Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


Masyarakat #Felda Bakal Balas Budi BN di #PrkRompin

Posted: 23 Apr 2015 06:06 AM PDT


Sebenarnya Pilihanraya Parlimen Rompin ni tak banyak masalah kepada UMNO/BN. Kerana kalau kita melihat track record yang lalu, masakan mungkin Pas dan PR mampu mencuri hati rakyat Rompin, terutamanya orang Felda, dengan segala budi yang telah ditanam oleh Allahyarham Tan Sri JJ.

Malah jika mengikut kata Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, pihaknya tidak melihat sebarang masalah dan berpuas hati dengan apa yang dilakukan kerajaan dalam membangunkan Felda dikawasan berkenaan.

"Kami sentiasa mengenang ja­­sa Perdana Menteri terhadap masyarakat Felda sejak beliau mula mengetuainya pada 2004.

"Sokongan ini ikhlas dan ber­terusan kerana kami yakin Felda akan terus membangun di bawah beliau," katanya kepada pemberita.

Yang turut hadir Datuk Dr. Shamsul Anwar Sulaiman yang mewakili generasi baharu Felda.

Selepas perjumpaan itu, turut ber­langsung majlis penyerahan me­morandum tanda sokongan ma­­­syarakat Felda terhadap ke­­pemimpinan Najib yang disampaikan oleh Shamsul Anwar kepada Mohd. Isa.

Selain ketua peneroka di 11 wi­layah tanah rancangan, so­kongan itu juga dizahirkan oleh Maj­lis Belia Felda Malaysia (MBFM), Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda dan Gabungan Pemikir Profesional Felda (Gaprof).

Ada benarnya kata-kata Tan Sri Isa. Apa yang BN tak lakukan semasa dibawah Allahyarham Tan Sri JJ. Hampir lengkap semua infra di Rompin.

Malahan pemilihan Datuk Hassan adalah tepat kerana beliau ada kelebihannya sendiri, Walaupun beliau sedikit berumur, akan tetapi jika dikira kredibiliti dan kemampuan, beliau sangat baik. Datuk Hassan juga yang dikenali ramai sering turun padang dan memberi bantuan, yang dulunya sebagai penganti Ahli Parlimen, kini beliau berpeluang beraksi sendiri.

Bahkan beliau berpengalaman dengan selok belok di Rompin termasuklah pernah menjadi ADUN di Bukit Ibam dan Tioman serta Timbalan Menteri Besar Pahang.



Mari kita tengok apa yang BN buat kat Rompin.


  • Meningkatkan taraf sosio ekonomi kaum Orang Asli di Parlimen Rompin.
  • Membangunkan Bandar Muadzam Shah sebagai bandar satelit dan hub pendidikan dan komersial di tenggara Pahang hingga beliau digelar Bapa Pembangunan Muadzam Shah.
  • Membuka kampus UNITEN di Muadzam Shah
  • Membuka Sekolah Teknik, MRSM, Politeknik, Sekolah Agama Integrasi di Muadzam Shah Berasrama untuk anak-anak Felda dan Rompin
  • Pembinaan Tokong Cina untuk masyarakat Cina di Rompin bernilai RM260,000.00.
  • Memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan Pulau Nias di Sumatera, Indonesia termasuk zakat bagi pembangunan sekolah-sekolah agama di sana.
  • Membangunkan program Angkasawan Pertama Malaysia semasa menjadi Menteri MOSTI.
  • Membangunkan rumah mampu milik untuk rakyat Malaysia melalui Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) semaa menjadi CEO PR1MA
  • Membangunkan sektor pelancongan di Rompin termasuk menaik taraf jeti Tanjung Gemuk untuk ke Tioman
  • Membina jalan raya merentasi bukit bukau di Tekek ke kampung Juara di Pulau Tioman yang memudahkan perhubungan penduduk
  • Membina sekolah menengah di Pulau Tioman sekaligus dapat meningkat taraf pendidikan belia dan mengurangkan keciciran pelajar luar bandar.
  • Bersama-sama dengan agensi FELDA membangunkan prasarana di perkampungan FELDA dan kampung-kampung tradisi Melayu dan orang asli berhampiran FELDA termasuklah perumahan generasi kedua FELDA dan perumahan pegawai di FELDA Keratong.




Dalam banyak pembangunan yang dilakukan. Felda menjadi tajuk penting dalam pembangunan di Parlimen Rompin.

Malah perumahan baru untuk Generasi Kedua Felda di Rompin pun sedang disiapkan. Jadi masakan masyarakat Felda disana tak bangun membantu jentera BN untuk menang di PRK Rompin pada kali ini.

Saya percaya, orang Felda pandai mengenang jasa, walaupun ada beberapa isu panas, tapi ia tak mampu untuk orang Felda mencurangi BN yang telah lama berbakti pada mereka.

