Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


Kita Nak Selamatkan #Felda dari Siapa? #PRKRompin

Posted: 27 Apr 2015 07:14 AM PDT



Puak pembangkang mula berkempen untuk 'Selamatkan Felda', kononnya mereka nak selamatkan. Akan tetapi pada hakikat sebenar, mereka yang tak sudah-sudah memfitnah dan menghentam Felda dari dulu hingga kini.

Pada mereka, puak PR ni, apa yang Kerajaan buat pada Felda, semuanya tak betul. Semuanya salah. Walaupun perlaksanaan projek Kerajaan membuahkan hasil, tetapi mereka tetap bantah.

Sudahlah mereka tak pernah membantu atau mencadangkan Kerajaan bagi membangun Felda. Kini hasil daripada fitnah mereka, menyebabkan saham FGV tidak stabil.

Jadi sekarang mereka berkempen nak Selamatkan Felda, nak selamatkan daripada siapa sebenarnya?

Dari kita kah, dari mereka?

"Felda sejarahnya bermula sewaktu Almarhum Tun Abdul Razak hendak membantu rakyat atasi masalah kemiskinan dan salah satu pendekatan yang diambil ialah pengagihan kawasan tanah yang boleh dimajukan supaya peserta dapat jaminan masa depan lebih sempurna.

"Namun ia sudah menjadi sejarah, kini banyak kawasan Felda jadi pusat pertumbuhan baharu dengan kehidupan lebih baik jika dibandingkan masa mula-mula ia dibangunkan," kata Tan Sri Muhyidin Yassin sewaktu berucap, ketika membuat lawatan sempena Pilihanraya Kecil Rompin baru-baru ini.

Felda sendiri bermula dari bawah, contoh terbaik ialah, rumah bagi peneroka Felda. Bermula dengan rumah kayu, rumah peneroka Felda kini bertambah baik dengan pembinaan rumah batu dan semakin hari, semakin dibawa kemajuan.

Contoh rumah ini, penulis petik dari ucapan TPM mengenai rumah Felda,

"Rumah dahulu mungkin sebilik dua, namun kini semakin bertambah dan apabila Hari Raya kita lihat banyak kenderaan di hadapan rumah. Ini menunjukkan masyarakat peneroka menikmati banyak kemudahan dan hidup dengan selesa," kata beliau lagi.

Jadi dimana lagi kita perlu selamatkan Felda, yang kini berada dilandasan, betul dan semakin berkembang. Memang saham FGV ada sedikit penurunan, namun ianya bersifat sementara. Biasalah saham, ada turun dan ada naik.

Namun kesimpulannya, Felda tiada masalah, cuma perlu penambahbaikan dari hari ke hari seperti mana sekarang. Jika nak tengok bagaimana contoh Felda dijaga baik oleh Kerajaan, boleh datang sendiri ke Rompin.

Jadi tak salah jika kekalkan BN bagi kerusi Rompin bagi meneruskan legasi dari dulu kini dan selamanya.



Operasi #SPAD bersama PDRM Cegah Teksi Tak Guna Meter!

Posted: 27 Apr 2015 07:13 AM PDT


Pada 25hb yang lepas, SPAD ada membuat Ops 'Teksi tak guna Meter' bersama dengan pihak Polis dari pukul 5 petang hingga 8 malam. Seramai 116 Pegawai (termasuk pihak polis) terlibat ke 23 lokasi di seluruh Lembah Kelang. Keadaan operasi agak tenang dan lancar.

Masih terdapat teksi yang menyalahi undang-undang namun situasi agak baik kerana jumlah kenderaan dan pengangkutan yang tidak mengikut undang-undang semakin berkurangan.

