyataan, sambil menambah Sirul melakukan yang terbaik untuk membawa nama buruk dan menimbulkan keraguan ke atas siasatan kes pembunuhan itu, penglibatannya dan sistem keadilan jenayah.

"Daripada apa yang kita kumpulkan mengenai pertuduhannya setakat ini, ia tidak memberikan petunjuk baru yang akan membebaskan dia berhubung perkara itu. Oleh itu, kami mengalu-alukan cabarannya untuk membuka rahsia, jika dia ada," kata Khalid.

Kes pembunuhan Altantuya muncul semula pada mata masyarakat selepas Dr Mahathir membangkitkan isu yang berkaitan pembunuhan itu dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam serangan terbaru terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menyangkal dakwaan kenyataan Dr Mahathir itu, mengenai tiada siasatan dijalankan ke atas dakwaan yang dibuat Sirul, Khalid berkata polis pada Jumaat ada bertemu dengan pelarian di Australia itu dan menyimpulkan tidak ada isu yang memerlukan siasatan lanjut.

Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari lalu menjatuhkan hukuman kepada Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Sirul kerana membunuh wanita berusia 28 tahun itu pada 2006.

Bagaimanapun, Sirul tidak hadir ketika keputusan itu dibacakan dan satu laporan berita mengesahkannya sudah berlepas ke Australia pada Oktober lalu.

Keterangan di mahkamah mendedahkan Altantuya, seorang penterjemah dari Mongolia dibunuh sebelum mayatnya diletupkan menggunakan bahan letupan C4 di pinggir Shah Alam, berhampiran Kuala Lumpur.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda merupakan seorang daripada orang kepercayaan Najib yang didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul tetapi dibebaskan Mahkamah Tinggi pada 2008 tanpa dipanggil untuk membela diri.

Kerajaan juga tidak merayu mengenai pembebasannya.

Walaupun hukuman itu tetap dijalankan, motif pembunuhan Altantuya tidak pernah didedahkan lapor The Malaysian Insider



GST gagal mansuhkan caj perkhidmatan 10 peratus.. Apa kata Menteri?

Posted: 05 Apr 2015 08:35 PM PDT


Jawapan dari pihak Kastam mengenai penghapusan 10% cukai SST yang kononnya akan dilaksanakan bila 6%GST diperkenalkan...

"Ya, SST (Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan) dimansuhkan mulai 1 April 2015 Oleh itu dua cukai yang ada sekarang akan digantikan dengan satu sahaja.

Nota tambahan: Cukai Jualan telah diperkenalkan sejak tahun 1972 (Akta Cukai Jualan 1972).

Perintah Cukai Jualan 2012 menetapkan kadar Cukai Jualan adalah 10%, melainkan barangan dalam Jadual 1, misalnya bahanbahan mentah sebanyak 0%. Jadual 2, misalnya untuk makanan dan buahbuahan sebanyak 5%, Jadual 3, minuman berproses sebanyak 20% dan Jadual 4, untuk bahan petroleum dan diesel, berkadar spesifik.

Cukai ini telah dimasukkan ke dalam kos harga barang dan pengguna membayar cukai tersebut tanpa disedari.

Cukai Perkhidmatan telah diperkenalkan sejak tahun 1975 (Akta Cukai Perkhidmatan 1975) pada kadar 5%. Kadar ini kemudiannya dinaikkan kepada 6% pada tahun 2011.

Kedua-dua Cukai Jualan dan Perkhidmatan akan digantikan dengan GST pada kadar 6%.


Tapi hakikatnya..


Caj perkhidmatan sehingga 10 peratus masih dikenakan oleh segelintir peniaga kepada pengguna walaupun Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mula dilaksanakan pada 1 April lalu.

Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Abdullah Sani berkata, walaupun Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dimansuh dan digantikan dengan GST, namun caj itu masih dikutip oleh peniaga.

" Saya sendiri terasa beban GST itu, bayangkan ada kedai dan restoran mamak mengenakan caj servis lima peratus dan ditambah pula GST enam peratus menjadikan jumlah cukai 11 peratus.

"Kesan GST dan caj servis ini memberi implikasi yang besar kepada kenaikan harga barang," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat berkata beliau akan membawa isu tersebut ke Dewam Rakyat susulan tindakan peniaga yang mengenakan caj berganda itu.

