Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


PasMa Ganti Pas Bantu PKR di #PrkPermatangPauh

Posted: 22 Apr 2015 07:02 AM PDT




Haha! Punyalah teruk sangat nafsu uda nak jadi Presiden dan berlagak seperti Presiden sebuah parti yang disayangi PR, PasMa memang kipas kaw-kaw. Mereka ini jugalah antara orang-orang yang bertindak menolak hudud yang ingin dilaksanakan PAS di Kelantan.

Impian PAS sejak dahulu lagi terutama Arwah Nik Aziz yang bercita-cita besar untuk melaksanakan hudud di Kelantan kini seolah terhalang, bukan daripada UMNO tetapi daripada kalangan PAS sendiri.

Umum tahu PKR telah menyatakan 'stand' berkaitan hudud iaitu mereka tidak akan menyokong sama sekali. Kemudian PAS marah, namun bukan semua. Jadi mereka yang segelintir ini bertindak kipas PKR dan DAP untuk mendapat tempat dalam PR melalui NGO yang mereka anggap macam parti.




PAS Permatang Pauh dah bagi kata dua pada PKR berkaitan Pilihanraya Kecil kali ini. Ada pulak PasMa yang juga ahli PAS cuba jadi hero nak salurkan bantuan. PAS kena fikir sendirilah masa PRK kali ini.

Siapa kawan dan siapa lawan. Siapa penipu dan siapa yang ditipu.

Sumbangan RM100 ribu Bantu SMJK Keat Hwa Ke Pertandingan Dunia! #MCAKedah

Posted: 22 Apr 2015 06:27 AM PDT


Semalam atas usaha dan kerjasama dari MCA dan Gerakan negeri Kedah, Kerajaan negeri telah memberi sumbangan sebanyak RM100 ribu kepada Pancaragam Sekolah Menengah  Keat Hwa yang akan mewakili Malaysia didalam Pertandingan Pancaragam Peringkat Antarabangsa, Shanghai China.

Dato Seri Mukhriz, bersama pimpinan parti MCA dan Gerakan Kedah, hadir untuk menyampaikan sumbangan kepada pancaragam sekolah ini bagi menampung perbelanjaan 132 pelajar dan guru ke Shanghai pada hujung bulan ini.

Sebelum ini kehadiran pimpinan negeri Kedah ini telah disambut mesra oleh pihak sekolah, malah pasukan pancaragam sekolah, sempat membuat persembahan khas untuk mereka.





Bukan mudah kita nak melihat wakil dari Malaysia ke pertandingan antarabangsa. Malah yang lebih membanggakan, sekolah tersebut dari Kedah. Atas sebab itu, Kerajaan negeri memutuskan untuk memberi sumbangan RM100 ribu bagi menampung perbelanjaan sekolah berkenaan.

Ternyata usaha pemimpin tempatan dari MCA dan Gerakan seperti Ooi Eyan Hian, Dr Cheah Soo Hai dan Dato Boey Chin Gan yang berusaha membantu masyarakat cina di Kedah, amatlah baik dan patut diteruskan.





Sumbangan RM100 ribu

Video persembahan band Pancaragam SMJK Keat Hwa, Kuala Kedah.



Video persembahan band Pancaragam SMJK Keat Hwa, Kuala Kedah yang mewakili Malaysia dalam Pertandingan Pancaragam Peringkat Antarabangsa di Shanghai China.Persembahan band terbabit disaksikan sendiri oleh YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir ketika menyampaikan sumbangan Kerajaan Negeri untuk menampung perbelanjaan 132 pelajar dan guru ke Shanghai pada hujung bulan ini.#KedahSerataRata #KedahAmanMakmur #MMFC
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Tuesday, April 21, 2015

Pemilihan calon BN #PRKRompin adalah tepat. @MukhrizMahathir

Posted: 22 Apr 2015 01:36 AM PDT


"Datuk Hassan ni orang lama beliau sangat dikenali oleh rakyat Rompin. Sentiasa turun padang bersama rakyat.

Kita harap rakyat akan beri peluang pada BN untuk terus berkhidmat disana"

Komen beliau semasa sidang media yang dibuat di Sri Mentaloon pagi tadi.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...