Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


MCA Mahu Ganti Dap Jaga Kebajikan Kaum Cina di Permatang Pauh

Posted: 17 Apr 2015 05:34 AM PDT


Untuk mengukuhkan lagi jentera BN di Permatang Pauh, MCA mengorak langkah awal dengan turun ke kawasan pilihanraya, bagi menyiapkan bilik Gerakan utama mereka, malah untuk kemudahan jentera bertugas dan memantau kerja-kerja pilihanraya.

Semalam, Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai menyempurnakan majlis Pelancaran Bilik Gerakan MCA untuk PRK Permatang Pauh. MCA berjanji akan bekerja keras di dalam Pilihanraya Kecil (PRK) yang akan diadakan tidak lama lagi.



Sebelum itu, Timbalan Presiden MCA, yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa PRU14 MCA, juga telah turun ke Permatang Pauh untuk memantau persiapan MCA membantu calon Barisan Nasional (BN) di dalam menghadapi PRK pada kali ini.

Malah dalam perjumpaan dengan jentera PRK, MCA telah bertekad untuk buat sehabis baik, bagi memenangkan calon BN di dalam PRK tersebut.


MCA sedar mereka terpaksa menghadapi musuh utama mereka iaitu Dap, namun ada beberapa isu yang boleh mereka mainkan untuk menarik sokongan kaum cina. Tambahan pula, di Permatang Pauh, Dap tidak memainkan peranan untuk membela rakyat, mungkin mereka beranggapan kawasan tersebut bukan kawasan mereka.

Disebabkan itu, MCA mungkin dapat meraih sokongan dengan gerak-kerja bersemuka dan menjaga kebajikan kaum cina di sana.

3 Sayap UMNO Kedah Saran MB 'Jangan Keluar Kenyataan'

Posted: 17 Apr 2015 02:01 AM PDT



Malah dalam Sidang Media mereka menyokong penuh kepimpinan Dato Seri di Kedah dan tidak mahu ada anasir luar yang mahu menganggu perpaduan didalam UMNO disini.

Dalam kenyataan bersama petang tadi, mereka turut menyokong Presiden UMNO YAB Dato Seri Najib Razak dan Pengerusi Perhubungan negeri Kedah.

Namun demi kebaikan, mereka menyarankan Dato Mukhriz tidak memberi sebarang kenyataan buat masa sekarang dan akan datang, demi perpaduan dalam UMNO.

Kerana mengikut mereka Dato Mukhriz setia pada pimpinan parti, jadi tidak ada masalah untuk beliau berdiam diri dalam permasalahan diantara YAB PM Najib dan Tun Dr M.

Namun semuanya bergantung pada Dato Seri Hj Mukhriz sendiri samaada mahu berdiam diri atau memberi sebarang kenyataan kepada media.


Video Sidang media tiga sayap Pergerakan UMNO Negeri Kedah yang diketuai oleh Dato' Shaiful Hazizy Zainol...
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Thursday, April 16, 2015

Mukhriz jawab Isu Perletakan Jawatan!

Posted: 16 Apr 2015 10:40 AM PDT


Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir menjawab isu 'khabar angin' yang menyatakan beliau mahu meletak jawatan pada 24hb ini.

Kata beliau,

"TAK timbul masalah begitu besar sehingga memerlukan saya letak jawatan.Itu kata Datuk Mukhriz tadi nafi cakap2 nak letak jawatan MB 24 April"

Sambung beliau lagi,

"Takdak sebab saya meletak jawatan. Sebagai Menteri Besar, saya diberi mandat oleh Perdana Menteri (YAB Dato Seri Najib Razak), kerana itu saya memikul tanggung jawab dan amanah untuk menjaga rakyat"

Ulasan MMFC:

Malah perlantikan beliau sebagai Menteri Besar juga diperkenan oleh baginda Sultan Kedah, mengikut undang-undang tubuh negeri yang sedia ada.

#MMFC #Kedah #KedahSerataRata #MukhrizMahathir
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...