Gambar teksi yang disita seperti gambar dibawah,

Kenderaan yang disita

Lokasi Ops sekitar Kuala Lumpur dan Selangor:

a. Bukit Bintang
b. KLCC
c. KL Sentral
d. Bangsar
e. Pudu Sentral
f. Times Square
g. Brickfields
h. Subang
i. Shah Alam
j. Kepong
k. Selayang
l. Batu Caves
m. LRT Kelana Jaya
n. LRT Pandan Indah
o. LRT Pandan Jaya
p. Klang
q. Mid Valley
r. Puchong
s. Cheras
t. Gombak
u. KLIA
v. Sogo
w. Pasar Seni

Ini merupakan satu perkembangan yang positif, kita berharap SPAD dan pihak penguatkuasa dapat meneruskan operasi seperti ini dari hari ke hari. Supaya masalah yang melibatkan pengangkutan awam terutamanya teksi dapat dibenteras dan dikurangkan terus.

Tiada kejadian yang tidak diingini berlaku dalam operasi kali ini.



19 buah kereta telah disita dan dihantar ke Tapak Sitaan di Sepang.

Chong Wei hanya digantung 8 bulan

Posted: 27 Apr 2015 02:32 AM PDT


KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dikenakan penggantungan selama lapan bulan selepas didapati bersalah menggunakan bahan terlarang jenis dexamethasone ketika Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos tahun lalu.

Bagaimanapun, Chong Wei yang juga bekas pemain nombor satu dunia boleh menarik nafas lega apabila tiga ahli panel Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang mengadili sesi pendengarannya di Amsterdam, Belanda, 11 April lalu memutuskan tarikh penggantungan bermula pada 30 Ogos tahun lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan BWF, sebentar tadi keputusan itu menyaksikan tempoh penggantungan Chong Wei akan tamat 30 April ini (Khamis ini) sekali gus membolehkan dia beraksi untuk skuad negara pada kempen Piala Sudirman yang mana tarikh tutup pendaftaran pemain akan berakhir jam 12 tengah malam ini.

Kredibilti peguam, Mike Morgan yang berpangkalan di United Kingdom jelas terbukti apabila dia mempertahankan Chong Wei untuk digantung bermula 30 Ogos biarpun pemain berkenaan hanya mula digantung sementara oleh BWF pada 11 November tahun lalu.

Sepanjang tempoh penggantungannya ranking dunia Chong Wei jatuh ke tangga ke-30 dunia dan dia perlu segera beraksi dalam kejohanan antarabangsa bagi memperbaiki kedudukan itu dengan mata kelayakan Sukan Olimpik 2016 akan mula dikira Sabtu ini.

Chong Wei turut layak ke Kejohanan Dunia di Jakarta, Indonesia, Ogos depan bersama Chong Wei Feng untuk menggalas cabaran dalam acara perseorangan lelaki.

Pemuda Pas Tarik Diri Dari Kempen #PRKPermatangPauh

Posted: 26 Apr 2015 11:04 PM PDT



Berikutan desakkan permohonan maaf yang disuarakan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPPNPP) berhubung kenyataan media AMK Pulau Pinang yang menghina dan memfitnah Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi.

Tempoh yang diberikan kepada pihak AMK Pulau Pinang sehingga hari penamaan calon, 25 April 2015 untuk menyatakan permohonan maaf telah tamat.

Disebabkan perkara tersebut, Dewan Pemuda Pas menarik diri dari berkempen untuk PRK Permatang Pauh pada kali ini. Walaupun arahan dikeluarkan oleh Mat Sabu, namun jentera membantah, kerana mereka hanya menerima arahan dari Tuan Presiden Pas, Hadi Awang.




Calon BN anak muda yang membawa kebaikan pada rakyat! - @MukhrizMahathir

Posted: 26 Apr 2015 09:10 PM PDT


Poster calon BN Permatang Pauh.

Calon BN Permatang Pauh seorang anak muda yang lama berkecimpung dalam bidang politik. Orang tempatan Kenal dan mendapat sokongan kuat dari jentera parti .

Kepada pengundi, buat satu perubahan. Fikir tentang diri sendiri dan pilih calon yang boleh memberi kebaikan untuk rakyat.

- YAB Dato' Seri Hj. Mukhriz Tun Dr Mahathir

Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Kedah
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...