Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


Apa BN buat di Rompin Selama ni? #PrkRompin

Posted: 19 Apr 2015 09:33 PM PDT



BN-UMNO sudah mencalonkan Datuk Hassan Ariffin Timbalan Ketua Bahagian UMNO Rompin sebagai calon mewakili BN dalam PRK P91 Rompin.

Pemilihan Datuk Hasan memang dikehendaki oleh majoriti pengundi BN-UMNO di dalam PRK Rompin kali ini berikutan beliau dilihat sebagai legasi paling layak menggantikan arwah Tan Sri Jamaluddin Jarjis (JJ)

Kenapa pilih Datuk Hasan dan BN?

Sebabnya sepanjang arwah Tan Sri JJ menjadi Duta Besar di Amerika Syarikat, segala kerja parti dilaksanakan oleh Datuk Hassan dan semua ahli-ahli UMNO serta komponen BN dengan cemerlang.

Legasi Tan Sri JJ dan BN memang cemerlang di Rompin. Banyak diusahakan oleh arwah bersama BN Rompin selama 5 penggal antaranya;

  • Meningkatkan taraf sosio ekonomi kaum Orang Asli di Parlimen Rompin.
  • Membangunkan Bandar Muadzam Shah sebagai bandar satelit dan hub pendidikan dan komersial di tenggara Pahang hingga beliau digelar Bapa Pembangunan Muadzam Shah.
  • Membuka kampus UNITEN di Muadzam Shah
  • Membuka Sekolah Teknik, MRSM, Politeknik, Sekolah Agama Integrasi di Muadzam Shah Berasrama untuk anak-anak Felda dan Rompin
  • Pembinaan Tokong Cina untuk masyarakat Cina di Rompin bernilai RM260,000.00
  • Membina hubungan erat Malaysia -US sepanjang 4 tahun menjadi TYT Duta Besar Malaysia di Washington
  • Memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan Pulau Nias di Sumatera, Indonesia termasuk zakat bagi pembangunan sekolah-sekolah agama di sana
  • Membangunkan program Angkasawan Pertama Malaysia semasa menjadi Menteri MOSTI
  • Membangunkan rumah mampu milik untuk rakyat Malaysia melalui Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) semaa menjadi CEO PR1MA
  • Membangunkan sektor pelancongan di Rompin termasuk menaik taraf jeti Tanjung Gemuk untuk ke Tioman
  • Membina jalan raya merentasi bukit bukau di Tekek ke kampung Juara di Pulau Tioman yang memudahkan perhubungan penduduk
  • Membina sekolah menengah di Pulau Tioman sekaligus dapat meningkat taraf pendidikan belia dan mengurangkan keciciran pelajar luar bandar.
  • Bersama-sama dengan agensi FELDA membangunkan prasarana di perkampungan FELDA dan kampung-kampung tradisi Melayu dan orang asli berhampiran FELDA termasuklah perumahan generasi kedua FELDA dan perumahan pegawai di FELDA Keratong.

Banyak yang boleh diceritakan tentang jasa BN-UMNO di Rompin di bawah arwah JJ.

Adakah itu semua bukan kebaikan dan jihad membangunkan umat seperti mana ditohmahkan puak-puak jumud PAS?

Apakah itu semua duniawi dan rasuah pembangunan yang melekakan rakyat seperti mana yang difitnahkan oleh puak-puak jumud PAS dalam kempen mereka di Rompin?



Perumahan baru untuk Generasi Kedua Felda di Rompin...adakah ia petanda kezaliman BN kepada rakyat?



Ramai generasi kedua menantikan nikmat mendiami rumah mampu milik yang dibangunkan oleh Felda dan Kerajaan Barisan Nasional ini termasuk puak-puak langau hijau...Kita tidak akan dapat keistimewaan sebegini jika memilih parti kutu brahak yang hanya tahu kritik di sebalik kepiah, jubah dan purdah mereka saja.

Puak-puak jumud ini tak ubah seperti katak di bawah tempurung yang hanya tahu dunia tempurung mereka; sempit, jumud, gelap dan kecil.

Apakah membangunkan umat itu bukan satu kebaikan yang dituntut agama?

Apakah memecah belahkan umat melalui hasutan, fitnah dan tohmahan itu boleh dikira sebagai jihad fisabilillah?

Datuk Hasan ada kelebihan sendiri

Tak perlulah menuduh calon UMNO tak reti agama atau berumur hingga mengenepikan orang muda.

Yang berumur jika lebih kredibiliti dan berkemampuan itu lebih baik. Datuk Hassan yang dikenali ramai sering turun padang dan memberi bantuan sebagai penyambung kepada arwah JJ sekiranya arwah JJ sibuk di luar.


Bahkan beliau berpengalaman dengan selok belok di Rompin termasuklah pernah menjadi ADUN di Bukit Ibam dan Tioman serta Timbalan Menteri Besar Pahang.