"Resit pembelian saya masih simpan nanti saya akan bawa ke Parlimen untuk mendapatkan pengesahan daripada kerajaan yang sebelum ini mengatakan caj servis tidak dikenakan lagi bila GST dilaksanakan.

"Menteri Kewangan II sebelum ini berkata caj servis tidak kena (dicaj kepada pengguna), caj 10 peratus itu tiada lagi, yang tinggal hanya enam peratus saja. Sekarang ini kenapa masih ada lagi (caj servis)," soalnya.

Dalam pada itu, Abdullah turut menyifatkan GST masih gagal menyeragamkan cukai-cukai sedia ada termasuk SST dan caj servis.

"Saya tengok keadaan ini sangat kritikal apabila caj servis ini dikenakan di restoran makanan yang dikunjungi oleh rakyat biasa kerana alasan kerajaan perkenalkan GST untuk seragamkan cukai-cukai sedia ada untuk meringankan beban rakyat.

"GST masih gagal seragamkan cukai-cukai sedia ada dan ia hanya merunsingkan rakyat.

"Sekarang ini bila tengok dalam resit tertera caj servis dan ditambah pula dengan GST, ia benar-benar menganggu permikiran kita," katanya lagi lapor Sinar Harian



Juruterbang Helikopter lain dakwa lihat AS365 Dauphin 2 meletup d iudara..

Posted: 05 Apr 2015 05:30 PM PDT


Seorang juruterbang sebuah pesawat yang kebetulan sedang terbang di kawasan Kajang berkata, beliau menyaksikan sendiri helikopter Eurocopter Dauphin (AS365N2) terjunam sebelum terhempas dalam kejadian di Semenyih, petang Sabtu.

Juruterbang yang dikenali sebagai Kapten Lee itu memberitahu stesen TV swasta Astro Awani bahawa beliau sempat berkomunikasi dengan juruterbang helikopter itu tentang kedudukan dan tujuan perjalanan masing-masing, tidak lama sebelum helikopter itu terhempas.

Nahas Helikopter yang dinaiki Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan lima lagi itu telah mengakibatkan kesemua mereka terkorban.

Lee berkata, ketika kejadian, beliau sedang mengemudi kapal terbang dari Johor ke Subang dan melihat sendiri helikopter itu terjunam dan jatuh ke tanah.

"Lebih kurang pukul 5 petang, saya terbang dari Johor ke Subang. Pada masa sama ada helikopter dari Kuantan ke Subang. Bila sampai dekat Kajang nampak helikopter tanda IGB. Saya terus terbang.

"Dalam tiga minit pandang balik, helikopter tu dah menjunam, muncung ke bawah. Saya perhatikan helikopter tu jatuh ke tanah dan keluar asap hitam," katanya dalam temu bual menerusi telefon oleh stesen televisyen swasta, Astro Awani.

Menurut Lee ketika kejadian, cuaca cerah dan hujan panas serta tiada ribut. "Pada pengalaman saya, ia jatuh bukan disebabkan cuaca. Saya nampak itu yang jadi...rasa ngeri. Lepas kejadian, saya maklumkan menara kawalan tentang helikopter IGB terhempas.

Lee berkata, beliau terpaksa meneruskan perjalanan kerana membawa penumpang.

"Sebelum kejadian ada cakap dengan pilot helikopter tu (menerusi sistem telekomunikasi). Kami maklum kami akan sampai ke Kajang pada sekian waktu dan sekian ketinggian. Dalam empat, lima minit, berlaku kejadian itu," kata Lee.

Helikopter AS3655N2 Dauphin (9M-1GB) yang membawa enam orang terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada 4.55 petang.

Nahas helikopter itu mengorban semua penumpang dan juruterbang termasuk Jamaluddin dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Seri Azlin Alias.

Empat lagi mangsa ialah juruterbang Kapten Clifford William Fournier, pembantu operasi helikopter Aidana Baizieva, pengawal peribadi Jamaluddin, Razkan Seran dan usahawan Datuk Tan Huat Seang.-- Bernama

Ini pula laporan dari The Star Online..





-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...