Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Soalan-soalan dari Dr. Mahathir buat penyokong-penyokong Najib..

Posted: 09 Apr 2015 08:00 AM PDT


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, golongan yang menyokong penggantinya, Datuk Seri Najib Razak juga perlu menyokong 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang kini menanggung hutang RM42 bilion.

Golongan itu perlu menyokong tindak tanduk firma berkenaan, yang masih belum dapat memberi penjelasan mengenai dana tersebut, kata Mahathir.

"Adakah anda juga sokong (langkah) menyimpan berbilion ringgit di Cayman Islands?

"Adakah anda juga sokong (langkah) bahawa, selepas membawa pulang wang tersebut, ia mesti disimpan di sebuah Bank Switzerland di Singapura?

"Adakah anda menyokong penjelasan bahawa wang tersebut tidak boleh dibawa pulang ke Malaysia oleh perdana menteri dan menteri kewangan kerana Bank Negara akan banyak soal?,"

Soalan seterusnya bacalah kat bawah ni..

1. As a result of the exposure regarding the Altantuya case and 1MDB, Najib is now getting pledges of support from UMNO division heads, BN, MIC, Senators and all kinds of groups. This is what the mainstream press reports. 
2. I am not asking anybody to support me. But I am going to ask all those who support Najib to declare they all support his 1MDB, 1MDB borrowing 42 billion Ringgit and his inability to answer where the money is when asked. 
3. Do you also support keeping billions of Ringgit in Cayman Islands? Do you also support that having brought back the money, it must be kept in a Swiss Bank in Singapore. Do you also support the explanation that the money cannot be brought back to Malaysia by the Prime Minister and Minister of Finance because Bank Negara will ask too many questions. 
4. Do you support purchase of Government land in KL at far below market price, revaluing it to make it your asset while buying power plants from the private sector at well above market price. 
5. Now there is a suggestion that this land be sold to Government companies at inflated prices so as to pay the billions borrowed by 1MDB. 
6. If this sale is in order to pay 1MDB debts, that means that 1MDB which borrowed 42 billion cannot pay its debts from its investments, that it has lost the billions. 
7. So what happened to the 42 billion borrowed? Why must 1MDB borrow 2 billion to pay the interest? Why must Government make available almost 1 billion Government money to pay 1MDB debts? 
8. These two borrowings by 1MDB means it now has a debt of 42+3 billion = 45 billion. 
9. Supporters of Najib must also support Jho Low who managed 1MDB money who is a friend of Najib like Daim is my friend. They must also be friends of Jho Low to have so much faith in him. 
10. I asked Najib simple questions but instead of answering the questions he asked people to support him. 
I would like to ask the supporters whether their support means the disappearance of 42 billion Ringgit is okay, that there is no necessity to at least explain where the money is. If you do, go tell Daim, Tengku Razaleigh, Shahrir Samad and Khairy Jamaluddin to shut up ~ Chedet

Aidana Baizeiva masih hidup?.. Shahbudin dakwa terima e-mail darinya..

Posted: 09 Apr 2015 05:04 AM PDT


Subuh tadi saya menerima email daripada seseorang yang mendakwa dirinya Aidana Karabasova, yang mana gambarnya disebar-luaskan sebelum ini sebagai Aidana Baizeiva iaitu salah seorang mangsa yang turut terbunuh dalam nahas helikopter di Semenyih, baru-baru ini.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada email ini tulen atau sebaliknya.

Dalam emailnya, Aidana Karabasova mengakui bahawa itu adalah gambarnya dan beliau bukannya Aidana Baizeiva.

Katanya lagi, beliau masih hidup dan berasal daripada Kazakhstan, bukannya Kyrgzstan.

Dalam artikel di blog ini pada Selasa 7 April lalu, saya menulis berkenaan gambar yang tersebar luas berkaitan Aidana Baizieva yang berkemungkinan bukan wajahnya sebenar kerana gambar itu sebenarnya diperolehi daripada sebuah web bernama gaukhara.com.

Sekali lagi, jika email ini tulen, maka sahlah gambar yang tersiar di banyak media baru dan media sosial selama ini adalah Aidana Karabasova dan bukannya gambar sebenar Aidana Baizieva, mangsa yang terbunuh dalam nahas helikopter yang dipercayai rakan kepada juruterbang bernama Clifford. 

Ini juga bermakna gambar sebenar Aidana Baizieva masih lagi tidak dapat dipastikan.

Dalam nahas itu, kesemua enam penumpangnya termasuk Ahli Parlimen Rompin, Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Azlin Alias telah terbunuh...

Silalah sambung bacaan anda di SINI


Akhirnya usaha gigih Ahmad Maslan membuahkan hasil..

Posted: 09 Apr 2015 01:08 AM PDT


Selepas dikatakan tidak diendahkan sultan Johor, Timbalan Menteri kewangan Datuk Ahmad Maslan memuat naik gambar di Twitter yang menunjukkan beliau bersalam dengan Sultan Ibrahim Ismail Iskandar.

Gambar itu menunjukkan beliau tunduk sambil bersalam menggunakan kedua-dua belah tangannya dengan sultan, bersama tulisan berbunyi:

"Malam jamuan negeri sempena kemahkotaan pada 31/3/15 di Persada JB. DYMM Tuanku Sultan Johor yang sentiasa mesra rakyat."


Bagaimanapun, status itu mengundang reaksi nakal pengguna Internet yang memperli tindakan itu. 