Pengorbanan beliau amat besar kepada masyarakat di Rompin.



Jeti Feri di Tanjung Gemuk, Rompin untuk ke Pulau Tioman, antara jasa BN yag menjana ekonomi rakyat. Adakah ini tanda kezaliman BN memnggirkan rakyat?

Tetapi masa peneroka dan rakyat Rompin susah ada puak-puak pembangkang datang membantu menghulurkan bantuan sepertimana jasa yang dilakukan oleh BN di Rompin?

Di bawah kepimpinan BN di Rompin tak de pun rakyat di situ mati kebuluran. Rakyat diajak supaya mempelbagaikan sumber ekonomi mereka untuk menjana pendapatan harian

Adakah PAS yang hanya tahu menghasut dan melonggokkan mereka berhimpun untuk merusuh dalam himpunan haram Kuning, Hijau, Oren, Hitam itu dikira jihad fisabillah?

Adakah hanya itu jasa-jasa PAS pada umat dan rakyat di Rompin?



Antara jasa-jasa PAS melonggokkan peneroka dan generasi mereka yang jumud dijalanan untuk perjuangan yang tak pasti dan sonsang dari syariat. Sambil kumpul sambil tipu sambil kaut sedekah...duit lesap ke mana?

Siapakah yang membantu rakyat Rompin selama ini jika bukan BN-UMNO di bawah kepimpinan arwah JJ, Datuk Hassan dan semua komponen BN?


Tak perlulah PAS dan jenteranya berkempen di Rompin kerana ia hanya akan menjadi punca perpecahan umat.

Ingat menabur fitnah, memaki hamun, memutar belit ayat-ayat suci untuk membela manusia songsang dan memecah belahkan umat itu haram dan berdosa besar.



Antara jasa BN adalah membangunkan komuniti Orang Asli termasuklah mengembangkan syariat Islam kepada mereka di Bukit Lepas, Rompin. Banyak mana pula ahli-ahli DAP berjaya di Islamkan oleh PAS?

Insaflah wahai rakan-rakan PAS. Marilah bersama-sama BN-UMNO kita makmurkan lagi bumi Rompin agar anak cucu kita lebih selesa di sini.

Syukur pada nikmat Allah dan kenanglah segala jasa manusia yang membantu kita.

Undi Barisan Nasional insya Allah kita dapat meneruskan keselesaan pada rakyat dan menjadikan kita hamba-hamba yang tahu bersyukur pada segala nikmat Allah taala.

Tinggalkan perjuangan PAS yang banyak tersasar itu. Sertai UMNO, Insya Allah kita bersama-sama akan jadi umat yang hebat.

Lihatlah contoh calon-calon PAS di Rompin sebelum ini hanya tahu melalak menyalahkan orang tapi diri mereka sendiri sampai tergolok tergadai harta benda mengejar duniawi nak jadi ADUN dan MP tapi tak jadi...

Cukup-cukuplah tu...



sumber MyMassa

Benarkah Orang Johor Tolak Jambatan Bengkok!

Posted: 19 Apr 2015 07:11 PM PDT


APABILA mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mencadangkan pada 16 April lalu agar Tambak Johor dirobohkan bagi membolehkan "Jambatan Persahabatan" dibina bagi menghubungkan Malaysia dengan Singapura, beliau bukan orang yang pertama berbuat demikian.

8 tahun yang lalu, pada awal November 2006, Sultan Johor (pada masa itu) telah mengejutkan orang ramai (ketika baginda merasmikan pelancaran Wilayah Pembangunan Iskandar) dengan titahnya "Robohkan juga Tambak Johor… Datuk nenek beta dah kena tipu dengan Mat Salleh.." Titah baginda itu dapat didengar dengan jelas di seluruh negara menerusi siaran langsung yang dipancarkan oleh pelbagai stesyen televisyen tempatan.

Khabarnya titah baginda itu disambut dengan tepukan bergemuruh oleh hadirin di upacara itu. Ia sekaligus membuktikan bahawa bila ada pihak tertentu menyatakan bahawa pembinaan "jembatan bengkok" (crooked bridge) yang dicadangkan oleh Tun Mahathir itu tidak disokong oleh orang Johor, kenyataan itu adalah satu pembohongan yang nyata.

Kembali kepada gesaan Tun Dr Mahathir tadi, sekiranya Jambaan Persahabatan itu dapat dibina nanti, apakah Tambak Johor masih lagi relevan? Mantan Perdana Menteri itu menyatakan bahawa Tambak Johor telah menyebabkan pelbagai masalah, terutamanya melibatkan isu alam sekitar dan kesesakan lalu lintas di Johor bahru.

"Jika kita sudah ada Jambatan baru, apakah kita masih perlukan sebuah tambak? Tambak ini menghalang air mengalir keluar dan ia juga sangat kotor. Ia menyebabkan laut menjadi sangat kotor dan terdapat kesesakan lalu lintas yang teruk di Johor Bahru," katanya selepas menyampaikan satu syarahan umum di Universiti Teknologi Petronas di Seri Iskandar, Perak pada 16 April lalu.

