Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


Pas dan Dap Wayang Rakyat Malaysia! - Timb. Presiden MCA

Posted: 24 Apr 2015 05:12 PM PDT


Nampaknya rakyat Malaysia kena tipu lagi dengan permainan Pas dan Dap. Pas kata demi Islam mereka nak buat hudud. Dulu UMNO ditolak Pas atas alasan, kononnya kerana tidak mahu menyokong hudud.

Kemudian, Pas mahu laksana hudud di Kelantan. Menyebabkan Dap dan PKR mengecam Pas, malah memutuskan hubungan dengan parti itu.

Alasan Dap, kaum cina tidak mahu laksana hukum hudud di Malaysia. Malah dikatakan 'hudud bukan agenda Pakatan Rakyat'.

Itu cerita dulu, kini bila tiba PRK Rompin dan Permatang Pauh, angin mereka sudah bertukar arah.

Dimana prinsip atau janji kedua parti berkenaan?

Parti Pas  kononnya kukuh dengan pegangan agama? Takkan hanya dengan politik dan kuasa, segalanya boleh dilupakan, digadaikan begitu saja.

Sama juga dengan Pemuda Dap Pulau Pinang yang pada mulanya sanggup berputus hubungan dengan Pas kerana perlaksanaan hudud Kelantan. Tetapi kini mereka boleh menerima kerjasama Pas atas sebab pilihanraya.

Dimana tegasnya Dap perjuangkan kaum cina?

Ternyata, prinsip kedua parti pembangkang ini hanya wayang semata-mata.

Malah pendapat penulis ini juga disokong oleh Timbalan Presiden MCA, Datu Wee Ka Siong, yang mempersoalkan berita Pemuda DAP Pulau Pinang hendak berdamai dengan PAS.


"Dia kata sebab nak menangkan calon di Permatang Pauh . Kalau sudah ada perbezaan ideologi, kalau dah talak tiga antara pemimpin, dengan parti ini, saya tak tahu macam mana tiba-tiba talak tiga, kemudian dia kata bekerjasama demi Permatang Pauh," jelasnya.


Malah beliau menambah lagi, katanya ini hanya wayang politik Dap dan Pas.

"Inilah wayang. Mula-mula bukan main lagi PAS nak hentam DAP dan DAP hentam PAS. Tiba-tiba baik semula demi nak menang Permatang Pauh," katanya lagi.

Sudah tentu ini bukan kali pertama rakyat Malaysia ditipu oleh mereka. Demi politik,  mereka sanggup berbuat apa saja. Apakah parti seperti ini yang mahu dipilih oleh rakyat Malaysia.

Cakap berbelit-belit dan tiada pendirian.

Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, sudah tentu kita tahu ianya tempat kubu kuat Pakatan Rakyat. Malah parlimen terbabit dibawah negeri tadbiran Dap. Sudah tentu, BN perlu memperkuatkan jentera dari segala sudut untuk merempuh kubu kuat PKR yang telah lama dipegang Dato Seri Anwar Ibrahim.

Tak mungkin BN hanya boleh mengharapkan jentera UMNO sebagai penarik sokongan semua kaum. Sudah tentu, MCA sebagai parti kompenan BN yang mewakili kaum cina terbesar, akan turun membantu dan berhempas pulas demi merampas kerusi Permatang Pauh dari tangan PKR.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...