Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


Menteri Pengangkutan Sedih Kehilangan Dua Individu Terpenting negara!

Posted: 05 Apr 2015 02:14 AM PDT


Semalam terjadinya peristiwa yang mengemparkan seluruh rakyat Malaysia. Apabila helikopter yang membawa 6 orang individu penting dipercayai terhempas ketika dalam perjalanan pulang selepas menghadiri Kenduri anak YAB Dato Seri Najib Razak.

Selaku Menteri Pengangkutan, Dato' Sri Liow Tiong Lai telah mengesahkan, laporan kematian 6 individu yang melibatkan, Pengerusi PR1MA, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, Datuk Sri Azlin Alias (SUSK PM) dan 4 yang lain dalam nahas helikopter awam AS3655N2 Dauphin (9M-1GB) di Semenyih, Kajang petang semalam.

Dalam satu kenyataan, Tiong Lai merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Dalam nahas helikopter awam tersebut telah meragut nyawa 

1) Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis
2) Pengawalnya, Razakan B Seran
3) SUSK PM, Datuk Sri Azlin Alias ​
4) Dato' Tan Huat Seang

Serta Juruterbang dan Kru

5) Kapten - William Clifford Fournier,
6) Pembantu Operasi -  Aidana Baizieva.

Helikopter milik IGB Corporation yang dikendalikan oleh Cempaka Penerbangan dilaporkan dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Subang telah terhempas di kawasan kebun getah di Semenyih.


Beliau yang masih lagi berasa sedih atas kehilangan dua orang sahabat baiknya, iaitu Tan Sri Jamaluddin dan Datuk Sri Azlin. Tidak mampu untuk mengucapkan kata-kata, hanya mampu mengucapkan pemergian mereka merupakan satu kehilangan besar buat negara.

Aplikasi MeterOn Aduan Cegah Salahlaku Pemandu Teksi #Spad

Posted: 04 Apr 2015 10:42 PM PDT


Kini penguna mudah untuk mengesan pemandu teksi yang tidak bertanggung jawab dengan mengunakan aplikasi baru telefon mudah alih MeterOn yang telah dilancarkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) khas untuk menangkap dan mendakwa pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab.

Aplikasi ini akan membuat (aduan) menjadi lebih mudah bagi penumpang untuk membuat aduan kepada SPAD berbanding dengan kaedah tradisional, perlu memfailkan aduan secara bertulis atau menghubungi talian yang disediakan.

Mengikut kata-kata Pengurus Besar SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad, applikasi itu sudah diuji oleh pegawai-pegawainya.

"Aplikasi ini direka untuk kemudahan penumpang. Setelah anda memasukkan teksi dan melancarkan permohonan itu, rakaman keseluruhan perjalanan termasuk berapa banyak anda membayar tambang, sejauh mana anda telah pergi dan apa masa anda menaiki dan turun teksi, akan direkodkan.

"Sekiranya penumpang membuat keputusan untuk memfailkan aduan terhadap pemandu teksi, maka rakaman di app boleh menghubungi SPAD secara auto."

Che Hasni berkata lagi, ia akan menjadi lebih mudah untuk membuktikan sesuatu kesalahan yang telah dilakukan (oleh pemandu teksi). Semua butiran (bukti) yang diperlukan oleh suruhanjaya untuk menjalankan siasatan terhadap seseorang pemandu teksi yang telah diadukan oleh penumpang.

"Pengadu tidak perlu hadir di hadapan SPAD ataupun di mahkamah dan ini akan mendorong orang ramai untuk melaporkan kes pemandu teksi yang melanggar peraturan," kata Che Hasni lagi ketika ditemubual.

Mengikut kajian yang dilakukan oleh SPAD, kebanyakkan pengadu tidak mahu hadir ke mahkamah, atas sebab itu mereka enggan melaporkan sesuatu kesalahan pemandu teksi ataupun mereka gagal hadir sebagai saksi, menyebabkan SPAD gagal untuk mendakwa pemandu teksi terbabit.

Orang ramai dinasihatkan untuk mengambil gambar nombor pendaftaran dan no pemandu teksi terbabit apabila mereka masuk ke teksi sebagai jaminan dan mudah untuk membuat aduan.



Aplikasi ini juga boleh 'download' di LINK dibawah ini.  



Cara pendaftaran dan pengunaan aplikasi berikut boleh dirujuk dan mengikut arahan yang diberikan.

Tan Sri JJ guru dan rakan yang baik bagi saya - Wee Ka Siong

Posted: 04 Apr 2015 10:11 AM PDT



Kenyataan YB Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden MCA.

Saya berasa amat terkejut dan sedih sebaik menerima berita Tan Sri Jamaluddin Jarjis terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih.

Kali terakhir saya bertemu dengan Tan Sri Jamaluddin ialah ketika saya duduk di sebelahnya di majlis Akad Nikah anak Perdana Menteri di Sri Perdana pada 19 Mac lalu.

Kali terakhir saya berbual dengannya di telefon ialah pada 29 Mac lalu ketika saya menghadiri Persidangan Inter Parliamentary Union (IPU) di Hanoi.

Dalam perbualan telefon itu beliau berpesan beberapa strategi untuk menangani situasi politik terkini.

Beliau juga mengatakan mahu berjumpa minggu depan untuk membincangkan beberapa perkara yang mendesak berhubung projek PRIMA.

Tan Sri Jamaluddin yang saya kenali adalah seorang yang suka berjenaka tetapi pada masa yang sama tidak lokek berkongsi idea mengenai percaturan politik. Beliau, bagi saya ibarat seorang abang yang sentiasa memberi tunjuk ajar kepada adiknya.

Saya kali pertama mengenalinya dengan rapat apabila beliau menjadi Menteri MOSTI. Dari situ saya mengamati JJ sebagai seorang teknokrat yang berpengetahuan luas.

Sejak saya jadi Ahli Parlimen biasa, dari semasa ke semasa beliau memberi nasihat bagaimana untuk menjadi MP yang kritikal tapi konstruktif.

Semasa Rang Undang-Undang PR1MA dibentangkan kami berbincang tentang kandungan serta implikasi. JJ sedia mendengar dan meminda mana-mana yang munasabah.

Sejak setahun ini kami sering berbincang mengenai projek PR1MA di Johor, khasnya di kawasan parlimen Ayer Hitam.

Bagi saya pemergian beliau adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat.

Kepada keluarga Tan Sri Jamaluddin saya mengucapkan takziah dan berharap mereka tabah menghadapi ujian ini.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...