Cerita mengenai cadangan membina "Jambatan Persahabatan" timbul pada 7 April 2014 lalu, bila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membangkitkannya dalam satu sidang akhbar yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong.

PROJEK JAMBATAN INDAH

Sewaktu negara ditadbir oleh Tun Dr Mahathir dulu, ada cadangan oleh kerajaan untuk membina Jambatan Indah (scenic bridge) bagi menggantikan Tambak Johor. Malangnya disebabkan projek jambatan itu tidak disetujui oleh Singapura (negara itu enggan meroboh bahagian Tambak Johor di bahagian sempadan negaranya), kerajaan Malaysia terpaksa mengubah rekabentuk jambatan itu menjadi Jambatan Bengkok (crooked bridge).

Kerja-kerja awal (menanam cerucuk jambatan) sempurna pada 10 Mac 2006. Malangnya, atas arahan Tun Abdullah Ahmad Badawi (yang menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober 2003), projek Jambatan Bengkok itu telah dihentikan pada April 12, 2006.

Pada masa itu apabila ada orang bertanya kenapakah projek Jambatan Bengkok itu dibatalkan, antara sebab yang diberi adalah kononnya "orang Johor tak mahu projek jambatan itu diteruskan" – satu jawapan yang bukan sahaja tidak masuk akal, bahkan satu pendustaan kepada orang Johor.

Pada awal Ogos 2013 lalu, ketika bercakap dengan wakil media yang hadir di upacara pelancaran buku "Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia" (disunting oleh Bridget Welsh and James Chin) Tun Abdullah berkata "Sekiranya saya ikut kata Mahathir, Malaysia akan jadi bankrap" (If I listened to Mahathir, Malaysia would be bankrupt). Disebabkan pada masa itu defisit negara terlalu tinggi, dia terpaksa menghentikan beberapa projek mega Tun Mahathir.


TAMBAK JOHOR AKAN KEKAL


Mengikut Datuk Hasni Mohammad, pengerusi jawatankuasa kerja raya negeri Johor, Tambak Johor akan kekal dan tidak akan dirobohkan. Jambatan Persahabatan yang akan dibina itu tidak semestinya satu jambatan tradisi seperti Jambatan Kedua (Second Link) yang ada sekarang, sebaliknya ia mungkin satu terowong bawah laut (underwater tunnel).

Hasni menambah andainya jambatan baru itu dibina berhampiran Tambak Johor, ia akan membatu (complement) peranan Tambak Johor, bukan menggantikannya. "Oleh itu, Tambak Johor tidak akan dirobohkan", tambahnya.

Pemerhati membuat spekulasi jambatan baru ini akan dibina berhampiran hab minyak dan gas di Pengerang, disebabkan potensi ekonominya yang besar. Ada juga yang mengatakan jambatan ini mungkin dibina untuk menghubungkan Puteri Harbour, yang lokasinya berhampiran dengan Nusajaya, dengan Singapura.

Tambak Johor, yang panjangnya hanyalah 1 kilometer, menghubungkan bandaraya Johor Bahru dengan Woodlands, bukan hanya memberi kemudahan kepada pengguna jalan raya dan pejalan kaki, tetapi juga kepada keretapi dan paip air (membolehkan Singapura mendapatkan air dari Johor). Dibina pada tahun 1923, ia kini digunakan oleh tidak kurang dari 60,000 kenderaan setiap hari.

Berbeza dengan Jambatan Kedua, yang membolehkan kapal untuk terus berlalu di bawahnya. Kapal dari Pelabuhan Tanjung Pelepas yang ingin menuju ke Pasir Gudang terpaksa belayar keliling Singapura, yang bukan hanya mengambil masa tetapi menelan kos yang bertambah.

Tambak Johor (yang kini berusia hampir 9 dekad) telah sekian lama menyebabkan pencemaran air dan marin menjadi begitu teruk lagi, kerana kewujudannya menghalang air mengalir dari barat (Selat Melaka) ke timur (Laut Cina Selatan). Bila nanti seluruh kawasan pantai dari pusat Bandar Johor Bahru ke Danga Bay terus dibina dan dibangunkan ala Hong Kong, keadaan di sini pastinya menjadi lebih buruk lagi.

Pada tahun 1958-59, sewaktu saya belajar di Tingkatan Enam di English College (kini dipanggil Maktab Sultan Abu Bakar) dan tinggal di sebuah asrama tidak jauh dari kawasan pantai, saya masih lagi boleh berenang dan bermandi manda di tepian pantai di situ (Pantai Lido). Sekarang anda tanya sendiri sama ada orang JB masih lagi boleh beriadah dan bersantai di Pantai Lido dengan ahli keluarga mereka? - Malaysia Gazatte
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...