"Tabah sungguh Dato. Setelah beberapa kali percubaan akhirnya misi untuk bersalam dengan sultan Johor tercapai. 

"Syabas! Haha," kata seorang pengguna Twitter menggunakan akaun @IbnRamli1.

Manakala pengguna Twitter @Perlimaya pula berkata sultan terpaksa bersalam dengan Ahmad yang menghalang laluannya.

Sebelum ini terdapat rakaman video tersebar luas yang memaparkan Ahmad beberapa kali cuba bersalam dengan sultan tetapi tidak diendahkan.

Sultan bagaimanapun dilihat bersalam dengan orang lain yang mengerumuninya.

Baginda juga sempat melayan mesra rakyat jelata yang ada antaranya mahu bergambar selfie bersama pemerintah tertinggi Johor itu.

Video dimuat naik di Facebook "Amran Fans" itu ditonton lebih 100,000 orang, dengan orang ramai terus memperolokkan Ahmad lapor Malaysiakini

.

Tapi.. cuba tengok betul-betul.. Sultan pandang tak Ahmad Maslan masa bersalam?




Anak Menteri Lain Pun Tak Buat Perangai Macam Ni.. kata Isteri muda Nazri kepada Nedim

Posted: 08 Apr 2015 11:00 PM PDT


Seorang wanita mendakwa dirinya isteri yang sah kepada Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz dan layak menggunakan gelaran Datin Seri.

Haflin mendakwa beliau layak menggunakan gelaran Datin Seri kerana Nazri dan ibu Nedim telah bercerai sejak 26 tahun lalu.

Di Instagram yang menggunakan nama Haflinsfashion, dia mendakwa telah berkahwin dengan Nazri pada Jun 2014.

"Tidak ada undang-undang di Malaysia yang menyatakan hanya seorang isteri dibenarkan mengguna gelaran Datin Seri," tulis Haflin.

Sehubungan itu, dia mencabar Nedim Nazri yang juga anak tirinya supaya mengambil tindakan undang-undang terhadapnya jika fakta itu salah.

Haflin mendakwa, perkara itu terpaksa didedahkan atas permintaan Nazri untuk menjelaskan kekeliruan yang dicetuskan Nedim.

Nedim, kekasih kepada pelakon Nora Danish, baru-baru ini menimbulkan kontroversi kerana menuduh wanita yang menggunakan gelaran sesuka hati sebagai 'wanita terdesak'.


Nedim juga mengkritik editor dari dua majalah tempatan yang didakwa tidak membuat penyelidikan kerana hanya isteri pertama layak menggunakan gelaran itu lapor Free Malaysia Today


Anak saya dikambing hitamkan, ujar Ibu Sirul kepada Tun M..

Posted: 08 Apr 2015 08:16 PM PDT


Ibu bekas anggota Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar, Piah Samad mengakui anaknya menjadi mangsa keadaan serta bakal dikambing hitamkan dalam isu pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

Menurut sumber, pertemuan tertutup Piah dan bapa saudara Sirul dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu merupakan sesi mendedahkan luahan hati seorang ibu yang mahukan anaknya dilepaskan dari hukuman gantung sampai mati.

"Pertemuan itu disertai bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar.


"Banyak rahsia sebenar diceritakan sendiri Piah dan bapa saudara Sirul kepada Dr Mahathir.

"Piah merayu dan memohon jasa baik Dr Mahathir untuk menyelamatkan anaknya dari hukuman gantung. Piah mempertahankan anaknya dan menyifatkan Sirul menjadi mangsa keadaan serta dikambing hitamkan," kata sumber itu kepada Astro AWANI di sini hari ini.

Pertemuan itu difahamkan berlangsung di di Yayasan Perdana, Putrajaya sekitar pukul 4 petang.


Sirul yang dijatuhi hukuman mati setelah didapati bersalah membunuh Altantuya kini berada di pusat tahanan Jabatan Imigresen dan Perlindungan Sempadan di Sydney, Australia selepas ditangkap di Queensland pada 20 Januari lepas berikutan amaran merah dikeluarkan Polis Antarabangsa, Interpol. 

Dalam pada itu kata sumber berkenaan, Piah juga menjelaskan Sirul telah menerima arahan dan benar-benar teraniaya dalam kes berkenaan.

"Piah merayu kepada Dr Mahathir agar membantu mereka kerana katanya Sirul hanya menerima arahan. Piah berulang kali menyatakan anaknya teraniaya dan menjadi mangsa," kata sumber itu. 

Dalam pada itu, sumber itu juga menghantar beberapa keping gambar pertemuan tertutup berkenaan dan jelas Khairuddin serta Mahfuz kelihatan bersama di dalam perbincangan berkenaan. 

Bagaimanapun, usaha Astro AWANI untuk menghubungi kedua-dua mereka masih gagal.

Sebelum ini, Dr Mahathir Mohamad berkata, adalah tidak adil jika Sirul dan Azilah Hadri dikenakan hukuman bunuh kerana mereka hanya mengikut arahan.

Dr Mahathir turut menjelaskan, dia hanya bertanya siapa yang mengeluarkan perintah kepada dua anggota polis yang didapati bersalah membunuh Altantuya.

Mahfuz turut dilaporkan sebelum ini mengaturkan pertemuan antara Piah dengan Dr Mahathir.

Mahfuz dilaporkan berkata, Piah ingin 'memberitahu sesuatu' yang ada kaitan dengan anaknya yang didapati bersalah membunuh Altantuya kepada negarawan itu ~ AstroAwani


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...