Calon BN di Permatang Pauh Terjawab! #PrkPermatangPauh

Posted: 23 Apr 2015 02:45 AM PDT


Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh Suhaimi Sabudin diumumkan sebagai calon yang akan menggalas cabaran BN dalam pilihanraya Permatang Pauh 7 Mei ini.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan nama Suhaimi dalam majlis di Pusat Operasi BN di Permatang Pauh petang Khamis.

Menurut Muhyiddin, pemilihan calon amat rapi, diputuskan oleh Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dan disokong oleh Ketua UMNO bahagian Permatang Pauk Datuk Zaidi Mohd Said.

Jelas Muhyiddin, PRK ini penting untuk tebus maruah BN.

"Kita hendak elak petanda setiap PRK di Pulau Pinang kita kalah," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jentera PRK Permatang Pauh, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata BN akan menggunakan strategi baharu bagi menawan hati pengundi menjelang 7 Mei ini.

Menurut Zahid beliau percaya menerusi strategi baharu, jentera BN mampu menarik pengundi daripada pelbagai lapisan umur. "Kita tidak akan guna strategi lapuk lagi kerana matlamat utama kita adalah menang walaupun dengan majoriti satu undi.

"Kita sedar, kita bukan pilihan utama pengundi di sini, malah kita sentiasa diperlekehkan oleh pakatan pembangkang yang tidak senang dengan kita. Saya mohon, jangan putus asa dan teruskan berjuang hingga ke titisan terakhir," katanya .

Yang hadir sama, Presiden MIC, G Palanivel; Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong; Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman.- AgendaDaily


Dr Ridhuan Tee Komen Tentang Ayahanda Tun Dr Mahathir

Posted: 23 Apr 2015 01:11 AM PDT


SAYA tidaklah rapat dengan Tun Mahathir. Tetapi dalam Perkim, Tun adalah YDP dan saya adalah antara NYDPnya. Dua atau tiga bulan sekali, pasti kami berjumpa, bermesyuarat.

Selaku seorang negarawan, Tun boleh mengambil pendirian berdiam diri. Apatah lagi apabila sampai usia emas ini. Bermain dengan anak cucu. Tidak perlu pening kepala. Tetapi Tun tidak memilih jalan tersebut.

Negarawan tetap negarawan, hatinya tidak akan tenang, jika ada yang tidak kena. Tun lantang mengkritik dan memberi pandangan. Adakah itu salah dalam sebuah negara demokrasi?

Ada yang menyalahkan Tun kerana tidak menggunakan saluran parti. Persoalannya, adakah saluran parti akan menerima pandangan Tun atau pandangan Tun mungkin disenyapkan?

Memahami politik Malaysia, kadangkala orang sekeliling kita lebih sudu daripada garpu. Mungkin Tun dengan PM tidak ada apa-apa. Pertemuan bagaikan adik-beradik. Tetapi tidak kepada orang keliling. Cucuk sana, cucuk sini. Keadaan semakin buruk. Elok juga kadangkala PM berdiam diri.

Kita selalu mencari siapa benar, siapa salah. Bukannya mencari apa yang benar, apa yang salah. Berilah jawapan yang Tun bangkitkan. Itu sahaja yang Tun pinta.

Sama ada Tun berpuas hati atau tidak, kita lihat, yang penting jawab. Tun seorang yang rasional. Ada perkara yang saya berbeza dengan Tun, terutama isu hudud.

Tidak dinafikan Tun ramai pengikut senyap. Tun tidak keseorangan. Memahami budaya politik Umno, ketika berkuasa, pemimpin disanjung dan dijunjung. Kentutnya pun bau wangi. Berbeza dengan Tun, walaupun sudah tidak berkuasa, taringnya masih ada.

Politik membodek amat ketara ketika berkuasa. Jarang yang berani kata 'No' kepada PM. Boleh dikatakan, semuanya 'Yes' belaka. Saya tidak yakin PM mahukan jawapan sedemikian. PM mahukan keikhlasan. Tegur dan beri pandangan dengan ikhlas dan jujur. Bukan melaga-lagakan.

Tidak cukup dengan Tun, anak Tun, Mukhriz, MB Kedah, turut dimangsakan oleh segelintir pemimpin Umno. Mereka mahukan anak Tun menyatakan pendirian sama ada sokong Tun atau PM. Tidak salah jika anak Tun mengambil pendirian menyokong mana pun.

Apa yang penting, neraca yang digunakan, Islam. Amar makruf, nahi mungkar. Ditakdirkan anak menyokong bapa, tidak perlu cari jalan menyingkirkannya. Berlapang dada.

Kenapa perlu mangsakan sesama sendiri, sesama saudara? Tidak bolehkah dalam keadaan bermasalah kita berperanan menjernihkan, bukan menambah. Ibarat menarik rambut dalam tepung.

Kalau pemimpin Umno terus mengambil tindakan, saling jatuh-menjatuh, tikam-menikam, fitnah-menfitnah, Umno sedang menanti untuk membusuk, menggali kubur sendiri.

