Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


#SPAD Benteras EasyTeksi Ops Kereta Sapu

Posted: 17 Apr 2015 06:12 PM PDT


Teksi sapu mengunakan aplikasi Easy Taxi adalah satu kegiatan yang boleh mengundang perbuatan tidak sihat pada pelanggan dan penguna teksi, Satu, ianya tidak berdaftar, keduanya, sudah tentu tiada meter, ketiga mereka boleh menipu pelanggan dengan menetapkan harga sesukahati dan berkemungkinan besar, risiko tinggi terjadinya kegiatan jenayah terhadap penumpang.

Dari sudut lain, mereka juga mencantas rezeki pemandu teksi yang berdaftar. Sepatutnya penguna perlu peka tentang perkara ini. Kenapa perlu bahayakan nyawa sendiri dengan mengunakan perkhidmatan teksi 'hantu' yang boleh menyebabkan kecelakaan pada diri kita?

Atas sebab demikian, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melancarkan Operasi membanteras Aktiviti Kereta Sapu Operasi dilancarkan pada jam 4 petang dan berakhir 8 malam.

Kawasan operasi melibatkan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Dalam operasi tersebut SPAD telah berjaya membanteras 12 kes. Ianya terdiri dari 3 kes kesalahan Kereta Sapu yang menggunakan aplikasi Easy Taxi dan 9 kes lagi teksi tidak menggunakan meter.

Senarai kenderaan yang disita oleh SPAD

6. 12 buah kereta telah disita dan dihantar ke Tapak Sitaan di Sepang. Kenderaan yg disita :
a. 1 x Perodua Alza (Easy Taxi).
b. 1 x Gen 2 (Easy Taxi).
c. 1 x Toyota Avanza (Easy Taxi).
d. 9 x Teksi Bajet.

Kenapa perlu bahayakan diri?

Kini SPAD sudah melancarkan satu aplikasi yang berdaftar dan terjamin oleh Kerajaan Malaysia.

'MeterOn' 

Aplikasi ini membantu penumpang mengenalpasti pemandu teksi dengan hanya memasukkan 'no pendaftaran teksi' segala info mengenai pemandu teksi dan pengangkutan teksi terbabit akan keluar. Ia memudahkan penumpang mengenalpasti pemandu dan membuat aduan jika ada kesalahan yang dilakukan oleh pemandi teksi terbabit.

Meningkatkan keyakinan terhadap perkhidmatan teksi.

Jika sebelum ini nyawa pelanggan yang mengunakan perkhidmatan teksi ini umpama dalam permainan 'hidup dan mati'. Nasib tak baik, jumpa pemandu teksi jahat, pelanggan pasti menjadi mangsa. Dengan aplikasi ini, kita dapat mengesan lebih awal!

Selain membantu dan meningkatkan keyakinan pengguna dalam perkhidmatan teksi, objektif aplikasi 'MeterOn' ini juga, mahu meningkatkan mutu perkhidmatan teksi supaya mereka (pemandu teksi), mereka dapat dinilai oleh pengguna dan seterusnya, dapat memberi 'rating' (kepada pemandu teksi) bagi melabel mutu perkhidmatan.

Detail mengenai 'MeterOn' ini boleh dirujuk pada poster dibawah,




Aplikasi 'MeterOn' ini boleh di download mengunakan Google Play bagi penguna android dan iTunes bagi penguna iPhone.

Bagi mengunakan atau download aplikasi boleh rujuk SINI.

Tolong sayangkan nyawa anda, jangan bahayakan diri dengan perkhidmatan (Easy Taxi) yang anda sendiri tidak tahu pucuk pangkalnya.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...