Amat malang, pemimpin yang tidak memikirkan kepentingan Umno secara keseluruhan, tetapi lebih kepada dahan yang mana lebih kuat untuk berpaut. Memang, politik itu sesuatu yang tidak boleh dijangka.

Ini belum termasuk lagi kisah salah seorang pemimpin pemuda Umno yang dikaitkan dengan skandal gadis keliling pinggang. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana pemuda ini boleh memimpin Umno suatu masa nanti. Eloklah pimpinan Umno cepat-cepat keluarkan orang sebegini.

Ambil iktibar ultra kiasu yang bijak berpolitik. Licik dan berstrategi. Misalnya, memberi amaran kepada Pas agar tidak terjerat dalam "perangkap" Umno, dengan merujuk kepada insiden ketika Pas menyertai kerajaan campuran BN 1973, selepas itu 'ditendang' keluar pada tahun 1977 serta tragedi Memali pada 1985.

Mereka memperlekehkan Pas seolah-olah tidak bernilai satu sen pun. Presiden dan pimpinan Pas bukanlah bodoh untuk masuk dalam perangkap Umno. Mereka sangat kenal siapa Umno. Namun, saya amat yakin pimpinan Pas memikirkan kepentingan umat Islam berhadapan bahaya ultra kiasu.

Tidak dinafikan ada orang Umno yang menolak dan menentang hudud. Tetapi tidaklah sejahat ultra kiasu. Pernahkah Pas dibawa berbincang sebelum ditendang dari PR Sabah?

Ingatan saya kepada Pas, selagi berada di landasan yang benar, tidak ada yang perlu ditakutkan. Biarlah ultra kiasu meminggirkan Pas. Kita mencari reda ALLAH, bukan reda manusia.

Pas mesti bersabar dan istiqamah. Rapatkan saf dan jauhkan daripada sebarang prasangka buruk atau persengketaan. Tidak mustahil suatu masa nanti, ditakdirkan Umno membusuk, disebabkan oleh tindakan segelintir pemimpinnya yang tidak boleh dicontohi, Pas boleh mengambil tempat Umno.

Kepada Umno, ingat amaran ALLAH, tidak mustahil, ALLAH akan gantikan kamu dengan orang yang lebih baik, jika kamu terus leka dan tidak sedar diri. Kembalilah kepada ALLAH dalam membuat sebarang keputusan. Insya-ALLAH selamat.

* Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah,INSPIRE/PPA, UniSZA

#PrkRompin Pas Sepatutnya Tarik Diri dari Bertanding!

Posted: 22 Apr 2015 11:44 PM PDT


Alhamdulillah..selesai sudah penamaan calon bagi kawasan Parlimen Rompin tanpa sebarang pertumpahan darah..semuanya berlangsung dalam keadaan aman...pertemuan di Rompin menyaksikan PAS aka berhadapan dengan BN di kawasan ini..

Pertembungan PAS dan BN di Rompin boleh diibaratkan sebagai melepaskan anjing yang tersepit..PAS langsung tidak kenang budi..masihkan PAS ingat yang BN tidak bertanding di DUN Chempaka ekoran kematian Penyandang Nik Aziz..

Ini bukan soal Populariti Nik Aziz terlalu hebat..tetapi atas dasar setiakawan BN tidak meletakkan calon..apa boleh buat..pulang paku buah keras..PAS tetap meletakkan calon di Parlimen Rompin..alasan sama berlangsungnya PRK adalah kematian penyandang..

Kemenangan kubu kuat bukan alasan..ini kerana jika dilihat keputusan PRU 13 yang lalu...Nik Aziz hanya menang dengan 6,500 undi majoriti sahaja...tapi tidak untuk BN menang dengan majoriti lebih sekali ganda iaitu 15,144...

Kemana semangat setiakawan PAS...berjemaah dengan DAP pun mereka bergaduh..dengan BN pun mereka tak setiakawan...bawah ini saya share keputusan PRU13 bagi DUN CHEMPAKA dan PARLIMEN ROMPIN...anda nilailah sendiri prinsip perjuangan PAS...tidak menghormati dan tiada semangat setiakawan...



Allahyarham Nik Aziz menang DUN Chempaka dengan majoriti 6,500 undi sahaja




Jamaluddin Jarjis menang dengan majoriti besar 15,144


Sewajarnya PAS menarik diri dari pertembungan ini..jika tidak pun para pengundi perlu fikir masak-masak sebelum keluar mengundi...kerana kematian penyandang..BN menghormati dan tidak letak calon di DJ Chempaka..tapi bila BN kematian penyandang..PAS langsung tidak mahu membalas budi...sedangkan majoriti kemenangan BN lebih besar daripada PAS...fikir-fikirkan sebelum mengundi 5 Mei ini..

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...